WorksheetsMENGANALIS AYAT (Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul).
Total questions: 10
Worksheet time: 30mins
I. Muka Rohana kelihatan berseri-seri.
II. Pembelian kereta itu memerlukan bayaran duit muka sebanyak sepuluh peratus.
III. Berita pada muka depan surat khabar itu adalah tentang kemalangan jalan raya yang berlaku di Klang.
IV. Ucapan muka pegawai itu yang merasmikan majlis itu amat bersemangat.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Zaimah telah menerima padan atas kelakuannya.
II. Hassan mengarahkan permainan itu dipercepat supaya padan dalam pertandingan dapat dielakkan.
III. Solekan Mak Leha padan sekali dengan kulitnya yang kuning langsat itu.
IV. Perhiasan di dalam rumah itu tidak padan dengan keadaan rumah yang telah usang.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Lelaki itu mengira keuntungan kasar kedai runcitnya.
II. Rina terkejut kerana ditegur oleh ibunya dengan suara yang kasar.
III. Suhaila tidak membeli kain songket itu kerana tenunannya yang kasar.
IV. Mahmud menjamah makanan dengan kasar kerana dia sedang kelaparan.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Bekas tentera yang mengamuk itu akhirnya berjaya diberkas.
II. Ivan akan mengamuk jika apa-apa yang diminta olehnya tidak dipedulikan.
III. Anak Puan Rosli yang baru dilahirkan pada minggu lepas mengamuk kerana kesejukan.
IV. Kipas di dalam bilik darjah yang terlalu laju itu menyebabkan kertas-kertas di atas meja mengamuk.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Azizah membuka bingkisan pada kakinya yang terseliuh itu.
II. John menerima banyak bingkisan daripada rakannya menjelang hari Krismas.
III. Puan Fatihah mengirimi Dahlia yang berada di Korea bingkisan beberapa minggu yang lalu kerana rindukan anaknya itu.
IV. Bingkisan berupa ubat-ubatan dan makanan akan dihantar ke Indonesia untuk membantu mangsa gempa bumi.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Mereka bercucuk tanam di lembah bukit yang curam itu.
II. Kawasan rekreasi itu terletak di lembah Gunung Korbu.
III. Tanah di lembah sungai itu kaya dengan lanar.
IV. Kebanyakan remaja pada zaman teknologi ini terjerumus dalam lembah maksiat.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Badan Mak Jah semakin kurus runcing sejak kematian suaminya.
II. “Kamu janganlah bersikap runcing terhadap anak yang sedang meningkat dewasa.” kata Encik Ari kepada isterinya.
III. Perbalahan antara kedua-dua belah pihak itu semakin runcing kerana tidak mencapai kesepakatan.
IV. Umairah dan kawannya kelihatan leka apabila melihat berbagai-bagai jenis tombak yang diperbuat daripada buluh yang runcing di muzium.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Pak Ahmad masih sihat walaupun usianya sudah lebat.
II. Cikgu Tan menjelaskan topik ini dengan lebih lebat lagi.
III. Pada tahun ini pokok mangga di halaman rumah saya lebat buahnya.
IV. Maria lewat ke tempat kerjanya kerana hujan turun dengan lebat pada pagi tadi.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Jalan fikiran pengerusi kelab itu tidak boleh diterima sebulat suara.
II. Jalan menuju ke Kampung Seri Sentosa agak bengkang-bengkok.
III. Pengiraan Matematik Tambahan itu mesti disertai dengan jalan penyelesaiannya.
IV. Ayah selalu berpesan kepada kami bahawa setiap masalah mesti mempunyai jalan penyelesaiannya.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
I. Pakaian yang dujemur oleh Hani sudah kering.
II. Penulis yang terkenal itu tidak pernah kering idea untuk menulis cerita.
III. Kami lewat tiba di sekolah kerana kereta ibu kering minyak di pertengahan jalan.
IV. Adik makan kek coklat yang dibeli hingga kering.
A. I dan II sahaja
B. III dan IV sahaja
C. I, II dan III sahaja
D. II, III dan IV sahaja
