wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ekonomi SPM

Total questions: 41

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Yang manakah bukan jenis wang di Malaysia

a)

Invois

b)

Deposit semasa

c)

Wang Kertas

d)

Duit Syiling

2.

Bank pusat berperanan untuk

a)

Mencetak mata wang asing

b)

Jurubank kepada orang awam

c)

Menjalankan perniagaan antarabangsa

d)

mengawal kestabilan ekonomi

3.

Penyimpan menyimpan untuk tempoh tertentu dan dibayar kadar faedah yang tinggi.


Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Akaun simpanan

b)

Akaun simpanan semasa

c)

Akaun simpanan tetap

d)

Rizab berkanun

4.

Pelanggan memberikan arahan kepada bank untuk membayar pada tarikh tertentu seperti bil.


Pernyataan ini merujuk kepada

a)

Debit Langsung

b)

Pindaan Kredit

c)

Perintah sedia ada

d)

Draf Bank

5.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sistem ekonomi sebuah negara.


● Persaingan bebas antara firma

● Kawalan oleh kerajaan melalui sistem cukai dan subsidi


Negara tersebut mengamalkan sistem ekonomi

a)

A. perancangan pusat

b)

B. campuran

c)

C. kapitalis

d)

D. Islam

6.

Jadual berikut menunjukkan permintaan Ali dan Abu terhadap suatu barang.


Berapakah permintaan pasaran pada tingkat harga RM10?

a)

A. 9

b)

B. 20

c)

C. 25

d)

D. 30

7.

Rajah berikut menunjukkan keluk permintaan bagi suatu barang.


Mengapakah berlaku perubahan keluk D0D0 ke D1D1?

a)

A. Harga barang itu meningkat

b)

B. Pendapatan pengguna menurun

c)

C. Harga barang pengganti menurun

d)

D. Jangkaan harga akan meningkat pada masa depan

8.

Andaikan bahawa pasaran bagi barang Z berada di tahap keseimbangan. Jika citarasa barang Z menurun, apakah yang akan berlaku pada titik keseimbangan yang baharu?

a)

Penurunan harga dan kuantiti

b)

Peningkatan harga dan kuantiti

c)

Peningkatan harga dan penurunan kuantiti

d)

Penurunan harga dan peningkatan kuantiti

9.

Antara berikut yang manakah kemudahan pinjaman yang disediakan oleh bank perdagangan kepada pelanggan-pelanggan?

a)

A. Draf bank

b)

B.Kad kredit

c)

C. Pindahan kredit

d)

D. Perintah sedia ada

10.

Kenaikan harga purata barang akan menyebabkan

a)

kuasa beli meningkat

b)

upah benar menurun

c)

tabungan meningkat

d)

perbelanjaan penggunaan menurun

11.

Pernyataan yang betul tentang input tetap

a)

Contohnya ialah bahan mentah

b)

Tetap wujud walaupun output sifar

c)

Wujud dalam jangka masa panjang dan pendek

d)

Berubah secara langsung dengan tingkat output

12.

Pernyataan manakah yang merupakan kesan peningkatan produktiviti?

a)

A. Menurunkan upah pekerja

b)

B. Menurunkan kos pengeluaran

c)

C. Penggunaan input kurang cekap

d)

D. Meningkatkan kadar pengangguran

13.

Mengapakah kerajaan ingin mencapai objektif tingkat guna tenaga penuh?


I - Mencapai kecekapan peruntukan sumber ekonomi

II - Memaksimumkan jumlah kapasiti pen;geluaran

III - Menurunkan kuasa beli masyarakat

IV - Mengurangkan daya saing negara

a)

A. I dan II

b)

B. I dan IV

c)

C. II dan III

d)

D. III dan IV

14.

Manakah yang menyebabkan berlakunya inflasi tolakan kos?

a)

A. Pertambahan kos bahan api

b)

B. Pengembangan kredit bank perdagangan

c)

C. Peningkatan dalam perbelanjaan kerajaan

d)

D. Peningkatan dalam perbelanjaan penggunaan

15.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai langsung?

a)

A. Koperasi Joe Berhad membayar cukai atas keuntungannya

b)

B. Puan Aina membayar cukai kepada Jabatan Kastam Diraja Malaysia

c)

C. Syarikat Maju Jaya Berhad dikenakan cukai jualan dan perkhidmatan

d)

D. Syarikat Suria Berhad dikenakan denda kerana melanggar undang-undang

16.

Jadual tersebut menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu barang.


Berapakah harga keseimbangan?

a)

RM 2

b)

RM 4

c)

RM 6

d)

RM 8

17.

Situasi manakah yang berkaitan

dengan kemudahan membuat bayaran perintah sedia ada?

a)

Cik Wani ingin melanggan saham baru

b)

Cik Rani membayar bil astro setiap bulan

c)

Puan Yus membayar gaji pekerjanya

d)

En. Munahz membayar premium insurans nyawa setiap bulan

18.

Apakah kelemahan menggunakan tunai dalam sesuatu urus niaga?

a)

Diterima secara meluas dalam urus niaga

b)

Tidak sesuai membeli barang yang mahal seperti kereta

c)

Menikmati harga yang murah kerana tidak melibatkan faedah

d)

Memperoleh diskaun tunai mengikut syarat yang ditentukan

19.

Maklumat berikut ialah iklan promosi televisyen oleh sebuah syarikat bagi bulan Mei. Nyatakan fungsi wang berdasarkan maklumat tersebut.

a)

Alat Simpanan Nilai & Alat Ukuran Nilai

b)

Alat Ukuran Nilai & Alat Bayaran Tertunda

c)

Alat Simpanan Nilai & Alat Perantaraan Pertukaran

d)

Alat bayaran tertunda dan Alat Perantaraan Pertukaran

20.

Maklumat berikut berkaitan salah satu komponen perdagangan antarabangsa(PDA). Apakah komponen lain PDA?


" Entrepot ialah membeli barang dari luar negara dna menjual semula kepada negara lain."

a)

Pembelian barang dan penjualan barang

b)

Pembelian barang dan Import

c)

Penjualan barang dan Eksport

d)

Eksport dan Import

21.

Berdasarkan gambar, apa faktor penyumbang kewujudan PDA?

a)

Budaya masyarakat

b)

Sumber semulajadi

c)

Iklim dna jenis tanih

d)

Tingkat kecekapan pengeluaran

22.

Perbezaan faktor manakah yang menyebabkan PDA wujud?

(SPM '12)

a)

Citarasa pengguna , Budaya masyarakat , Sekatan perdagangan antarabangsa

b)

Citarasa pengguna , Budaya masyarakat , Tingkat kecekapan pengeluaran

c)

Citarasa pengguna , Sekatan perdagangan antarabangsa , Tingkat kecekapan pengeluaran

d)

Budaya masyarakat , Sekatan perdagangan antarabangsa , Tingkat kecekapan pengeluaran

23.

Perdagangan antarabangsa akan memberikan impak yang berikut, kecuali

a)

Peningkatan kemahiran sumber manusia

b)

menggalakkan perkongsian pintar

c)

meningkatkan daya pengeluaran

d)

pengeluaran berskala sederhan

24.

Apakah bentuk sekatan yang melarang hubungan dagangan antara sebuah negara dengan negara lain?

(SPM '08)

a)

Embargo

b)

Kuota

c)

Tarif

d)

Kawalan pertukaran asing

25.

Pernyataan manakah menerangkan tujuan kuota dikenakan dalam PDA?

(SPM '09)

a)

Melindungi industri tempatan

b)

Meningkatkan penawaran barang import

c)

Menjamin keselamatan negara

d)

Menambahkan hasil kerajaan

26.

mengapakah kerajaan mengenakan kuota terhadap barang import?

(SPM '10)

a)

Meningkatkan pendapatan negara

b)

Mengurangkan daya saing barangan tempatan

c)

Melindungi industri muda dan temapatan

d)

Meluaskan pilihan pengguna

27.

Pilih pasangan yang benar.

(SPM '11)

a)

Embargo - Cukai yang dikenakan ke atas barang import

b)

Kuota - Larangan mengimport barangan dari negara tertentu

c)

Subsidi - Had maksimum kuantiti barangan yang diimport

d)

Kawalan pertukaran asing - Kerajaan mengawal pembelian mata wang negara lain oleh pengimport

28.

"Perintah larangan atau pemulauan perdagangan terhadap negara tertentu."

a)

tarif

b)

kuota

c)

subsidi

d)

embargo

29.

Sebab kerajaan perlu melindungi industri muda tempatan ialah

a)

menambah bekalan dan menikmati kos lebih rendah

b)

menambah bekalan dan berkembang maju dan berdaya saing

c)

menikmati kos lebih rendah dan mengurangkan kebergantungan

d)

mengurangkan kebergantungan dan berdaya saing

30.

Apakah tujuan kerajaan melaksanakan sekatan bukan ekonomi?

a)

menghadkan jumlah barang

b)

menghadkan pertukaran asing

c)

menjamin keselamatan rakyat

d)

membolehkan persaingan negara asing

31.

Bagaimana kerajaan mengatasi masalah lambakan dalam negara?

a)

tarif dan kuota

b)

tarif dan jualan skala besar

c)

kuota dan jualan skala besar

d)

undang-undang dan jualan skala besar

32.

Kesan tarif terhadap perdagangan antarabangsa ialah

a)

hasil meningkat dan daya saing menurun

b)

hasil meningkat dan peningkatan guna tenaga

c)

barang kurang bermutu dan perbelanjaan lebih besar

d)

perbelanjaan lebih besar dan peningkatan guna tenaga

33.

Apakah sigifikan subsidi terhadap PDA?

a)

harga meningkat dan daya saing menurun

b)

peningkatan guna tenaga dan pengurangan pengangguran

c)

daya saing menurun dan peningkatan guna tenaga

d)

harga meningkat dan pengurangan pengangguran

34.

Bagaimanakah sekatan perdagangan antarabangsa memberikan kesan negatif kepada negara?

a)

Menguntungkan pengguna

b)

Agihan pendapatan yang adil

c)

Mewujudkan monopoli

d)

Meningkatkan eksport

35.

Kebaikan sekatan perdagangan antarabangsa ialah

a)

Meningkatkan penawaran import

b)

Meningkatkan pengangguran

c)

Mengurangkan permintaan

d)

Melindungi industri muda

36.

Persamaan antara tarif dan kuota ialah

a)

sumber hasil kerajaan

b)

meningkatkan jumlah eksport

c)

meningkatkan keuntungan firma

d)

melindungi industri muda tempatan

37.

Pilih pernyataan yang benar

a)

Kuota melarang kemasukan barang import

b)

tarif dan kuota mengurangkan permintaan barang import

38.

Situasi manakah yang menyebabkan berlakunya permintaan ke atas ringgit Malaysia

a)

Jepun membeli petroleum dari Malaysia

b)

Syarikat Malaysia melabur di China

39.

Apakah kepentingan matawang USD Amerika terhadap Malaysia

a)

Membiayai eksport ke Amerika Syarikat

b)

Membayar balik pinjaman kepada Amerika Syarikat

40.

Dasar fiskal mengembang akan

a)

Mengatasi inflasi

b)

Mengurangkan pengangguran

c)

Menaikkan kadar cukai

d)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

41.

Dasar fiskal mengucup akan

a)

Mengatasi pengangguran

b)

Meningkatkan permintaan agregat

c)

Menaikkan kadar cukai

d)

Meningkatkan perbelanjaan Kerajaan