NEW
Font size
WorksheetsAKTIVITI MINDA 1 PENDEKATAN PENGAJARAN PJ
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
Pembelajaran merupakan hasil daripada usaha pelajar itu sendiri dan bukan dipindahkan daripada guru kepada pelajar. Bermaksud tidak lagi berpegang pada konsep pengajaran dan pembalajaran yang lama , iaitu guru hanya memberi ilmu kepada murid tanpa murid itu sendiri berusaha dan menggunakan pengalaman atau pengetahuan sedia ada mereka.
Apakah pendekatan ini?
Kognitif
TGfU
Kontruktivisme
Stail Pengajaran Mosston & Asworth
Pendekatan ini sangat mengambil kira empat elemen iaitu nada suara , budi bahasa , tingkah laku yang sesuai dan suasana yang kondusif. Kesemua aspek ini harus diberi keutamaan oleh seorang guru bagi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan berlaku di kelas dari masa ke semasa.
Apakah pendekatan ini?
Kontruktivisme
Kognitif
Kontekstual
Behaviorisme
Suasana bilik darjah yang kondusif memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi tingkah laku murid-murid secara langsung. Suasana bilik darjah yang serba lengkap seperti kerusi meja ,langsir ,kipas ,almari ,persekitaran yang nyaman dan papan kenyataan yang ditampal dengan maklumat pengajaran yang berfaedah akan membantu pelajar menguasai kemahiran yang diajar oleh guru.
Apakah pendekatan yang sangat berkait rapat dengan persekitaran seperti di atas?
Kontekstual
Kognitif
TGfU
Kontruktivisme
Guru akan membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu dengan membantu individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka.
Apakah pendekatan di atas?
Kontekstual
Kognitif
Kontruktivisme
Humanisme
Pembelajaran hanya berlaku apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau makna kepada mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri (dunia dalaman bagi memori, pengalaman dan tindak balas mereka sendiri).
Apakah pendekatan ini?
Humanisme
Kognitif
Behaviorisme
Kontekstual
Guru memberikan arahan dan murid menjalankan aktiviti berdasarkan arahan dan guru menunjukkan demonstrasi.
Apakah stail pengajaran ini?
Demonstrasi
Latihan
Arahan
Arahan Demonstrasi
Guru berperanan sebagai pemerhati. Ini adalah merujuk kepada stail pengajaran ______
Gaya Penemuan Bercapah
Gaya Penemuan Bertumpu
Program Reka Bentuk Individu
Gaya Pengajaran Kendiri
Guru memantau proses pembelajaran. Murid berperanan semua keputusan dalam persediaan dan pelaksanaan pembelajaran.
Apakah gaya pembelajaran ini?
Gaya Ikhtiar Pembelajaran
Gaya Pengajaran Kendiri
Program Reka Bentuk Individu
Gaya Latihan
Guru akan memantau proses pembelajaran dan membantu murid menetapkan tugasan mereka. Murid pula akan membuat keputusan serta mencari jalan penyelesaian untuk tugasan yang diberikan. Gaya pengajaran ini ialah _______
Program Reka Bentuk Individu
Gaya Penemuan Terbimbing
Gaya Inklusi
Gaya Semakan Kendiri
Guru menyediakan kriteria untuk pemerhati. Murid secara berpasangan. Murid pertama melakukan aktiviti dan murid kedua bertindak sebagai pemerhati dan memberi maklum balas berdasarkan kriteria yang disediakan oleh guru.
Ini adalah gaya pengajaran________________
Gaya Latihan
Gaya Resiprokal
Gaya Semakan Kendiri
Gaya Inklusi
Guru menyediakan kriteria dan menerangkan aktiviti terlebih dahulu. Murid melakukan aktiviti yang ditetapkanoleh guru secara individu dan melakukan aktiviti berdasarkan senarai semak yang guru berikan.
Ini adalah gaya pengajaran ________________
Gaya Resiprokal
Gaya Semakan Kendiri
Gaya Inklusi
Gaya Latihan
Guru menentukan kriteria pembelajaran dan memberikan peluang kepada murid-murid memilih tahap pembelajaran mengikut tahap kemampuan masing-masing.
Ini adalah merujuk kepada gaya pengajaran ________
Gaya Latihan
Gaya Inklusif
Gaya Ikhtiar Pembelajaran
Gaya Arahan
Guru memberi arahan atau tugasan yang memandu kepada jawapan serta memberi masa yang bersesuaian berdasarkan objektif yang disasarkan untuk murid berfikir dan bertindak. Ini adalah gaya pengajaran _______
Penemuan Terbimbing
Penemuan Tertumpu
Penemuan Bercapah
Program Reka Bentuk Individu
Guru menetapkan dan memberikan tugasan. Murid membuat penaakulan dan persoalan dengan menggunakan proses penemuan dan murid mencuba pelbagai cara untuk mendapatkan jawapan.
Penemuan Terbimbing
Penemuan Bercapah
Penemuan Bertumpu
Program Reka Bentuk Individu
Guru memberikan tugasan dan mendorong murid untuk menilai jawapan dan membuat pertandingan. Murid pula memberi jawapan yang pelbagai terhadap tugasan yang diberikan.
Guru mengaplikasikan gaya pengajaran _________
Penemuan Terbimbing
Penemuan Bertumpu
Penemuan Bercapah
Program Reka Bentuk Individu
Pendekatan ini bertujuan memastikan semua murid dapat menguasai hasil pembelajaran yang ditentukan dalam satu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang seterusnya. Ini adalah kaedah _____
Kuliah
Masteri
Koperatif
Perbincangan
Pembelajaran berorientasikan di dalam bilik darjah yang mempunyai murid dari kumpulan yang berlainan keupayaan. Apakah kaedah ini?
Masteri
Koperatif
Belajar Cara Belajar
Perbincangan
Merupakan proses memperoleh teknik pembelajaran yang boleh diaplikasikan oleh murid sama ada bersama guru atau tidak atau semasa belajar di dalam atau di luar waktu sekolah. Ini adalah strategi___
Belajar cara belajar
Masteri
Aplikasi TKP
Syarahan
Merupakan strategi secara saintifik yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai cabaran hidup dan membuat keputusan terbaik dan bertanggungjawab. Ini adalah strategi ____
Kajian Masa Depan
Belajar Cara Belajar
Kemahiran Berfikir
Kontruktivisme
Pembelajaran hanya bermula apabila wujudnya tindak balas terhadap suatu rangsangan yang diberi. Proses pembelajaran akan diteruskan jika terdapat motivasi ekstrinsik yang sesuai (sama ada peneguhan positif atau negatif) sementara pembelajaran dikatakan berakhir apabila perubahan tingkah laku dapat dibentuk dan dikekalkan.
Apakah pendekatan pengajaran ini?
Kontruktivisme
Behaviorisme
Humanisme
Kognitif
