wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kesihatan Pergigian

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Berikut merupakan kenyataan yang betul bagi gigi susu KECUALI :

a)

Gigi susu merupakan panduan bagi pertumbuhan gigi kekal

b)

Jumlah gigi susu adalah 22 batang

c)

Gigi susu yang pertama tumbuh adalah gigi kacip

d)

Saiz gigi susu adalah lebih kecil dari gigi kekal

2.

Apakah struktur yang terdapat di ruang rongga pulpa :

(pilih SEMUA jawapan yang tepat)

a)

Sistem limfa

b)

Tulang rahang

c)

Salur darah

d)

Saluran saraf

3.

Di antara kenyataan-kenyataan di bawah, yang mana satukah TIDAK BENAR berkenaan gigi kekal?

a)

Gigi kekal yang pertama sekali tumbuh adalah gigi geraham

b)

Terdapat 4 gigi kacip di dalam kegigian kekal

c)

Gigi taring kekal tumbuh pada umur sekitar 11 tahun

d)

Jumlah gigi kekal adalah sebanyak 32 batang

4.

Keadaan gusi yang sihat biasanya :

a)

Berwarna merah jambu

b)

Akar gigi kelihatan sedikit

c)

Berdarah sedikit ketika memberus gigi

5.

Pembentukan plak yang tidak dibersihkan akan menyebabkan perkara berikut KECUALI :

a)

Gusi bengkak

b)

Gusi kemerahan

c)

Gusi berdarah

d)

Gusi berwarna merah jambu

6.

Kenyataan berikut adalah BENAR tentang penyakit periodontitis KECUALI :

 

a)

Penyakit periodontitis adalah penyakit gusi yang lebih serius

b)

Jika tidak dirawat, gusi akan terus menyusut dan terpisah dari gigi

c)

Jika dibiarkan berlarutan, akan menyebabkan gigi menjadi longgar, sakit dan bernanah

d)

Penyakit periodontitis boleh dirawat hanya dengan memberus gigi dengan teknik yang betul

7.

Apakah 4 faktor yang berperanan dalam pembentukan karies gigi :

a)

1. Plak

2. Bakteria

3. Gigi

4. Masa

b)

1. Bakteria

2. Makanan

3. Gigi

4. Masa

c)

1. Bakteria

2. Plak

3. Asid

4. Gigi

d)

1. Plak

2. Asid

3. Gigi

4. Masa

8.

Kenyataan berikut tentang gigi berlubang adalah BETUL, KECUALI :

a)

Jika tidak dirawat, lubang akan menjadi semakin besar

b)

Gigi berlubang bersaiz kecil di bahagian enamel kebiasaanya tidak sakit

c)

Jika lubang sudah membabitkan bahagian pulpa, kebiasaanya pesakit tidak berasa sakit

9.

Berikut merupakan ciri-ciri fake braces :

(pilih SEMUA jawapan yang betul)

 

a)

Perkhidmatan pemasangan dilakukan di premis selain klinik gigi

b)

Tiada kesan yang berbahaya kepaa gigi

c)

Dibeli secara online atau COD

d)

Pemasangan boleh dibuat sendiri melalui tutorial di media sosial

10.

Gigi yang tercabut kerana trauma boleh disimpan di dalam medium berikut KECUALI :

a)

Air paip

b)

Air liur pesakit

c)

Susu segar

11.

Berikut adalah tanda-tanda kanser mulut yang perlu diawasi :

(pilih SEMUA jawapan yang betul)

a)

Ulser yang sembuh dalam masa 2 minggu

b)

Tompok merah dalam kawasan mulut

c)

Tompok putih dalam kawasan mulut

d)

Benjolan atau ketumbuhan dalam mulut

12.

Pemeriksaan mulut kendiri yang dilakukan secara berkala boleh mencegah kanser mulut :

a)

BETUL

b)

SALAH

13.

Kekerapan makan makanan tinggi gula atau karbohidrat menyebabkan pH di dalam mulut berasid dan mengurangkan risiko  pembentukan karies gigi :

a)

BETUL

b)

SALAH

14.

Berikut merupakan teknik memberus gigi yang berkesan KECUALI :

a)

Berus gigi dicondongkan 45⁰ ke arah gusi

b)

Berus gigi menggunakan berus gigi berbulu lembut

c)

Gunakan ubat gigi tidak berfluorida kerana fluorida berbahaya

 

15.

Kesihatan pergigian yang optimum adalah penting untuk perkara berikut :

(pilih SEMUA jawapan yang betul)

a)

Dapat bertutur dengan jelas

b)

Menjaga penampilan agar kelihatan 'presentable'

c)

Memastikan penghadaman makanan yang efisien

d)

Sebagai panduan pertumbuhan gigi susu