wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 3

Total questions: 35

Worksheet time: 18mins

Name
Class
Date
1.

Melakukan sesuatu bersama-sama untuk kebaikan bersama. Berikut merupakan definisi bagi nilai

a)

Hemah tinggi

b)

Toleransi

c)

Kasih sayang

d)

Kerjasama

2.

Berikut merupakan definisi bagi nilai...... Kepekaan dan perasaan cinta yang lahir daripada hati yang ikhlas.

a)

harga diri

b)

kasih sayang

c)

baik hati

d)

rasional

3.

Bebas melakukan sesuatu tertakluk pada peraturan dan undang-undang. Berikut merupakan maksud bagi nilai

a)

harga diri

b)

keberanian

c)

kebebasan

d)

toleransi

4.

Cari jawapan yang betul bagi maksud nilai berikut. Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain.

a)

Kejujuran

b)

Kesederhanaan

c)

Kerjasama

d)

Kasih sayang

5.

Pilih jawapan yang betul bagi ciri pilihan bermoral

a)

bertingkah laku berkeyakinan diri

b)

bertingkah laku hormat menghormati

c)

bertingkah laku sentiasa berwaspada

d)

bertingkah laku baik, benar dan patut

6.

Pilihan bermoral yang dibuat perlulah konsisten dan meliputi tiga aspek iaitu

a)

penaakulan moral, emosi moral dan perlakuan moral

b)

penaakulan moral dan emosi moral

c)

memelihara harga diri

d)

penaakulan moral dan berkeyakinan diri

7.

Kita perlu mempertahankan pilihan bermoral supaya

a)

dilema moral

b)

hidup sejahtera dan mesra

c)

mematuhi peraturan

d)

hidup sejahtera, dihormati oleh rakan dan dipandang tinggi oleh masyarakat

8.

Apabila seseorang individu berjaya membuat pilihan bermoral, dia akan menikmati kehidupan yang aman dan

a)

sejahtera

b)

bahagia

c)

harmoni

d)

damai

9.

Apabila wujud dilema moral, pilhan bermoral menjadi sukar dan perlu diselesaikan secara

a)

pergaduhan

b)

tenang dan terbuka

c)

bersemuka

d)

bersahaja

10.

Pilih jawapan yang betul bagi contoh tradisi yang diamalkan dalam masyarakat majmuk masa kini.

i. Balik kampung semasa cuti sahaja

ii. Saling menziarahi sesama jiran

iii. Saling membantu antara satu sama lain semasa gotong-royong dijalankan

iv. Meraikan sambutan rumah terbuka bersama rakan-rakan

a)

i dan ii

b)

i, ii dan iii

c)

i dan iv

d)

ii,iii dan iv

11.

Berikut adalah ciri kebestarian diri kecuali

a)

berpandangan jauh

b)

berfikir secara bijak

c)

membuat keputusan secara melulu

d)

berfikiran secara matang

12.

Apakah yang dimaksudkan dengan kebebasan bersuara?

a)

bebas bercakap dan menyuarakan pendapat dengan batasan tertentu

b)

bebas bercakap dan menyuarakan pendapat tanpa batasan

c)

bebas bercakap tanpa mempedulikan undang-undang negara

d)

bercakap sesuka hati

13.

Cara menyuarakan pendapat mengikut saluran yang betul kecuali

a)

memasukkan borang maklum balas di dalam peti cadangan

b)

menulis surat layang

c)

menulis surat rasmi kepada pihak berkuasa

d)

mengadakan perbincangan secara berhemah

14.

Yang berikut adalah konflik dalam adab persahabatan kecuali

a)

konflik bahasa

b)

konflik jantina

c)

konflik etnik, agama dan budaya

d)

konflik integriti

15.

Mengapa perlunya batasan dalam kebebasan bersuara?

i. dapat memelihara kesejahteraan negara

ii. dapat mengelakkan fitnah berlaku

iii. Menggalakkan provokasi berlaku

iv. dapat merapatkan perpaduan antara kaum

a)

i dan ii

b)

ii,iii dan iv

c)

i,ii dan iv

d)

ii,iii dan iv

16.

Kepentingan amalan 5R dalam menyelamatkan alam sekitar ialah .................. kecuali

a)

meningkatkan jangka hayat tapak pelupusan

b)

menjimatkan kos, sumber dan tenaga

c)

meningkatkan sumber pendapatan negara

d)

memelihara dan mengekalkan khazanah hutan

17.

Kepentingan melaksanakan tanggungjawab sosial dalam konteks hidup bermasyarakat.

a)

memberi sumbangan tenaga

b)

melahirkan rakyat yang bersatu padu

c)

menyumbang kepakaran diri

d)

menyokong usaha kerajaan

18.

Abu mengambil berat terhadap jiran tetangga dengan menziarahi jiran yang jatuh sakit. Abu mengamalkan nilai

a)

baik hati

b)

toleransi

c)

kejujuran

d)

hemah tinggi

19.

Berikut adalah peranan individu sebagai anggota masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial kecuali

a)

menyokong usaha pihak kerajaan dan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan

b)

melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan dan kejiranan

c)

menyumbangkan kemahiran dan kepakaran kepada masyarakat setempat

d)

menggunakan bahasa yang sopan dan jelas

20.

Menghargai dan memuliakan seseorang serta menghormati peraturan institusi sosial.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

kepercayaan kepada Tuhan

b)

hemah tinggi

c)

hormat

d)

berterima kasih

21.

Usaha yang berterusan bersungguh - sungguh dan berdedikasi dalam melakukan sesuatu.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

kerjasama

b)

kerajinan

c)

rasional

d)

toleransi

22.

Keupayaan menjaga maruah diri dalam kehidupan.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

kejujuran

b)

hemah tinggi

c)

harga diri

d)

baik hati

23.

Bangga dan taat setia kepada raja dan negara.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Cinta akan negara

b)

Patriotisme

c)

Hormat

d)

Kasih sayang

24.

Bercakap benar, bersikap amanah dan ikhlas dalam setiap perlakuan.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Kejujuran

c)

Hemah tinggi

d)

Harga diri

25.

Kesanggupan untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Keberanian

b)

Kebebasan

c)

Patritisme

d)

Toleransi

26.

Bertolak ansur, sabar dan mengawal diri demi kesejahteraan hidup diri dan orang lain.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Berdikari

b)

Bertanggunjawab

c)

Rasional

d)

Toleransi

27.

Boleh berfikir berdasarkan alasan atau bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan yang wajar.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Kesederhanaan

b)

Rasional

c)

Kerajinan

d)

Baik hati

28.

Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Bertanggungjawab

b)

Berdikari

c)

Bertolak ansur

d)

Berkerjasama

29.

Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala ajaran berlandaskan pegangan agama dan percayaan masing - masing.

Huraian ini menerangkan tentang nilai?

a)

Kepercayaan kepada Tuhan

b)

Bertanggungjawab

c)

Berterima kasih

d)

Amanah

30.

Berikut ialah kesan pengabaian sumbangan perkhidmatan awam kepada pembangunan negara kecuali

a)

Pelabur hilang keyakinan

b)

Pembaziran masa

c)

Kos meningkat

d)

melindungi kelestarian alam

31.

Apakah itu Reuse dalam amalan 5R?

a)

menggunakan semula sesuatu barangan, bahan atau produk

b)

mengurangkan penggunaan barangan yang tidak boleh dilupuskan

c)

membaiki kerosakan barangan untuk mengelakkan pembelian barangan baru

d)

mengitar semula barangan yang telah digunakan untuk dijadikan barangan lain yang boleh digunakan semula

32.

Peranan individu sebagai anggota masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab sosial.

a)

melahirkan masyarakat yang bersatu padu

b)

mengukuhkan hubungan antara anggota keluarga

c)

melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan

d)

memastikan keselamatan penduduk setempat

33.

Adab merujuk kepada.....

a)

akal yang dianugerahkan oleh Tuhan

b)

kurniaan, pemberiaan dan rahmat daripada Tuhan

c)

kesedaran untuk membuat pilihan bermoral

d)

tingkah laku yang baik dan tutur kata yang sopan

34.

Kebestarian diri merujuk kepada

a)

seseorang yang berpengetahuan luas dan baik budi pekerti

b)

sesuatu kebiasaan atau amalan yang sudah sebati

c)

bertutur dengan penuh keikhlasan hati

d)

mengenal budaya dan adat resam yang diamalkan

35.

Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna. Berikut merupakan maksud bagi nilai

a)

Bertanggungjawab

b)

Berterima kasih

c)

Berdikari

d)

Kesederhanaan