wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Bola Baling

Total questions: 30

Worksheet time: 17mins

Name
Class
Date
1.

Berapakah bilangan pemain bola baling dalam satu pasukan?

a)

10 orang

b)

11 orang

c)

12 orang

d)

13 orang

2.

Berapakah tempoh permainan bagi kumpulan umur bawah 12 tahun?

a)

20 minit setiap separuh masa dan 5 minit masa rehat

b)

20 minit setiap separuh masa dan 10 minit masa rehat

c)

30 minit setiap separuh masa dan 5 minit masa rehat

d)

30 minit setiap separuh masa dan 10 minit masa rehat

3.

Pemain dibenarkan melakukan perkara berikut KECUALI...

a)

mengambil 3 langkah dengan bola

b)

memegang bola maksimum 3 saat

c)

menjunam untuk mendapatkan bola

d)

menendang untuk mendapatkan bola

4.

Pilih jawapan yang bersesuaian mengenai undang-undang gelanggang permainan.

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

Gelanggang permainan berukuran 20 meter kali 40 meter.

b)

Garisan padang atau garisan 1 meter adalah garisan paling penting.

c)

Semua pemain kecuali penjaga gol dibenarkan berdiri di dalam kawasan gol.

d)

Tiang gol adalah 2 meter tinggi dan 4 meter lebar.

5.

Balingan Pengadil


Balingan akan diberikan apabila:

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

kesalahan berlaku serentak oleh kedua-dua pasukan.

b)

kesalahan dilakukan oleh mana-mana pasukan.

c)

bola direbut oleh kedua-dua pemain.

d)

pemain menyerang pemain dari pasukan lawan.

6.

Pakaian untuk pemain lelaki terdiri daripada...

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

baju lengan pendek atau panjang

b)

stoking dan kasut sukan atau but

c)

penjaga gol haruslah menggunakan baju yang sama warna dengan pasukannya

d)

pelindung kepala dan topeng muka

7.

Apakah kelebihan permainan kalah mati?

a)

Boleh dijalankan dalam masa yang singkat.

b)

Boleh memilih pemenang dengan lama.

c)

Boleh dijalankan dengan peralatan yang tidak terhad.

d)

Penyertaan yang tidak ramai.

8.

Gambar berikut menunjukkan contoh jadual pertandingan ...

a)

liga satu pusingan

b)

liga berkumpulan

c)

kalah mati

9.

Perkara yang perlu diambil perhatian dalam pertandingan liga ialah ...

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

masa yang terhad

b)

kewangan yang ada

c)

bilangan pengadil

d)

kemudahan dan peralatan yang ada

10.

Pertandingan liga merupakan satu-satunya pertandingan yang sesuai dijalankan sekiranya pertandingan itu bertujuan ...

a)

memilih pemain yang terbaik

b)

memilih penjaga gol yang terbaik

c)

memilih pengadil yang terbaik

d)

memilih pasukan yang terbaik

11.

Asas posisi badan semasa menangkap dan menerima bola ialah ...

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

Kaki seluas bahu

b)

Kedudukan bahu menghadap arah rakan

c)

Tumpuan: Kepala dan mata kepada bola

d)

Bahagian atas pinggang tegak ke arah pergerakan bola

e)

Tangan dan tapak tangan dihalakan ke arah bola

12.

Bagi menerima bola tinggi, posisi tapak tangan membentuk _____ dengan ibu jari dan jari telunjuk hampir bersentuhan antara kanan dan kiri.

a)

segi tiga

b)

segi empat

c)

rapat

d)

luas

13.

Bagi menerima bola rendah, jari-jari menghala ke _____ dengan kedua-dua jari kelingking hampir bersentuhan.

a)

udara

b)

paras bahu

c)

paras pinggang

d)

tanah

14.

Pilih teknik menyerap momentum bola dengan betul.

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

Tumpuan mata kepada pergerakan bola akan datang.

b)

Tangan bergerak ke arah bola dengan jari yang "relaks".

c)

Bengkokkan siku dan bawa tangan ke dada apabila bola ditangkap.

d)

Badan tegak dan tangan dalam posisi bersedia ke udara.

15.

Apakah nama teknik hantaran bola tersebut?

a)

Hantaran paras dada

b)

Hantaran atas bahu

c)

Hantaran atas kepala

d)

Hantaran melintang

16.

Kemahiran hantaran ini kemungkinan merupakan kemahiran yang kedua kerap digunakan oleh pemain. Apakah nama hantaran tersebut?

a)

Hantaran ke hadapan

b)

Hantaran paras dada

c)

Hantaran sisi

d)

Hantaran melintang

17.

Mengadang ialah kemahiran seseorang pemain dalam mengawal pergerakan pemain lawan daripada _____________.

a)

melontar dan menjatuhkan bola

b)

menyerang atau menjaringkan bola

c)

mampu menghasilkan gol

d)

mengemudi perlawanan

18.

Tugas-tugas penjaga gol ialah _____

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

Menghalang pasukan lawan membuat jaringan.

b)

Merancang benteng pertahanan.

c)

Merancang serangan balas.

d)

Sentiasa mengikut pergerakan gol.

19.

Hantaran apakah yang sering digunakan dalam bola baling?

a)

Hantaran sisi

b)

Hantaran lantun

c)

Hantaran atas bahu

d)

Hantaran atas kepala

20.

Bola baling mula diperkenalkan dalam Sukan Olimpik pada tahun _____.

a)

1933

b)

1934

c)

1935

d)

1936

21.

Bola yang digunakan dalam permainan bola baling harus berbentuk bulat dan diperbuat daripada kulit atau getah berwarna yang tidak terlalu keras.


Saiz bola yang digunakan oleh murid sekolah rendah ialah ___.

a)

Bola saiz 1

b)

Bola saiz 2

c)

Bola saiz 3

d)

Bola saiz 4

22.

Berikut merupakan kemahiran asas permainan bola baling KECUALI

a)

Menggelecek bola dengan tangan

b)

Mengadang

c)

Menjaring

d)

Melantun

23.

Apakah kelemahan hantaran lantun?

a)

Membuat hantaran secara mengejut.

b)

Dapat disekat oleh pihak lawan yang bertindak balas pantas.

c)

Dilakukan dengan sebelah tangan.

d)

Sukar disambut oleh rakan sepasukan.

24.

Berapa orangkah pengadil dalam permainan bola baling?

a)

Tiada pengadil

b)

Satu orang

c)

Dua orang

d)

Tiga orang

25.

Semasa balingan percuma, balingan mula atau balingan ke dalam dilakukan, pihak lawan hendaklah sekurang-kurangnya ______ dari pembaling.

a)

1 meter

b)

2 meter

c)

3 meter

d)

4 meter

26.

Gelanggang permainan berukuran 40m panjang dan 20m lebar termasuk dua kawasan gol.


Garisan sempadan yang panjang dipanggil ______.

a)

Garisan gol

b)

Zon keselamatan

c)

Garisan tengah

d)

Garisan tepi

27.

Semasa perlawanan berlansung, pertukaran pemain boleh dilakukan pada ___

(Pilihan jawapan boleh lebih dari satu)

a)

bila-bila masa

b)

selepas memberitahu penjaga skor

c)

selepas memberitahu penjaga masa

d)

ketika masa dihentikan sementara (time-out)

28.

Bola baling merupakan gabungan daripada beberapa kemahiran asas bola jaring, ___________ dan bola sepak.

a)

bola tampar

b)

bola keranjang

c)

futsal

d)

bola lisut

29.

Bola baling mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun ____.

a)

1970

b)

1974

c)

1976

d)

1988

30.

Antara bola berikut, yang manakah digunakan dalam permainan bola baling?

a)
b)
c)
d)