Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

ulangkaji bab 1 t4

Total questions: 10

Worksheet time: 5mins

Name
Class
Date
1.

Akauntan harus profesional, berkemahiran dan berkeupayaan untuk memberi perkhidmatan yang terbaik terhadap pelanggan. Apakah etika profesion perakaunan yang dimaksudkan?

a)

Integriti

b)

Kerahsiaan

c)

Kompetensi

d)

Sifat profesiona

2.

Antara yang berikut manakah pengguna luaran penyata kewangan?

a)

Audit dalaman

b)

Pihak bank

c)

Kakitangan

d)

Pemilik

3.

Maklumat berikut diperoleh daripada Perniagaan Sarhan. "Membayar sewa sebanyak RM450 setiap bulan "

Apakah andaian perakaunan yang berkaitan dengan maklumat tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Usaha berterusan

c)

Wang sebagai ukuran

d)

Pengiktirafan hasil dan belanja

4.

Maklumat berikut merujuk kepada ciri-ciri bagi entiti perniagaan.

• Tanggungan Liabiliti : Terhad

• Pemilikan : 1 hingga 50 orang

• Hayat perniagaan : Berterusan

Apakah perniagaan yang mempunyai ciri-ciri tersebut?

a)

Kedai Burger Ramli

b)

Tetuan Ahmad, Lim & Ravi

c)

Koperasi Kakitangan Awam Berhad

d)

Syarikat Pharma Tani Sendirian Berhad

5.

Pilih pernyataan yang paling tepat tentang perakaunan.

a)

Meliputi proses simpan kira sahaja

b)

Perancangan dan kawalan terhadap aktiviti perniagaan

c)

Aktiviti merekod urus niaga berdasarkan sistem catatan bergu

d)

Mencakupi simpan kira, mentafsir dan melapor maklumat kewangan

6.

Apakah tujuan Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia (MASB) ditubuhkan?

a)

Mengendali latihan dan peperiksaan bagi profesion perakaunan

b)

Menyediakan laporan kewangan untuk sesebuah perniagaan

c)

Menentukan skop dan penggunaan piawaian perakaunan

d)

Melatih akauntan dan juru audit bertauliah

7.

Maklumat di bawah berkaitan dengan ciri kualitatif penyata kewangan.

"Penyata kewangan ini bebas daripada sebarang kesilapan fakta dan tidak bersifat berat sebelah".

Pilih ciri yang tepat berdasarkan pernyataan di atas.

a)

Relevan

b)

Kebolehfahaman

c)

Kebolehbandingan

d)

Kebolehpercayaan

8.

Maklumat berikut merujuk kepada Syarikat Tekun Sdn Bhd:

" Kerani akaun merekod lekapan pada harga belian RM4 000 walaupun harga pasaran RM3 500"

Apakah prinsip perakaunan yang dipatuhi oleh kerani tersebut?

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Usaha Berterusan

d)

Pengiktirafan Hasil dan Belanja

9.

Siapakah pengguna dalaman Penyata Kewangan?

a)

Pembekal

b)

Pelanggan

c)

Lembaga pengarah

d)

Lembaga Hasil Dalam Negeri

10.

Ciri Kualitatif Penyata Kewangan termasuk

I Kebolehbandingan

II Kebolehfahaman

III Keseragaman

IV Pemasaan

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV