NEW
Font size
WorksheetsPJPK TING 5 KSSM
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Organ-organ yang terlibat dalam sistem kardiovaskular ialah
hati dan hempedu
salur darah dan jantung
paru-paru dan salur nadi
salur darah dan salur nadi
2. Aktiviti jangkauan melunjur dilakukan bagi mengukur
kelenturan
kekuatan otot
daya tahan otot
daya tahan kardiovaskular
3.Fleksibiliti ditakrifkan sebagai
otot dan sendi gerak untuk bekerja
sekumpulan otot bekerja tanpa kelesuan
jantung membekalkan oksigen kepada sel-sel otot
sendi badan dapat digerakkan sejauh yang mungkin
4.Peratusan lemak dalam badan berbanding dengan otot, tulang dan tisu badan
dikenali sebagai
komposisi badan
komponen badan
nisbah organ badan
nisbah lemak badan
5. Antara berikut yang manakah, kesilapan yang sering dilakukan semasa mengelecek
bola keranjang
melantun bola dekat dengan badan
mengelecek tanpa melihat arah bola
menggunakan hanya sebelah tangan yang lebih dominan
menampan bola pada paras dada dan tunggu bola melantun
6. Nyatakan dua rebound yang biasa berlaku semasa dalam permainan
i “rebound offensive”
ii “rebound defensive”
iii. “rebound inswinger”
iv. “rebound outswinger”
I dan II
II dan III
III dan IV
7. Nyatakan jenis-jenis kesalahan dalam permainan bola keranjang
I menjaring
II merempuh
III menjangkau
IV menghalang
I, II DAN III
I, II DAN IV
I, III DAN IV
II,III DAN IV
8. Struktur bahagian dalam bola kriket diperbuat daripada
Span
Getah
Kulit
Gabus
9. Dalam permaian kriket, terdapat dua set wiket yang mengandungi ……. batang kayu
setiap set
2
3
4
6
10. Semasa permainan kriket, pemain yang harus memakai pad kaki ialah
bowler dan pemukul
pemukul dan pengadil
penjaga wiket dan pengadil
pemukul dan penjaga wiket
11. Baju dan seluar pemain ragbi diperbuat dari kain yang tahan lasak dan
tidak tahan lasak
tidak mudah rosak
tidak mudah luntur
tidak mudah koyak
12. Dalam permainan ragbi pemain dibenarkan memakai alat keselamatan
I padding
II shin guard
III shoulder guard
IV alat pelindung gigi
I,II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
13. Bola ragbi yang digunakan dalam permainan biasanya berbentuk
Sfera
Bulat
Lonjong
semi bulat
14. Lari berhalangan adalah gabungan daripada beberapa acara olahraga. Apakah acara-acara tersebut ?
I Lompat air
II lari berpagar
III lari jarak jauh
IV lompatan udara
I, II dan III
I, II dan IV
I, III danIV
II, III dan IV
15. Lompat tinggi merupakan salah satu acara
trek
padang
balapan
larian
16. Gaya lompatan untuk lompat tinggi yang menjadi pilihan atlet ialah
gaya pelana
gaya gunting
gaya frosbury flop
gaya layar
17. Empat fasa lompat tinggi gaya pelana mengikut turutan yang betul ialah
fasa layangan, fasa pendaratan, fasa lonjakan dan fasa larian
fasa pendaratan, fasa lonjakan, fasa larian dan fasa layangan
fasa lonjakan, fasa larian, fasa layangan dan fasa pendaratan
fasa larian, fasa lonjakan, fasa layangan dan fasa pendaratan
18. Peserta yang melakukan lompatan dalam acara lompat tinggi adalah terbatal jika
melompat melepasi palang lebih daripada 4 inci
melompat tidak menggunakan gaya fosbury flop
menyentuh kawasan mendarat tetapi tidak membuat lompatan
melompat dengan punggung menyentuhi palang tetapi tidak terjatuh
19. Apakah maksud kesedaran ritma ?
Corak pergerakan alatan
Corak kemahiran manipulasi alatan
Corak rangkaian pergerakan yang lancar
Corak pergerakan badan yang mengikut rentak ritma
20. Apakah maksud kesedaran kumpulan dalam pergerakan kreatif ?
Menunjukkan ahli kumpulan yang ramai
Menunjukkan ahli kumpulan bekerjasama
Menunjukkan ahli kumpulan mempunyai peranan tersendiri
Menekankan kerjasama kumpulan sebagai satu unit yang menunjukkan mereka mempunyai minat dan tujuan yang sama
