wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Larutan Piawai dan Peneutralan

Total questions: 38

Worksheet time: 55mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud larutan piawai?

a)

Larutan yang tidak diketahui kepekatannya dengan tepat.

b)

Larutan yang diketahui kepekatannya dengan tepat.

c)

Unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol bahan terlarut

d)

Ukuran yang menunjukkan kuantiti zat terlarut dalam seunit isi padu larutan.

2.

Air dicampurkan kepada suatu larutan piawai pekat dikenali _________________.

a)

Larutan asid

b)

Larutan bes

c)

Air suling

d)

Larutan stok

3.

Dalam kaedah pencairan, pencairan larutan pekat menjadi larutan cair hanya mengubah __________________ larutan tetapi tidak mengubah __________________larutan.

a)

Isipadu

b)

Kepekatan

c)

Bilangan mol zat

d)

Jisim

4.

Berikut merupakan radas yang digunakan dalam penyediaan larutan piawai daripada bahan pepejal kimia kecuali

a)

Corong turas

b)

Kelalang volumetrik

c)

Pipet

d)

Bikar

5.

Hanani ingin menyediakan 250 cm3 larutan asid hidroklorik dengan kepekatan 0.04 moldm-3 daripada larutan stok berkepekatan 0.5 moldm-3 . Hitung isipadu asid hidroklorik larutan stok yang diperlukan untuk menyediakan asid hidroklorik tersebut.

a)

V = 25 cm3

b)

V = 20 cm3

c)

V = 2 cm3

6.

Kepekatan larutan P ialah 0.1mol dm-3. 5.0 cm3 larutan P ditambah dengan air sehingga isi padunya menjadi 20.0cm3. Hitung kepekatan larutan P selepas ditambah air.

a)

M=0.025 moldm-3

b)

M=0.02 moldm-3

c)

M=0.03 moldm-3

7.

80 cm3 larutan KOH dengan kepekatan 0.5 mol dm-3 dicairkan dengan 10 cm3 air. Hitung kemolaran baru larutan yang terhasil.

a)

0.31 mol dm-3

b)

0.16 mol dm-3

c)

0.44 mol dm-3

d)

0.23 mol dm-3

8.

Dua kaedah yang digunakan dalam penyediaan lalrutan piawai adalah

a)

Penyediaan larutan piawai melalui pencairan larutan akueus

b)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan pepejal

c)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan stok

d)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan sukatan

9.

Penyediaan larutan piawai melalui pencairan larutan akues menggunakan formula yang mana?

a)

n=MV/1000

b)

MaVa = a

MbVb b

c)

M1V1 = M2V2

d)

n=MV x 1000

10.

Berdasarkan gambar rajah berikut, apakah kaedah penyediaan larutan yang digunakan?

a)

Pencairan Larutan Akueus

b)

Penyediaan larutan piawai daripada bahan pepejal

c)

Peneutralan

d)

Pentitratan asid-bes

11.

Bahan pepejal kimia yang boleh digunakan untuk menyediakan larutan piawai di dalam makmal ialah

a)

Asid oksalik

b)

Natrium hidroksida

c)

Natrium karbonat

d)

Klorin

12.

Apakah kemolaran asid sulfurik dengan kepekatan 24.5 g dm-3.Diberi jisim molekul relatif asid sulfurik 98.

(a)  

13.

Kepekatan larutan natrium klorida ialah 1.989 g dm-3. Hitungkan kemolaran larutan dalam mol dm-3.

[ Jisim atom relative : Na = 23; Cl = 35.5]

(a)  

14.

Hitungkan bilangan mol dalam 2 dm3 larutan natrium hidroksida, NaOH 0.5 mol dm-3.

(a)  

15.

Cari jisim bagi 100 cm3 larutan glukosa 0.2 moldm-3. Jisim molar glukosa ialah 180 g mol-.

(a)  

16.

Kemolaran asid fosforik ialah 2 moldm-3. Apakah kepekatan asid ini dalam gdm-3?

[ Jisim atom relative : H = 1; O=16; P = 31]

(a)  

17.

Hitung kepekatan 58.5 g garam natrium klorida, NaCl dilarutkan dalam 250 cm3 air.

[ Jisim atom relative : Na = 23; Cl=35.5]

a)

4.0 M

b)

0.4 M

c)

40.0 M

d)

0.004 M

18.

Hitung kepekatan 6 g magnesium sulfat (MgSO4) ditambahkan ke dalam bikar berisi 200 cm3 air.

[Jisim atom relative : Mg = 24; S=32; O=16]

a)

0.25 M

b)

0.50 M

c)

2.5 M

d)

0.0025 M

19.

Kira kemolaran bagi 10 mol pepejal kuprum (II) sulfat dilarutkan dalam air untuk menjadikan 5 dm3 larutan.

a)

0.2 M

b)

20.0 M

c)

2.0 M

d)

0.02 M

20.

Hitungkan kemolaran baharu asid hidroklorik, HCl yang terhasil jika 15 cm3 asid hidroklorik, HCl 1.5 mol dm–3 dicairkan untuk menghasilkan 250 cm3 asid hidroklorik, HCl.


Jawapan: (a)   mol dm-3

21.

TINDAK BALAS antara asid dengan alkali akan menghasilkan garam dan air dikenali sebagai tindak balas

a)

pentitratan

b)

peneutralan

c)

penyejatan

d)

pencernaan

22.

KAEDAH yang digunakan untuk menjalankan tindak balas asid dan alkali disebut ....

a)

Pentitratan

b)

Peneutralan

c)

Pencernaan

d)

Pendidihan

23.

Persamaan perkataan bagi tindak balas peneutralan ialah


A + B ----> C + D


Apakah A dan B?

a)

Asid

b)

Alkali

c)

Garam

d)

Air

24.

Persamaan perkataan bagi tindak balas peneutralan ialah


A + B ----> C + D


Apakah C dan D?

a)

Asid

b)

Alkali

c)

Garam

d)

Air

25.

Berikut menunjukkan tindak balas peneutralan antara asid dan alkali....Yang manakah A dan B?

a)

A Asid hidroklorik (asid)

b)

A Natrium hidroksida (alkali)

c)

B asid hidroklorik(asid)

d)

B Natrium hidroksida(Alkali)

26.

Berikut adalah tindak balas antara asid dan alkali. Namakan garam A yang terhasil...


Asid Sulfurik + Kalium hidroksida ------> A + air

a)

Kalium Sulfat

b)

Kalium klorida

c)

Natrium Klorida

d)

Kalium Klorida

27.

Mengapakah kita perlu menggunakan ubat gigi untuk memberus gigi ?

a)

Untuk mengelak jangkitan kuman

b)

Agar nafas kekal segar dan tidak berbau

c)

Untuk mengelakkan penyakit gusi berdarah

d)

Untuk meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi

28.

Apakah kegunaan ubat antasid ?

a)

Untuk membuat baja

b)

Untuk merawat gigitan serangga

c)

Untuk meneutralkan asid berlebihan di dalam perut

d)

Untuk meneutralkan sisa syampu pada rambut

29.

Yang manakah TIDAK BENAR tentang aplikasi peneutralan dalam kehidupan seharian?

a)

Ubat gigi yang beralkali meneutralkan asid yang dihasilkan oleh bakteria di dalam mulut.

b)

Perapi rambut yang bersifat berasid dapat meneutralkan sisa syampu yang beralkali.

c)

Tanah yang berasid dirawat dengan menabur kapur mati yang bersifat alkali.

d)

Pembersih muka yang berasid menjadikan kulit muka kering. Penyegar yang beralkali digunakan untuk meneutralkan semula kulit muka.

30.

Apakah perubahan warna fenolftalein semasa pentitratan?

a)

Tidak berwarna (dalam alkali) kepada warna merah jambu (dalam larutan neutral)

b)

Warna merah jambu (dalam alkali) kepada tidak berwarna (dalam larutan neutral)

c)

warna kuning (dalam alkali) kepada warna hijau (dalam larutan neutral)

d)

warna hijau (dalam alkali) kepada warna kuning (dalam larutan neutral)

31.

Selepas memotong ikan, tangan Aliah mempunyai bau hanyir ikan.Apakah cara untuk menghilangkan bau itu?

a)

Sapu losyen pada tangan

b)

Rendam tangan di dalam air suling

c)

Basuh tangan dengan air limau

d)

Basuh tangan dengan air garam

32.

Jadual menunjukkan nilai pH empat cecair P, Q, R dan S. Antara berikut, pasangan cecair manakah yang meneutralkan antara satu sama lain?

a)

P dan R

b)

Q dan R

c)

Q dan S

d)

P dan S

33.

Serbuk bikarbonat digunakan untuk merawat sengatan lebah dan gigitan semut yang bersifat (TP3)

a)

Alkali

b)

Asid

34.

Cuka digunakan untuk merawat sengatan penyengat yang bersifat (TP3)

a)

Alkali

b)

Asid

35.

Bahan buangan .......A..... daripada kilang dirawat dengan...B......sebelum dibebaskan (TP3)

a)

A Alkali

b)

A Asid

c)

B Alkali

d)

B Asid

36.

Nyatakan nilai pH bagi bahan neutral.

a)

1

b)

4

c)

7

d)

10

37.

Nyatakan nilai pH yang terhasil di akhir eksperimen ini.

a)

1

b)

3

c)

7

d)

12

38.

Antara yang berikut, yang manakah boleh digunakan untuk menghilangkan kesakitan akibat sengatan lebah ?

a)

Cuka

b)

Jus oren

c)

Serbuk penaik

d)

Buah nenas