Font size
WorksheetsKEMAHIRAN ASERTIF
Total questions: 27
Worksheet time: 13mins
Kemahiran asertif ialah (...). Sila pilih SATU atau LEBIH pernyataan yang sesuai
Boleh membuat keputusan dalam apa jua situasi
Jujur dan berterus terang
Mendahulukan keperluan orang lain
Sedia mendengar dan memahami perasaan, keperluan dan kedudukan orang lain
Asertif dalam perkataan yang lain ialah
Penegasan Diri
Ketegasan Diri
Tegas Diri
Diri Bertegas
Pilih satu (1) pernyataan yang paling sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Wanita tersebut sedang menyatakan pendapat, perasaan dan kemahuannya
Wanita tersebut bertanya tentang masa yang sesuai untuk berbincang
Wanita tersebut sedang meluahkan perasaannya
Wanita tersebut sedang memberi pendapatnya mengenai tugasan
Pilih satu (1) pernyataan yang paling sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Lelaki tersebut sedang marah
Lelaki tersebut sedang meluahkan perasaan sedih
Lelaki tersebut sedang memberi arahan
Lelaki tersebut faham akan haknya untuk bersuara
Pilih satu (1) pernyataan yang paling sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Lelaki tersebut tidak berminat untuk meneruskan perbualan dengan pemanggil
Lelaki tersebut memberi penghargaan terhadap usaha pemanggil
Lelaki tersebut berterus terang, jujur dan berhemah menolak tawaran si pemanggil
Lelaki tersebut memuji pemanggil secara tidak ikhlas dan menolak tawaran pemanggil
Pilih satu (1) pernyataan yang paling sesuai untuk menerangkan situasi ini.
Lelaki tersebut menghormati perasaan individu di hadapan beliau
Lelaki tersebut cuba memberitahu secara berlapik supaya tidak campur tangan
Lelaki tersebut cuba mengelakkan perbincangan mendalam mengenai sesuatu isu
Lelaki tersebut faham niat individu di hadapannya
Sikap pasif, agresif dan asertif boleh dipamerkan melalui aspek berikut: (Sila pilih SATU atau LEBIH jawapan yang sesuai)
Lisan
Bukan Lisan
Suara
Mata
Kedudukan diri, gaya badan, posisi tubuh, tangan, kaki
Seorang rakan sekerja berubah menjadi senyap dan bermasam muka dengan anda. Anda menyatakan kepadanya, "Saya rasa ada sesuatu yang sedang menganggu awak. Kita boleh cari jalan/bincang kalau awak boleh bagitau apa yang tak kena?" Respon ini menunjukkan anda seorang yang...
Agresif
Pasif
Asertif
Seorang rakan sekerja telah memohon kali keempat dalam minggu ini untuk membantunya mengetip kad perakam waktu. Anda menyatakan padanya, " Saya sudah muak nak tolong awak punch card. Saya tak sanggup nak menipu lagi...punchla sendiri." Respon anda berbentuk:
Asertif
Pasif
Agresif
Seorang rakan menelefon anda semasa waktu pejabat dan anda telah meluangkan masa yang agak lama berbual dengan beliau. Anda mahu menghentikan perbualan telefon tersebut kerana perlu menyiapkan tugasan pejabat anda dengan segera. Anda katakan padanya, "Sorry, bos dah panggil masuk mesyuarat nie." Anda seorang yang...
Asertif
Agresif
Pasif
Semasa mesyuarat, seorang ahli mesyuarat mencelah percakapan anda. Anda katakan padanya, "Maaf ya, saya nak habiskan apa yang perlu saya katakan." Anda seorang yang...
Pasif
Asertif
Agresif
Anda menghadapi masalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan. Anda katakan pada diri sendiri, " Bodonhya aku. Tugas ringan macam ni pun aku tak tahu nak selesaikan." Anda seorang yang...
Pasif
Asertif
Agresif
Seorang rakan telah berjanji dengan anda untuk keluar makan tengahari dengan anda dan belanja anda. Anda menunggu pada waktu/masa/tempat dijanjikan. Seorang rakan lain nampak anda sedang menunggu dan memaklumkan bahawa beliau ternampak rakan yang berjanji dengan anda sudah keluar ke tempat lain bersama rakan lain. Anda menelefonnya dan berkata, "Saya kecewa dan sedih awak dah keluar ke tempat lain dengan orang lain. Apa yang dah jadi?"
Agresif
Asertif
Pasif
Membongkok, merayu, suara teragak-agak ialah antara bahasa badan berbentuk...
Asertif
Pasif
Agresif
Mencekak pinggang, suara nyaring, bahasa sindiran adalah antara bahasa badan berbentuk
Pasif
Asertif
Agresif
Menggunakan bahasa 'Saya', suara tenang/jelas, pergerakan yang yakin merupakan bentuk respon yang...
Pasif
Agresif
Asertif
Respon asertif boleh dipelajari.
Respon pasif boleh diubah.
Respon agresif boleh dikawal.
Ya
Tidak
Yang mana kenyataan berikut bukan tingkah laku asertif.
menghormati idea dan pandangan orang lain
meluahkan perasaan secara rasional
mengambil kira perasaan orang lain dan mengetepikan perasaan sendiri
jujur memberi pendapat dan mengambil kira perasaan sendiri dan orang lain
Kesan bersifat asertif adalah __________
(2 jawapan)
berpendirian tegas dan penampilan diri yang meyakinkan
terganggu emosi dan tidak fokus
emosi yang stabil dan positif
bersendirian dan tidak mahu bergaul
Salleh ialah kapten pasukan hoki. Beliau seharusnya ______ ( tandakan 2 jawapan)
memberi arahan dengan penuh emosi
menghargai sumbangan setiap ahli pasukan
membuat keputusan yang adil dan saksama
menghormati pemain yang handal sahaja
Tingkah laku asertif adalah seseorang yang bersifat _______
positif
negatif
pasif
submisif
Yang manakah berikut adalah sifat asertif ?
saya kalah , kamu menang
saya menang, kamu kalah
saya menang , kamu menang
saya sentiasa positif, kamu sentiasa negatif
Sifat perhubungan pasif ialah
yakin pada diri sendiri
rendah diri
aktif
Kelebihan apabila bersikap asertif
suka menyalahkan orang lain
meningkatkan keyakinan diri
kawan tidak suka berkawan dengan diri anda
Antara berikut, yang manakah menunjukkan ciri-ciri kemahiran asertif?
Menyatakan pendapat mengikut perasaan orang lain
Menghormati idea, keperluan dan perasaan orang lain
Bijak untuk meluahkan perasaan dan mementingkan diri sendiri
Sentiasa mengutamakan pendirian sendiri
Berikut ini Pernyataan yang TIDAK BENAR dari asertif adalah.........
Perilaku Tegas
Takut untuk Membela Diri
Dapat Menjelaskan Kesalahfahaman
Perilaku yang Positif
Apakah kepentingan ciri-ciri asertif bagi seorang pelajar... KECUALI
mudah terpengaruh dengan pujukan orang lain
bersikap tegas
mempunyai harga diri
berani mengatakan "tidak"
