wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kata Ganda Berentak S5 - XYF

Total questions: 21

Worksheet time: 7mins

Name
Class
Date
1.

Pencuri itu lari __________ apabila dikejar oleh anggota polis yang sedang membuat rondaan.

a)

ulang-alik

b)

serta-merta

c)

lambat-laun

d)

lintang-pukang

2.

Siva menyuluh gua yang __________ dengan lampu picit.

a)

huru-hara

b)

gelap-gelita

c)

gilang-gemilang

d)

terang-benderang

3.

Hidup Lina yang serba kekurangan menjadi __________ selepas berkahwin dengan usahawan berjaya itu.

a)

hiruk-pikuk

b)

kumat-kamit

c)

senang-lenang

d)

lemah-gemalai

4.

Jalan menuju ke Genting Highlands __________.

a)

culang-caling

b)

huyung-hayang

c)

rompang-ramping

d)

bengkang-bengkok

5.

Halaman rumah Kavita __________ dengan lampu yang dipasang sempena Hari Deepavali.

a)

haru-biru

b)

kalut-malut

c)

segar-bugar

d)

terang-benderang

6.

Penduduk kampung pelancongan __________ terhadap para pengunjung yang datang.

a)

kucar-kacir

b)

kacau-bilau

c)

ramah-tamah

d)

kenduri-kendara

7.

Sebagai inspektor polis, Encik Taufik

selalu ber__________ kerana sering ditukarkan tempat bertugas.

a)

pindah-randah

b)

kontang-kanting

c)

pontang-panting

d)

rompang-ramping

8.

Tindak-tanduk pemuda berkaca mata hitam yang __________ di hadapan rumah Datuk Lim amat mencurigai pembantu rumah itu.

a)

bengkang-bengkok

b)

mundar-mandir

c)

susup-sasap

d)

gerak-geri

9.

Peninju itu ter__________ apabila dipukul oleh lawannya.

a)

liang-liuk

b)

huyung-hayang

c)

umbang-ambing

d)

pontang-ponting

10.

Puan Fazura akan ber__________ apabila ibu saya bertanya tentang latar belakang keluarganya.

a)

desas-desus

b)

bolak-balik

c)

dakwa-dakwi

d)

jongkang-jongket

11.

Beberapa buah rumah di kampung itu __________ apabila dilanda ribut.

a)

hancur lebur

b)

punah-ranah

c)

porak-peranda

d)

tunggang-langgang

12.

Rambut Puvan menjadi __________ apabila ditiup angin kencang.

a)

calar-balar

b)

kusut-masai

c)

kacau-bilau

d)

kembang kempis

13.

Api lilin yang __________ ditiup angin itu menarik perhatian Junita.

a)

liang-liuk

b)

lekak-lekuk

c)

kontang-kanting

d)

pontang-ponting

14.

Ali berasa __________ apabila melihat cacing yang keluar dari tanah.

a)

haru-biru

b)

riuh-rendah

c)

geli-geleman

d)

compang-camping

15.

Bapa saudara saya mahir dengan __________ jalan di Kuala Lumpur kerana dia seorang pemandu teksi.

a)

gerak-geri

b)

lalu-lalang

c)

selok-belok

d)

mundar-mandir

16.

Garisan yang dibuat oleh Chia Ling __________ dan tidak kemas.

a)

herot-berot

b)

comot-momot

c)

kontang-kanting

d)

bengkang-bengkok

17.

Kaki adik __________ kerana terjatuh semasa dikejar oleh angsa garang.

a)

calar-balar

b)

lekak-lekuk

c)

cobak-cabik

d)

celorong-celoreng

18.

Wajah Shi Hua __________ apabila ternampak seekor anjing garang.

a)

basa-basi

b)

pucat-lesi

c)

calar-balar

d)

punah-ranah

19.

__________ kelihatan mendung sejak pagi tadi.

a)

Bukit-bukau

b)

Awan-gemawan

c)

Tanah-tanih

d)

Gunung-ganang

20.

__________ makanan tengah hari disimpan oleh emak di dalam peti sejuk.

a)

Saki-baki

b)

Kuih-muih

c)

Sayur-mayur

d)

Segar-bugar

21.

Apabila pemain pasukan Harimau Malaya menjaringkan gol, para penyokong ber__________ dengan gamatnya.

a)

ulang-alik

b)

sorak-sorai

c)

keluh-kesah

d)

mundar-mandir