NEW
Font size
WorksheetsUJIAN PEMAKANAN DAN PERTOLONGAN CEMAS
Total questions: 25
Worksheet time: 50mins
Makanan seimbang merupakan kualiti makanan yang perlu dimakan setiap hari.
Apakah makanan seimbang?
makanan yang mempunyai karbohidrat
makanan yang mempunyai banyak vitamin
makanan yang mempunyai banyak protein
makanan yang mempunya semua kelas makanan mengikut nisbah kuantiti yang diperlukan oleh badan
Apakah fungsi -fungsi utama makanan?
membekalkan tenaga, mengawal metabolisme dan merencatkan proses tumbesaran
membekalkan tenaga, mengawal metabolisme dan membina serta membaiki tisu badan
menbekalkan tenaga, merencatkan proses tumbesaran dan membina serta membaiki tisu badan.
mengawal metabolisme, merencatkan proses tumbesaran dan membina serta membaiki tisu badan.
Rawatan resusitasi berada pada prinsip................. dalam D.R.A.B.C
kedua
ketiga
keempat
kelima
Nutrien yang manakah tergolong dalam mikronutrien?
Karbohidrat
mineral
protein
Air
Apakah kesan sekiranya kita mengambil nutrien lemak secara berlebihan?
Kolesterol tinggi, gangguan ginjal dan sakit jantung
Kolesterol tinggi, Gangguan ginjal dan penyempitan salur darah
Kolesterol tinggi, sakit jantung dan penyempitan salur darah
gangguan ginjal, sakit jantung dan penyempitan salur darah
Apakah kaedah pertolongan cemas yang boleh digunakan kepada individu yang mengalami sakit jantung?
T.O.T.A,P.S
R.I.C.E
D.R.A.B.C
E.A.R
Apakah maksud mikronutrien?
sumber makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang banyak
sumber makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sederhana
sumber makanan yang perlu diambil dalam kuantiti yang sedikit
sumber makanan yang tidak perlu diambil langsung
Antara berikut, yang manakan BUKAN merupakan komponen nutrien yang terdapat dalam makronutrien?
Vitamin
karbohdirat
lemak
protein
Mengapakah kita perlu mengambil nutrien yang mengandungi protein ?
untuk membina tulang
untuk penghasilan hormon
untuk membaiki sel atau tisu yang rosak
untuk peningkatan sistem pertahanan badan
Apakah kepentingan pengambilan makanan makronutrien dan mikronutrien dalam menangani masalah obesiti?
dapat meningkatkan berat badan
dapat membekalkan tenaga
dapat membina sel tubuh badan
untuk menurunkan berat badan
Apakah set menu yang sesuai untuk makan tengah hari seseorang individu yang mengalami obesiti?
Nasi, roti dan air suam
Nasi, tauhu dan air suam
Nasi, ayam goreng dan sirap bandung
Nasi, kek dan jus oren
apakah maksud malnutrisi?
mengurangkan berat badan
kekurangan atau ketidak seimbangan satu atau lebih nutrien yang sangat diperlukan oleh badan
kelebihan pengambilan dalam makanan
menambahkan prestasi atlet
Apakah maksud pertolongan cemas?
bantuan awal untuk memulihkan mangsa yang cedera.
bantuan awal untuk kecederaan kaki terseliuh
bantuan awal yang diberikan sementara menunggu ketibaan pakar perubatan
bantuan untuk menambahkan kecederaan kepada mangsa
Pilih susunan prosedur pertolongan cemas yang BETUL.
Bahaya, Reaksi, Saluran udara, Pernafasan dan Peredaran darah
Bahaya, Saluran udara, Pernafasan, Peredaran darah dan Reaksi
Bahaya, Pernafasan, Peredaran darah, Saluran udara dan reaksi
Bahaya, Reaksi, Saluran Udara, Peredaran darah dan Pernafasan
Pernyataan di atas merujuk kepada prosedur...............
Danger
Airways
Breathing
Circulation
Prosedur pertolongan cemas D.R.A.B.C sesuaikan dilakukan kepada mangsa mengalami..................
Lemas
Luka pada bahagian kaki
Patah tangan
Terseliuh pada bahagian ankel
Apakah nama bahagian anggota tubuh yang digunakan untuk memeriksa nadi seseorang mangsa yang tidak sedarkan diri?
Arteri femolaris
Arteri karotid
Arteri tibialis
Arteri radial
Antara berikut, yang manakah Bukan merupakan perkara yang perlu diambil kira dalam prosedur Danger?
memastikan mangsa berada di kawasan yang selamat
mendapatkan bantuan dengan menjerit atau meminta bantuan menggunakan perubatan telefon
memberikan hembusan nafas kepada mangsa
menjauhkan mangsa dari bahaya
Apakah fungsi melakukan prosedur Response?
untuk mendapatkan tindak balas daripada mangsa
untuk menjauhkan mangsa daripada bahaya
untuk meminta bantuan kepada mangsa
untuk memeriksa samada mangsa bernafas atau tidak
Mengapakah kita perlu mendonggakkan kepala mangsa dalam prosedur Airways?
mengurangkan kesakitan yang dialami oleh mangsa
memberikan hembusan nafas kepada mangsa
untuk mudah melihat jika terdapat bahan yang tersekat di bahagian mulut mangsa
merupakan prosedur pertama
Apakah maksud resusitasi?
Kaedah menyembuhkan seseorang yang hampir maut
Kaedah merawat seseorang yang berpura - pura pengsan
Kaedah memulihkan seseorang yang hampir maut secara tiba - tiba
Kaedah memulihkan seseorang yang mengalami kecederaan luka di kepala
Berapakah hembusan nafas yang diberikan dalam setiap lima saat ?
tiada hembusan
1 kali hembusan
2 kali hembusan
3 kali hembusan
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya nadi denyutan mangsa tidak dapat dikesan semasa melakukan prosedur circulation?
Membiarkan mangsa
terus memberikan bantuan pernafasan
memberi tekanan pada bahagian jantung mangsa
menunggu paramedik tiba
Antara berikut, yang manakah BUKAN cara mendapatkan reaksi daripada mangsa dalam prosedur Response?
Menepuk bahu mangsa
memanggil nama mangsa
mencubit hidung mangsa
memeriksa mata mangsa
Apakah prosedur dalam gambar rajah yang ditunjukkan?
Bahaya
Reaksi
Saluran Udara
Pernafasan
