Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

2021年五年级国文十一月份考试

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

"Cikgu Hanafi ingin berjumpa dengan ______________, " kata Suzana kepada Kelvin dan Danish.

a)

kalian

b)

mereka

c)

kamu

d)

beliau

2.

"Eh, kamu juga beriadah di _____________ ? " kata Diana kepada Nora ketika sedang berjoging.

a)

sini

b)

sana

c)

itu

d)

ini

3.

Pokok itu akan tumbang pada ____________ masa sahaja.

a)

mana-mana

b)

bila-bila

c)

siapa-siapa

d)

apa-apa

4.

Kami _____________ kerana dapat melihat Rafflesia kembang semasa melawat ke Taman Negara Gunung Gading.

a)

gulung tikar

b)

halwa telinga

c)

langkah kanan

d)

angkat kaki

5.

Danish memasukkan ___________ kaca itu ke dalam tong kitar semula.

a)

tin-tin

b)

batu-batu

c)

meja-meja

d)

botol-botol

6.

Mereka mengutip ____________ kayu yang berselerak di bawah pokok itu.

a)

buku-buku

b)

ranting-ranting

c)

sisa-sisa

d)

fail-fail

7.

Peserta lawatan __________ menikmati susu coklat segar semasa melawat ke ladang ternakan lembu tenusu itu.

a)

baru

b)

patut

c)

dapat

d)

pernah

8.

Konsep Pejabat Tanpa Kertas itu telah mengurangkan aktiviti _____________ pokok untuk membuat kertas.

a)

tebangan

b)

bertebang

c)

penebangan

d)

menebang

9.

Masalah pencemaran udara _____________ sungai di Teluk Air itu telah berjaya diselesaikan oleh Jabatan Alam sekitar.

a)

serta

b)

atau

c)

jika

d)

dan

10.

Kelihatan __________ lembu sedang meragut rumput di padang ragut itu.

a)

sekawan

b)

sekumpulan

c)

sebatang

d)

sekaki

11.

Encik Moktar menukar ____________ basikalnya itu kerana telah patah.

a)

lelangit

b)

jejari

c)

kekisi

d)

jejentik

12.

Pasangan pengantin yang cantik ____________________ itu sedang bergambar di kawasan tasik rekreasi itu.

a)

bagai itik pulang petang

b)

bagai aur dengan tebing

c)

bagai menatang minyak yang penuh

d)

bagai bulan dipagar bintang

13.

Pilih ayat tanya yang sesuai bagi jawapan yang diberikan.

Program "MyTapau" di Universiti Malaysia Pahang itu dapat mengurangkan penggunaan beg plastik dan bekas plastik.

a)

Bilakah Program "MyTapau" dilancarkan di Universiti Malaysia Pahang ?

b)

Siapakah yang mengilhamkan Program "MyTapau" di Universiti Malaysia Pahang ?

c)

Bagaimanakah sambutan mahasiswa Universiti Malaysia Pahang terhadap Program "MyTapau" ?

d)

Apakah kebaikan Program "MyTapau" di Universiti Malaysia Pahang ?

14.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

Ayah menanam pokok mangga yang dihadiahkan oleh Encik Chan semalam di depan rumah.

a)

Encik Chan menanam pokok mangga yang dihadiahkan oleh ayah di depan rumah semalam.

b)

Pokok mangga yang ditanam oleh ayah di depan rumah dihadiahkan oleh Encik Chan semalam.

c)

Encik Chan menghadiahkan pokok mangga di depan rumah yang ditanam oleh ayah semalam.

d)

Pokok mangga yang dihadiahkan oleh Encik Chan menanam ayah di depan rumah semalam.

15.

Pilih ayat yang betul.

a)

Zhi Ying kegemaran makan mi goreng di gerai itu.

b)

Parang itu tumpul kerana tidak berasah.

c)

Pekedai itu cuba dinaikkan harga barangan.

d)

Meningkat kes penularan wabak COVID-19 amat membimbangkan masyarakat.

16.

Pilih ayat yang betul.

I Yang berbaju kuning itu abang saya.

II Ayah menebang dengan kapak pokok mangga itu.

III Pak Abu menghalau ke padang kambing-kambingnya.

IV Dengan bersukan, badan akan menjadi sihat.

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I dan IV

d)

III dan IV

17.

Pokok buah naga merupakan tanaman yang berasal dari __________________.

**点击图片以使图片放大

a)

Amerika Selatan

b)

Asia

c)

Kuala Lumpur

d)

Malaysia

18.

Yang berikut merupakan jenis-jenis buah naga, kecuali ____________________.

**点击图片以使图片放大

a)

buah naga isi putih

b)

buah naga kuning

c)

buah naga hijau

d)

buah naga isi merah

19.

Pilih pernyataan yang tidak benar tentang petikan.

**点击图片以使图片放大

a)

Buah naga juga dikenali dengan nama pitaya.

b)

Buah naga merupakan makanan yang berkhasiat.

c)

Pengambilan buah naga dapat menjejaskan proses pencernaan seseorang.

d)

Buah naga mengandungi vitamin C serta antioksidan yang dapat membantu meningkatkan daya tahan penyakit seseorang.

20.

Perkataan menurunkan dalam petikan bermaksud __________________.

**点击图片以使图片放大

a)

melemahkan

b)

mengecilkan

c)

menyukarkan

d)

mengurangkan

21.

Pilih jawapan yang paling sesuai.

Wei Han dan rakan-rakannya memakai kasut sebelum ____________ bermain bola di padang.

a)

dia

b)

beliau

c)

kalian

d)

mereka

22.

Sin Ling dan kawan-kawannya akan _____________ lawatan sambil belajar ke Muzium Negara pada minggu depan.

a)

peserta

b)

berserta

c)

menyertai

d)

penyertaan

23.

Sultan Mahmud akan ______________ ke Pulau Pinang pada petang ini untuk menghadiri majlis santapan.

a)

beradu

b)

bertitah

c)

bertakhta

d)

berangkat

24.

Puan Wong ____________ untuk pulang setelah beberapa jam berada di rumah ibu saudaranya.

a)

minta diri

b)

murah hati

c)

buah mulut

d)

bulat hati

25.

Cindy tidur awal pada setiap malam __________ dia ingin mendapatkan rehat yang mencukupi.

a)

walaupun

b)

semoga

c)

hingga

d)

kerana

26.

Rumah usang di atas bukit itu dipenuhi sarang __________.

a)

kekisi

b)

lelabah

c)

bebiri

d)

kekuda

27.

"__________ pastikan pintu pagar telah dikunci sebelum kamu meninggalkan rumah," pesan Encik Hakimi kepada anaknya.

a)

Harap

b)

Tolong

c)

Jangan

d)

Jemput

28.

Air perigi di belakang rumah Pak Hamid ____________ semasa musim kemarau melanda.

a)

kering-kontang

b)

lintang-pukang

c)

kusut-masai

d)

compang-camping

29.

___________, berani pencuri itu mencuri lembu kesayangan aku !

a)

Cis

b)

Aduh

c)

Amboi

d)

Wahai

30.

Kekisi tingkap rumahnya diperbuat ___________ kayu cengal.

a)

pada

b)

dari

c)

daripada

d)

di

31.

"__________ mahu beras-beras ini diagihkan kepada penduduk yang miskin di negeri ini," titah Sultan Bazli kepada Datuk Bendahara.

a)

Baginda

b)

Patik

c)

Hamba

d)

Beta

32.

Sofea ingin mempelajari seni tulisan Cina kerana tulisan itu sangat unik.

Pilih perkataan sinonim bagi unik.

a)

baik

b)

indah

c)

menarik

d)

istimewa

33.

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

"Jangan membakar sampah sesuka hati," kata Encik Krisnan kepada pemuda itu.

a)

Pemuda itu membakar sampah Encik Krisnan sesuka hati.

b)

Encik Krisnan melarang pemuda itu membakar sampah sesuka hati.

c)

Encik Krisnan ditegur oleh pemuda itu kerana membakar sampah sesuka hati.

d)

Pemuda itu dimarahi oleh Encik Krisnan kerana membakar sampah sesuka hati.

34.

Pilih jawapan yang sesuai bagi ayat tanya yang diberikan.


Di manakah kedai koperasi itu dibina ?

a)

Kedai koperasi itu menjual pelbagai barang keperluan.

b)

Kedai koperasi itu dibina di sebelah dewan serbaguna.

c)

Kedai koperasi itu akan dibina pada minggu depan.

d)

Kedai koperasi itu sangat cantik dan kemas.

35.

Pilih ayat yang betul.

a)

Nenek Susan baru sahaja tiba daripada kampung.

b)

Banyak murid-murid menghadiri Kursus Kesihatan Mental.

c)

Linda sekeluarga akan ke Sarawak pada minggu depan.

d)

Ceramah tentang amalan gaya hidup sihat itu diadakan pada dewan sekolah.

36.

Pilih ayat yang betul.

a)

Sila berhati-hati semasa menunggang basikal di jalan raya.

b)

Minta tolong berikan kuih ini kepada Puan Rohani.

c)

Tolong Jangan bermain di kawasan yang bersemak samun itu.

d)

Jemput Minta berikan tumpuan semasa guru mengajar.

Tahun 5

37.

Kita perlu menanam pokok di kawasan persekitaran supaya _________________.

**点击图片以使图片放大

a)

sungai bersih

b)

persekitaran cantik

c)

udara nyaman dan segar

d)

tidak berlaku banjir kilat

38.

Mengapakah kita perlu menjaga kebersihan sungai ?

**点击图片以使图片放大

a)

untuk menjanakan pendapatan

b)

untuk kesenangan pengguna

c)

dapat mengurangkan jumlah sampah

d)

kesihatan lebih terjamin dan dapat mengelakkan bencana alam

39.

Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

**点击图片以使图片放大

a)

Bencana alam menyebabkan sungai tercemar.

b)

Sungai akan sentiasa bersih jika dibersihkan secara berkala.

c)

Aktiviti penanaman pokok hanya boleh dilakukan di sekolah.

d)

Hanya ibu bapa dan pihak sekolah yang bertanggungjawab untuk memelihara alam sekitar.

40.

Bagaimanakah kita dapat mengurangkan jumlah sampah ?

**点击图片以使图片放大

a)

mengamalkan kitar semula

b)

menanam pokok dengan banyaknya

c)

melarang pengguna membuang sampah

d)

tidak membuang sampah ke dalam sungai