wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

TAKLIMAT ARAHAN PEGAWAI PENGAWAL (APP) KBS

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

 Di Antara Berikut Manakah Padanan Yang Betul Mengikut 

 Program Aktiviti

a)

B11 - Belanja Mengurus

b)

B45 - Kumpulan Wang Terkanun

c)

B12 - Belanja Pembangunan

d)

B11 -  Perkhidmatan Am Perbendaharaan

2.

Permohonan Kelulusan Yang Melibatkan Implikasi Kewangan Hendaklah Dikemukakan Ke Bahagian Kewangan KBS Untuk Ulasan Sekurang-Kurangnya Berapa Hari?

a)

14 Hari Bekerja Sebelum Tarikh Program

b)

21 Hari Bekerja Sebelum Tarikh Program

c)

10 Hari Bekerja Sebelum Tarikh Program

d)

7 Hari Bekerja Sebelum Tarikh Program

3.

Pegawai Pengawal Tidak Dibenarkan Untuk Membuat Pindah Peruntukan Perbelanjaan Mengurus Bagi Perkara Berikut Kecuali:

a)

Badan Berkanun

b)

Objek Am 1000

c)

Diantara Objek Am Yang Sama

d)

Dasar Baru Dan One-Off

4.

Pegawai Pengawal Dikehendaki Mengemaskini Dan Mengesahkan Unjuran Anggaran Keperluan Aliran Tunai

Kementerian/Jabatan/Agensi/Badan Berkanun/Syarikat Kerajaan Masing-Masing (Pb1.2) Pada:

a)

Setiap Setengah Tahun

b)

Setiap Suku Tahun

c)

Setiap Satu Tahun Sekali

d)

Setiap Setiap Bulan

5.

Perbendaharaan (MoF) Berkuasa Untuk Meluluskan Pindah Peruntukan Bagi i)          Objek Am 10000 Ke Objek Am Lain

ii)            Di Antara Objek Sebagai (OS) Di Dalam Objek Am (OA) Dan Aktiviti Yang Sama

iii)          Objek Sebagai 28000 Ke Objek Am Lain

iv)          Badan Berkanun

a)

i Dan ii

b)

i, ii Dan iii

c)

i,iii Dan iv

d)

Semua Diatas

6.

Dalam Pengurusan Kawalan Tuntutan Dan Bayaran Peraturan Yang Berkuat Kuasa Ini Akan Digunakan Kecuali

a)

Perlembangaan Persekutuan

b)

Arahan Pegawai Pengawal

c)

Surat Pekeliling Akauntan Negara Malaysia (SPANM)

d)

Arahan Keselamatan

7.

Encik Ahmad Seorang Pegawai Belia Dan Sukan Bertugas Di JBSN  Putrajaya. Beliau Diarahkan Untuk Menjalankan Tugas Rasmi Di Negeri Sabah. Berikut Adalah Dokumen Sokongan Yang Diperlukan Semasa Beliau Menghantar Tuntutan Perjalanan Tersebut Kecuali

a)

Salinan Kad Pengenalan

b)

Salinan  Surat Jemputan/Memo Arahan Bertugas Rasmi  

c)

Borang Kebenaran Keluar Pejabat (Lampiran A)

d)

Salinan itinerary/Jadual Penerbangan

8.

Puan Suhaila sebagai Ketua Kem Wawasan Negara B telah menggunakan kenderaan Jabatan bagi menghadiri mesyuarat Ketua Kem di Putrajaya. Selepas pulang dari mesyuarat, pegawai telah menuntut Elaun Perjalanan Kenderaan. Sebagai penyelia, adakah tuntutan tersebut boleh diluluskan?

a)

YA

b)

TIDAK

9.

“Tuntutan Perjalanan Mengikut Peraturan-Peraturan Perkhidmatan Awam Dan Pekeliling Perbendaharaan Hendaklah Dikemukakan Tidak Lewat Daripada 10 Haribulan Dalam Bulan Berikutnya” Kenyataan berikut merujuk kepada Punca Kuasa­­­­­­­­­­­_____________

a)

AP37(b)

b)

AP87(b)  

c)

AP105

d)

AP100(a)

10.

Siapakah yang tidak layak menuntut Elaun Lebih Masa?

a)

Urus setia Majlis

b)

Anggota Dalam Kumpulan Sokongan  

c)

Anggota Sokongan dalam perkhidmatan Polis, Penjara, Bomba dan   

    Tentera

d)

wakil Bahagian/Jabatan yang  menghadiri mesyuarat

secara adhoc/arahan pada pelepasn am/hari rehat mingguan  

11.

Bayaran Kerja Lebih Masa dikira mengikut kadar bagi kerja siang dan malam. Apakah tempoh masa bagi kerja malam

a)

2200 malam – 0600 pagi

b)

2000 malam – 0500 pagi

c)

2200 malam – 0700 pagi

d)

2100 malam – 0500 pagi

12.

Bagi Pegawai Yang Menanggung Kerja , Pengiraan Bayaran Lebih Masa Adalah Selepas __________Dari Waktu Bekerja Pejabat Dan Waktu Bekerja Pada Hari Kelepasan Am/Hari Rehat Mingguan

a)

1 Jam 30 Minit

b)

1 Jam 15 Minit

c)

2 Jam 15 Minit

d)

2 Jam 30 Minit

13.

Seorang Pegawai Latihan Gred E44 diarahkan untuk melaksanakan tugas rasmi di Melaka pada 25 Oktober sehingga 27 Oktober 2021. Beliau bergerak dari kediaman di Putrajaya pada 25 Oktober 2021 jam 8.00 pagi dan bertolak pulang ke Putrajaya setelah selesai tugas rasminya selesai pada 27 Oktober 2021 dan sampai ke kediaman pegawai pada jam 8.00 malam. Sepanjang tugas rasmi berkenaan dilaksanakan, tiada makan minum disediakan kepada pegawai. Nyatakan kadar Elaun Makan dan Elaun Harian yang layak dituntut oleh pegawai?

a)

2 Elaun Makan = RM80, 1 Elaun Harian =RM20

b)

2 Elaun Makan = RM90, 1 Elaun Harian =RM22.50

c)

2 Elaun Makan = RM80

d)

2 Elaun Makan = RM90

14.

Seorang Akauntan Gred W48 telah menginap di sebuah hotel semasa dalam urusan melaksanakan tugasan rasmi yang diarahkan di Kedah dan berikut merupakan perincian mengenai bayaran sewa hotel berkenaan:

 

Bayaran sewa bilik hotel: RM260 bayaran perkhidmatan (Sales Service Tax) 6%

Nyatakan kadar bayaran Sewa Hotel yang layak dibayar kepada Pegawai?

a)

RM260

b)

RM254.40

c)

RM240

d)

RM278.40

15.

Ketua Jabatan dan pegawai yang melaksanakan usaha mendapatkan kembali hutang secara giat  dengan menggunakan kaedah saluran di bawah kecuali:

a)

Mengesan alamat terkini penghutang/penjamin/ waris menerusi agensi seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan dan lain-lain

b)

Mengenakan surcaj kepada pegawai yang gagal memungut tunggakan ABT

c)

Mengesan rekod keluar masuk negara dengan Jabatan Imegresen dan wisma Putra serta mengeluarkan arahan/perintah sekatan ke luar negara

d)

Merujuk kepada Penasihat Undang-Undang Kementerian untuk tujuan sivil sebelum tempoh 6 tahun terakhir dari tarikh akhir penghutang (Akta Had Masa 1953)

16.

Peranan _____________________hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya dalam melaksanakan tindakan kawalan dan pengawasan terhadap pegawai di bawah seliaannya. Kuasa ini diperuntukkan dalam Peraturan 3C, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakukan dan Tatatertib) 1993 dan kegagalan melaksanakan tanggungjawab ini boleh dikenakan tindakan tatatertib.

a)

 Pegawai Penyelia

b)

Pegawai Pengawal

c)

Bahagian Kewangan

d)

Ketua Jabatan

17.

Setelah semua usaha telah dilaksanakan dengan giat dan didapati maklum balas , kerjasama atau tidak dapat dikesan, kes tersebut perlu dirujuk kepada __________________ dengan kadar segera selaras dengan Akta Had Masa 1953 yang berkuat kuasa.

a)

Bahagian Kewangan, KBS

b)

Pegawai Pengawal

c)

Penasihat Undang-Undang, KBS

d)

Ibu Pejabat Agensi

18.

Jenis kesalahan yang boleh disurcaj mengikut Seksyen 18, Akta 61 adalah seperti berikut kecuali

a)

Gagal menyelesaikan tunggakan ABT

b)

Gagal untuk memungut hasil Kerajaan

c)

Melakukan pembayaran salah atau pembayaran yang tidak boleh disokong

d)

Gagal atau lewat dalam membuat bayaran kepada pihak yang sah menerimanya

19.

ABT yang boleh diangkat untuk pertimbangan kelulusan hapuskira oleh Pegawai Pengawal hendaklah memenuhi kriteria berikut: (i)                   Kes tunggakan hasil yang telah berlarutan melebihi tempoh 3 tahun

(ii)                  Kes tunggakan hasil telah diambil usaha membuat kutipan dengan giat menerusi penghantaran surat-surat peringatan

(iii)                Kes tunggakan hasil telah menggunakan kesemua saluran yang ada untuk mengesan kedudukan terkini

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i, ii dan iii

20.

Surat peringatan wajib dihantar menggunakan:

a)

Aplikasi whatsapp

b)

emel

c)

Pos Berdaftar

d)

Minit Mesyuarat

21.

ABT dikategorikan seperti berikut:

                i.               ABT daripada Pinjaman dan Pendahuluan

               ii.               ABT Hutang-hutang lain

             iii.               ABT Faedah Pinjaman Boleh Dituntut

             iv.               ABT Wang Pendahuluan Kontraktor

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

22.

Semua jabatan hendaklah memantau dan membincangkan agenda ABT dan Tunggakan secara terperinci di dalam Mesyuarat:

(i)                   Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun

(ii)                  Mesyuarat Jawatankuasa Akaun Belum Terima

(iii)                Mesyuarat Pengurusan Tertinggi

(iv)                Mesyuarat Jawatankuasa Pemberian Bantuan

a)

i & ii

b)

i, ii & iii

c)

iii & iv

d)

ii, iii & iv

23.

Jenis ABT yang boleh dirujuk PUU adalah seperti berikut kecuali:

a)

Penghutang menjelaskan hutang sepenuhnya

b)

Pungutan ABT hanya akan dibayar dengan melalui proses undang-undang

c)

Sekiranya PTJ mempunyai ABT yang tidak ada harapan untuk dikutip semula walaupun segala usaha telah dilaksanakan sewajarnya

d)

Memerlukan pandangan/ rujukan/ cadangan daripada PUU Kementerian untuk tindakan yang boleh diambil oleh PTJ

24.

Berikut merupakan langkah mengurangkan ABT dan Tunggakan seperti berikut kecuali:

a)

Pemberhentian gaji sekiranya pegawai yang telah menamatkan perkhidmatan kerajaan

b)

Penahanan gaji sementara sekiranya pegawai yang masih berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan

c)

Peringatan dari semasa ke semasa kepada pelajar mengenai tindakan tuntutan ganti rugi sekiranya melanggar obligasi perjanjian

d)

Melaporkan kepada Unit Integiti sekiranya pegawai gagal menjelaskan hutang ABT

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan integriti?

a)

Mesti mengikut undang-undang dan peraturan

b)

Mengintegrasikan disiplin dan tanggungjawab

c)

Kualiti yang unggul yang wujud secara keseluruhan dan padu pada individu dan organisasi.

d)

Bekerja keras dan sentiasa mencari peluang-peluang pekerjaan.

26.

Kesalahan utama rasuah adalah seperti berikut kecuali:

a)

Menggunakan Kedudukan/ Jawatan Untuk Suapan

b)

Menyebarkan berita berkaitan rasuah di dalam media sosial

c)

Meminta/ Menerima Rasuah

d)

Meminta/ Menerima Rasuah

27.

Tadbir urus terbaik pengurusan kewangan adalah seperti berikut kecuali:

a)

Pemimpin bertanggungjawab

b)

Pengurusan yang berkesan

c)

Mesyuarat yang kerap

d)

Tatacara dan prosedur yang baik

28.

Syarat-syarat pengurusan kewangan yang berkualiti adalah seperti berikut kecuali:

a)

Kontrak ditandatangani sebelum kelulusan PUU

b)

Peruntukan sumber dibuat dengan cekap dan berkesan

c)

Pemantauan yang berkesan ke atas kemajuan pelaksanaan projek

d)

Pembahagian tugas dan tanggungjawab yang jelas dan sepadan

29.

Apakah peranan Ketua Jabatan dalam meningkatkan kawalan dalaman di Jabatan?

a)

Melaksanakan ceramah integriti kepada warga KBS

b)

      Mempamerkan piagam pelanggan dan poster pembudayaan pencegahan rasuah

c)

     Melaksanakan audit pematuhan kewangan dan perolehan di setiap jabatan

d)

Meluluskan projek berdasarkan kepentingan peribadi.

30.

Apakah prinsip utama  pengurusan kewangan yang perlu dipegang oleh kakitangan kerajaan  

                       i.        Legaliti

                     ii.        Akauntabiliti

                    iii.        Integriti

                   iv.        Keadilan dan Kesaksamaan

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

31.

Apakah elemen-elemen audit yang akan dijalankan bagi memastikan kepatuhan kepada kawalan pengurusan

                       i.        Penempatan pegawai secara pentadbiran

                     ii.        Pegawai tidak menghadiri latihan berkaitan pengurusan kewangan

                    iii.        Mesyuarat JPKA tidak mengikut kekerapan yang ditetapkan

                   iv.        Carta organisasi tidak dikemas kini

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

 i, ii, iii & iv

32.

Pilihan padanan yang betul bagi kenyataan di bawah:

 

Pengurusan Kewangan:

 

satu proses di mana Jabatan/Agensi Kerajaan memperolehi dan membelanjakan sumber kewangan di samping mematuhi peraturan yang ditetapkan.

a)

Sumber Kewangan / Arahan

b)

Sumber Kewangan / Peraturan

c)

Sumber Kewangan / Nasihat

d)

Sumber Kewangan / Kelaziman

33.

Apakah elemen-elemen yang terdapat dalam pengurusan kewangan:

 

                       i.        Kawalan Terimaan

                     ii.        Kawalan Perolehan

                    iii.        Pengurusan Akaun Amanah/Kumpulan Wang Amanah Dan Deposit

                   iv.        Kawalan Perbelanjaan

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

34.

Apakah objektif pengurusan kewangan

 

                       i.        Wujudnya struktur dan sistem pengurusan kewangan yang berkesan

                     ii.        Wujudnya sistem kawalan dalaman yang berkesan bagi 8 elemen kawalan

                    iii.        Pengurusan kewangan dibuat mengikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan

                   iv.        Rekod-rekod yang berkaitan diselenggarakan dengan lengkap dan kemas kini

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

35.

Penjawat Awam akan dapat diperkasakan dan ketirisan juga akan dapat dikurangkan sekiranya S.I.K.A.P dapat dilaksanakan. Apakah yang mewakili huruf “I”?

a)

Integriti

b)

   Ikut

c)

Interest

d)

Iman yang tinggi

36.

1.   Penjawat Awam akan dapat diperkasakan dan ketirisan juga akan dapat dikurangkan sekiranya S.I.K.A.P dapat dilaksanakan. Apakah yang mewakili huruf “S”?

a)

Supervision

b)

SOP

c)

Selamat

d)

Saya yang menjalankan amanah

37.

Apakah kesalahan yang biasa ditemui dalam Pengurusan Akaun Amanah/ KW. Amanah & Deposit

                       i.        Akaun Lejar utama tidak ditutup setiap akhir bulan

                     ii.        Transaksi di Buku Lejar Kecil tidak direkod dengan tepat

                       i.        Pelepasan Wang Jaminan Pelaksanaan tidak direkodkan Buku Lejar Utama dan Lejar Subsidiari

                     ii.        Rekod Kecil dan Buku Lejar Utama bagi deposit sewaan tidak disediakan

a)

          ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

38.

Apakah kesalahan yang biasa ditemui dalam Kawalan Terimaan

 

                                              i.        Resit dibatalkan oleh pegawai sama yang menyediakan resit.

                     ii.        Pegawai yang menjalankan tugas-tugas terimaan tiada dalam senarai penetapan kuasa Pegawai Pengawal.

                       iii.        Kesilapan merekod baki buku resit ke dalam Penyata Mengenai Borang-borang Hasil Yang Dikawal (Kew.68).

                    iv.        Perihal terimaan tidak diperincikan dalam resit.

a)

ii, iii & iv

b)

          ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

39.

  Apakah kesalahan yang biasa ditemui dalam Kawalan Perbelanjaan

 

             i.        Arahan Pembayaran tidak dicap ‘TELAH BAYAR.’

                                    ii.        Pembekalan barangan/perkhidmatan/ kerja tidak mengikut tempoh yang ditetapkan.

                                  iii.        Arahan Pembayaran tidak disokong dengan dokumen yang lengkap

                                  iv.        Had Kuasa Berbelanja yang ditetapkan dalam sistem tidak selaras dengan Perwakilan Kuasa Yang Telah Ditetapkan

a)

ii, iii & iv

b)

ii & iii

c)

i, ii & iii

d)

i, ii, iii & iv

40.

Apakah Di Antara Berikut 3 daripada 6 Kandungan Utama Arahan Pegawai Pengawal (APP) KBS

a)

Pengurusan Bajet Belanja Mengurus B.45,  

    Pengurusan Perolehan, Pemalsuan Dokumen

b)

Tatacara Penyediaan Dokumen Sokongan,

    Pengurusan Kenderaan Jabatan,

    Pengurusan Perolehan

c)

Pengurusan Kewangan Dan Perakaunan,

    Pemalsuan Dokumen, Pengurusan Mesyuarat 

    Kewangan

d)

 Tatacara Penyediaan Dokumen Sokongan, 

     Pengurusan Bajet Belanja Mengurus B.45, 

     Pengurusan Terimaan