NEW
Font size
Worksheetskata kerja dan kata bantu
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Ahmad ____ piala yang dimenangi dalam acara lompat jauh.
memikul
mengelek
menjulang
mengandar
Adik _______motosikal bapa ke sekolah pada setiap pagi .
membonceng
menunggang
mengayuh
menaiki
Chef Nasrul sedang ___________ kek keluar dari ketuhar.
menyimpan
mengangkat
memasak
memasukkan
Seorang pelayan restoran __________ dulang yang berisi makanan sambil berjalan menuju ke meja pelanggan.
mengangkat
menjulang
menatang
membawa
Kakak _________ ikan yang berkhasiat untuk makan malam kami sekeluarga.
merebus
memasak
mengukus
menanak
Seorang petani __________ dua buah bakul berisi buah-buahan untuk di jual di pasar.
mengangkat
memikul
menjunjung
mengandar
Kakak sedang ____ nasi manakala ibu sedang menggoreng sayur.
merebus
menjerang
menanak
memasak
Aisyah ____ halaman buku teks itu dengan cermat.
menyelak
menampal
membuka
membalut
Mak Cik Azza __________ satu bungkusan kain untuk di bawa ke kedai dobi.
menjulang
menjunjung
memegang
membawa
Cikgu Ramli ____________ sebuah fail sambil menunggu bas.
memegang
menjinjing
mengepit
membawa
Amin kenal perempuan itu kerana ____________ belajar di sekolah yang sama.
masih
pernah
sudah
sedang
Kerja-kerja membangunkan taman herba itu ______________ siap sebulan yang lalu.
telah
masih
mesti
akan
Erni ____________ tidur walaupun jam locengnya berbunyi tanpa henti.
sedang
sudah
hendak
masih
Kemahiran Rosli yang ________ bertutur dalam pelbagai bahasa memudahkannya mendapat pekerjaan.
sudah
akan
sedang
dapat
Mak Yam ____________ memasak di dapur ketika Mak Lijah datang.
sedang
hendak
akan
masih
Rombongan sekolah kami __________ bertolak ke Penang pada pukul 7.30 pagi tadi.
sedang
harus
akan
telah
Kita ........ memperoleh maklumat tentang bilangan kes berjangkit melalui laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia.
dapat
boleh
harus
Kakak .........ke Kelantan pada bulan hadapan kerana dia dapat belajar di MRSM Jeli.
akan
sedang
sudah
"Siapakah yang .................. dipersalahkan dalam kejadian itu"? tanya Cikgu Rosdi kepada Ramu dan Daud.
sedang
akan
telah
harus
"Kamu ..............pandai memujuk hatinya yang terluka itu". kata ayah kepada anak lelakinya.
mesti
sudah
sedang
akan
Ibrahim ...........dipilih sebagai olahragawan sekolah pada tahun 2020 atas kejayaannya mengharumkan nama sekolah.
pernah
belum
dapat
Nur Maisarah........menelaah pelajaran meskipun hari sudah larut malam.
masih sedang
masih pernah
akan dapat
Aisyah......melawat Pantai Irama Bachok yang terletak di Kelantan walaupun berkesempatan untuk melawatnya pada tahun lalu.
telah pernah
belum pernah
akan dapat
Nur Umairah....... melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu jika melepasi dua pusingan saringan ini.
akan dapat
belum dapat
telah dapat
Ular Sawa itu sedang ___________ seekor anak kambing.
mematuk
melulur
meratah
menggigit
