wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Unit 8 - Hak dan Tanggungjawab Warganegara

Total questions: 15

Worksheet time: 4hrs 45mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud hak dan tanggungjawab warganegara?

a)

Kuasa melakukan sesuatu mengikut peraturan dan undang-undang negara.

b)

Kuasa atas sesuatu perkara yang diperuntukan dalam undang-undang.

c)

Kewajipan warganegara menjalankan tugas mengikut peraturan dan undang-undang.

d)

Kesanggupan melaksanakan tugas serta kewajipan dalam menjaga kedaulatan negara.

2.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, hak dan tanggungjawab yang dinyatakan dalam Perkara 8 ialah.........

a)

Kebebasan diri

b)

Keabdian dan kerja paksa dilarang

c)

Hak terhadap harta

d)

Kesamarataan

3.

Perkara 12 tentang hak dan tanggungjawab warganegara dalam Perlembagaan Persekutuan adalah berkaitan dengan ......

a)

Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak

b)

Hak berkenaan dengan pendidikan

c)

Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan

d)

Keabdian dan kerja paksa dilarang

4.

Berikut merupakan hak dan tanggungjawab sebagai warganegara seperti dalam Perlembagaan Persekutuan KECUALI......

a)

Kesamarataan

b)

Hak terhadap harta

c)

Hak keadilan

d)

Kebebasan diri

5.

'Tidak bersikap diskriminasi kepada mana-mana pihak atas alasan kaum, agama atau jantina'.

Pernyataan di atas tentang Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan tanggungjawab dalam ....

a)

Perkara 8

b)

Perkara 9

c)

Perkara 10

d)

Perkara 11

6.

'Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapatkan pendidikan'.

Pernyataan di atas tentang Perlembagaan Persekutuan yang berkaitan hak dalam ....

a)

Perkara 9

b)

Perkara 10

c)

Perkara 11

d)

Perkara 12

7.

Apakah yang anda faham tentang hak kebebasan diri?

a)

Memelihara diri sendiri dan nyawa orang lain kecuali mengikut undang-undang

b)

Tiap-tiap warganegara berhak kepada kebebasan bercakap dan bersuara

c)

Setiap warganegara mempunyai kebebasan untuk melakukan sesuatu perkara mengikut undang-undang

d)

Tiada seorang pun boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang

8.

Pilih pernyataan yang berkaitan dengan batasan hak sebagai warganegara.

a)

Tidak bersikap diskriminasi terhadap sesiapa sahaja dalam mendapatkan pendidikan

b)

Tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang mengenakan sekatan atas alasan keselamatan dan kesihatan di bawah undang-undang

c)

Tiada seorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang

d)

Tidak berhimpun tanpa kebenaran pihak berkuasan

9.

Antara berikut, yang manakah BUKAN kepentingan hak sebagai warganegara?

a)

Membangunkan dan memartabatkan negara

b)

Mewujudkan kemakmuran dan keamanan dalam kehidupan sejagat

c)

Merapatkan jurang antara kaum

d)

Menjamin kebebasan hak asasi warganegara

10.

Pilih kepentingan tanggungjawab sebagai warganegara.

a)

Melestarikan alam sekitar

b)

Membantu pembangunan ekonomi, sosial dan politik yang stabil

c)

Memastikan dasar kerajaan dapat berjalan dengan lancar

d)

Meningkatkan taraf hidup sosial

11.

Pilih maklumat yang berkaitan dengan Akta Orang Asli 1954 (AKTA 134).

a)

Mewujudkan perkampungan orang asli dalam kawasan orang asli

b)

Tidak boleh menghalang kanak-kanak orang asli daripada belajar di mana-mana sekolah

c)

Orang luar tidak boleh memasuki mana-mana kawasan orang asli di kawasan pedalaman

d)

Mana-mana tanah orang asli tidak boleh diberi milik, dipajak atau dilepaskan kepada orang bukan asli

12.

Pengabaian hak dan tanggungjawab sebagai warganegara akan menyebabkan.....

a)

hak asasi akan hilang

b)

kestabilan negara tergugat

c)

dipandang rendah oleh masyarakat

d)

semangat patriotik berkurangan

13.

Apakah akta yang menjaga hak orang asli?

a)

Akta Orang Asli 1964 (Akta 154)

b)

Akta Hak Orang Asli 1954 (Akta 134)

c)

Akta Orang Asli 1954 (Akta 134)

d)

Akta Hak Orang Asli 1964 (Akta 134)

14.

Apakah nilai universal yang harus diamalkan oleh anda sebagai seorang warganegara?

a)

Nilai tanggungjawab

b)

Nilai patriotisme

c)

Nilai bekerjasama

d)

Nilai berterima kasih

15.

Pilih contoh amalan tanggungjawab sebagai warganegara dalam kehidupan harian.

a)

Bekerja di luar negara untuk menimba ilmu pengetahuan

b)

Berkhidmat di negara Malaysia untuk membangunkan negara

c)

Menyertai perhimpunan untuk menyuarakan bantahan terhadap sesuatu perkara

d)

Peka dengan isu-isu sensitif ketika menyuarakan pendapat mengenai sesuatu perkara