wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji Sejarah Tahun 5 (Unit 6 - 11)

Total questions: 55

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Berikan nama bunga kebangsaan negara Malaysia.

a)

Bunga Raya

b)

Bunga Cengkih

c)

Bunga Ros

d)

Bunga Kemboja

2.

Siapakah yang telah mengisytiharkan Bunga Raya sebagai bunga kebangsaan Malaysia?

a)

Tun Abdul Razak

b)

Tun Hussein Onn

c)

Tun Dr. Mahathir Mohamad

d)

Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj

3.

Apakah makna warna merah pada bunga kebangsaan?

a)

Lambang perpaduan

b)

Lambang keharmonian

c)

Berani menyahut cabaran

d)

Lambang kedaulatan negara

4.

Bunga kebangsaan negara kita mempunyai ___________ kelopak.

a)

empat

b)

lima

c)

enam

d)

tujuh

5.

Keberanian menempuh cabaran dilambangkan melalui ______ yang terdapat pada Bunga Raya.

a)

akar

b)

daun

c)

kelopak

d)

warna merah

6.

Mengapakah sesebuah negara mempunyai bunga kebangsaan?

a)

Melambangkan identiti

b)

Menekankan keperibadian

c)

Memperlihat kekuatan

d)

Membuktikan kebebasan

7.

Tun V.T. Sambanthan telah menyertai _____________

a)

rombongan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu ke London pada tahun 1956

b)

rombongan kemerdekaan pada tahun 1957

c)

Persidangan Majlis Agama Tertinggi Se-Malaya (MATA) pada tahun 1948

d)

Parti Perikatan pada tahun 1952

8.

Bilakah Bendera Union Jack diturunkan?

a)

20 Februari 1956

b)

30 Ogos 1956

c)

31 Ogos 1956

d)

30 Ogos 1957

9.

Bendera Union Jack diturunkan sebagai simbolik ___________

a)

keharmonian negara pada masa akan datang

b)

membuktikan Tanah Melayu sebuah negara yang merdeka

c)

menandakan berakhirnya zaman penjajahan British di Tanah Melayu

d)

mempertahankan kedaulatan negara

10.

Dalam Perlembagaan Persekutuan, Yang di Pertuan Agong dinyatakan sebagai ............

a)

Ketua Utama Negara

b)

Ketua Pemerintah Negara

c)

Ketua Menteri Negara

11.

Durbar ditubuhkan pada tahun....................

a)

1892

b)

1899

c)

1896

12.

Apakah proses yang dilaksanakan oleh Majlis Raja-Raja sebelum pemilihan Yang di-Pertuan Agong dijalankan?

a)

Melaksanakan proses pengundian bagi pemilihan Yang

di-Pertuan Agong yang baharu.

b)

Mengisytiharkan nama Yang di-Pertuan Agong.

c)

Memperkenankan tarikh Mesyuarat Pemilihan.

d)

Mengumumkan nama Yang di-Pertuan Agong.

13.

Apakah yang dilakukan oleh Majlis Raja-Raja semasa pemilihan Yang di-Pertuan Agong dijalankan?

a)

Memperkenankan tarikh Mesyuarat Pemilihan.

b)

Melaksanakan proses pengundian bagi pemilihan Yang

di-Pertuan Agong yang baharu.

c)

Mengisytiharkan nama Yang di-Pertuan Agong.

d)

Mengumumkan nama Yang di-Pertuan Agong.

14.

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 bagi menggantikan ______________

a)

Dubar

b)

Durbar

c)

Durba

d)

Darurat

15.

1. Siapakah ketua utama negara kita ?

a)

Perdana Menteri

b)

Menteri Besar

c)

Ketua Menteri

d)

Yang di-Pertuan Agong

16.

Tugas utama Majlis Raja-Raja ialah ___________

a)

Melaksanakan pemilihan Yang di-Pertuan Agong

b)

Melaksanakan pemilihan Sultan

c)

Melaksanakan pemilihan Perdana Menteri

d)

Melaksanakan pemilihan Menteri Besar

17.

Jata Negara yang digunakan sekarang diperkenalkan pada tahun __________.

a)

1957

b)

1960

c)

1965

d)

1969

18.

Cogan kata pada Jata Negara Malaysia ialah ________

a)

"Muafakat Membawa Berkat"

b)

"Bersekutu Bertambah Mutu"

c)

"Bersedia, Berkhidmat, Berbakti"

d)

"Menurut Perintah"

19.

Lima bilah keris mewakili negeri - negeri melayu tidak bersekutu. Antara berikut, yang manakah negeri melayu tidak bersekutu ?

a)

Terengganu

b)

Negeri Sembilan

c)

Selangor

20.

Harimau dalam Jata Negara melambangkan _______

a)

Keberanian

b)

Kebijaksanaan

c)

Kegagahan

d)

Kemewahan

21.

Bunga raya melambangkan Bunga ________

a)

Kebangsaan

b)

Perayaan

c)

Perpaduan

d)

Kebesaran

22.

Apakah maksud cogan kata 'Bersekutu Bertambah Mutu' ?

a)

Cinta akan negara

b)

Menyayangi Jata Negara

c)

Mengamalkan prinsip Rukun Negara

d)

Semangat permuafakatan akan mempererat perpaduan rakyat

23.
Lambang ini mewakili negeri apa?
a)
Negeri Sembilan
b)
Johor
c)
Melaka
d)
Pahang
24.
Apakah makna lambang tersebut?
a)
Mewakili Islam sebagai agama Persekutuan
b)
Melambangkan keberanian
c)
Mewakili warna bendera bekas Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
d)
Mewakili bekas Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu
25.

Bendera kebangsaan yang digunakan hari ini berasaskan hasil ciptaan _____________.

a)

Mohamed Hazmah

b)

Hamzah Mohamed

26.

Nama asal bendera kebangsaan ialah ______________.

a)

Bendera Malaysia

b)

Bendera Persekutuan Tanah Melayu

27.

Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan buat kali pertama pada ______________ di pekarangan Istana Sultan Selangor.

a)

26 Mei 1950

b)

31 Ogos 1957

28.

Apakah nama bendera kebangsaan Malaysia?

a)

Jalur Cahaya

b)

Jalur Terbilang

c)

Jalur Gemilang

d)

Jalur Cemerlang

29.

Warna putih pada bendera kebangsaan melambangkan

a)

keluhuran dan keikhlasan

b)

kebaikan dan kerajinan

c)

kejayaan dan keberkatan

d)

kejujuran dan ketaatan

30.

Warna biru pada bendera kebangsaan melambangkan

a)

ketenangan

b)

kedamaian

c)

perjuangan

d)

perpaduan

31.

Warna kuning pada bendera kebangsaan melambangkan

a)

kedaulatan raja

b)

demokrasi

c)

kebaikan

d)

perpaduan

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan 14 jalur pada bendera kebangsaan negara kita?

a)

melambangkan kesucian dan keikhlasan

b)

melambangkan perpaduan rakyat pelbagai kaum

c)

kerjasama antara negeri-negeri di Malaysia

d)

perpaduan 13 buah negeri dan sebuah kerajaan Persekutuan

33.

Bilakah lagu kebangsaan diperkenalkan?

a)

1937

b)

1947

c)

1957

d)

1967

34.

Pemilihan lagu kebangsaan dibuat melalui

a)

Pertandingan mencipta lagu

b)

Tender terbuka

c)

Tender tertutup

d)

Memilih lagu lama

35.

Apakah etika menyanyikan lagu kebangsaan?

a)

Bergerak-gerak

b)

Bercakap-cakap

c)

Berdiri tegak

d)

Menyanyikan dengan sambil lewa

36.
Lagu Negaraku digubah daripada lagu ___________.
a)
Terang Bulan
b)
Bulan Terang
c)
Bulan Mengambang
d)
Terang Bintang
37.
Encik Saiful Bahri merupakan ________________.
a)
pemenang pertandingan lagu kebangsaan.
b)
pembuat skor muzik lagu kebangsaan.
c)
penggubah lirik lagu kebangsaan.
d)
penulis lagu Terang Bulan
38.

Apakah tajuk lagu kebangsaan negara kita Malaysia?

a)

Negaraku

b)

Malaysiaku

c)

Tanah Airku

d)

Malaysiaku Gemilang

39.
Mengapakah kita perlu berbangga dengan lagu kebangsaan kita?
a)
Menjadikannya bahan jenaka antara rakan-rakan.
b)
Supaya semangat patriotik kita berkurangan.
c)
Orang luar dapat mengagumi negara kita.
d)
Merupakan lambang identiti negara.
40.

Nyatakan cara anda menyatakan taat setia kepada negara.

a)

mempersendakan lagu negara

b)

Terus berjalan apabila lagu Negaraku dinyanyikan.

c)

Menyanyikan lagu Negaraku dengan penuh semangat.

41.

Berikut adalah maksud seni kata lagu negaraku, kecuali

a)

Memohon perlindungan kepada Tuhan untuk Raja.

b)

Menyeru rakyat bersatu padau.

c)

Menyeru masyarakat taksub kepada kaum masing-masing

42.

Apakah denda sekiranya kita tidak menghormati Lagu Negaraku?

a)

Tiada denda apa-apa.

b)

Boleh didenda tidak melebihi RM150.00 dan penjara tidak melebihi satu tahun.

c)

Boleh didenda melebihi RM100.00 dan penjara melebihi satu bulan.

d)

Boleh didenda tidak melebihi RM100.00 dan penjara tidak melebihi satu bulan.

43.

Bahasa ___________ ialah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara kita. (buku teks m/s 150)

a)

Korea

b)

Jawi

c)

Melayu

d)

Cina

44.

Kedudukan Bahasa Melayu telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, Akta Bahasa Kebangsaan, Akta Pelajaran dan Akta ___________. (buku teks m/s 150)

a)

Pelancongan

b)

Pendidikan

c)

Perubatan

d)

Persengketaan

45.

Dalam acara ______ negara mestilah menggunakan bahasa Melayu. (buku teks m/s 151)

a)

rasmi

b)

tidak rasmi

c)

hiburan

d)

tokoh

46.

Sebagai bahasa ______, bahasa kebangsaan digunakan dalam karya pantun, syair dan novel. (buku teks m/s 153)

a)

pertandingan

b)

persilatan

c)

persuratan

d)

pergaulan

47.

Bahasa Melayu menjadi bahasa _____________ iaitu bahasa komunikasi dalam masyarakat berbilang kaum. (buku teks m/s 153)

a)

perfileman

b)

perhubungan

c)

undang-undang

d)

pentadbiran

48.

Dalam urusan rasmi mahkamah, bahasa Melayu merupakan bahasa __________. (buku teks m/s 153)

a)

ekonomi

b)

perhubungan

c)

undang-undang

d)

persuratan

49.

Dewan Bahasa dan Pustaka ditubuhkan untuk

a)

mengembangkan penggunaan bahasa kebangsaan

b)

meningkatkan penggunaan Bahasa Inggeris

50.

Mengapakah Bulan Bahasa Kebangsaan diadakan setiap tahun?

a)

Meningkatkan rasa cinta akan bahasa kebangsaan

b)

Menambah istilah bahasa kebangsaan

51.

Universiti manakah yang ditubuhkan pada tahun 1970 bagi memartabatkan bahasa Kebangsaan?

a)

Universiti Kebangsaan Malaysia

b)

Universiti Putra Malaysia

c)

Universiti Islam Malaysia

d)

Universiti Teknologi Malaysia

52.

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa ....................

a)

bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

b)

agama Islam sebagai agama Persekutuan

c)

prinsip kewarganegaraan sama rata

d)

kebebasan beragama dibenarkan

53.

Bulan Bahasa Kebangsaan disambut pada setiap bulan ________.

a)

Mac

b)

September

c)

Oktober

d)

Ogos

54.

Apakah maksud DBP?

a)

Desa Botani dan Permai

b)

Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Dewan Bahasa dan Perwira

d)

Denai Bumi dan Permata

e)

D

55.

Siapakah pengasas sistem pendidikan kebangsaan negara kita?

a)

Tunku Abdul Rahman

b)

Tun Abdul Razak

c)

Abdul Rahman Talib

d)

Tun Dr. Mahathir Mohamad