NEW
Font size
WorksheetsBAB 6 (A): PERUNDANGAN
Total questions: 20
Worksheet time: 10mins
1. Bilakah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994[Akta 521] dikuatkuasakan?
a. 1 Jun 1994
b. 1 Jun 1996
c. 1 Jun 1997
d. 1 Jun 1998
2. Yang manakah paling tepat menerangkan orang yang dilindungi di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]?
a. Isteri yang didera oleh suami sahaja
b. Suami yang didera di kepala oleh isteri sahaja
c. Isteri dan suami, bekas isteri dan bekas suami, ahli keluarga dan mana-mana anggota keluarga yang lain.
d. Suami dan isteri serta bekas suami dan bekas isteri sahaja
3. Apakah bentuk perlindungan yang terdapat bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]
a. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) dan Perintah Perlindungan (PO)
b. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) dan Perintah Perlindungan Interim (IPO)
c. Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO)
d. Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO)
4. Siapakah yang boleh mengeluarkan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]?
a. Pegawai Kebajikan Masyarakat
b. Pegawai Kebajikan Masyarakat Yang DiBeri Kuasa
c. Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat
d. Pegawai Penguatkuasa
5. Dalam keadaan manakah Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]boleh dimohon oleh mangsa?
a. Dikurung atau ditahan tanpa kerelaan
b. Dipaksa atau diancam melakukan perbuatan berbentuk seksual
c. Diaibkan kehormatan melalui apa-apa medium komunikasi
d. Sengaja / diletakkan dalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal atau dicederakan secara fizikal
6. Berapa lamakah tempoh perlindungan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO)?
a. Sah selama tempoh enam hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang dikenakan perintah mengikut seksyen 3B atau 3C Akta 521.
b. Sah selama tempoh tujuh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang dikenakan perintah mengikut seksyen 3B atau 3C Akta 521.
c. Sah selama tempoh lapan hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang dikenakan perintah mengikut seksyen 3B atau 3C Akta 521.
d. Sah selama tempoh sepuluh hari dari tarikh pengeluaran perintah itu, dan berkuatkuasa apabila suatu salinan perintah itu disampaikan kepada orang yang dikenakan perintah mengikut seksyen 3B atau 3C Akta 521.
7. Siapakah Pegawai Penguatkuasa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521]
a. Pegawai Kebajikan Masyarakat
b. Pegawai Polis
c. Pegawai Pelindung
d. Pegawai Kebajikan Masyarakat dan Pegawai Polis
8. Bilakah Perintah Perlindungan Interim (IPO) terhenti berkuatkuasa?
a. Apabila polis memaklumkan secara bertulis kepada orang yang dilindungi penyiasatan telah selesai dan tiada tindakan selanjutnya diambil terhadap orang yang dikenakan perintah.
b. Apabila polis memaklumkan secara bertulis kepada orang yang dilindungi bahawa prosiding jenayah akan dimulakan terhadap orang yang dikenakan perintah namun tiada permohonan bagi Perintah Perlindungan (PO) dibuat oleh orang yang dilindungi dalam masa tujuh (7) hari selepas pemakluman tersebut.
c. Apabila polis memaklumkan secara bertulis kepada orang yang dilindungi bahawa prosiding jenayah akan dimulakan terhadap orang yang dikenakan perintah, permohonan Perintah Perlindungan (PO) dibuat oleh orang yang dilindungi dalam masa tujuh (7) hari selepas pemakluman tersebut.
d. Semua di atas
9. Seksyen manakah yang terpakai bagi Perintah Perlindungan Interim (IPO) di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521)?
a. Seksyen 2 Akta 521
b. Seksyen 3 Akta 521
c. Seksyen 4 Akta 521
d. Seksyen 5 Akta 521
10. Berikut adalah tugas-tugas Pegawai Penguatkuasa di bawah Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (AKRT) kecuali
a. Menjalankan siasatan terhadap pelaku kes keganasan rumah tangga
b. Membantu memfailkan permohonan IPO
c. Menjelaskan mengenai hak mendapatkan perlindungan kepada mangsa
d. Menyediakan pengangkutan ke kediaman alternatif atau tempat selamat atau tempat berlindung
Menemankan mangsa untuk mengambil barang di kediaman
11. Mangsa keganasan rumah tangga boleh memfailkan permohonan Perintah Pelindungan Kecemasan (EPO) di mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) berikut :
i. Mangsa itu tinggal
ii. Orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal
iii. Keganasan rumah tangga yang dikatakan itu berlaku
iv. Mangsa itu ditempatkan buat sementara
a. i sahaja
b. i dan ii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja
d. i, ii, iii dan iv
12. Mangsa keganasan rumah tangga boleh memfailkan permohonan Perintah Perlindungan Interim (IPO) atau Perintah Perlindungan (PO) di mana-mana Mahkamah Majistret seperti berikut :
i. Mangsa itu tinggal
ii. Orang yang terhadapnya perlindungan itu diminta tinggal
iii. Keganasan rumah tangga yang dikatakan itu berlaku
iv. Mangsa itu ditempatkan buat sementara
a. i, ii,iii dan iv
b. i dan ii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja
d. i sahaja
13. Sesuatu Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO) yang dimohon di bawah Seksyen 3A (3) hendaklah dibuat secara ex parte oleh:
i. Mangsa
ii. Peguam mangsa, atau
iii. Seorang penjaga, saudara atau orang yang bertanggungjawab menjaga atau seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat selain Pegawai Kebajikan Masyarakat Yang DiBeri Kuasa bagi seorang kanak-kanak atau orang dewasa yang tidak berkeupayaan
iv. Seorang pegawai polis bagi pihak mangsa
a. i sahaja
b. i dan iii sahaja
c. i, ii dan iii sahaja
d. i, ii, iii dan iv
14. Sesuatu Perintah Perlindungan Interim yang dimohon di bawah Seksyen 12 hendaklah dibuat secara ex parte oleh:
i. Pemohon
ii. Peguam pemohon, atau
iii. Seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi pihak pemohon
iv. Seorang pegawai polis bagi pihak pemohon
a. i sahaja
b. i dan iii
c. i, ii dan iii
d. Semua di atas
15. Nyatakan dokumen sokongan yang tidak perlu di bawa oleh mangsa bagi permohonan Perintah
Perlindungan Interim (IPO) yang dibuat melalui Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD):
a. Laporan Polis
b. Surat Pengesahan Kes Dalam Siasatan
c. Salinan Kad Pengenalan Mangsa
d. Surah Nikah
16. Orang yang dikenakan Perintah Perlindungan Interim boleh memohon mengetepikan perintah dalam masa:
a. 10 hari dari tarikh perintah itu disampaikan oleh pihak polis kepadanya
b. 12 hari dari tarikh perintah itu disampaikan oleh pihak polis kepadanya
c. 14 hari dari tarikh perintah itu disampaikan oleh pihak polis kepadanya
d. 16 hari dari tarikh perintah itu disampaikan oleh pihak polis kepadanya
17. Perintah Perlindungan (PO) yang dimohon bawah Seksyen 13, Akta 521 hendaklah dibuat oleh:
i. Mangsa; atau
ii. Peguam mangsa; atau
iii. Seorang Pegawai Kebajikan Masyarakat bagi pihak mangsa; atau
iv. Seorang pegawai polis bagi pihak mangsa
a. i dan ii
b. i, ii, iii dan iv
c. iii dan iv
d. ii, iii dan iv
18. Mana-mana orang yang sengaja melanggar Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interim (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO) atas mana-mana peruntukan apabila disabitkan boleh:
a. Didenda tidak melebihi RM 1,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya sekali
b. Didenda tidak melebihi RM 2,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali
c. Didenda tidak melebihi RM 3,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali
d. Didenda tidak melebihi RM 4,000 atau di penjara selama tempoh tidak melebihi 6 bulan atau kedua-duanya sekali
19. Di antara berikut yang mana bukan tugas Pegawai Kebajikan Masyarakat:
a. Membantu memfailkan permohonan IPO
b. Menyampaikan IPO kepada orang yang dikenakan perintah
c. Menjelaskan hak untuk mendapat perlindungan
d. Membantu menyediakan pengangkutan ke tempat selamat/ tempat berlindung/ kediaman alternatif
20. Berdasarkan Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 [Akta 521] Akta 521, Pegawai dari agensi manakah yang diberi tanggungjawab menyampaikan Perintah Perlindungan Kecemasan (EPO), Perintah Perlindungan Interima (IPO) dan Perintah Perlindungan (PO) kepada orang yang dikenakan perintah?
a. Pegawai Polis
b. Pegawai Kebajikan Masyarakat
c. Majistret
d. Peguam
