WorksheetsLatih tubi Sistem Bahasa
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
"Segeralah persiapkan kelengkapan untuk menyambut kepulangan putera _____________________," titah tuanku kepada Bendahara.
aku
kita
beta
saya
Pemancing itu ________ kailnya apabila umpan kailnya diragut oleh ikan.
menarik
menegang
memintal
menyentak
Tayar motorsikal abang _______ kerana tercucuk paku di atas jalan.
susut
lembik
kempis
bengkok
Shuib selalu teringat ______ kenangan sewaktu bercuti di perkampungan Orang Asli itu.
akan
dengan
kepada
terhadap
Nek Som menanam tiga _________ serai di tepi perigi.
petak
batang
rumpun
longgok
Sekumpulan pegawai alam sekitar sedang membuat _________ di sungai yang tercemar itu
kajian
intipan
siasatan
andaian
Encik Ramesh pulang awal kerana dia hanya bekerja _________ hari.
semua
seluruh
setengah
sesetengah
Peserta acara lompat pagar itu ________ untuk memenangi tempat pertama.
tolak - menolak
kejar - mengejar
asak - mengasak
tangkis - menangkis
Zakiah belajar __________ pakaian daripada arwah neneknya sejak berusia 15 tahun lagi.
dijahit
jahitan
berjahit
menjahit
Encik Kamal ________ anaknya sebuah basikal baharu sebagai hadiah hari lahir.
membelikan
mendermakan
menyampaikan
membahagikan
Hakimi sangat ______ mencanting batik.
lancar
fasih
mahir
bijak
Encik Rahiman berasa _______ apabila buku yang dihasilkannya mendapat sambutan luar biasa.
yakin
hebat
kagum
bangga
Ayah memotong bangku menggunakan _______ gergaji.
selaras
sebilah
sepucuk
sebatang
Suria menggunakan wang kemenangannya itu ________ membeli komputer riba.
untuk
demi
agar
lalu
Lengan adik _______ akibat terkena duri semasa bermain di dalam semak itu.
haru-biru
calar-balar
herot-berot
bengkak-bengkil
Puan Mia menjual ______ di kafe yang baru dibukanya.
kayu-kayan
sayur-mayur
kuih-muih
rempah-ratus
_______harga sekampit beras?
Bilakah
Apakah
Berapakah
Bagaimanakah
Pilih kata kerja yang terdapat dalam ayat berikut:
Emak menjual nasi lemak di tepi jalan itu setiap pagi.
Emak
menjual
tepi
jalan
Pilih kata kerja yang terdapat dalam ayat berikut:
Dinding pondok itu disapu dengan minyak.
Dinding
pondok
disapu
minyak
Pegawai bank itu sentiasa berpakaian ______.
kemas
cantik
selesa
segak
Besi itu menjadi _______ setelah diketuk berkali-kali.
cantik
bengkok
lurus
nipis
Kain yang ______ itu dijadikan pengesat kaki.
buruk
ringan
cantik
kecil
Sayur bayam yang dimasak oleh Salina sangat ______.
payau
masin
hamis
hanyir
Sebelum sampai ______ rumah, Janet singgah di kedai.
di
ke
hingga
dari
Diana mendeklamasikan sajak itu ______ penuh perasaan.
daripada
hingga
dengan
pada
