wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

9.1 Sistem Pencernaan & 9.2 Pencernaan

Total questions: 20

Worksheet time: 19mins

Name
Class
Date
1.

Sistem pencernaan manusia terdiri daripada salur (a)   yang panjang dan berotot bermula dari mulut hingga ke dubur.

2.

Proses penguraian molekul kompleks menjadi molekul ringkas merupakan pencernaan

a)

Pencernaan fizikal

b)

Pencernaan kimia

3.

Pencernaan fizikal melibatkan _________ dan __________ untuk memecahkan makan secara mekanikal.

a)

pengunyahan

b)

tindakan enzim

c)

peristalsis

4.

Antara yang berikut, komponen manakah yang TIDAK terlibat dalam sistem pencernaan?

a)

Farinks

b)

Duktus hempedu

c)

Trakea

d)

Hati

5.

Rajah di atas menunjukkan aktiviti enzim X terhadap kanji. Apakah enzim X dan produk Y?

a)

X: Amilase

Y: Glukosa

b)

X: Amilase

Y: Maltosa

c)

X: Maltase

Y: Glukosa

d)

X: Maltase

Y: Maltosa

6.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian sistem pencernaan. Pilih semua kesan yang mungkin berlaku jika X tersumbat.

a)

Enzim amilase tidak boleh dirembeskan.

b)

Makanan sukar untuk ditelan.

c)

Makanan tidak boleh dikunyah.

d)

Kanji tidak boleh dihidrolisis dengan baik.

7.

Antara berikut, proses pencernaan kimia yang manakah berlaku di dalam perut?

a)
b)
c)
d)
8.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia. Bahagian manakah yang mempunyai medium berasid?

a)

P

b)

Q

c)

R

d)

S

9.

Antara sel epitelium yang berikut, yang manakah merembeskan asid hidroklorik?

a)

Sel parietal

b)

Sel mukus

c)

Sel utama

10.

Antara berikut, yang manakah BUKAN fungsi asid hidroklorik dalam perut?

a)

Melindungi permukaan dalam dinding perut daripada hakisan.

b)

Menyediakan medium dengan pH yang berasid untuk tindakan enzim pepsin.

c)

Menghentikan tindakan enzim amilase air liur.

d)

Membunuh bakteria dalam makanan.

11.

Di dalam perut, bolus yang bercampur dengan jus gaster yang mengandungi asid hidroklorik dan enzim pepsin akan melalui proses pencernaan fizikal dan bertukar kepada bentuk separa cair yang disebut (a)   .

12.

Antara berikut, bahagian usus kecil yang manakah yang terlebih dahulu menerima kim daripada perut?

a)

Ileum

b)

Duodenum

c)

Jejunum

d)

Kolon

13.

Apakah tiga enzim yang dirembeskan oleh pankreas ke dalam duodenum?

a)

Amilase pankreas

b)

Erepsin

c)

Tripsin

d)

Lipase

14.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia. Apakah yang akan berlaku jika struktur Z tidak berfungsi?

a)

Lebih banyak toksin akan disingkirkan.

b)

Kekurangan nutrisi.

c)

Penghasilan glukosa meningkat.

d)

Penghasilan pepsin meningkat.

15.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan. Manakah struktur yang menghasilkan bahan yang terlibat dalam pencernaan lemak?

a)

X

b)

Y

c)

Z

16.

Rajah di atas menunjukkan salur hempedu yang tersumbat oleh batu hempedu. Manakah pernyataan berikut adalah akibatnya dari kejadian itu?

a)

Enzim lipase tidak dapat dirembeskan.

b)

Enzim amilase tidak dapat dihasilkan.

c)

Penghadaman lemak akan menjadi lambat.

d)

Penghadaman karbohidrat akan menjadi lambat.

17.

Rajah di atas menunjukkan sebahagian daripada sistem pencernaan manusia. Apakah fungsi J?

a)

Merembeskan jus hempedu.

b)

Memusnahkan jus hempedu.

c)

Menyalurkan jus hempedu.

d)

Menyimpan jus hempedu.

18.

Dalam ileum, laktosa dihidrolisiskan oleh laktase. Rajah di atas menunjukkan persamaan proses itu. Apakah N dan P?

a)

N: Glukosa

P: Glukosa

b)

N: Glukosa

P: Fruktosa

c)

N: Glukosa

P: Galaktosa

d)

N: Glukosa

P: Maltosa

19.

Jus usus yang dirembeskan oleh kelenjar pada dinding ileum mengandungi enzim-enzim berikut KECUALI

a)

Sukrase

b)

Tripsin

c)

Laktase

d)

Erepsin

20.

Lipase dalam ileum menghidrolisis lipid kepada _______ dan _______.

a)

Asid lemak

b)

Glikogen

c)

Gliserol

d)

Peptida