NEW
Font size
WorksheetsKSSM TRIAL SPM SEJARAH PAHANG 2021
Total questions: 40
Worksheet time: 30mins
Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat.
Mengapa?
A Merupakan tonggak utama kerajaan
B Menjadi perantara dengan pembesar
C Mengelakkan pencerobohan kuasa luar
D Memelihara kebajikan di Kawasan Pegangan
Apakah peranan seorang pembesar dalam pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka?
A Mewujudkan perpaduan rakyat
B Menggubal undang-undang negara
C Menunjukkan taat setia kepada pemerintah
D Menjadi perantara antara sultan dengan rakyat
Pernyataan di bawah merujuk kepada tafsiran tokoh berkaitan dengan nasionalisme.
Nasionalisme merupakan satu gerakan yang meletakkan kesetiaan seseorang hanya kepada negara atau bangsanya.
Siapakah tokoh yang memberi tafsiran tersebut?
A Profesor William R. Roff
B Dr. R. Suntharalingam
C Dato’ Onn Jaafar
D Hans Kohn
Undang-undang berikut dihasilkan oleh ahli falsafah Inggeris iaitu John Locke.
Bill Of Rights
Apakah tujuan undang-undang tersebut digubal?
A Menghalang hak kebebasan rakyat
B Membentuk sistem kerajaan baharu
C Menamatkan penjajahan kuasa asing
D Memberi keutamaan kepada parlimen
Apakah masalah yang dihadapi oleh negara kita selepas Perang Dunia Kedua?
I Kemakmuran ekonomi dimanipulasi
II Keselamatan negara dipertingkatkan
III Pemulihan kuasa pemimpin tempatan
IV Pengenalan pelbagai undang-undang
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Berikut merupakan propaganda yang digunakan oleh Jepun dalam usaha menakluki negara kita.
Asia untuk Orang Asia
Semangat Asia
Apakah tujuan propaganda tersebut?
A Mengeksploitasi sumber bahan mentah
B Menonjolkan Jepun sebagai pembela negara Asia
C Sokongan kepada orang Asia untuk menentang kuasa Barat
D Mendapatkan kedudukan strategik bagi kepentingan ketenteraan
Apakah tujuan utama British Military Administration (BMA) ditubuhkan pada 12 September 1945?
A Menghapuskan pengaruh Jepun
B Melatih penduduk tempatan untuk mentadbir negara sendiri
C Mengembalikan kestabilan dan memulihkan kepercayaan rakyat
D Menyelaraskan semula pentadbiran selepas kekalahan Jepun
Bagaimanakah bantahan Raja-Raja Melayu terhadap penentangan Malayan Union?
A Mengadap Ratu England
B Menghantar surat bantahan ke PBB
C Menulis bantahan dalam akhbar tempatan
D Membawa kes Malayan Union ke Mahkamah Tinggi England
Matlamat penubuhan Jawatankuasa Kerja adalah untuk membincangkan asas Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948.
Siapakah yang menganggotai jawatankuasa tersebut?
I Wakil Raja-raja Melayu
II Wakil orang dagang
III Gabenor General
IV Wakil UMNO
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Mengapakah pentadbir British menyokong penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948?
A Mengukuhkan penguasaan British terhadap Tanah Melayu
B Mengelakkan Tanah Melayu diancam oleh kuasa luar
C Mewujudkan keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi
D Membela nasib Raja-raja Melayu dan penduduk tempatan
Terdapat pertubuhan yang bergerak dalam kalangan orang Hailam di bawah arahan Parti Komunis China. Apakah pertubuhan tersebut?
A Huiguan
B Main School
C Hung League
D Parti gerakan
Rancangan Briggs merupakan langkah yang berkesan untuk melemahkan pergerakan komunis.
Apakah tujuan utama rancangan ini dilancarkan pada tahun 1950?
A Memutuskan hubungan PKM dengan Min Yuen
B Memudahkan pihak keselamatan membezakan orang awam dengan komunis
C Membantu penduduk memujuk anggota komunis supaya mencerah diri
D Melarang penduduk keluar dari rumah dalam tempoh tertentu
Matlamat di bawah merujuk kepada matlamat sesebuah parti politik yang mencetuskan idea negara merdeka.
Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya
Apakah parti tersebut ?
A Hizbul Muslimin
B Parti Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM)
C Parti Islam Se- Tanah Melayu (PAS)
D United Malays National Organisation (UMNO)
Laporan Pendidikan berikut diterbitkan pada tahun 1951.
Laporan Fenn-Wu
Apakah tujuan penerbitan laporan ini?
I Memansuhkan sekolah vernakular
II Menggubal kurikulum yang seragam
III Mengkaji Pendidikan Sekolah Cina
IV Mencadangkan penambahbaikan sekolah Cina
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Di manakah pilihan raya majlis perbandaran yang pertama diadakan?
A Kuala Lumpur
B George Town
C Johor Bahru
D Ipoh
Apakah tugas Setiausaha Kolonial dalam pilihan raya bagi Kerajaan Tempatan di Sabah?
A Ketua Sempadan
B Ketua Pengira undi
C Pendaftaran pengundi
D Penguasa Pilihan raya
Gambar berikut menunjukkan perarakan Tunku Abdul Rahman ke Banda Hilir, Melaka selepas tiba dari London.
Apakah kepentingan peristiwa tersebut?
A Pemilihan wakil rakyat
B Penentuan tarikh pilihanraya
C Persidangan pemimpin tempatan
D Pengisytiharan tarikh kemerdekaan
Parti UMNO dan PAS telah menolak keras isu kewarganegaraan jus soli dalam draf perlembagaan.
Apakah alasan yang diberikan oleh kedua parti tersebut?
A Institusi Raja-raja terancam
B Kemerdekaan sukar dicapai
C Mengancam kedudukan Islam
D Kedudukan orang Melayu tergugat
Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 bersamaan dengan 5 Safar 1377 Hijrah merupakan peristiwa yang penuh pengertian bagi negara kita.
“Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi mewujudkan sebuah negara baharu yang berdaulat. Rakyat perlu berkhidmat untuk negara yang baharu, berusaha dengan tenaga dan fikiran bagi mencipta satu bangsa baharu dengan cita-cita keadilan dan kebebasan”
Siapakah tokoh yang memberikan definisi kemerdekaan di atas?
A Soekarno
B Mahatma Gandhi
C Tun Dr Mahathir Mohamad
D Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, apakah keistimewaan negara kita dalam mencapai kemerdekaaan berbanding dengan negara lain?
A Diperjuangkan oleh pemimpin dan rakyat jelata
B Diperjuangkan oleh pemimpin negara
C Dicapai tanpa pertumpahan darah
D Dicapai selepas pilihan raya
Apakah tafsiran tokoh berikut berkaitan kedaulatan?
Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj
A Kuasa tertinggi
B Semangat kekitaan
C Bersifat kekal dan tidak terbatas
D Berteraskan kebebasan dan keadilan
Mengapakah kedaulatan penting bagi sesebuah negara?
A Menjadi kuasa politik unggul di dunia
B Menunjukkan kekuatan angkatan tentera
C Mewujudkan keberkesanan sistem pentadbiran
D Membuktikan dasar luar mengikut situasi semasa
Ciri tradisional dalam Perlembagaan Persekutuan ialah
A Bahasa Melayu
B Kewarganegaraan
C Demokrasi Berparlimen
D Kerajaan Persekutuan
Dalam pindaan Perlembagaan 1965 berkaitan pemisahan Singapura, semua perkara berkaitan Singapura dimansuhkan iaitu
I Imigresen
II Pengangkutan
III Perfileman
IV Pertahanan
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Gambar berikut berkaitan dengan cap Mohor Besar Raja-Raja.
Apakah kepentingan cap mohor tersebut?
A Mengiktiraf kerajaan yang dipilih rakyat
B Mengesahkan pelantikan Jemaah Menteri
C Melambangkan kedaulatan Raja-raja Melayu
D Meluluskan undang-undang yang digubal Parlimen
Rajah yang berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam sistem pemerintahan negara kita.
Kuasa badan X ialah ?
A Mentafsir perlembagaan
B Meluluskan undang-undang
C Menggubal dasar-dasar negara
D Membahaskan perbelanjaan kerajaan
Maklumat berikut berkaitan dengan pembahagian kuasa dalam Perlembagaan Persekutuan.
Senarai Persekutuan
Senarai Negeri
Senarai Bersama
Antara yang berikut, perkara manakah terletak di bawah Senarai Persekutuan?
I Hal Ehwal Tanah
II Pendidikan
III Pertahanan
IV Undang-undang Islam
A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV
Struktur organisasi berikut berkaitan dengan pentadbiran Kawasan Keselamatan Khas di Sabah.
Mengapakah pentadbiran di atas diperkenalkan?
A Mewujudkan Majlis Keselamatan Negara
B Menghapuskan ancaman pengganas komunis
C Melaksanakan Pembangunan Koridor Wilayah
D Meningkatkan kerjasama bagi menjamin keselamatan
Apakah matlamat tokoh berikut yang mencadangkan penggabungan semua tanah jajahan British di Asia Tenggara?
A Memajukan ekonomi British
B Memudahkan pentadbiran kolonial
C Melaksanakan dekolonisasi
D Mengelakkan perpecahan kaum
Mengapakah Indonesia melancarkan konfrontasi?
A Menuntut wilayah Sabah
B Mengancam kedudukan Indonesia
C Mengurangkan kuasa politik Melayu
D Menggagalkan gagasan Melayu Raya
Petikan di bawah adalah ucapan Tunku Abdul Rahman pada satu sesi perbahasan di Parlimen pada 9 Ogos 1965.
Apakah maksud "perkara yang tidak dapat dielakkan" oleh Tunku Abdul Rahman dalam ucapan tersebut?
A Pemansuhan hak Bumiputera
B Pengisytiharan Darurat
C Perebutan sempadan
D Pemisahan Singapura
Gambar berikut menunjukkan ahli Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan ekoran berlakunya Peristiwa 13 Mei 1969.
Apakah tanggungjawab MAGERAN?
A Mengawal ketenteraman negara
B Memulihkan hubungan luar
C Menjana ekonomi negara
D Menambah bilangan tentera
Kedudukan bahasa Melayu dimartabatkan melalui Akta Bahasa Kebangsaan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa kebangsaan?
A Menubuhkan institut pengajian tinggi swasta
B Memperkasa peranan Dewan Bahasa dan Pustaka
C Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua
D Mewajibkan penguasaan lebih dua bahasa
Slogan “Malaysia Boleh” membawa kejayaan pasukan badminton Malaysia ketika menjuarai Piala Thomas pada tahun 1992.
Apakah nilai yang tersirat daripada slogan tersebut?
A Patriotisme
B Keberanian
C Kebijaksanaan
D Permuafakatan
Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk untuk mencapai matlamat melalui strategi serampang dua mata.
Apakah matlamat tersebut?
A Membentuk negara maju
B Mencapai perpaduan kaum
C Melicinkan pentadbiran negara
D Mengembangkan Pendidikan tinggi
Jadual berikut merujuk kawasan perindustrian baharu yang diwujudkan di bawah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan Dasar Pembangunan Nasional (DPN).
Apakah ciri ciri Taman Teknologi Perindustrian?
A Mengendalikan perdagangan di pelabuhan
B Menjalankan inovasi bagi membangunkan ekonomi
C Membuat promosi perdagangan di dalam negara
D Mengandungi kawasan perumahan, pusat perniagaan dan rekreasi
Mengapakah dasar luar penting kepada sesebuah negara?
A Memantapkan kuasa pemimpin tempatan
B Memelihara kepentingan kuasa besar
C Mempengaruhi tindakan negara
D Mengekalkan identiti negara
Antara berikut, apakah manfaat yang diterima oleh Malaysia menerusi penyertaan dalam pertubuhan Komanwel?
A Konsep ZOPFAN
B Rancangan Colombo
C Penubuhan RECSAM
D penempatan tentera asing
Anugerah berikut diberikan kepada warganegara Malaysia yang memberi sumbangan dalam bidang
A Ekonomi
B Perpaduan
C Alam Sekitar
D Pelancongan
Gambar berikut menunjukkan misi Ekspedisi Antartika YPASM 2016.
Apakah cadangan Malaysia dalam isu Antartika?
A Dijadikan warisan manusia sejagat
B Diserahkan sepenuhnya kepada kuasa besar
C Dikongsi bersama negara sedang membangun
D Diterokai oleh negara berteknologi tinggi sahaja
