Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Prinsip Perakaunan SPM 5

Total questions: 27

Worksheet time: 14mins

Name
Class
Date
1.

Apakah peringkat seterusnya, dalam kitaran perakaunan sebaik sahaja berlakunya peringkat pelerasan?

a)

imbangan duga

b)

catatan penutupan

c)

penyata kewangan

d)

imbangan duga terselaras

2.

"akauntan perlu bersikap jujur dan telus semasa mengadakan hubungan profesional dengan pihak lain untuk mengelakkan masalah pemalsuan kenyataan dan kekeliruan" Apakah ciri x dalam kod etika akauntan profesional?

a)

objektiviti

b)

integriti

c)

kompetensi

d)

sifat profesional

3.

"lembaga hasil dalam negeri (LHDN) memerlukan maklumat dalam penyata kewangan sesebuah perniagaan untuk tujuan tertentu dan merupakan contoh pengguna luaran" Mengapakah LHDN memerlukan penyata kewangan bagi sesebuah perniagaan?

a)

tujuan pelaburan

b)

tujuan pentaksiran cukai

c)

tujuan penarafan perniagaan dari segi pemgurusan kredit

d)

tujuan penanda aras dari segi prestasi perniagaan dan kedudukan kewangan

4.

Antara berikut yang manakah merupakan andaian perakaunan?

a)

ketekalan

b)

prinsip kos

c)

entiti berasingan

d)

pengiktirafan hasil dan belanja

5.

"Puan Loh ingin memulakan perniagaannya sendiri, iaitu milikan tunggal. Berliau mempunyai modal yang mencukupi dan menguasai pelbagai ilmu berkaitan dengan pengurusan perniagaan" Apakah faktor pemilihan Puan Loh untuk menjalankan perniagaan jenis milikan tunggal?

a)

bebas membuat keputusan

b)

menanggung liabiliti terhad

c)

memperoleh keuntungan dalam bentuk dividen

d)

dapat mengumpul modal perniagaan melalui terbitan syer

6.

"pelaburan pemilik dalam sesuatu perniagaan" Apakah kompenen N dalam penyata kedudukan kewangan ?

a)

ekuiti pemilik

b)

liabiliti semasa

c)

dana terkumpul

d)

liabiliti bukan semasa

7.

"membeli barang niaga secara kredit" Apakah kesan urus niaga tersebut ke atas persamaan perakaunan ?

a)

aset ( bertambah), liabiliti ( tiada kesan ), ekuiti pemilik ( bertambah )

b)

aset (bertambah ), liabiliti ( bertambah ), ekuiti pemilik ( tiada kesan )

c)

aset ( berkurang ), liabiliti ( bertambah ), ekuiti pemilik ( bertambah )

d)

aset ( berkurang ), liabiliti ( tiada kesan ), ekuiti pemilik ( berkurang )

8.

Pernyataan manakah yang benar tentang memo?

a)

memo itu disediakan dalam dua salinan

b)

memo itu menjadi dokumen sumber bagi penyediaan buku tunai

c)

memo itu membekalkan maklumat untuk menyediakan buku tunai runcit

d)

memo itu dikeluarkan oleh pemilik perniagaan untuk memaklumkan urus niaga ambilan barang niaga yang tidak mempunyai dokumen sokongan

9.

Antara berikut yang manakah merupakan Jurnal Khas?

a)

jurnal am

b)

jurnal belian

c)

jurnal pulangan jualan

d)

buku tunai

10.

Antara berikut yang manakah benar tentang catatan kontra dalam Buku Tunai ?

a)

menambahkan baki akaun yang berkaitan dengannya

b)

mengurangkan baki akaun yang berkaitan dengannya

c)

pemindahan wang tunai berlaku dari bank ke pejabat

d)

pemindahan wang tunai berlaku dari pejabat ke bank

11.

Apakah lajur analisis bayaran dalam Buku Tunai Runcit yang akan digunakan untuk merekodkan majalah dan surat khabar ?

a)

alat tulis

b)

belanja am

c)

belanja pejabat

d)

belanja pengangkutan

12.

" inventori akhir pada harga : kos (RM24 800), pasaran (RM25 600) " Berapakah jumlah inventori akhir yang akan dicatatkan dalam Akaun Perdagangan ?

a)

RM800

b)

RM24 800

c)

RM25 600

d)

RM50 400

13.

Antara berikut, butiran yang manakah perlu direkodkan dalam Akaun Untung Rugi?

a)

inventori awal

b)

angkutan keluar

c)

pulangan masuk

d)

duti atas belian

14.

"pada 1 januari 2021, perniagaan Adrian membeli sebuah mesin yang berharga RM10 000. Mesin ini dijangka boleh digunakan selama 10 tahun dan mempunyai nilai sisa berjumlah RM800. Berapakah susut nilai mesin setahun?

a)

RM800

b)

RM920

c)

RM1 000

d)

RM1 080

15.

Pilih catatn yang betul untuk merekodkan sewa prbayar berjumlah RM1 200 dalam Penyata Kedudukan Kewangan

a)

aset semasa

b)

aset bukan semasa

c)

liabiliti semasa

d)

liabiliti bukan semasa

16.

Apakah kesilapan yang menjadikan jumlah Imbangan Duga masih seimbang ?

a)

kesilapan saling mengimbangi

b)

kesilapan merekodkan pada satu akaun sahaja

c)

kesilapan merekodkan amaun yang tidak sama dibahagian debit dan dibahagian kredit

d)

kesilapan pengiraan semasa menyediakan Buku Catatan Pertama, Lejar atau Imbangan Duga

17.

"pemilik perniagaan mengambil barang niaga berjumlah RM30 sebulan tetapi urus niaga ini terlupa direkodkan dalam mana-mana buku." Apakah kesan kesilapan itu terhadap Akaun Perdagangan dan Untung Rugi ?

a)

untung bersih terlebih RM30

b)

untung bersih terlebih RM360

c)

untung bersih terkurang RM30

d)

untung bersih terkurang RM360

18.

"Encik Murungan memaklumkan bahawa firmanya akan meperoleh untung kasar sebanyak RM0.30 bagi setiap RM1.00 kos jualan." Apakah nisbah yang dimaklumkan oleh Encik Murungan ?

a)

margin

b)

tokokan

c)

nisbah semasa

d)

nisbah ujian asid

19.

Apakah kegunaan rumus kadar pusing ganti inventori tersebut ?

a)

untuk mengukur berapa kali inventori ditukar dalam suatu tempoh kewangan

b)

untuk mengukur jumlah inventori yangdijual dalam suatu tempoh kewangan

c)

untuk menentukan sama ada inventori mudah mengalami kerosakan atau tidak

d)

untuk menentukan jumlah hutang pelanggan yang membeli barang niaga secara kredit

20.

" modal (RM80 000), jualan (RM160 000), belanja (RM20 000), untukng kasar (RM36 000) " Berapakah peratus untung bersih atas jualan ?

a)

10.0%

b)

12.5%

c)

22.5%

d)

35.0%

21.

" untung bersih (RM2 000), untung kasar (RM2 500), modal awal (RM10 000), modal akhir (RM12 000) " Berapakah pulangan atas modal ?

a)

4.8%

b)

5.0%

c)

20.0%

d)

20.8%

22.

" Pada 31 Julai 2021 daripada Perniagaan Jamilah yang mengamalkan rekod tak lengkap , modal pada 1 Ogos 2020 (RM13 500), untung bersih (RM4 320),ambilan (RM1 440) " Berapakah modal pada 31 Julai 2021 ?

a)

RM7 740

b)

RM16 380

c)

RM 17 820

d)

RM 19 260

23.

Apakah maklumat yang boleh diperoleh daripada Kaedah Analisis untuk menyediakan Akauan Perdagangan dan Untung Rugi serta Penyata Kedudukan Kewangan ?

a)

jumlah belian

b)

jumlah ambilan

c)

jumlah modal awal

d)

hasil sebenar yang diterima

24.

" membayar semua hutang kepada pembekal dan menerima diskaun " Catatan bergu yangmanakah betul untuk merekodkan urus niaga tersebut?

a)

akaun didebitkan (akaun belum bayar), akaun dikreditkan (akaun bank)

b)

akau didebitkan (akaun modal), akaun dikreditkan (akaun bank)

c)

akaun didebitkan (akaun belum bayar), akaun dikerditkan (akaun bank & akaun realisasi)

d)

akaun didebitkan (akaun bank & akaun realisasi), akaun dikerditkan (akaun belum bayar)

25.

Apakah tindakan yang perlu diambil jika kurangan langganan berlkau dalam sesebuah syarikat berhad ?

a)

pihak penaja jamin akan menanggung jumlah kurangan tersebut

b)

pemohon modal syer perlu membayar harga terbitan secara sepenuhnya

c)

bayaran yang diterima atas langganan perlu dipulangkan semula kepada pemohon

d)

syarikat berhad perlu mempertimbangkan permohonan modal syer yang diterima daripada institusi pelaburan

26.

Apakah butiran yang akan menambahkan lebihan dalam Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan bagi sesebuah kelab dan persatuan ?

a)

honorarium

b)

kadar bayaran

c)

susut nilai perabot

d)

faedah atas simpanan tetap

27.

Apakah istilah yang menggantikan ekuiti pemilik bagi sesebuah kelab dan persatuan ?

a)

lebihan

b)

kurangan

c)

modal akhir

d)

dana terkumpul