wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PN T5 TRIAL KEDAH 2021

Total questions: 40

Worksheet time: 21mins

Name
Class
Date
1.

Pasangan manakah benar berkaitan dengan Organisasi Bermotifkan Untung (OBU) dan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung ( OBBU )?

a)

A

b)

B

c)

C

d)

D

2.

Antara berikut, manakah ciri perniagaan milikan tunggal?

PILIH DUA JAWAPAN

a)

Tertakluk kepada Akta Pendaftaran Perniagaan 1956

b)

Keputusan dibuat oleh pemilik sendiri

c)

Perniagaan berterusan

d)

Liabiliti terhad

3.

Pernyataan manakah menerangkan bentuk pemilikan koperasi?

a)

Anggota terlibat dengan liabiliti tidak terhad

b)

Anggota mempunyai hak dalam membuat keputusan

c)

Perniagaan dikenakan kadar cukai yang tinggi

d)

Perniagaan bebas memindah milik syer kepada syarikat lain

4.

• Perkongsian strategik antara dua atau lebih firma

• Satu entiti perniagaan baharu dibentuk

• Semua pihak bertanggungjawab mengawal perniagaan baharu

Apakah bentuk pemilikan perniagaan tersebut?

a)

Perkongsian

b)

Francais

c)

Koperasi

d)

Usaha sama

5.

Aktiviti manakah yang menerangkan sektor sekunder?

a)

Johan mengusahakan penternakan ayam kampung secara komersial

b)

Ramasamy bekerja sebagai pemandu pelancong

c)

Ishak mengusahakan kilang membuat perabot

d)

Maryam bekerja sebagai akauntan di kilang kasut

6.

Pernyataan manakah menerangkan klasifikasi perniagaan pengilangan bersaiz kecil?

PILIH 2 JAWAPAN

a)

Jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta

b)

Jualan tahunan RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta

c)

Bilangan pekerja tetap 5 hingga kurang daripada 30 orang

d)

Bilangan pekerja tetap 5 hingga kurang daripada 75 orang

7.

Apakah skala perniagaan tersebut?

a)

Skala Zon

b)

Skala Negeri

c)

Skala Global

d)

Skala Tempatan

8.

Syarikat Al-Amin mengeluarkan komponen komputer menggunakan bahan mentah dalam negara.

Apakah bentuk pelepasan cukai tersebut?

a)

Taraf perintis

b)

Potongan cukai

c)

Pengecualian cukai

d)

Elaun cukai pelaburan

9.

Apakah peranan agensi tersebut?

a)

Mempromosikan aktiviti perniagaan di Malaysia

b)

Menyediakan latihan dan pembangunan usahawan

c)

Menyediakan sumber kewangan kepada usahawan

d)

Memastikan produk di pasaran menepati piawaian yang ditetapkan

10.

Pernyataan manakah berkaitan dengan pengangguran kitaran?

a)

Berlaku semasa keadaan ekonomi meleset

b)

Berlaku disebabkan perubahan dalam industri

c)

Berlaku apabila kemahiran pekerja tidak diperlukan

d)

Berlaku apabila pekerja bekerja dalam jangka masa pendek

11.

∙ Meningkatkan perbelanjaan pembangunan kerajaan

∙ Mengurangkan kadar faedah agar pengguna meningkatkan perbelanjaan

Mengapakah Bank Negara Malaysia bertindak sedemikian?

a)

Mengatasi masalah deflasi

b)

Mengurangkan keadaan inflasi

c)

Meningkatkan kadar simpanan

d)

Mengurangkan pendapatan boleh guna

12.

Situasi manakah yang berkaitan dengan gaya pengurusan sederhana?

a)

Encik Ali tidak menerima sebarang pendapat pekerjanya

b)

Encik Mohan sentiasa memberi motivasi kepada pekerjanya

c)

Encik Dollah memberi kebebasan penuh kepada pekerjanya

d)

Encik Lee sentiasa bertoleransi dengan pekerjanya

13.

Apakah kelebihan mengambil pekerja dari luar organisasi?

a)

Proses penyesuaian diri cepat berlaku

b)

Menjimatkan kos merekrut

c)

Pekerja lebih bermotivasi

d)

Perkongsian idea baharu

14.

Manakah yang menerangkan objektif perniagaan dengan tepat?

a)

Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan

b)

Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus

c)

Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi

d)

Mengariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

15.

Syarikat Motoo Sdn Bhd akan mengeluarkan 40,000 unit motosikal pada tahun ini.

Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Boleh diukur

b)

Munasabah

c)

Jangkamasa

d)

Boleh dicapai

16.

Syarikat AAC membeli bahan mentah secara pukal dengan kos yang rendah supaya dapat menjual produk dengan harga yang paling murah di pasaran dengan persaingan sengit

Apakah analisis SWOT yang terlibat ?

a)

Kekuatan (S) dan Peluang (O)

b)

Kekuatan (S) dan Ancaman (T)

c)

Kelemahan (W) dan Peluang (O)

d)

Kelemahan (W) dan Ancaman (T)

17.

Syarikat BBC dapat mengembangkan perniagaannya ke pasaran antarabangsa dengan adanya teknologi maklumat

Bagaimanakah teknologi maklumat dapat membantu syarikat tersebut?

a)

Menggalakkan persaingan perniagaan

b)

Menghasilkan produk mengikut standard

c)

Mengedarkan risalah secara besar-besaran

d)

Mempromosi barang melalui laman sesawang

18.

Antara yang berikut,manakah yang berkaitan peranan pengurus kewangan mengawal kewangan perniagaan?

pilih DUA jawapan

a)

Mengagihkan sumber kewangan mengikut masa dan jenis perbelanjaan

b)

Menentukan objektif kewangan yang hendak dicapai oleh organisasi

c)

Memastikan perbelanjaan berdasarkan bajet yang telah diluluskan

d)

Mengelak daripada berlakunya penipuan dan penyelewengan kewangan

19.

Apakah peranan bahagian fungsian ini kepada pelanggan?

a)

Mengubahsuai produk

b)

Menawarkan harga yang berpatutan

c)

Memastikan barang disimpan dengan baik

d)

Memberikan nasihat dan menyampaikan maklumat

20.

Apakah X?

a)

Teknologi

b)

Usahawan

c)

Bangunan

d)

Wang tunai

21.

Amalan kerja berintegriti dapat melonjakkan kecemerlangan sesebuah perniagaan

Bagaimanakah amalan tersebut membantu organisasi?

a)

Meningkatkan jualan organisasi

b)

Pekerja menjalankan tugas dengan cekap

c)

Menggalakkan kreativiti dan inovasi

d)

Meningkatkan imej organisasi

22.

Hotel Shri-La mencari pekerja yang mempunyai sijil kulinari untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai pembantu chef .

Apakah kemahiran kebolehkerjaan yang bersesuaian?

a)

Berpengalaman

b)

Kelayakan yang bersesuaian

c)

Pengalaman dalam industri tertentu

d)

Keberkesanan mencapai sasaran pasukan

23.

Apakah jenis struktur organisasi di atas?

a)

Struktur organisasi berasaskan produk

b)

Struktur organisasi berasaskan fungsi

c)

Struktur organisasi berasaskan pelanggan

d)

Struktur organisasi berasaskan geografi

24.

Apakah jenis sumber tersebut?

a)

Paten

b)

Lesen perisian

c)

Harta intelek

d)

Kemahiran dan pengalaman

25.

Apakah prosedur mengurus sumber tersebut?

PILIH DUA JAWAPAN

a)

Perlindungan insurans

b)

Penyelenggaraan secara terancang

c)

Penambahbaikan sistem pengurusan

d)

Penyediaan kemudahan operasi yang lengkap

26.

Apakah kelebihan pembiayaan tersebut kepada Ah Meng?

a)

Dapat mengelak daripada risiko keusangan aset

b)

Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman

c)

Dapat memiliki aset selepas tamat tempoh pajakan

d)

Boleh mendapatkan pembiayaan modal kerja

27.

Dana GO

Dana SMART

Apakah agensi kerajaan yang menyediakan skim pembiayaan tersebut?

a)

MOSTI

b)

CGC

c)

MARA

d)

AGROBANK

28.

Maklumat berikut diperoleh daripada Syarikat Aman bagi tahun 2020.

Peratusan Margin Untung Bersih 54%

Jualan Bersih RM 570,000

Berapakah nilai untung bersih ?

a)

RM 10,555

b)

RM 307,800

c)

RM 105,550

d)

RM 30,780

29.

Berapakah kadar pusing ganti stok?

a)

2.25 kali

b)

4.25 kali

c)

4.49 kali

d)

4.76 kali

30.

Situasi manakah menunjukkan usahawan yang mempunyai ciri inovatif?

a)

Mok Cun mencari pasaran baharu di Negara China

b)

Encik Azim tabah menghadapi risiko perniagaan

c)

Puan Prema menambah perisa kek keluarannya

d)

Cik Syikin mengeluar produk mengikut keperluan pelanggan

31.

Bagaimanakah kerjaya dalam bidang perniagaan memberi faedah kepada matlamat peribadi?

a)

Penggunaan peralatan dan terknologi terkini

b)

Penghasilan pelbagai produk berkualiti

c)

Pelaksanaan tanggungjawab sosial

d)

Pengurusan masa lebih fleksibel

32.

Apakah yang dimaksudkan dengan stok bergerak perlahan ?

a)

Stok lama yang tidak terjual

b)

Stok yang lambat diterima daripada pembekal

c)

Stok yang mengambil masa lama untuk dijual

d)

Stok yang dijual tetapi bayarannya belum diterima

33.

Pernyataan berikut berkaitan dengan campuran pemasaran

Apakah elemen yang terlibat?

Molek Enterprise mengambil keputusan untuk mengubahsuai warna dan corak pembungkusan agar kelihatan lebih menarik bagi meningkatkan jualan.

a)

Harga

b)

Promosi

c)

Agihan

d)

Produk

34.

Maklumat berikut diperoleh daripada Kilang Remy.

Titik pulang modal 500 unit

Kos tetap RM1000

Kos berubah RM 3 seunit

Berapakah harga jualan seunit?

a)

RM 6.00

b)

RM 5.00

c)

RM 3.50

d)

RM 1.50

35.

Manakah merupakan dokumen rekod jualan?

a)

Baucar pembayaran

b)

Penyata bank

c)

Bil tunai

d)

Memo

36.

Pernyataan manakah menerangkan X ?

a)

Insentif yang diberikan kepada pelanggan untuk meningkatkan jualan

b)

Aktiviti memberitahu dan memujuk pengguna untuk membeli

c)

Interaksi bersemuka antara penjual dengan bakal pembeli

d)

Penyampaian maklumat melalui media massa

37.

Apakah faedah yang diperoleh usahawan apabila mendaftarkan perniagaannya di Suruhanjaya Syarikat Malaysia?

a)

Mendapat entiti yang sah di sisi undang-undang

b)

Dikecualikan daripada bayaran cukai

c)

Memperoleh untung yang lumayan

d)

Perniagaan menjadi lebih terkenal

38.

Apakah kepentingan Rancangan Perniagaan kepada peniaga?

a)

Menjamin kelulusan pinjaman

b)

Mengelakkan risiko yang timbul

c)

Merancang keperluan sumber perniagaan

d)

Membuat pelaburan untuk sesebuah perniagaan

39.

Mengapakah rancangan operasi penting dalam sesuatu rancangan perniagaan?

a)

Menunjukkan pengagihan sumber tenaga kerja

b)

Memberikan gambaran aktiviti pengeluaran produk

c)

Menjamin sumber bahan mentah digunakan secara optimum

d)

Meramalkan jualan yang bakal diperoleh sesebuah perniagaan

40.

Baca pernyataan I dan II. Pilih jawapan yang betul.

I

Syarikat Sdn Bhd boleh memindah milik syer secara bebas

II

Syarikat Awam Bhd perlu mengumumkan laporan kewangan tahunan kepada orang ramai.

a)

I - betul

II - salah

b)

I - salah

II - betul

c)

I - betul

II - betul

d)

I - salah

II - salah