wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang kaji bab3-4

Total questions: 76

Worksheet time: 6hrs 20mins

Name
Class
Date
1.

4. Bank pusat berperanan untuk

a)

Mencetak mata wang asing

b)

Jurubank kepada orang awam

c)

Menjalankan perniagaan antarabangsa

d)

Mengawal kestabilan ekonomi

2.

5. Encik Steven mendapati harga tiket bagi menonton perlawanan bola sepak di Stadium Bukit Jalil ialah RM50

Apakah fungsi wang dalam situasi di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat simpanan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

3.

6. Wang boleh digunakan dalam pembelian secara ansuran suatu barang.

Fungsi wang adalah sebagai alat

a)

ukuran nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran

4.

7. Wang merupakan komoditi yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat…

a)

ukuran nilai

b)

simpanan nilai

c)

bayaran tertunda

d)

perantaraan pertukaran

5.

8. Apakah fungsi wang yang berkaitan dengan gambar di atas?

a)

Alat ukuran nilai

b)

Alat penyimpan nilai

c)

Alat bayaran tertunda

d)

Alat perantaraan pertukaran

6.

9. Situasi manakah menerangkan fungsi wang sebagai alat bayaran tertunda.

a)

Cik Anis membayar RM660 setiap bulan keretanya selama sembilan tahun.

b)

Encik Wahid memperuntukkan wang sebanyak RM700 untuk akaun tabungan di Tabung Haji.

c)

Puan Siti membeli rantai emas pada harga diskaun 30%, sempena Sambutan Hari Ibu di Kedai Emas Mewah.

d)

Cikgu Ayu mengunjungi lebih daripada tiga kedai peralatan komputer untuk membandingkan harga mesin pencetak.

7.

10. Contoh manakah yang betul tentang fungsi wang sebagai alat simpanan nilai?


a)

Pemilikan polisi insurans nyawa dari syarikat insurans Bersepadu Berhad

b)

Penetapan harga perabot jati yang diterima dari Indonesia

c)

Proses menjelaskan baki pinjaman dalam tempoh setahun

d)

Pembelian komputer riba baru berharga mahal

8.

14. Gambar di atas menunjukkan suatu logo bank. Apakah fungsi bank di atas dalam ekonomi


i . Mengurus akaun semasa

ii . Menerima deposit

iii . Memberi pinjaman kepada bank lain

iv . juru bank kepada kerajaan

a)

i dan ii

b)

i dan iv

c)

ii dan iii

d)

iii dan iv

9.

Kemungkinan seseorang individu mengalami sesuatu ketidakpastian daripada pelaburan yang dilakukan.

a)

Konsep pulangan dalam pelaburan

b)

Matlamat kewangan

c)

Konsep risiko pelaburan

d)

Strategi simpanan

10.

......................... menyediakan kemudahan simpanan Islamik dan konvensional.

a)

Syarikat kewangan

b)

Bank Islam

c)

Lembaga Tabung Haji (LTH)

d)

Unit amanah

11.

Berikut adalah pertimbangan yang perlu kita ambil semasa membuat pelaburan, KECUALI

a)

Tahap risiko

b)

Tabungan

c)

Tahap pulangan

d)

Tahap kecairan

12.

Sekiranya seseorang itu membuat simpanan di bank, akan mendapat pendapatan pelaburan berbentuk ............. .

a)

faedah

b)

dividen

c)

bonus saham

d)

keuntungan

13.

1. Yang manakah bukan jenis wang di Malaysia

a)

Invois

b)

Deposit semasa

c)

Wang Kertas

d)

Duit Syiling

14.

Apakah kepentingan belanjawan peribadi ?

a)

Membuat tabungan

b)

Merancang pembayaran hutang

c)

Menambah pendapatan

d)

Membeli barang yang dikehendaki

15.

Antara yang berikut, yang manakah kepentingan belanjawan peribadi

I Meningkatkan pendapatan individu

II Membantu mengurangkan pembayaran cukai pendapatan

III Menyelaraskan perbelanjaan dan pendapatan

IV Menggalakkan individu menabung

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Mengapakah individu perlu menyediakan belanjawan peribadi?

a)

Dapat membuat pelaburan

b)

Berbelanja berdasarkan pendapatan

c)

Memperoleh keuntungan maksimum

d)

Dapat mengutamakan barang kehendak

17.

Ah Seng ingin menyimpan lebihan pendapatannya di sebuah institusi kewangan yang yang menawarkan pulangan yang tinggi.

a)

Bank Negara Malaysia

b)

Koperasi Nelayan

c)

Lembaga Tabung Haji

d)

Maybank Berhad

18.

Pemegang akaun boleh menyimpan sejumlah wang tertentu dalam jangka masa yang telah di tetapkan

a)

Akaun Semasa

b)

Akaun simpanan tetap

c)

Amanah Saham

d)

Akaun simpanan

19.

Encik Arif telah membuka sebuah akaun simpanan yang membolehkan beliau menggunakan buku cek

a)

akaun simpanan tetap

b)

akaun simpanan semasa

c)

akaun simpanan tabungan

d)

akaun amanah saham

20.

Berikut adalah tujuan strategi simpanan kecuali..

a)

Menghadapi waktu kecemasan

b)

Membeli belah

c)

Menambah punca pendapatan

21.

Pemegang akaun tersebut dibayar faedah yang lebih tinggi dalam bank perdagangan

a)

Akaun semasa

b)

Akaun tabungan

c)

Akaun simpanan tetap

22.

Jenis pekerjaan manakah yang tergolong dalam sektor utama ?

a)

Pemandu bas

b)

Buruh binaan

c)

Penternak kambing biri-biri

d)

Penyelia asrama sekolah

23.

Apakah aktiviti yang tergolong dalam sektor ketiga?

a)

Perlombongan kuari

b)

Pembinaan jalan

c)

Penanaman getah dan pembinaan rumah

d)

Pegawai bank

24.

Antara yang berikut, manakah yang merupakan faedah sampingan ?


I. Bonus tahunan

II. Melanjutkan pelajaran

III. Kepuasan kerja

IV. Rawatan perubatan percuma

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

25.

Maklumat di bawah berkaitan dengan suatu jenis pendapata individu.


En Ali memberi anaknya Ahmad RM 5 setiap untuk membelanja di sekolah


Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh Ahmad ?

a)

Upah

b)

Faedah

c)

Bayaran pindahan

d)

Faedah sampingan

26.

Pernyataan manakah yang benar menerangkan upah benar ?


I. Upah yang diterima dalam bentuk wang

II. Kemampuan wang untuk membeli barang dan perkhidmatan

III.Digunakan untuk mengukur taraf hidup

IV. Keupayaan mengeluarkan jumlah barang dan perkhidmatan

a)

I dan II

b)

II dan III

c)

I dan III

d)

III dan IV

27.

1. Pendapatan boleh guna ialah ...........................

a)

pendapatan bersih yang boleh digunakan setelah ditolak potongan wajib

b)

baki pendapatan yang boleh digunakan setelah ditolak jumlah perbelanjaan

c)

jumlah pendapatan bersih yang boleh digunakan untuk membayar potongan wajib

d)

jumlah pendapatan yang boleh digunakan untuk membuat perbelanjaan penggunaan

28.

2. Antara yang berikut, yang manakah potongan wajib?

I Caruman KWSP

II Ansuran motosikal

III Premium insurans

IV Cukai pendapatan perseorangan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

29.

4. Berikut merupakan rumus pendapatan boleh guna.


Pendapatan boleh guna = Pendapatan individu - Z


Antara yang berikut, yang manakah merupakan Z?

a)

pelaburan

b)

keuntungan

c)

pelepasan cukai

d)

potongan wajib

30.

5. Bagaimanakah Encik Rahim menggunakan pendapatan boleh gunanya?

a)

membayar cukai pendaptan individu

b)

membuat bayaran zakat

c)

membuat caruman KWSP

d)

membayar cukai jalan

31.

Berdasarkan iklan di atas, apakah faktor yang mendorong individu memohon pekerjaan di syarikat tersebut ?

a)

A Upah wang

b)

B Suasana tempat kerja

c)

C Faedah sampingan

d)

D Minat

32.

Antara berikut, yang manakah bayaran pindahan ?


I wang saku

II Derma Hari Pahlawan

III komisen jualan

IV bonus tahunan

a)

A I dan II

b)

B I dan IV

c)

C II dan III

d)

D III dan IV

33.

Antara berikut, yang manakah upah benar ?

a)

A Upah yang diterima dalam bentuk wang.

b)

B Upah yang diterima pada suatu tempoh tertentu

c)

C Kemampuan menghasilkan barang dan perkhidmatan

d)

D Kemampuan upah wang membeli barang dan perkhidmatan

34.

Puan Lina , pemilik sebuah restoran, bekerja sebagai seorang pengurus syarikat dengan gaji RM 3000 sebulan. Beliau mempunyai simpanan RM18 000 di dalam akaun simpanan tetap dan mendapat faedah 10% setahun. Anak sulung beliau memberi RM 200 setiap bulan. Selain itu, beliau juga menyewa dua buah rumah kedainya dengan kadar bulanan RM300 sebuah. Sebagai pemilik sebuah restoran, beliau memperolehi keuntungan sebanyak RM1500 sebulan.


Berapakah jumlah pendapatan bulanan yang diterima oleh Puan Lina ?

a)

A RM 5 250

b)

B RM 5 450

c)

C RM 6 800

d)

D RM 7 100

35.

Apakah jenis pendapatan yang diterima oleh individu yang bekerja sendiri ?

a)

A Pencen

b)

B Untung

c)

C Dividen

d)

D Sewa

36.

Barang dan perkhidmatan yang mesti dipenuhi terlebih dahulu untuk meneruskan kehidupan.

a)

Kehendak

b)

Keperluan

c)

Belanjawan peribadi

37.

Keinginan untuk memiliki barang dan perkhidmatan bagi mencapai kehidupan yang selesa.

a)

Kehendak

b)

keperluan

c)

Belanjawan peribadi

38.

Pendapatan tahunan ditolak semua pelepasan cukai yang layak diterima oleh individu berkenaan.

a)

Pelepasan cukai

b)

Pendapatan boleh cukai

c)

Potongan wajib

39.

Amaun pendapatan yang dibenarkan untuk dikecualikan daripada pengiraan cukai.

a)

Pelepasan cukai

b)

Bayaran secara tunai

c)

Bayaran secara kredit

40.

Rajah menunjukkan keluk permintaan terhadap sesuatu barang. Faktor yang manakah akan menyebabkan peralihan keluk permintaan dari DoDo ke D1D1?

a)

A Harga barang pengganti turun

b)

B Pendapatan individu meningkat

c)

C Kadar cukai pendapatan meningkat

d)

D Harga barang itu dijangka turun pada masa hadapan

41.

Maklumat di bawah menunjukkan hubungan antara dua jenis barang.


'Apabila harga barang X meningkat, kuantiti barang Y diminta akan berkurangan'


Apakah kemungkinan barang X dan barang Y?

a)

Teh dan kopi

b)

Gula dan garam

c)

Kereta dan petrol

d)

Komputer peribadi dan televisyen

42.

Rajah menunjukkan keluk penawaran. Pernyataan manakah menerangkan keluk penawaran tersebut?

a)

A Harga bertambah kuantiti menurun

b)

B Harga bertambah kuantiti tidak berubah

c)

C Harga berkurang kuantiti meningkat

d)

D Harga bertambah kuantiti meningkat

43.

" Apabila pasaran kereta telah mencapai keseimbangan, kuantiti permintaan kereta sama dengan kuantiti penawaran kereta"


Apakah yang terjadi dalam pasaran, jika berlaku kenaikan harga kereta?

a)

A Berlaku pengurangan pengeluaran kereta di pasaran

b)

B Berlaku lebihan penawaran kereta di pasaran

c)

C Berlaku lebihan permintaan kereta di pasaran

d)

D Tidak terdapat sebarang perubahan kuantiti kereta di pasaran

44.

Rajah menunjukkan keluk permintaan sejenis barang.


Andaikan keanjalan harga permintaan ialah 0.6. Jika harga meningkat daripada RM3 kepada RM6, berapakah nilai Q?

a)

A. 3 kg

b)

B 4 kg

c)

C 5 kg

d)

D 6 kg

45.

Jika nilai keanjalan harga penawaran suatu barang ialah 0.6. Tafsirkan nilai tersebut.

a)

A Apabila harga barang meningkat 1%, kuantiti ditawarkan meningkat 0.6%

b)

B Apabila harga meningkat 1%, kuantiti ditawarkan menurun 0.6%

c)

C Apabila harga barang menurun 0.6%, kuantiti ditawarkan berkurang 1%,

d)

D Apabila harga menurun 0.6%, kuantiti ditawarkan meningkat 1%

46.

Rajah di atas menunjukkan pergerakan Y ke X di sepanjang keluk permintaan (DD).


Pergerakan dari Y ke X berlaku disebabkan


a)

kejatuhan harga barang itu

b)

kenaikan harga barang itu

c)

kenaikan harga barang penggenap

d)

kejatuhan harga barang penggenap

47.

Maklumat di atas menunjukkan suatu perubahan penentu

permintaan.

Kesan perubahan penentu permintaan di atas boleh dilihat dalam keluk ...

a)
b)
c)
d)
48.

Peralihan keluk permintaan ke kanan disebabkan oleh

a)

harga barang pada masa depan dijangka turun

b)

harga barang itu sendiri jatuh

c)

harga barang pengganti jatuh

d)

harga barang penggenap jatuh

49.

Antara yang berikut,yang manakah akan menyebabkan

peningkatan dalam penawaran penghawa dingin ?

a)

Peningkatan kos upah buruh

b)

Penurunan cukai pendapatan perseorangan

c)

Peningkatan pendapatan individu

d)

Kemajuan dalam penyelidikan dan pembangunan

50.

Rajah di atas menunjukkan keluk penawaran bagi Firma A, B dan C bagi suatu barang.

Sekiranya jumlah penawaran pasaran pada tingkat harga RM30 ialah 82 unit, berapakah nilai X?

a)

30 unit

b)

32 unit

c)

64

d)

100

51.

Penurunan harga barang W sebanyak 40% menyebabkan kuantiti diminta barang W bertambah daripada 60 unit kepada 120 unit.

Berapakah nilai pekali keanjalan harga permintaan untuk barang X?

a)

0.4

b)

1.0

c)

1.4

d)

2.5

52.

Antara yang berikut, yang manakah akan mengurangkan permintaan terhadap ayam?

a)

Harga daging lembu menurun

b)

Pendapatan individu meningkat

c)

Perubahan dalam teknologi penternakan

d)

Kerajaan memberikan subsidi kepada penternak ayam

53.

Pasaran kereta Perodua Alza dikatakan mencapai keseimbangan apabila

a)

Kuantiti permintaan sama dengan kuantiti penawaran

b)

Harga cenderung untuk menurun secara berterusan

c)

Kuantiti permintaan melebihi kuantiti

penawaran

d)

Pembeli bersetuju dengan harga pasaran yang sedia ada

54.

Lebihan permintaan menunjukkan keadaan ...

a)

A. kestabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran.

b)

B. ketidakstabilan harga yang menunjukkan permintaan melebihi penawaran.

c)

C. ketidakstabilan harga yang menunjukkan penawaran melebihi permintaan

d)

D. yang menunjukkan kestabilan dan ketidakstabilan harga tidak dapat ditentukan.

55.

Berikut merupakan penentu permintaan, KECUALI...

a)

pendapatan

b)

harga barang pengganti

c)

teknologi

d)

citarasa

56.

Permintaan suatu barang anjal apabila

a)

Perubahan harga lebih kecil daripada perubahan kuantiti diminta

b)

Perubahan harga lebih besar daripada perubahan kuantiti diminta

c)

Peratus perubahan harga lebih kecil daripada peratus perubahan kuantiti diminta

d)

Peratus perubahan harga lebih besar daripada peratus perubahan kuantiti diminta

57.

Nilai pekali keanjalan harga penawaran bagi barang X adalah 1.8. Apakah barang yang sesuai bagi barang X?

a)

Beras

b)

Daging

c)

Telefon

d)

Getah

58.

Keluk penawaran yang landai menunjukkan…

a)

Keluk penawaran itu tak anjal

b)

Nilai keanjalan harga penawaran ialah 1.5

c)

Contoh barang pertanian

d)

Peratus perubahan kuantiti lebih kecil daripada peratus perubahan harga

59.

Puan Marni memerlukan keledek, tepung, mesin pengisar dan pekerja untuk membuat karipap. Apakah input berubah yang terlibat dalam proses tersebut?

a)

Keledek, tepung dan mesin pengisar

b)

Keledek, tepung dan pekerja

c)

Mesin pengisar dan pekerja

d)

Mesin pengisar

60.

Apakah konsep input tetap dalam ekonomi?

a)

Input yang wujud dalam jangka pendek dan jangka panjang

b)

Input yang akan bertambah jika firma menambahkan tingkat output

c)

Input yang masih dikekalkan oleh firma walaupun firma tidak mengeluarkan output

d)

Input yang hanya terdapat apabila firma mengeluarkan output pada tingkat optimum

61.

Antara yang berikut, yang manakah kos tetap firma?

a)

Sewa tanah

b)

Gaji pekerja

c)

Bahan mentah

d)

Alat pengeluaran

62.

Antara yang berikut, yang manakah mempengaruhi produktiviti?

a)

Faktor masa

b)

Keadaan ekonomi

c)

Taburan penduduk

d)

Suasana tempat kerja

63.

Apakah maksud kos sosial?

a)

Kos kepada pihak ketiga di mana tidak termasuk dalam harga pasaran

b)

Kos kepada pihak kedua di mana tidak termasuk dalam harga pasaran

c)

Kos berubah yang terlibat dalam proses pengeluaran

d)

Kos berubah dan kos tetap

64.

Pilih kesan eksternaliti negatif hasil daripada aktiviti pengeluaran telur ayam.

a)

Pembebasan bau najis ayam

b)

Wujud peluang pekerjaan

c)

Menjejaskan ekosistem

d)

Perubahan landskap

65.

Input berubah terdiri daripada

a)

Mesin

b)

Buruh

c)

Tanah

d)

Kilang

66.

Berikut adalah benar berkaitan kos tetap kecuali

a)

Bayaran terhadap penggunaan input tetap

b)

Wujud dalam jangka pendek

c)

Kos tetap perlu dibayar walaupun output sifar

d)

Kos tetap tidak perlu dibayar jika output sifar

67.

Berikut adalah benar berkaitan kos berubah kecuali

a)

Kos yang berubah secara langsung dengan tingkat output

b)

Kos berubah tidak wujud jika output sifar

c)

Contoh kos berubah ialah upah buruh dan kos bahan mentah

d)

Kos berubah perlu dibayar walaupun output sifar

68.

Apakah kos sosial yang akan timbul daripada pembinaan sebuah kilang plastik?

a)

Pencemaran alam sekitar yang berleluasa

b)

Penyediaan kemudahan asas yang lengkap

c)

Pertambahan dalam peluang pekerjaan

d)

Kadar kesesakan lalu lintas yang rendah

69.

Pilih pernyataan yang tepat menggambarkan kos sosial yang ditanggung oleh masyarakat.

I) Peningkatan peluang pekerjaan

II) Pembinaan kemudahan prasarana

III) Peningkatan suhu persekitaran

IV) Peningkatan kos perubatan

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

70.

Kerajaan boleh meningkatkan faedah sosial dengan memberi subsidi kepada

a)

pengguna kereta persendirian

b)

pengguna kuasa solar

c)

pengguna kenderaan berat

d)

pengguna alat penghawa dingin

71.

Antara yang berikut, manakah yang benar tentang eksternaliti negatif?

I Perbezaan antara kos sosial dengan kos persendirian

II Perkembangan penyelidikan dan pembangunan

III Contoh pertambahan infrastruktur

IV Kemalangan di jalan raya

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

72.

Manakah yang menunjukkan eksternaliti negatif?

a)

Pengeluaran asap kereta di kawasan parkir kereta

b)

Pemilik-pemilik kedai di jalan besar telah mengecat kedai mereka

c)

Kilang-kilang membersih kolam di sekitar bandar raya

d)

Tumpuan industri teknologi tinggi dan buruh mahir di Bandar Iskandar Nusajaya,

73.

Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma Syafiah.


Kos Tetap = RM 500

Kos Berubah = RM 300

Kos Purata = RM 20

Berapakah jumlah output yang dihasilkan?

a)

30 unit

b)

40 unit

c)

50 unit

d)

80 unit

74.

Berapakah kos purata firma jika firma mengeluarkan 20 unit baju dengan kos sebanyak RM500

a)

10

b)

20

c)

25

d)

30

75.

Antara berikut yang manakah contoh kos implisit?

a)

Kos sewa bangunan milik sendiri

b)

Bayaran upah buruh

c)

Belian bahan mentah

76.

Maklumat berikut menunjukkan kos pengeluaran buku dalam masa seminggu oleh firma Syafiah.


Kos Tetap = RM 500

Kos Berubah = RM 300

Kos Purata = RM 20

Berapakah jumlah output yang dihasilkan?

a)

30 unit

b)

40 unit

c)

50 unit

d)

80 unit