WorksheetsUji minda Kepimpinan Instruksional NPQEL
Total questions: 10
Worksheet time: 5mins
Apakah indikator akauntabiliti yang lazim digunakan masyarakat untuk mengukur kejayaan sesebuah sekolah ?
Jumlah Pelajar
Saiz sekolah
Pencapaian Akademik
Bilangan guru Sarjana di sekolah
Apakah perkara UTAMA yang perlu dibuat oleh pemimpin sekolah untuk meningkatkan pencapaian akademik murid ?
Meningkatkan kualiti pengajaran
Meningkatkan sumber pengajaran
Meningkatkan masa pengajaran
Meningkatkan akses internet dan gajet
Bagaimanakah pihak kepimpinan sekolah boleh memastikan kualiti penyampaian pengajaran guru yang tinggi?
Bertanyakan murid
Mengerakkan pasukan PLC
Pemantauan dalam kelas
Menyemak rekod pengajaran harian guru
Hussein Mahmood telah mendefinisikan kepimpinan instruksional sebagai usaha-usaha ?
Meningkatkan perkembangan pembelajaran murid
Menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas
Memberi tumpuan ke atas PdP serta tingkah laku guru semasa berinteraksi dengan murid
Menyediakan inovasi kurikulum dan memperkembangkan proses PdP
Perkara berikut paling sesuai dikaitkan dengan tugas pemimpin instruksional
Memiliki pengetahuan asas mengenai peruntukan perundangan
Memastikan peruntukan waktu minimum setiap mata pelajaran diamalkan
Pengunaan Dokumen Standard Kurikulum Prestasi (DSKP) oleh guru
Penggunaan teknik dan strategi pengajaran yang sesuai dengan murid
Apakah istilah yang paling sesuai untuk membezakan ‘instruksional’ dengan ‘kurikulum’ ?
Instruksional memfokus kepada aspek ‘bagaimana’
Instruksional memfokus kepada aspek ‘apa’
Instruksional memfokus kepada aspek ‘bila’
Instruksional memfokus kepada aspek ‘mengapa’
Pernyataan manakah yang paling tepat menghuraikan peranan PGB sebagai kepimpinan kurikulum ?
Aktiviti-aktiviti untuk meningkatkan kejayaan proses pengajaran dan pembelajaran
Tindakan-tindakan untuk meningkatkan perkembangan pembelajaran murid
Usaha-usaha menjadikan kualiti instruksional sebagai keutamaan teratas
Memastikan guru-guru menghabiskan sukatan pelajaran pada penghujung tahun
Salah satu dimensi dalam kepimpinan instruksional adalah ‘melindungi masa pengajaran atau instruksional (MMI)’. Manakah pernyataan berikut paling tepat dalam memenuhi hasrat MMI di sekolah ?
Memastikan guru berada dalam bilik darjah
Memastikan guru mengajar dan murid belajar
Melarang juru jual menjual barangan di sekolah
Melarang sebarang bentuk pengumuman atau siaran di sekolah
Antara berikut, yang manakah merupakan tujuan utama ’pelan pembangunan sekolah’ dibuat oleh pemimpin instruksional ?
Mengoperasikan penggunaan ‘One Page Program Manager’ (OPPM) di sekolah
Menetapkan keutamaan dan tempoh masa yang wajar untuk mencapainya
Menambah blok bangunan untuk menampung bilangan murid yang bertambah
Menentukan aktiviti-aktiviti pembangunan profesionalisme guru yang sesuai
Apakah perbezaan yang paling ketara antara kerangka kepimpinan instruksional Hallinger dan Murphy (1985) dengan kerangka Murphy (1990) ?
Kerangka Murphy lebih mudah difahami
Kerangka Murphy mempunyai lebih banyak dimensi pelaksanaan
Kerangka Murphy mempunyai dimensi ‘memantau kemajuan murid’
Kerangka Murphy lebih menjurus kepada kepimpinan kurikulum
