wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

PRINSIP PERAKAUNAN

Total questions: 30

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

3.Simpan kira adalah proses

a)

Menyediakan maklumat kewangan sesuatu perniagaan

b)

Merekodkan urus niaga dalam dua akaun yang berbeza

c)

Merekodkan urus niaga perniagaan berasaskan sistem catatan bergu

d)

Mengelas, mentafsir, melapor dan menganalisis maklumat kewangan

2.

Antara pernyataan yang berikut, manakah yang benar tentang perakaunan?


I Perakaunan lebih luas daripada simpan kira

II Perakaunan merancang dan mengawal aktiviti perniagaan

III Perakaunan hanya melibatkan proses merekodkan urus niaga

IV Perakaunan dapat membantu pihak pengurusan meningkatkan keuntungan

a)

I, II

b)

I, IV

c)

II, III

d)

III, IV

3.

Apakah proses yang menunjukkan turutan tatacara perakaunan yang berlaku dalam satu tempoh perakaunan?

a)

Sistem perakaunan

b)

Prinsip perakaunan

c)

Konsep perakaunan

d)

Kitaran perakaunan

4.

Badan perakaunan manakah yang bertindak sebagai Badan Kawal Selia?

a)

MIA

b)

MASB

c)

ACCA

d)

MICPA

5.

Siapakah pengguna dalaman penyata kewangan?

a)

Bank

b)

Akaun Belum Bayar

c)

Pengurusan

d)

Pesaing perniagaan

6.

Encik Ali, akauntan Firma Z, mengira susut nilai kenderaan syarikat dengan menggunakan kaedah ansuran tetap. Bagi penyediaan Penyata Kewangan tahun 2016, beliau menggunakan kaedah pengiraan yang sama.

Situasi di atas merujuk kepada konsep…

a)

Ketekalan

b)

Prinsip Kos

c)

Tempoh Perakaunan

d)

Entiti Berasingan

7.

Manakah aset?

a)

Akaun belum terima, premis, tunai

b)

simpanan tetap, overdraf bank, perabot

c)

bank, modal, kenderaan

d)

tunai, gadai janji, lengkapan

8.

Carta Akaun bagi Pasaraya Balok Ku adalah seperti berikut:


1000-1999 Aset

2000-2999 Liabiliti

3000-3999 Hasil

4000-4999 Belanja

Yang manakah antara kod di bawah sesuai bagi Akaun Promosi?

a)

1021

b)

2021

c)

3021

d)

4011

9.

Apakah tujuan pembekal menawarkan diskaun niaga kepada pelanggannya?

a)

Menambahkan hutang mereka.

b)

Menggalakkan pelanggan membeli dengan banyak.

c)

Menggalakkan pembayaran balik hutang dengan cepat.

d)

Membolehkan pelanggan menerima tawaran istimewa semasa pembelian.

10.

Apakah kegunaan Buku Tunai runcit?

a)

Merekod belanja kecil

b)

Mengawal wang masuk dan wang keluar

c)

Mencatat semua penerimaan dan pembayaran tunai

d)

Memastikan perniagaan mempunyai wang yang cukup untuk dibelanjakan

11.

Antara berikut, yang manakah akaun kontra?

a)

Ambilan

b)

Promosi

c)

Kenderaan

d)

Bank

12.

Untung kasar + Hasil - Belanja =

a)

Untung kasar

b)

Modal Kerja

c)

Ekuiti Pemilik

d)

Untung bersih

13.

Berikut merupakan komponen Penyata Kedudukan Kewangan, kecuali

a)

Hasil

b)

Aset Bukan Semasa

c)

Liabiliti Bukan Semasa

d)

Ekuiti Pemilik

14.

Liabiliti Bukan Semasa ialah hutang peniagaan yang __________ dari setahun untuk menjelaskannya.

a)

lebih

b)

kurang

15.

Modal Kerja =

a)

Liabilit Semasa - Aset Semasa

b)

Aset Semasa - Liabilti Semasa

c)

Aset BUkan Semasa - Liabiliti Bukan SEmasa

d)

Ekuiti Pemilik

16.

Kadar bayaran ialah

a)

Hasil

b)

Belanja

17.

Faedah atas simpanan tetap ialah

a)

Hasil

b)

Belanja

18.

Beli barang niaga secara kredit.

a)

Modal bertambah, Inventori bertambah

b)

Inventori bertambah, Akaun Belum Terima bertambah

c)

Inventori bertambah, Akaun Belum Bayar bertambah

d)

Modal berkurang, Inventori bertambah

19.

Apakah komponen Akaun Untung Rugi?

i Hasil ii Belanja

iii Aset iii Liabiliti

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

i dan iv

d)

iii dan iv

20.

Buku Catatan Pertama terdiri daripada berikut kecuali?

a)

Lejar

b)

Jurnal

c)

Buku Tunai

d)

Buku Tunai Runcit

21.

Pemilik mengambil barang niaga bernilai RM1550 untuk kegunaan peribadi

a)

A. Debit Tunai

Kredit Ambilan

b)

B. Debit Ambilan

Kredit Barang Niaga

c)

C. Debit Ambilan

Kredit Belian

d)

D. Debit Ambilan

Kredit Inventori

22.

Kedai Buku Bijak mengambil barang niaga untuk tujuan promosi kepada Tadika Ummi Hanan.


Apakah catatan beregu yang terlibat bagi urus niaga tersebut?

a)

A. Debit Akaun Ambilan

Kredit Akaun Belian

b)

B. Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Belian

c)

C. Debit Akaun Promosi

Kredit Akaun Tadika Ummi Hanan

d)

D. Debit Ambilan

Kredit Akaun Tadika Ummi Hanan

23.

Sewa bulanan yang perlu dibayar oleh Perniagaan Aira berjumlah RM800. Imbangan Duga Perniagaan Aira pada 31 Disember 20X9 tercatat butir sewa di lajur debit berjumlah RM9000.

Berapakah sewa sebenar bagi tahun 20X9?

a)

A. RM 8400

b)

B. RM 600

c)

C. RM 9000

d)

D. RM 9600

24.

kedudukan baki akaun pada akhir tempoh perakaunan. (Jawapan lebih daripada satu)

a)

A. Sewa prabayar - Aset Semasa

b)

B. Gaji belum bayar - Aset semasa

c)

C. Komisen diterima belum terperoleh - Liabiliti Semasa

d)

D. Inventori alat tulis - Aset semasa

25.

Apakah yang dimaksudkan dengan hutang lapuk?

a)

A. Hutang yang telah dikutip

b)

B. Hutang yang belum dikutip

c)

C. Hutang yang sudah pasti tidak dapat dikutip

d)

D. Hutang yang diragui sama ada dapat dikutip atau tidak

26.

belanja prabayar akan direkodkan sebagai ................... semasa dalam Penyata Kedudukan Kewangan.

a)

aset

b)

liabiliti

27.

kadar bayaran perlu dibayar ialah RM800 . pada akhir tempoh perakaunan, kadar bayaran hanya dibayar RM450. kira kadar bayaran belum bayar.

a)

RM800

b)

RM400

c)

RM450

d)

RM350

28.

Insurans perlu dibayar ialah RM600. Pada akhir tempoh, perniagaan telah membayar RM900. Kira insurans prabayar.

a)

RM900

b)

RM600

c)

RM300

d)

RM15000

29.

Komisen yang sepatutnya diterima ialah RM700. Namun komisen yang telah diterima hanya RM500. Kira komisen belum terima.

a)

RM700

b)

RM200

c)

RM400

d)

RM500

30.

sewa tahunan ialah RM3000. Pada akhir tempoh, sewa yang diterima ialah RM5000. Kira sewa belum terperoleh.

a)

RM5000

b)

RM2000

c)

RM5000

d)

RM1000