Font size
WorksheetsTakaful Set 2 (Part B)
Total questions: 50
Worksheet time: 50mins
Namakan jawatankuasa yang fungsinya adalah untuk menasihati pengendali takaful ke atas operasinya untuk memastikan ia tidak melibatkan dalam mana – mana unsur – unsur yang tidak diluluskan oleh undang – undang Agama Islam.
Jawatankuasa Pengawasan Takaful
Jawatankuasa Pengawasan PIAM
Jawatankuasa Pengawasan Syariah
Jawatankuasa Pengawasan MTA
Yang manakah di antara berikut adalah ciri – ciri Takaful?
Peserta adalah bertanggungjawab untuk melindungi antara satu sama lain melalui tabarru’
Pengendali takaful hanya menguruskan operasi Takaful bagi pihak peserta
Pengendali takaful menjamin dan memberi perindungan sebagai balasan ke atas sumbangan
Dana takaful dilaburkan dalam pelaburan patuh Syariah
Undang – undang Takaful dikuatkuasakan bagi melindungi _____________
Persatuan takaful
Pemegang sijil
Pengendali takaful semula
Pengendali takaful
Kontrak _________________adalah dimana apabila seseorang diletakkan kembali kepada keadaan kewangan seperti sebelum kerugian
Nilai tunai sebenar
Pengambil kiraan
Sumbangan
Indemniti
Dalam model Wakalah, pengendali takaful akan menerima bahagian atas pulangan pelaburan yang dipersetujui sebagai _________
Bayaran wakalah
Yuran prestasi
Yuran tuntutan
Yuran Keluarga
Undang – undang Sosial Islam merujuk kepada
Fiqh Munakahat
Fiqh Jinayat
Fiqh Muamalat
Hudud
Dalam perniagaan takaful, kerugian ditanggung oleh ________________
Peserta takaful
Pengendali takaful
Pemegang saham
Broker
Yang mana satu diantara berikut BUKAN merupakan prinsip asas insurans dan takaful?
Kepentingan boleh insurans/takaful
Penuh Percaya Mutlak
Timbangtara
Perkongsian Sama Rata
Apabila sesuatu tuntutan itu didapati sah, pihak yang dilindungi berhak menerima ganti rugi/indemniti (atas budi bicara pengendali takaful) dengan menggunakan kaedah
Pembatalan
Bayaran Tunai
Penggantian
Pemulihan semula
Kawal selia diri diperkenalkan oleh industri insurans/takaful supaya
Kepentingan awam dilindungi
Memaklumkan tuntutan pelanggan dan mengatasinya
Menggalakkan keseragaman dalam amalan pasaran
Meningkatkan tahap kerjasama didalam industri
Yang mana satu di antara penyataan berikut BUKAN tugas ejen
Membuat cadangan perlindungan bersesuaian kepada pelanggan
Menulis proviso di atas sijil pelanggan
Membantu bakal pelanggan melengkapkan permohonan
Memastikan pelanggan memahami perlindungan yang mereka pilih
Yang manakah di antara berikut akan meninggikan risiko Takaful Perubatan dan Kesihatan?
Umur
Pekerjaan
Faktor persekitaran
Majikan
Qardh Hasan merupakan suatu kontrak berkaitan ________________
Pinjaman berserta faedah
Pinjaman tanpa faedah (pinjaman ihsan)
Pinjaman berserta hibah
Pinjaman tanpa hibah
Apakah definasi Takaful-bersama (co -Takaful)?
Jumlah wang yang anda perlu bayar setiap tahun untuk menampung perbelanjaan perubatan sebelum pelan Takaful anda mula memberikan perlindungan
Jumlah perbelanjaan yang tidak boleh dituntut didalam sijil
Jumlah yang akan ditolak dari jumlah tuntutan
Satu peruntukan dasar dimana diri yang diinsuranskan dan pengendali Takaful berkongsi kerugian yang dilindungi di bawah polisi dan pada kadar tertentu
Pengendali takaful menggunakan asas – asas berikut dalam menentukan umur pencadang:
Umur harijadi akan datang
Umur pada tahun ini
Umur harijadi yang telah lepas
Pelanggan yang telah menyertai pelan takaful yang ditawarkan oleh pengendali takaful berorientasikan jualan, biasanya lebih cenderung untuk menyertai pelan yang:
Tidak difahami mereka
Tidak memenuhi keperluan mereka
Memenuhi keperluan mereka
Menyebabkan mereka akan membatalkan sijil untuk mendapat nilai serahan
Bagi urusan tuntutan kematian, penama perlu menyediakan dokumen – dokumen berikut:
Salinan sijil kematian yang diakui sah
Permit pengkebumian
Pengesahan dari ejen takaful mengenai hubungan antara penama dengan si mati
Salinan sijil takaful yang diakui sah
Yang manakah di antara dokumen berikut perlu disertakan ketika mengemukakan tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh?
Laporan pengesahan perubatan oleh doktor pakar yang merawat
Surat pengesahan oleh kakitangan tuntutan pengendali takaful
Laporan bertulis oleh ejen takaful
Surat probat yang diperolehi dari mahkamah
Sumbangan kasar TIDAK mengandungi
Sumbangan bersih
Bebanan perbelanjaan
Keuntungan dari pasaran saham
Bebanan keuntungan dan kecemasan
Kegagalan untuk melaporkan ke Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai dokumen sijil boleh menyebabkan Pengendali Takaful didenda sehingga ___________ bagi setiap kesalahan
RM1,000
RM4,000
RM5,000
RM10,000
Aset yang dimiliki oleh Pengendali Takaful Keluarga meliputi aset berikut, KECUALI:
Pelaburan dalam sekuriti kerajaan
Wang Tunai
Pembayaran dari Perbankan Islam
Saham di badan – badan korporat
Salah satu cara untuk menilai aset ialah melalui “nilai buku” yang bermaksud
Nilai buku di pusat sumber pengendali takaful
Nilai sebenar sekiranya aset berkenaan dijual dipasaran terbuka
Harga ketika aset berkenaan dibeli/diperolehi
Nilai yang diletakkan pada aset berkenaan didalam buku akaun pengendali takaful
Yang manakah di antara kenyataan berikut BUKAN faktor utama yang mempengaruhi kemortalan?
Umur
Jantina
Tabiat peribadi
Gaji
Bagaimana risiko pasaran boleh mempengaruhi prestasi atau pencapaian dana berkaitan pelaburan?
Risiko pasaran akan mempengaruhi pasaran keseluruhan dan oleh itu akan memberi kesan kepada prestasi pelaburan
Risiko pasaran akan mempengaruhi status Syariah keatas aset
Risiko pasaran akan mendorong pengendali takaful melanggar keperluan pematuhan
Risiko pasaran akan memberi kesan kepada keupayaan membayar balik pinjaman
Susunkan dana – dana berikut mengikut urutan menaik (rendah tinggi) berdasarkan portfolio risikonya:
I Dana terurus
II Dana derivatif dan dana hadapan
III Dana sukuk kerajaan
IV Dana tunai
V Dana terimbang
IV, III, I, V, I
V, I, II, III, IV
IV, III,V, I , II
IV, V, I, II, III
Yang manakah di antara berikut adalah BENAR mengenai penyerahan hak sijil takaful keluarga?
Memindahkan semua hak dan liabiliti dari pengendali takaful kepada peserta
Penyerahan hak sijil takaful keluarga tidak dibenarkan di Malaysia
Pemegang serah akan mempunyai hak yang sama seperti yang dinikmati oleh penyerah hak
Semua hak yang terletak di bawah sijil takaful keluarga boleh dipindahkan melalui penyerahan hak kecuali hak di sisi undang – undang
Proses penilaian dan pemilihan risiko, penetapan bayaran sumbangan, penetapan terma dan syarat perlindungan dikenali sebagai ________________
Pengunderaitan
Pemasaran
Tuntutan
Urus khidmat polisi
Kebaikan pelan takaful berkaitan pelaburan adalah seperti berikut:
Keupayaan syarikat mengumpul dana dan mempelbagaikan pelaburan
Fleksibiliti yang ditawarkan oleh pelan berkenaan
Caj minimum dikenakan atas polisi
Perlindungan risiko pasaran oleh pihak syarikat
Apakah yang dimaksudkan dengan Dana Terurus?
Dana yang dilaburkan dalam portfolio hartanah dan instrumen kewangan berkaitan hartanah bagi manfaat pelaburan
Dana yang diuruskan secara professional oleh pakar pengurusan dana yang melabur dalam pelbagai jenis pelaburan
Dana pelaburan yang diwujudkan dengan objektif mencapai pertumbuhan iaitu peningkatan modal
Dana yang diwujudkan untuk menyediakan pendapatan yang paling maksimum
Apabila nilai serahan tidak ditetapkan terlebih dahulu, pengiraan nilai – nilai itu perlu mendapat pengesahan dari pihak _____________
Kewangan
Aktuari
Pelaburan
Saluran pentadbiran
Broker takaful mestilah mendapat lessen daripada Bank Negara Malaysia dan menjadi ahli:
MTA
PIAM
MITBA
MIB
Dalam Takaful Perubatan dan Kesihatan, keadaan sedia ada bermaksud _______________
Keadaan dan penyakit peserta sebelum memohon Pelan Perubatan dan Kesihatan
Keadaan perlu dipenuhi sebelum perlindungan diterima
Penyakit yang dikenalpasti semasa tempoh perlindungan
Keadaan dan penyakit yang dikenalpasti semasa tempoh menunggu
Kontrak takaful keluarga merupakan suatu perjanjian diantara pengendali takaful dan peserta dimana peserta bersetuju untuk menyumbangkan sejumlah wang kepada peserta lain/waris sekiranya berlaku peristiwa tertentu sebagai balasan atas _______________
Komisen insurans
Bayaran sumbangan
Margin keuntunga
Nilai serahan
Yang manakah di antara berikut merupakan ciri – ciri kontrak takaful keluarga?
Peserta boleh membuat perubahan terhadap kontrak yang disediakan oleh pengendali takaful
Ia adalah merupakan kontrak jangka pendek
Kontrak tidak boleh ditamatkan dengan penyelesaian bayaran tuntutan
Risiko yang dilindungi akan meningkat seiring dengan peredaran masa
Seksyen 4(5) Akta Takaful 1984 menyatakan bahawa mana – mana pengendali takaful yang tidak menyertai Persatuan Takaful Malaysia (MTA) boleh disebitkan kesalahan dan dikenakan denda sebanyak __________sehari
RM10,000
RM16,000
RM20,000
RM25,000
Sistem wang –darah (Diyat) dikekalkan setelah kedatangan Islam kerana memberi faedah seperti berikut, KECUALI
Ia mengurangkan tragedi pertumpahan darah dan persengketaan
Menjadikan tanggungjawab kolektif sebagai tanggungjawab individu
Mengurangkan bebanan individu yang terlibat
Memupuk semangat kerjasama dan persaudaraan dikalangan puak masing – masing
Bagaimana seseorang boleh yakin bahawa produk takaful adalah patuh Syariah?
Produk Takaful dikaji dan diluluskan oleh jawatankuasa Syariah pengendali takaful
Produk takaful telah disahkan oleh persatuan takaful Malaysia
Takaful adalah perkataan arab yang berkaitan dengan islam
Ejen takaful akan memberi jaminan mengenai perkara itu
Sesuatu kontrak, menurut Syariah dianggap batal sekiranya ________
Kontrak yang dipersetujui tanpa saksi
Kontrak yang memenuhi syarat yang ditetapkan
Kontrak yang jelas unsur ketidakpastiannya (gharar)
Kontrak yang dihasillkan tanpa paksaan
Apakah yang dimaksudkan dengan had bagi setiap hilang upaya?
Jumlah elaun yang boleh dituntut oleh peserta
Jumlah maksimum manfaat untuk peserta bagi setiap hilang upaya, iaitu bagi setiap kemasukan ke hospital
Jumlah maksimum manfaat yang dibayar kepada peserta mengikut bilangan hari ia dimasukkan ke hospital
Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam mana – mana tahun sijil
Pengendali takaful tidak terlepas daripada liabiliti terhadap peserta/pemegang polisi dengan mengatur takaful semula. Kenyataan ini adalah BENAR kerana sebab – sebab berikut KECUALI:
Peserta takaful langsung tidak mempunyai sebarang hak terhadap syarikat takaful dalam apa keadaan sekalipun
Sekiranya syarikat takaful semula tidak mampu menanggung liabiliti (insolvent), syarikat mengesid masih kekal bertanggungjawab di bawah syarat dan terma kontrak
Sekiranya syarikat mengesid menjadi tidak solven, syarikat takaful semula tidak bertanggungjawb di bawah syarat dan terma kontrak
Syarikat takaful semula tidak mempunyai hak kontrak terhadap sebarang kesalahan yang dilakukan oleh peserta asal.
Apakah sumber asas maklumat untuk pengunderaitan?
Borang Carian Fakta Pelanggan
Illustrasi Jualan
Borang Cadangan
Risalah Produk
Mengapa pengunderaitan perubatan perlu?
Untuk memastikan pengendali takaful menerima yuran Wakalah yang maksimum
Untuk mengurangkan tiada pembayaran sumbangan
Untuk menggalakkan orang ramai untuk menyertai Takaful Perubatan dan Kesihatan apabila mereka sakit
Untuk mengelakkan orang ramai daripada menyertai perlindungan Takaful Perubatan dan Kesihatan hanya apabila mereka sakit, mengandung atau memerlukan rawatan
Apabila sesuatu tuntutan itu didapati sah, pihak yang dilindungi berhak menerima ganti rugi/indemniti (atas budi bicara pengendali takaful) dengan menggunakan kaedah:
Pembaikan
Bayaran Tunai
Penggantian
Pemulihan semula
Objektif utama pengendali takaful menetapkan tahap pembendungan ialah untuk mengawal ketidakseimbangan dalam _______________
Nisbah atau kadar kerugian
Aliran tunai
Pencapaian perniagaan
Nisbah pengekalan kakitangan syarikat
Apakah tugas Biro Perantara Kewangan (FMB)?
Badan untuk menyiasat semua aduan berkenaan tuntutan takaful
Badan bagi menyelesaikan pelbagai aduan pelanggan berkenaan kewangan
Badan untuk menguruskan dan menyediakan perlindungan insurans pendeposit
Badan untuk menyiasat dan mengesahkan tuntutan takaful
Siapakah pihak yang mempunyai kepentingan dan berhak untuk menerima manfaat polisi/sijil?
Ejen
Broker
Pihak yang dilindungi
Pihak ketiga/pihak yang menuntut
Yang manakah di antara berikut BUKAN contoh Kepentingan Lindung?
Majikan yang melindungi hayat pekerja
Pemilik dan harta beliau
Pelabur melindungi kerugian pelaburannya
Pemegang Pajak Gadai yang mempunyai kepentingan dalam hartanah penjamin kerana hartanah berada dalam milikan mereka
Diantara berikut yang manakah BUKAN kaedah takaful semula
Triti
Fakultatif
Kongsi Kuota
Kerugian Purata
Semua pengantara takaful professional seperti ejen, broker atau penasihat kewangan mestilah seorang yang berkelayakan dan memiliki ciri – ciri berikut:
Memastikan dan memahami apa yang pelanggan kehendaki dan sertai
Memiliki pengetahuan yang menyeluruh tentang insurans dan/atau produk takaful
Memahami keperluan dan kepentingan pelanggan anda
Tidak membuat janji palsu atau menggunakan teknik jualan paksa
Di antara berikut yang manakah dianggap sebagai kualiti ejen yang baik?
Bijak
Boleh dipercayai
Jujur
Kedekut
