wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Takaful Set 4 (Part A)

Total questions: 50

Worksheet time: 50mins

Name
Class
Date
1.

Di antara berikut yang manakah BUKAN faktor yang perlu diberi perhatian

a)

Objektif pelaburan

b)

Pelan yang paling murah

c)

Dana yang sedia ada

d)

Horizon/Prospek pelaburan

2.

Yang manakah di antara berikut adalah BENAR mengenai penyerahan hak sijil sijil takaful keluarga?

a)

Memindahkan semua hak dan liabiliti dari pengendali takaful kepada peserta

b)

Penyerahan hak sijil takaful keluarga tidak dibenarkan di Malaysia

c)

Pemegang serah akan mempunyai hak yang sama seperti yang dinikmati oleh penyerah hak

d)

Semua hak yang terletak di bawah sijil takaful keluarga boleh dipindahkan melalui penyerahan

3.

Endorsemen boleh dibuat atas mana – mana sijil takaful atas sebab – sebab berikut, KECUALI

a)

Menambah atau mengurangkan amaun ansuran atau sumbangan takaful

b)

Perubahan tempoh takaful

c)

Menyertakan manfaat tambahan

d)

Setelah sesuatu tuntutan dikemukakan

4.

Bagaimana seorang pelabur boleh mengurangkan risiko pasaran

a)

Dengan mempelbagaikan dana

b)

Dengan melantik pengurus dana yang berpengalaman

c)

Dengan melantik penasihat Syariah berpengalaman

d)

Melalui kajian secara berkala mengenai pelaburan oleh Jabatan Pematuhan Syariah

5.

Yang manakah di antara berikut BUKAN jenis perlindungan Takaful Keluarga

a)

Pelan Perlindungan Individu

b)

Pelan Perlindungan Gadai Janji

c)

Pelan Anuiti

d)

Pelan Perlindungan Harta

6.

Dana terimbang ialah dana yang dibentuk bagi menyediakan

a)

Pertumbuhan iaitu peningkatan modal

b)

Pendapatan yang maksimum

c)

Kombinasi peningkatan modal dan pendapatan

d)

Pelaburan harta

7.

Kelebihan takaful adalah seperti berikut KECUALI

a)

Bantuan kewangan kepada yang kurang bernasib baik

b)

Tanggungjawab sosial

c)

Konsep Tabarru’

d)

Manfaat hanya kepada orang Islam

8.

Pengendali takaful boleh membuat pelaburan dalam instrumen pelaburan berikut

I Sukuk

II Sekuriti yang diluluskan Syariah

III Bon yang mengandungi unsur faedah

IV Akaun pelaburan am Mudharabah

a)

I dan II

b)

I, II dan III

c)

I, II dan IV

d)

II, III dan IV

9.

Bilakah kadar pelepasan cukai dan pelepasan biasanya diumumkan

a)

Selepas pembentangan bajet tahunan oleh Menteri Kewangan

b)

Selepas pembentukan kerajaan baru

c)

Selepas ucapan khas sempena tahun baru oleh Perdana Menteri

d)

Apabila Gabenor BNM mengeluarkan pekeliling garis panduan mengenai percukaian

10.

Yang manakah di antara berikut BUKAN objektif pelan takaful keluarga?

a)

Menikmati kemudahan pelepasan cukai atas bayaran ansuran sumbangan takaful

b)

Mewujudkan dana simpanan kekal dan berterusan

c)

Menyediakan manfaat tambahan sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan menyeluruh

d)

Menubuhkan dana kebajikan negara

11.

Apakah yang dimaksudkan dengan Dana Pendapatan?

a)

Dana yang direka untuk menyediakan pertumbuhan iaitu peningkatan modal

b)

Dana yang direka bagi menyediakan pendapatan yang maksimum

c)

Dana yang direka bagi menyediakan kombinasi peningkatan modal dan pendapatan

d)

Dana yang direka untuk melabur dalam sektor hartanah

12.

Apakah jaminan yang diperuntukkan di bawah klausa tidak boleh dibatalkan dan terjamin diperbaharui?

I Sumbangan tidak akan dinaikkan

II Tuntutan itu tidak akan ditolak

III Pengendali takaful tidak boleh menolak untuk memperbaharui perlindungan

IV Sijil itu tidak akan ditamatkan walaupun peserta tidak membayar sumbangan

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

II, III dan IV

13.

Yang manakah di antara berikut adalah yang PALING sesuai dilindungi oleh Takaful?

a)

Pengucupan kredit

b)

Pengangguran

c)

Kebakaran

d)

Kerugian pelaburan

14.

Yang manakah di antara berikut adalah pendekatan pengurusan risiko yang efektif

I Pengelakan risiko

II Pemindahan risiko

III Pengekalan risiko

IV Tidak menghiraukan risiko

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

I, II dan III

d)

II dan III

15.

Seorang ejen takaful mewakili pengendali takaful (prinsipal) dan melakukan fungsi tugas terutamanya yang berbentuk:

a)

Memberikan penjelasan mengenai ciri – ciri produk takaful kepada pelanggan

b)

Mempromosi dan memasarkan produk takaful bagi pihak prinsipal

c)

Menyediakan perkhidmatan berhubung dengan pengeluaran, pembaharuan atau penerusan kuatkuasa sijil

d)

Menilai tuntutan yang dikemukakan oleh pelanggan

16.

______________ adalah risiko yang melayakkan ia diberikan kadar yang lebih menarik bagi sijil takaful keluarga

a)

Risiko terpilih

b)

Risiko sub standard

c)

Risiko yang ditolak

d)

Risiko standard

17.

Yang manakah di antara berikut BUKAN bahaya?

a)

Memandu kenderaan yang diubahsuai

b)

Menyediakan pemadam api dalam bangunan

c)

Merokok di stesen minyak

d)

Pendawaian yang sempurna di dalam bangunan

18.

Tindakan membatalkan sijil atau menjadikan sijil jelas dibayar dan kemudiannya menguatkuasakan satu sijil baru dari pengendali lain atau pengendali yang sama dikenali sebagai __________

a)

Mengelirukan

b)

Rebat

c)

Pembelitan

d)

Penerangan

19.

Aset yang dimiliki oleh Pengendali Takaful Keluarga meliputi aset berikut KECUALI

a)

Pelaburan dalam sekuriti

b)

Wang Tunai

c)

Pembiayaan dari Perbankan Islam

d)

Saham di badan – badan korporat

20.

Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai saham utama dan saham biasa?

a)

Saham utama lebih terjamin berbanding dengan saham biasa tetapi keuntungan yang diperolehi adalah lebih rendah

b)

Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama tetapi menjanjikan keuntungan yang lebih rendah

c)

Saham utama adalah lebih terjamin berbanding dengan saham biasa dan lebih menguntungkan

d)

Saham biasa adalah lebih terjamin berbanding dengan saham utama dan lebih menguntungkan

21.

Secara dasarnya manfaat utama takaful semula adalah

a)

Memastikan kecekapan menyebar risiko

b)

Kelebihan kewangan melalui pemanfaatan

c)

Kestabilan kewangan

d)

Meningkat kapasiti

22.

Rangka kerja serta operasi pengawalseliaan takaful di Malaysia dipandu oleh

a)

Akta Syarikat 1965

b)

Akta Takaful 1984

c)

Akta Cukai Pendapatan 1967

d)

Lembaga Standard Perakaunan Malaysia (MASB)

23.

Pengendali takaful yang melancarkan produk takaful perubatan dan kesihatan yang baru mestilah mendaftarkan sijil aktuari untuk tersebut dengan Bank Negara Malaysia sekurang – kurangnya _______ hari sebelum produk dilancarkan

a)

31

b)

30

c)

60

d)

90

24.

Pengunderaitan takaful adalah proses _____________

a)

Membentuk produk takaful

b)

Pengkelasan, pengkadaran dan pemilihan risiko

c)

Memasarkan produk takaful

d)

Mengeluarkan sijil takaful

25.

Kesemua yang dinyatakan di bawah merupakan pengkelasan risiko pengunderaitan, KECUALI

a)

Standard

b)

Buruk

c)

Diutamakan

d)

Sub – Standard

26.

Yang manakah di antara dokumen berikut perlu disediakan oleh peserta ketika mengemukakan tuntutan hilang upaya kekal dan menyeluruh?

a)

Laporan pengesahan perubatan yang disediakan oleh doktor yang merawat

b)

Surat pengesahan dari pegawai tuntutan pengendali takaful

c)

Laporan bertulis dari ejen takaful

d)

Surat probet yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah

27.

Apabila nilai serahan tidak ditetapkan terlebih dahalu, pengiraan nilai – nilai itu perlu mendapat pengesahan dari pihak _______________

a)

Kewangan

b)

Aktuari

c)

Pelaburan

d)

Saluran pentadbiran

28.

Bagaimana kesan dari pengkelasan semula status Shariah boleh diminimumkan?

a)

Menjalankan kajian semula secara berkala oleh Jabatan Pematuhan Syariah (SCD) dan Jawatankuasa Syariah (SC)

b)

Mempelbagaikan dana pelaburan

c)

Melantik pengurus dana yang berpengalaman

d)

Melantik penasihat Syariah yang berpengalaman

29.

Bilakah pemilik sijil dibenarkan membuat tambahan nilai pelaburannya dibawah pelan berkaitan pelaburan?

a)

Tarikh jatuh bayaran sumbangan

b)

Tarikh ulangtahun sijil

c)

Pada bila – bila masa

d)

Apabila sijil telah mengumpulkan nilai tunai

30.

Apakah jenis produk takaful yang paling sesuai untuk En Azman bagi melindungi pinjaman perumahannya sekiranya beliau meninggal dunia?

a)

Takaful Pemilik Rumah

b)

Takaful Bertempoh Gadaijanji (MRTT)

c)

Takaful Keluarga

d)

Takaful Kemalangan Diri

31.

Salah satu cara untuk menilai sesuatu aset ialah melalui kaedah nilai buku yang bermaksud:

a)

Nilai buku – buku di pusat sumber pengendali takaful

b)

Nilai bagi setiap aset yang boleh dijual di pasaran terbuka

c)

Harga ketika aset berkenaan diperolehi

d)

Nilai yang diletakkan ke atas setiap aset dalam buku akaun pengendali takaful

32.

Takaful Keluarga mengandungi maklumat – maklumat berikut KECUALI

a)

Amaun tuntutan yang telah dibayar

b)

Keterangan mengenai perlindungan

c)

Syarat – syarat sijil

d)

Pengecualian

33.

Apakah yang dimaksudkan dengan surplus/lebihan dana

a)

Perbezaan diantara nilai aset dengan nilai liabiliti

b)

Keuntungan dana risiko

c)

Perbezaan di antara pendapatan dan perbelanjaan dana risiko

d)

Perbezaan nilai pada awal tahun dan penghujung tahun

34.

Yang manakah diantara kenyataan berikut adalah BENAR mengenai pulangan dan risiko dana yang hanya dilaburkan dalam saham biasa

a)

Turun naik pasaran yang rendah tetapi potensi pulangan adalah tinggi

b)

Turun naik pasaran adalah tinggi dan potensi pulangan juga adalah tinggi

c)

Turun naik pasaran adalah tinggi dengan potensi pulangan yang rendah

d)

Turun naik pasaran adalah rendah dan potensi pulangan juga adalah rendah

35.

Sesuatu tuntutan boleh timbul disebabkan oleh wujudnya keadaan – keadaan berikut KECUALI

a)

Kematian waris

b)

Sijil matang

c)

Penyakit

d)

Hilang Upaya

36.

Perantaraan Kewangan (FMB) telah di tubuhkan untuk:

a)

Menetapkan polisi harga secara umum

b)

Membantu pengguna menyelesaikan sebarang pertikaian dengan institusi kewangan

c)

Membuat keputusan kredit (kebenaran, penolakan dan menjadual semula pinjaman)

d)

Mendakwa kes penipuan

37.

Operator takaful perlu pengurusan tiga dana yang berbeza iaitu:

I Dana Perbelanjaan Pengurusan

II Dana Takaful Keluarga

III Dana Takaful Am

IV Dana Pemegang Saham

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II,III dan IV

38.

Bank Negara Malaysia tidak mengeluarkan lesen kepada ____________________

a)

Ejen

b)

Broker

c)

Penyelaras kerugian

d)

Pengendali takaful

39.

Manakah pernyataan yang berikut menjelaskan akad dengan TEPAT?

a)

Pihak – pihak yang terlibat dalam kontrak

b)

Hubungan yang sah disisi undang – undang yang tercipta melalui ikatan dua pengisytiharan dan wujud kes

c)

Perkara pokok sesuatu kontrak

d)

Balasan sesuatu kontrak

40.

Yang manakah antara pilihan berikut BUKAN ciri – ciri kepentingan boleh Takaful?

a)

Risiko yang mempunyai nilai kewangan

b)

Risiko pendedahan yang sama

c)

Risiko spekulasi

d)

Risiko kerugian tidak dijangka

41.

Bentuk insurans kerjasama yang boleh diterima berdasarkan konsep berikut:

I Taawun

II Tabarru’

III Mudharabah

IV Wakalah

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

I, II, III dan IV

42.

Ejen yang melakukan promosi dan pemasaran perlu menguasai aktiviti – aktiviti berikut KECUALI

a)

Penetapan harga

b)

Pengetahuan produk

c)

Pengetahuan pasaran

d)

Teknik pemasaran

43.

Yang manakah di antara berikut adalah contoh risiko tulen

a)

Ah Chong memenangi RM20,000 daripada tiket loteri

b)

Samy kehilangan pelaburan saham pada tahun lepas

c)

Pendapatan Ali berkurangan sebanyak RM1,000 disebabkan oleh hilang upaya

d)

Pulangan operasi Syarikat ABC menunjukkan kerugian RM250,000

44.

Di bawah pelan Takaful Perubatan dan Kesihatan had sepanjang hayat merujuk kepada:

a)

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta bagi setiap hilang upaya iaitu untuk setiap kemasukan ke hospital

b)

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta mengikut bilangan hari ia dimasukkan ke hospital

c)

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta sepanjang hayatnya

d)

Jumlah maksimum manfaat yang disediakan untuk peserta dalam mana – mana tahun sijil

45.

Antara had bayaran yang dikenakan di bawah Takaful Perubatan dan Kesihatan adalah:

I Had Setiap Hilang Upaya

II Had Tahunan Keseluruhan

III Had Sepanjang Hayat Keseluruhan

IV Had Bulanan

a)

I dan II

b)

I,II dan III

c)

II dan III

d)

Semua di atas

46.

Peraturan cukai kini membenarkan pemastautin Malaysia yang dikenakan cukai individu mendapat potongan ke insurans/takaful perubatan dan atau pendidikan sehingga maksimum

a)

RM5,000

b)

RM2,500

c)

RM3,000

d)

RM5,000

47.

Semangat Takaful menekankan

a)

Sikap mementingkan diri

b)

Berkongsi tanggungjawab dan bantuan bersama di kalangan peserta

c)

Keuntungan atas mana – mana kejadian yang tidak diingini yang menimpa peserta

d)

Kewajipan kepada peserta dan bukan peserta

48.

Yang manakah di antara faktor berikut yang TIDAK mempengaruhi pengunderaitan Takaful Perubatan dan Kesihatan?

a)

Kesihatan sekarang dan masa lampau

b)

Sejarah perubatan

c)

Sejarah keluarga mertua

d)

Pekerjaan

49.

Kontrak ____________ adalah dimana apabila seseorang diletakkan kembali kepada keadaan kewangan seperti sebelum kerugian berlaku.

a)

Nilai tunai sebenar

b)

Pengambilkiraan

c)

Sumbangan

d)

Indemniti

50.

Perniagaan insurans konvensional boleh dibahagikan kepada beberapa kategori berikut KECUALI

a)

Takaful Keluarga dan Am

b)

Takaful Hayat dan Perubatan

c)

Takaful Hayat dan Am

d)

Takaful bukan Kenderaan dan Harta