wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kepimpinan dan Motivasi

Total questions: 25

Worksheet time: 12mins

Name
Class
Date
1.

Encik Amnan kurang prihatin terhadap isu peribadi pekerja dan pencapaian pekerja dan lebih mementingkan pencapaian matlamat organisasi manakala Puan Delaila prihatin terhadap isu peribadi dan pencapaian pekerjanya dan mewujudkan hubungan interpersonal yang baik. Nyatakan watak pengurus dan pemimpin berdasarkan kenyataan di atas.

a)

Pengurus : Encik Amnan

Pemimpin : Puan Delaila

b)

Pengurus : Encik Amnan

Pemimpin : Encik Amnan

c)

Pengurus : Puan Delaila

Pemimpin : Encik Amnan

d)

Pengurus : Puan Delaila

Pemimpin : Puan Delaila

2.

Merujuk kepada semua keputusan adalah dibuat oleh pengurus tanpa perlu bertanya kepada orang lain.

a)

Demokratik

b)

Autokratik

c)

Lassez-Faire

d)

Kontigensi

3.

Manakah antara berikut tidak menggambarkan kepimpinan Islam?

a)

berdasarkan Al-Quran

b)

sistem Syura

c)

taat kepada ketua walau apa sekalipun

d)

konsep tawakal

4.

Gaya kepimpinan ini juga dikenali sebagai gaya penyertaan pemimpin yang menggalakkan kesemua kakitangan melibatkan diri di dalam urusan organisasi. Peluang diberikan kepada setiap ahli organisasi untuk menyuarakan pendapat atau pandangan mereka sebelum sesuatu tindakan diambil

a)

gaya autokratik

b)

gaya demokratik

c)

gaya islamik

d)

gaya laissez-faire

5.

Berikan definisi kepimpinan dalam pengurusan perniagaan.

a)

proses di mana pengurus memotivasi, bercakap dan melakukan apa jua tindakan yang melibatkan berurusan dengan ketua untuk mencapai matlamat organisasi

b)

proses di mana pengurus memotivasi, memimpin dan melakukan apa jua tindakan yang melibatkan berurusan dengan manusia untuk mencapai matlamat organisasi

c)

proses di mana pengurus memotivasi, mengawal dan melakukan apa jua tindakan yang melibatkan berurusan dengan manusia untuk mencapai matlamat organisasi

d)

proses di mana pengurus bertindak terhadap sebarang tingkahlaku yang akan menyebabkan matlamat organisasi tidak dapat dicapai.

6.

Pernyataan yang manakah di antara berikut menerangkan ciri-ciri pemimpin

a)

Mempunyai kedudukan dan jawatan formal dalam organisasi.

b)

Tidak melibatkan interaksi peribadi dengan pekerja.

c)

Menangani kerumitan dan masalah dalam organisasi dan memastikan organisasi berjalan atas landasan yang betul.

d)

Aktif dari aspek kemanusiaan disebabkan fungsi mempengaruhi pengikut.

7.

Puan Laila adalah seorang pengurus yang menggalakkan penglibatan pekerja dan mengagihkan sebanyak mungkin kuasa kepada subordinatnya. Beliau adalah contoh yang baik bagi jenis kepimpinan

a)

demokratik

b)

autokratik

c)

laissez-faire

d)

islamik

8.

Puan Marisha adalah Pengurus Besar di Syarikat Berkat Sdn Bhd. Setelah hampir 1 tahun beroperasi syarikat ini telah menunjukkan prestasi yang baik. Oleh itu beliau boleh memberikan sepenuh

kepercayaan kepada subordinatnya dalam membuat keputusan tanpa merujuk kepadanya. Subordinatnya bebas membuat sebarang keputusan

berdasarkan garis panduan yang telah diberikan untuk mencapai matlamat kerja.

a)

Gaya kepimpinan islamik

b)

Gaya kepimpinan demokratik

c)

Gaya kepimpinan laisez faire

d)

Gaya kepimpinan kontigensi

9.

Situasi organisasi yang manakah memerlukan seseorang pengurus menggunakan gaya kepimpinan Autokratik?

a)

Mempunyai pekerja berpengetahuan

b)

Mempunyai pekerja baru

c)

Mempunyai pekerja yang bermotivasi

d)

Mempunyai pekerja mahir

10.

Kepimpinan autokratik memberi kesan kepada perkara di bawah kecuali

a)

Memperlihatkan satu kuasa mutlak

b)

orang bawahan menerima keputusan samada baik atau buruk

c)

bersifat diktator

d)

ahli sentiasa bekerja keras

11.

Gaya kepimpinan yang manakah paling sesuai bagi pernyataan berikut:

Seorang pengurus membenarkan kumpulan membuat keputusan dan menyempurnakan tugas dengan bagaimana cara yang dirasakan sesuai berdasarkan lingkungan had-had tertentu yang dibenarkan.

a)

Autokratik

b)

Demoktratik

c)

Laissez Faire

d)

Islamik

12.

Salah satu kesan kepimpinan Laissez Faire ialah

a)

kadar motivasi kendiri yang tinggi

b)

Kadar motivasi kendiri yang rendah

c)

dapat membina disiplin

d)

semangat kekitaan yang tinggi

13.

Teori motivasi oleh Hezberg adalah Teori Dua faktor . Apakah dua faktor tersebut?

a)

faktor luaran dan faktor hygiene

b)

faktor motivasi dan faktor hygiene

c)

faktor dalaman dan faktor motivasi

d)

faktor tempat kerja dan faktor kebajikan pekerja

14.

Mengikut Teori X oleh Douglas McGregor, pekerja mempunyai ciri-ciri berikut :

a)

Tidak suka bekerja, pemalas, perlu dipaksa, tidak berminat terhadap kerja

b)

Berusaha membina minat, menerima tanggungjawab, tanpa perlu dipaksa

c)

tidak suka bekerja, bersikap tidak mengambil tahu, bekerja sukarela

d)

Mengelak menerima tanggungjawab dan bekerja hanya apabila diarahkan

15.

Manakah merupakan pernyataan yang BENAR tentang Keperluan sosial

a)

Keperluan seseorang untuk berkembang, mencapai potensi dirinya dan memenuhi keinginan diri

b)

Keperluan asas seseorang untuk terus hidup

c)

Seseorang individu tidak dapat hidup sendiri

d)

Keperluan yang agak sukar dipenuhi.

16.

Berdasarkan Rajah 1, apakah tahap X menurut Hierarki Keperluan Maslow?

a)

Keperluan Sosial

b)

Keperluan Keselamatan

c)

Keperluan Fisiologi

d)

Keperluan Esteem

17.

Teori Motivasi 2 Faktor Herzberg melibatkan dua faktor berikut, antaranya ialah

a)

Faktor Keselesaan

b)

Faktor Penjagaan

c)

Faktor Keselamatan

d)

Faktor Pencapaian

18.

Pilih pernyataan yang BENAR tentang teori motivasi maslow.

a)

Keperluan aktualisasi kendiri merupakan keperluan peringkat bawahan.

b)

Keperluan fisiologi merupakan keperluan diperlukan manusia untuk membangun potensi diri.

c)

Keperluan untuk diterima rakan skerja dalam organisasi merupakan keperluan sosial.

d)

Manusia perlu memenuhi keperluan fisiologi sebelum mencapai keperluan keselamatan

19.

Teori X dan Y dijadikan panduan kepada pengurus untuk memilih gaya bimbingan kepada pekerja. Pilih pernyataan yang BETUL.

a)

Kesan teori X kepada pekerja adalah pengurus akan menggunakan gaya kepimpinan laissez-faire.

b)

Pekerja dikelaskan dalam teori y, pemimpin perlu menggunakan gaya kepimpinan demokrasi

c)

Pekerja Y diberi kebebasan dan tidak terlalu dikawal pekerja.

d)

Pekerja X ditawarkan masa bekerja yang lebih fleksibel

20.

Faktor manakah yang dikaitkan dengan Kualiti Suasana Kerja (KSK)

a)

Peluang untuk bina bangunan baru

b)

Jadual kerja dan tugasan mudah/longgar

c)

Pampasan yang mudah dan terbaik

d)

Peluang mendapatkan kenaikan pangkat dengan cepat

21.

Antara berikut manakah BUKAN faktor motivasi dalam Teori Dua Faktor Herzberg

a)

pencapaian

b)

peningkatan

c)

penghargaan

d)

status dan jaminan kerja

22.

Manakah antara berikut BUKAN kaedah memotivasikan pekerja di bawah Reka bentuk kerja

a)

Pusingan Kerja

b)

Pengayaan Kerja

c)

Penghargaan Kerja

d)

Perluasan Kerja

23.

Ganjaran merupakan salah satu daripada kaedah yang digunakan oleh pengurus untuk memotivasikan pekerja. Manakah antara berikut menjelaskan ganjaran kewangan

a)

Hadiah percutian

b)

Kemudahan pinjaman

c)

Komisen

d)

Biasiswa

24.

"Kaedah ini dibentuk untuk meningkatkan output organisasi dan memperbaiki kualiti dengan melibatkan pekerja dalam membuat keputusan yang boleh memberi kesan kepada pekerjaan mereka ."

Kaedah motivasi pekerja manakah yang paling sesuai menerangkan tentang pernyataan di atas?

a)

Penetapan matlamat

b)

Rekabentuk Kerja

c)

Kualiti Suasana Kerja

d)

Pengupayaan

25.

Terdapat tiga jenis rekabentuk kerja yang boleh digunakan oleh seorang pengurus untuk memotivasikan pekerjanya. Antara berikut, manakah yang menerangkan tentang Peluasan Kerja?

a)

Menyatukan beberapa tugas yang menggunakan kemahiran yang sama bagi membentuk satu kerja baru,

b)

Memindahkan pekerja secara sistematik dari satu bahagian ke bahagian yang lain mengikut tempoh tertentu

c)

Menambah tanggungjawab kepada pekerja untuk merancang dan menilai.

d)

Memberi peluang kepada pekerja mencuba pelbagai kemahiran kerja yang boleh meningkatkan kemahiran mereka,