Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KUIZ EARTH HOUR - SLOT 2

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

‘Earth Hour’ pertama diilhamkan di

a)

Sydney

b)

Afrika

c)

China

d)

Eropah

2.

‘Earth Hour’ pertama diilhamkan pada

a)

21 Mac 2008

b)

31 Mac 2007

c)

11 Mac 2006

d)

01 Mac 2005

3.

Penggunaan diod pemancar cahaya (LED) adalah lebih cekap tenaga dan lebih menjimatkan berbanding penggunaan lampu biasa. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

4.

Penggunaan peralatan elektrik cekap tenaga serta mengamalkan penggunaan elektrik yang bijak tidak membantu dalam mengurangkan kadar pelepasan karbon untuk menyelamatkan bumi.

a)

Betul

b)

Salah

5.

Adakah mengeringkan pakaian di bawah sinaran matahari boleh menjimatkan tenaga elektrik berbanding menggunakan mesin pengering setelah mencuci pakaian?

a)

Ya

b)

Tidak

6.

Berikut adalah kepentingan hutan, kecuali

a)

Mengurangkan kepanasan bumi

b)

Menjadi kawasan tadahan hujan

c)

Mendorong kepada ketidakseimbangan ekosistem

d)

Membekalkan sumber bahan mentah

7.

Perubahan iklim tidak menyebabkan kekurangan keperluan asas seperti air dan makanan serta  tidak menjejaskan kehidupan manusia. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

8.

Apakah maksud perubahan iklim?

a)

Perubahan keadaan atmosfera seperti suhu dan hujan dalam tempoh masa yang singkat (beberapa jam atau beberapa hari)

b)

Perubahan jangka panjang dalam iklim yang berlaku selama beberapa dekad, berabad-abad atau lebih lama

c)

Perubahan struktur tanah, jenis tanah dan ekosistem bagi tumbuhan dan haiwan

9.

Apakah punca berlakunya perubahan iklim?

a)

Pembuangan sampah merata-rata

b)

Pelaksanaan projek pemuliharaan dan pemeliharaan hutan

c)

Peningkatan gas rumah hijau yang semakin meningkat di atmosfera bumi

d)

Pelaksanaan amalan hidup mesra alam atau kehidupan lestari

10.

Antara berikut, yang manakah bukan kesan daripada perubahan iklim?

a)

Peningkatan suhu atmosfera

b)

Perubahan arah peredaran angin

c)

Kenaikan paras laut

d)

Perubahan corak ribut

11.

Apakah tujuan sambutan Earth Hour diadakan?

a)

Memupuk kesedaran mengenai perubahan iklim

b)

Memupuk kesedaran mengenai kepentingan kebersihan

c)

Memupuk kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan fauna

d)

Memupuk kesedaran mengenai kepentingan perubahan cuaca

12.

Antara berikut, gas manakah bukan dalam kumpulan gas rumah hijau?

a)

Karbon dioksida (CO2)

b)

Karbon monoksida (CO)

c)

Metana

d)

Oksigen

13.

Antara berikut, fakta manakah betul tentang gas rumah hijau?

a)

Gas rumah hijau membantu menyejukkan bumi

b)

Gas rumah hijau membantu meningkatkan kesuburan pokok

c)

Gas rumah hijau baik untuk kesihatan jangka panjang

d)

Gas rumah hijau menghalang dan memerangkap haba bumi daripada terbebas keluar ke angkasa

14.

Apakah yang berlaku sekiranya ais di kutub Antartika, Artik dan Greenland mencair?

a)

Kandungan oksigen di atmosfera meningkat dan karbon dioksida akan berkurang

b)

Paras air laut meningkat dan menenggelamkan sebahagian kawasan darat bumi

c)

Populasi hidupan laut dan haiwan kutub akan meningkat secara besar-besaran

d)

Tumbuhan mulai hidup subur dan meningkatkan sumber pertanian global

15.

Berikut merupakan kesan pencairan litupan ais di kutub utara akibat pemanasan global kecuali

a)

Paras air laut akan meningkat

b)

Cuaca ekstrem akan berterusan dan bertambah buruk

c)

Kehidupan organisma dalam laut menjadi seimbang

d)

Kawasan tanah tinggi akan berubah menjadi pesisir pantai

16.

Keadaan cuaca tidak menentu yang menyaksikan kawasan tidak pernah dilanda banjir mengalami banjir besar dan masalah kemarau panjang adalah antara kesan daripada pemanasan global. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

17.

Berikut merupakan punca berlaku pemanasan global kecuali

a)

perindustrian

b)

pengangkatan

c)

pembakaran hutan

d)

pertanian dan penternakan

18.

Pemanasan global beri kesan negatif kepada nisbah jantina spesies amfibia dan reptilia. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

19.

Jika suhu terlalu panas, populasi spesies amfibia dan reptilia jantan lebih banyak berbanding betina. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

20.

Berikut merupakan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan pemanasan global kecuali

a)

Menaikkan taraf hidup manusia

b)

Menjimatkan penggunaan elektrik

c)

Menanam lebih banyak pokok

d)

Mengamalkan kitar semula

21.

Melalui pelaksanaan amalan kitar semula, kadar pengeluaran gas rumah hijau meningkat dan udara turut tercemar. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah

22.

Apakah maksud kitar semula?

a)

Proses pembakaran atau pembaraan yang berlaku di udara bebas

b)

Proses memproses semula bahan buangan untuk menghasilkan barangan yang baru

c)

Proses mengasingkan sisa pepejal yang dihasilkan di rumah mengikut komposisi sisa pepejal

d)

Proses pelupusan sampah di kawasan terbuka

23.

Bahan-bahan berikut boleh dikitar semula kecuali

a)

Plastik

b)

Kertas

c)

Sisa makanan

d)

Kaca

24.

Berikut adalah senarai tindakan masyarakat dalam menyokong menghargai alam sekitar kecuali

a)

Mengurangkan penggunaan tenaga elektrik

b)

Mengamalkan kitar semula

c)

Menyokong kempen alam sekitar

d)

Memburu binatang

25.

Penanaman pokok-pokok baharu dapat membantu menyerap karbon dioksida dari udara yang akhirnya mengurangkan kesan gas rumah hijau. Betul atau salah?

a)

Betul

b)

Salah