wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Pengurusan Mesyuarat Berkualiti

Total questions: 18

Worksheet time: 9mins

Name
Class
Date
1.

Suatu  perhimpunan yang terdiri daripada tiga atau  lebih orang yang mempunyai  matlamat  yang  sama di mana  komunikasi  merupakan cara  utama  bagi  mencapai matlamat  tersebut. Pernyataan ini merujuk kepada...

a)

forum

b)

mesyuarat

c)

temu bual

d)

janji temu

2.

Yang manakah antara berikut bukan tujuan mesyuarat?

a)

Medium penyampaian dan pertukaran maklumat.

b)

Membentuk kerjasama, penyelarasan dan komunikasi.

c)

Menetapkan hala tuju dan perancangan masa depan.

d)

Membina konflik baharu.

3.

Mesyuarat membantu agensi kerajaan membuat keputusan secara autokratik oleh Pengerusi.

a)

Betul

b)

Salah

4.

Berikut ialah ciri-ciri mesyuarat berkualiti kecuali...

a)

Penetapan objektif yang jelas.

b)

Pemilihan ahli yang tepat.

c)

Perbincangan positif.

d)

Diadakan di hotel mewah.

5.

Keberkesanan sesuatu mesyuarat diukur berdasarkan...

a)

Pencapaian matlamat dalam masa yang singkat.

b)

Bilangan ahli yang sedikit.

c)

Kehadiran ahli yang ramai.

d)

Minit ditulis dengan baik.

6.

Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 2/2018 –MyMesyuarat: Ekosistem Pengurusan Mesyuarat Era Digital

Surat pekeliling ini dikeluarkan sebagai ....

a)

tambahan kepada surat pekeliling mesyuarat sedia ada.

b)

surat pekeliling yang membatalkan surat pekeliling mesyuarat yang sebelum ini.

c)

bahan rujukan bagi mereka yang berminat.

d)

bahan bacaan peserta kursus berkaitan mesyuarat.

7.

Berikut ialah kategori mesyuarat kecuali ...

a)

memberi maklumat dan membuat keputusan

b)

membuat keputusan,

c)

memberi maklumat.

d)

mendapatkan sokongan ahli.

8.

Terdapat tiga peringkat dalam pengurusan mesyuarat iaitu pramesyuarat, semasa mesyuarat dan selepas mesyuarat.

a)

Salah

b)

Betul

9.

Antara perkara yang menentukan kejayaan sesuatu mesyuarat ialah gelagat ahli mesyuarat.

a)

Betul

b)

Salah

10.

Minit mesyuarat perlu diedarkan kepada ahli-ahli mesyuarat dalam masa ...

a)

tiga hari bekerja.

b)

seminggu.

c)

seminggu sebelum mesyuarat berikutnya.

d)

tujuh hari bekerja.

11.

Correct (Betul)

  Clear (Jelas)

Comprehensive (Lengkap)

Concise (Ringkas dan Padat)

Convincing (Meyakinkan)

Perkataan di atas merujuk kepada Prinsip 5C dalam penulisan minit mesyuarat.

a)

Salah

b)

Betul

12.

Penggunaan laras bahasa yang sesuai dalam penulisan minit mesyuarat merujuk kepada prinsip ...

a)

Correct (Betul)

b)

Comprehensive (Lengkap)

c)

Clear (Jelas)

d)

Concise (Ringkas dan Padat)

13.

Mesyuarat diberi maklum bahawa majlis persaraan Encik Adam bin Ahmad akan diadakan pada hari Jumaat ini dan mesyuarat khas mengenai perkara tersebut hendaklah diadakan dan dipengerusikan oleh Pengetua.

a)

Ayat tersebut telah betul.

b)

Perkataan 'diberi maklum' perlu digantikan dengan perkataan 'dimaklumkan'.

14.

Mesyuarat bersetuju tidak meluluskan permohonan rayuan pelajar yang telah digantung sekolah kerana melanggar disiplin.

a)

Ayat tersebut menggunakan ketetapan positif.

b)

Ayat tersebut menggunakan ketetapan negatif.

c)

Ayat tersebut tidak menepati laras bahasa minit mesyuarat.

d)

Ayat tersebut tidak gramatis.

15.

Minit mesyuarat merupakan sejenis laporan tidak berformat.

a)

Betul

b)

Salah

16.

Mesyuarat apa?

Siapa penganjurnya?

Berapa bilangannya?

Bila tahunnya?

a)

Merujuk kepada penulisan agenda mesyuarat.

b)

Merujuk kepada penulisan maklum balas mesyuarat.

c)

Merujuk kepada penulisan tajuk minit mesyuarat.

d)

Merujuk kepada penyediaan memo panggilan mesyuarat.

17.

Bilangan maksimum agenda utama mesyuarat ialah...

a)

4

b)

6

c)

8

d)

7

18.

Perkara - Keputusan - Tindakan

a)

Merujuk kepada catatan minit mesyuarat.

b)

Merujuk kepada perbincangan dalam mesyuarat.

c)

Merujuk kepada peranan pengerusi.

d)

Merujuk kepada susunan dalam penyediaan agenda mesyuarat.