Font size
WorksheetsPJPK-PEERS-ABSTINEN
Total questions: 11
Worksheet time: 6mins
ABSTINEN
Antara berikut manakah BENAR berkaitan Abstinen?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Abstinen merupakan kemahiran menahan diri daripada melakukan perhubungan seksual sebelum nikah.
Abstinen merupakan penolakan seseorang dengan yakin dan tegas mengatakan ‘tidak’ terhadap tingkah laku seksual sebelum nikah.
Abstinen perlu difahami dan diamalkan bagi mengelakkan berlakunya gejala seks bebas.
Abstinen merupakan satu penyakit
Tingkah laku seksual sebelum nikah membawa kesan negatif terhadap pelakunya sama ada lelaki mahupun perempuan.
Antara berikut manakah kesan negatif seksual sebelum bernikah?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Kesan emosi yang amat mendalam sering terjadi terhadap remaja yang hamil luar nikah.
Perubahan fizikal yang terjadi pada dirinya menyebabkan dia berasa malu.
Kata-kata cacian dan penghinaan kerana melakukan perkara yang bertentangan dengan norma kehidupan dan agama
Kes lari dari rumah serta menggugurkan dan membuang bayi.
Perbuatan bunuh diri
Berikut merupakan kebaikan ABSTINEN KECUALI?
Menyelamatkan remaja daripada terjebak dengan gejala negatif
Mengelakkan daripada mencemarkan nama baik sendiri, malah dapat memelihara maruah keluarga.
Masa depan akan hancur.
Mengelakkan daripada melahirkan anak tidak sah taraf.
Antara berikut manakah yang boleh menjerumus individu kepada seks bebas?
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Pergaulan bebas berlandaskan nafsu.
Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa.
Kurang minat terhadap pelajaran.
Bergaul dengan kawan-kawan yang positif.
Kenal pasti perkataan yang menunjukkan kemahiran abstinen.
"Kalau awak anggap saya sebagai kawan, jom saya belanja awak minum. Lepas minum, kita boleh jalan-jalan naik motor saya"
'Tidak manis kita minum berdua sahaja. Lebih-lebih lagi, naik motor dengan awak.
"Awak kelihatan semakin cantik dan ayu. Saya rasa, saya dah jatuh cinta pada awak"
Antara Cabaran Mengamalkan Abstinen ialah pengaruh?
Pengaruh rakan
Pengaruh persekitaran
Pengaruh Internet dan media sosial
Pengaruh luar kawalan
Pengaruh guru
Situasi yang Mendorong kepada Hubungan Seks Sebelum Nikah KECUALI
Mempunyai pengetahuan tentang pendidikan seksual
Tiada kesedaran untuk melindungi maruah diri
Berpakaian kurang sopan
Berdua-duaan di tempat sunyi
Menonton bahan pornografi
Berikut merupakan kesan Seks Sebelum Nikah Terhadap Diri KECUALI
Reputasi diri meningkat
Menyebabkan penyakit jangkitan seksual
Kehamilan yang tidak diingini dan kelahiran luar nikah
Kemerosotan tahap kesihatan
Kemerosotan dalam pelajaran
Antara berikut, manakah akibat hubungan seks sebelum berkahwin?
I Membunuh diri
II Lari dari rumah
III Berasa bangga
IV Menggugurkan anak
V Menagih dadah
I, II, III
I, II, IV
II, IV, V
I, II, IV, V
Cara Menangani Hubungan Seks Sebelum Nikah
(JAWAPAN LEBIH DARI 1)
Mempunyai kemahiran komunikasi yang baik semasa menolak ajakan melakukan seks
Mewujudkan rasa hormat- menghormati antara satu sama lain
Mempraktikkan abstinen dengan tidak bersungguh-sungguh
Berani berkata 'TIDAK' dengan tegas dan yakin
Mengelakkan situasi yang boleh menjurus kepada perlakuan seks sebelum nikah
Perbuatan terlanjur melakukan seks sebelum nikah boleh membawa padah kepada pelaku. Seorang rakan anda telah menyatakan bahawa dia telah mengandung anak hasil hubungan luar nikah.
Apakah tindakan yang sepatutnya dilakukan untuk membantu rakan anda?
