NEW
Font size
WorksheetsKOSA KATA 1
Total questions: 15
Worksheet time: 8mins
Ayah dilarang untuk mengambil makanan bergula dan ______ setelah menghidap penyakit diabetes.
masam
manis
masin
pahit
Walaupun berasa ______, adik terpaksa makan ubat-ubat itu untuk memastikan dirinya cepat sembuh.
pahit
masam
manis
masin
Sup yang dimasak oleh ibu terlalu ______ kerana ibu terlupa untuk meletakkan garam.
masam
masin
tawar
pahit
Pisang yang belum masak akan berasa ______ manakala pisang yang masak akan berasa ______.
masin ... masam
pahit ... manis
kelat ... manis
tawar ... masin
Wanita yang mengandung suka makan makanan yang ______ seperti limau.
pahit
masin
tawar
masam
Seluar adik Jamal berbau _____ setelah dia terkencing di dalam bilik darjah.
hamis
hanyir
hangit
hancing
Kamariah tidak suka akan daging lembu dan daging kambing kerana berbau ______.
hamis
hanyir
hangit
hapak
Baju dan stoking yang belum dicuci itu berbau _____ setelah disimpan beberapa hari.
hamis
hanyir
hangit
hapak
Hana tidak suka menemani ibunya ke pasar kerana ikan-ikan di pasar berbau _____.
hamis
hangit
hanyir
hapak
Ikan-ikan mati di dalam kolam itu timbul pada permukaan air dan mengeluarkan bau _____.
tengik
bacin
hangit
basi
Minyak kelapa yang disimpan terlalu lama itu telah dibuang oleh ibu kerana sudah mula berbau ______.
tengik
bacin
hangit
basi
Ayam goreng yang hangus itu berbau ______, berwarna gelap dan tidak enak dimakan.
tengik
bacin
hangit
basi
Tempat kejadian kemalangan itu berbau ______ kerana adanya banyak darah mangsa.
hamis
hanyir
hangit
hapak
Setelah berjoging, Danial akan terus mandi dan menukar bajunya untuk mengelakkan dirinya berbau ______.
hamis
hanyir
hangit
hapak
Bunga melur yang ditanam oleh ibu di halaman rumah berbau ______ setiap hari.
harum
busuk
basi
hancing
