wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulang Kaji BM Sem 3 - Set 3

Total questions: 30

Worksheet time: 29mins

Name
Class
Date
1.

Semantik ialah satu bidang kajian tentang

a)

pembentukan kata

b)

cara bunyi bahasa dihasilkan

c)

penggunaan kata berdasarkan geografi

d)

makna yang terdapat pada kata, frasa dan klausa

2.

Perkataan yang manakah tidak mengandungi sinonim?

a)

Musuh

b)

Kertas

c)

Bangun

d)

Perempuan

3.

Frasa yang manakah boleh bermaksud denotatif dan boleh juga bermaksud konotatif?

a)

Kaki langit

b)

Kaki pukul

c)

Kaki ayam

d)

Kaki ponteng

4.

Frasa yang manakah memperlihatkan penggunaan perkataan yang bertentangan makna?

a)

Cantik jelita

b)

Ribut taufan

c)

Hutan belantara

d)

Panjang pendek

5.

I. Ali membela lima ekor kucing.

II. Dia akan membela kawannya yang teraniaya.


Perkataan yang bergaris dalam dua ayat di atas memperlihatkan maksud dari konteks

a)

sinonim

b)

hiponim

c)

homofon

d)

homograf

6.

Sirip, mata, insang, ekor


Perkataan-perkataan di atas tergolong sebagai

a)

kolokasi

b)

hiponim

c)

meronim

d)

homofon

7.

Yang manakah pasangan yang berhomofon?

a)

Massa - masa

b)

Anjur - unjur

c)

Rela - reda

d)

Itu - ini

8.

Apakah maksud "rujukan"?

a)

Bunyi yang diucapkan

b)

Gagasan dalam fikiran

c)

Benda yang konkrit atau tampak

d)

Punca sesuatu yang hendak dinyatakan

9.

Yang manakah lingkungan makna bagi laut?

a)

Sungai

b)

Ombak

c)

Gunung

d)

Pelampung

10.

Yang manakah perkataan yang merupakan homonim?


I Jangka

II Kepala

III Peria

IV Gigi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

11.
  • Kail
  • Bubu
  • Pukat


Aspek leksikal yang berkaitan dengan senarai di atas ialah

a)

Hiponim

b)

Holonim

c)

Meronim

d)

Homonim

12.

Pilih ayat yang mengandungi perkataan yang mengalami peluasan makna.

a)

Gadis itu sungguh cantik.

b)

Pekerja itu menanam pokok sena.

c)

Ustaz baharu itu berasal dari Kedah.

d)

Dia membeli kitab itu ketika ke Mekah.

13.

Perkaitan leksikal dari aspek homograf terdapat pada perkataan

a)

pelat

b)

kuota

c)

perang

d)

rendam

14.

I. Hasnah membuka bungkusan itu.

II. Pendapatnya membuka jalan ke arah persetujuan itu.


Perkataan yang bergaris di atas memperlihatkan makna

a)

polisemi

b)

sinonim

c)

antonim

d)

homonim

15.

Perubahan makna sesuatu perkataan boleh terjadi kerana

a)

perkataan itu kurang tepat

b)

keperluan kepada makna baharu

c)

peminjaman daripada bahasa asing

d)

masyarakat tidak suka menggunakannya

16.

Istilah "superordinat" mempunyai kaitan dengan

a)

hiponim

b)

meronim

c)

homonim

d)

homograf

17.

Yang manakah TIDAK benar tentang makna?

a)

Bersifat arbitrari

b)

Mempunyai medan makna

c)

Ada hubungan mutlak dengan kata

d)

Terdapat makna konotasi dan denotasi

18.

Unsur yang manakah mempunyai hubungan tidak langsung?

a)

Kata dengan makna

b)

Leksem dengan konsep

c)

Leksem dengan rujukan

d)

Rujukan dengan makna

19.

Pasangan perkataan yang manakah memperlihatkan kewujudan nilai rasa?

a)

Jaun - rindu

b)

Kaya - mewah

c)

Laki-laki - jantan

d)

Kacak - mempesona

20.

Yang manakah ayat yang mempunyai penanda rujukan?

a)

Ayam itu sudah tua. Ayam itu mati beberapa hari kemudian.

b)

Kamu perlu berfikiran terbuka. Amalan ini dapat memudahkan penyelesaian masalah.

c)

Pengetua mengucapkan tahniah kepada pelajar yang cemerlang. Beliau sungguh gembira.

d)

Penyanyi itu pendiam orangnya. Namun begitu, penyanyi itu suka memberikan pertolongan

21.

Yang manakah keadaan wacana yang utuh?


I Hujah yang tepat

II Jalinan idea yang bertautan

III Penggunaan bahasa yang berkesan

IV Hubungan yang erat antara unsur-unsur tatabahasanya

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

22.

Yang manakah mengandungi penanda penggantian?

a)

Budak itu memang begitu. Budak itu enggan mendengar sebarang nasihat.

b)

Banglo pemberian ayahnya tidak sesuai untuknya. Dia mahu mencari kediaman lain.

c)

Kawan-kawannya selalu mengambil berat tentangnya. Mereka memang kawan yang baik.

d)

Kami dilahirkan di daerah yang sama. Pernah juga tinggal bersama ketika menuntut di universiti dahulu.

23.

Yang berikut ialah kohesi nahuan, kecuali


I penanda rujukan

II penanda elipsis

III pengulangan

IV kolokasi

a)

I dan II

b)

I dan III

c)

II dan IV

d)

III dan IV

24.

Semua peserta pertandingan itu dipakaikan pakaian berwarna-warni. Pakaian tersebut cantik sekali.


Perkataan yang berhuruf condong dalam wacana di atas merupakan penanda

a)

elipsis

b)

rujukan

c)

leksikal

d)

penggantian

25.

Penjawat awam itu terlibat dalam kes pecah amanah. Diadijatuhi hukuman penjara selama tujuh tahun.


Wacana di atas menunjukkan hubungan semantik dari segi

a)

sebab dan hasil

b)

syarat dan hasil

c)

sebab dan akibat

d)

latar dan kesimpulan

26.

Yang manakah ayat yang memperlihatkan hubungan tujuan dan sebab dalam sesebuah wacana?

a)

Rumah yang besar itu menarik sekali. Rupa-rupanya rumah pensyarah kami.

b)

Dia terlalu letih selepas bermain sepanjang petang. Dia tertidur awal malam ini.

c)

Derma itu dikutip untuk membantu keluarga miskin. Amalan ini dituntut oleh setiap agama.

d)

Encik Yong sangat gigih berniaga. Pendapatan bulanannya melebihi gaji pegawai tinggi.

27.

Wacana yang manakah menunjukkan hubungan semantik syarat dan hasil?

a)

Usaha mereka sangat gigih. Kejayaan yang diperoleh sungguh cemerlang.

b)

Penduduk di situ saling membantu dalam segala urusan. Kehidupan mereka aman tenteram.

c)

Semua anaknya dapat melanjutkan pengajian di universiti awam. Dia sangat mengambil berat tentang pelajaran dan keperluan anak-anak.

d)

Awak patut menjadikan kejayaan abang-abang awak sebagai motivasi. Dengan cara itu awak juga akan memperoleh pencapaian seperti mereka.

28.

Wacana bermaksud

a)

unit bahasa yang melangkaui batas ayat

b)

bahasa dalam konteks hubungan sosial

c)

penggunaan bahasa dalam situasi yang betul

d)

bahasa yang berfungsi untuk melahirkan fikiran

29.

Pelajar harus gigih belajar. Kegigihan pelajar menentukan kecemerlangan akademik diri sendiri.


Wacana di atas mempunyai hubungan semantik dari segi

a)

kesimpulan dan syarat

b)

kesimpulan dan latar

c)

sebab dan tujuan

d)

syarat dan hasil

30.

Tautan dalam sesebuah wacana tergambar melalui aspek yang berikut, kecuali

a)

runtutan fikiran

b)

penanda kohesi

c)

jalinan kata, frasa atau ayat

d)

jeratan hubungan antara unsur linguistik