wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

KATA MAJMUK (SEKOLAH RENDAH)

Total questions: 20

Worksheet time: 10mins

Name
Class
Date
1.

Pada era ini, memiliki _________ bukan lagi lambang kemewahan sebaliknya merupakan suatu keperluan terutamanya semasa kecemasan.

a)

pita rakaman

b)

telefon bimbit

c)

telefon awam

d)

pembesar suara

2.

Masakan ala Minangkabau ini memerlukan ___________ sebagai perencah dan penyedapnya.

a)

kayu jati

b)

jintan manis

c)

daun pisang

d)

buluh lemang

3.

Murid-murid telah mencatat isi-isi utama yang disampaikan oleh penceramah jemputan di dalam sebuah _________.

a)

buku nota

b)

buku hutang

c)

buku lima

d)

buku akaun

4.

Kenderaan yang ketinggiannya melebihi 5 meter tidak dibenarkan melalui terowong Menora dan dikehendaki menggunakan _________ di hadapan.

a)

susur keluar

b)

susur masuk

c)

susur gajah

d)

susur galur

5.

Ramai _________ telah dijemput untuk memberi pandangan dan cadangan untuk membaiki mutu bola sepak negara.

a)

cerdik bijak

b)

cerdik pintar

c)

cerdik pandai

d)

cerdik bestari

6.

Peniaga itu tidak dapat mengembalikan wang pembeli itu kerana dia tiada _________.

a)

duit hantaran

b)

duit kecil

c)

duit tabung

d)

duit kopi

7.

"Jika nama kamu ada dalam ___________ itu, sudah pasti kamu tidak dapat memperbaharui lesen memandu." kata datuk.

a)

senarai hitam

b)

senarai pendek

c)

senarai semak

d)

senarai nama

8.

Pegawai polis itu menunjukkan __________nya terlebih dahulu sebelum dia menggeledah rumah lelaki itu.

a)

surat kuasa

b)

surat saman

c)

surat rayuan

d)

surat permohonan

9.

Ahli sains dari negara tersebut giat menjalankan __________ terhadap penemuan yang baru itu.

a)

kaji bumi

b)

kaji selidik

c)

soal selidik

d)

soal jawab

10.

Karim telah menerima _________ setelah dia tidak menjelaskan bayaran bulanan keretanya selama dua tahun.

a)

surat amaran

b)

surat aduan

c)

surat akaun

d)

surat sumpah

11.

Ada pendapat mengatakan bahawa kebahagiaan sesebuah ________ itu terletak di tangan seorang isteri.

a)

rumha batu

b)

rumah tangga

c)

rumah kedai

d)

rumah terbuka

12.

Puan Lila dan anaknya sedang mengalihkan sebuah almari perhiasan dari _________ ke dapur.

a)

ruang tamu

b)

ruang bilik

c)

ruang legar

d)

ruang lingkup

13.

Persidangan _________ antara pemimpin-pemimpin itu telah berlangsung semalam dalam suasana yang harmoni.

a)

meja kayu

b)

meja panjang

c)

meja bulat

d)

meja makan

14.

Kamil menasihati adiknya agar tidak berputus asa walaupun gagal dalam _________ itu.

a)

temu duga

b)

temu bual

c)

temu jodoh

d)

temu muka

15.

"Jagalah __________ kamu apabila bercakap dengan orang yang lebih tua," pesan ibu kepada Asmawi.

a)

tutur kata

b)

tutur bicara

c)

tutur bahasa

d)

tutur lidah

16.

Hakim itu menggunakan __________nya semasa menjatuhkan hukuman kepada pesalah itu.

a)

budi bahasa

b)

budi pekerti

c)

budi bicara

d)

balas budi

17.

Pihak berkuasa sentiasa memantau kebersihan _________ bagi memastikan ternakan yang disembelih itu benar-benar selamat untuk dimakan.

a)

pasar tani

b)

pusat beli-belah

c)

pusat pemulihan

d)

pusat penyembelihan

18.

__________ Beng Keong berdarah dengan banyak kerana terkena pisau.

a)

Ibu jari

b)

Ibu negara

c)

Ibu pejabat

d)

Ibu sirap

19.

__________Guru Besar diperlukan untuk mengesahkan dokumen yang penting itu.

a)

Beritahu

b)

Sukarela

c)

Tanggungjawab

d)

Tandatangan

20.

Larian maraton itu terbuka kepada ___________ Malaysia sahaja.

a)

antarabangsa

b)

warga negara

c)

warganegara

d)

kakitangan