NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKuiz Ihya Ramadan Kategori 2
Total questions: 50
Worksheet time: 30mins
Name
Class
Date
1.
Puasa merupakan rukun Islam yang ke berapa? (Al-Bukhari):
a)
Pertama
b)
Kedua
c)
Keempat
d)
Kelima
2.
Pada tahun ke berapakah pensyariatan puasa Ramadan bermula?
a)
Tahun pertama hijriah
b)
Tahun kedua hijriah
c)
Tahun ketiga hijriah
d)
Tahun keempat hijriah
3.
Berapa tahun Rasulullah s.a.w sempat berpuasa Ramadan sepanjang hayat baginda? (Al-Nawawi : al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab)
a)
9 kali Ramadan
b)
10 kali Ramadan
c)
11 kali Ramadan
d)
13 kali Ramadan
4.
Perkataan Ramadan dari segi bahasa (literal) bermaksud :
a)
Sejuk
b)
Menahan diri
c)
Dahaga
d)
Panas terik
5.
Bulan Ramadan merupakan bulan ke _________ dalam kalendar hijriah.
a)
Kedua
b)
Lapan
c)
Sembilan
d)
Sepuluh
6.
Perkatan puasa (dalam Bahasa Arab disebut al-Soum / al-Siyam) daripada segi bahasa (literal) bermaksud :
a)
Dahaga
b)
Letih
c)
Meninggalkan
d)
Panas
7.
Berapakah rukun puasa?
a)
2
b)
3
c)
4
d)
5
8.
Manakah yang berikut bukan syarat sah puasa?
a)
Islam
b)
Suci daripada berjunub
c)
Suci daripada haid, nifas dan wiladah
d)
Berpuasa pada waktunya
9.
Manakah perkara berikut merupakan perkara yang membatalkan puasa?
a)
Menderma darah
b)
Melakukan swab test Covid19 (RTK)
c)
Membuat suntikan vaksin Covid19
d)
Menelan kahak yang berada dalam ruangan mulut
10.
Manakah golongan berikut yang tidak diwajibkan berpuasa dan sekaligus tidak perlu digantikan puasa yang tidak dilaksanakan itu?
a)
Perempuan dalam haid
b)
Orang tua yang terlalu uzur
c)
Orang yang bermusafir
d)
Perempuan yang melahirkan anak
11.
Sebelum pensyariatan puasa Ramadan, Rasulullah s.a.w mengamalkan puasa pada suatu hari ini ketika baginda di Mekah lagi. Bahkan ketika di Madinah, baginda juga mengarahkan kaum muslimin untuk berpuasa pada hari tersebut. Namun setelah turunnya wahyu mewajibkan puasa pada bulan Ramadan, puasa pada hari tersebut telah tidak diwajibkan tetapi hanya menjadi sunat sahaja. Apakah puasa tersebut?
a)
Puasa Nisfu Syaaban
b)
Puasa Asyura (10 Muharam)
c)
Puasa pada 27 Rejab sempena Isra’ dan Mi’raj
d)
Puasa pada setiap 12 Rabiul Awwal
12.
Keunikan ibadah puasa antaranya adalah pada ganjaran yang dijanjikan kepada hambaNya. Ganjaran tersebut, seperti mana yang dinyatakan dalam hadis Nabi s.a.w adalah pada kenyataan ini :
a)
Rahsia Allah, dan Allah sahaja yang akan membalasnya sendiri
b)
Meraih ganjaran syurga ‘Adnin
c)
Pahala seperti 100 orang mati syahid
d)
Minum dari air telaga Kauthar
13.
Dalam hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang berbunyi “ Sesiapa yang mendirikan bulan Ramadan dengan keimanan dan penuh pengharapan, diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.” Perkataan “mendirikan” dalam hadis diatas merujuk kepada amalan : (al-Nawawi : al-Minhaj fi Syarh Sahih Muslim)
a)
Zakat Fitrah
b)
Solat Tarawih
c)
Solat Subuh
d)
Puasa dan Bersahur
14.
Ganjaran syurga akan dijanjikan kepada manusia yang sering melazimi ibadah puasa. Mereka akan masuk ke syurga melalui satu pintu yang dinamakan Pintu _________ (al-Bukhari)
a)
Al-Salsabil
b)
Al-Saqar
c)
Al-‘Adn
d)
Al-Rayyan
15.
Pada ayat 185 Surah al-Baqarah yang bermaksud “ Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran”, maksud “diturunkan” dalam ayat tersebut merujuk kepada :
a)
Diturunkan al-Quran secara sekaligus pada waktu yang hanya diketahui oleh Allah SWT
b)
Penurunan al-Quran secara berperingkat-peringkat daripada langit dunia kepada Nabi SAW
c)
Penurunan al-Quran daripada Luh Mahfuz ke Bait al-‘Izzah atau langit dunia
d)
Penurunan al-Quran daripada malaikat Jibril kepada Rasulullah SAW di Gua Hira
16.
Bilangan surah dalam Al-Quran ialah:
a)
200
b)
100
c)
112
d)
114
17.
Berapakah bilangan jumlah keseluruhan ayat al-Quran?
a)
6066
b)
6666
c)
6236
d)
6326
18.
Bilangan juzuk dalam Al-Quran ialah;
a)
28
b)
29
c)
27
d)
30
19.
Kalimah “Ramadhan” disebut sebanyak 1 kali sahaja dalam Al-Quran. Sila pilih surah yang terdapat kalimah tersebut.
a)
Surah Al-Qadr
b)
Surah Al-Baqarah
c)
Surah Ali-Imran
d)
Surah Al-Taubah
20.
Jumlah nabi dan rasul yang disebut dalam Al-Quran ialah :
a)
25 orang
b)
30 orang
c)
124 orang
d)
313 orang
21.
Jumlah maqra untuk sejuzuk dalam mushaf al-Quran ialah :
a)
10 maqra
b)
8 maqra
c)
16 maqra
d)
12 maqra
22.
Satu-satunya surah dalam Al-Quran yang tidak dimulai dengan Basmalah ialah surah ____________
a)
Al-Anfal
b)
Al-Munafiqun
c)
Al-Isra
d)
Al-Bara’ah
23.
Dalam bulan Ramadan, ada satu malam yang digelar Lailatul Qadar yang kelebihannya melebihi seribu bulan. Apakah definisi Lailatul Qadar?(Ibn Hajar & Al-Nawawi)
a)
Malam penentu (pemutus) atau penghukum di mana para malaikat menulis qadar-qadar manusia
b)
Malam dibuka pintu syurga dan ditutup pintu neraka
c)
Malam dihitung amalan manusia selama setahun sebelumnya
d)
Malam dibuka buku hitungan baharu amalan manusia untuk setahun akan datang
24.
Lailatur Qadar merupakan satu malam yang berlaku pada 10 malam terakhir Ramadan. Dari segi waktu, bilakah mula dan pengakhiran bagi sesuatu malam Lailatu Qadar itu?
a)
Setelah masuk isyak dan berakhir pada dua pertiga malam
b)
Berlaku dalam waktu yang singkat (tempoh solat 2 rakaat) pada dua pertiga malam
c)
Bermula pada dua pertiga malam sehingga waktu sahur
d)
Bermula maghrib sehingga terbit fajar
25.
Peristiwa penting ini berlaku dalam bulan Ramadan, yang berkait dengan sirah Rasulullah s.a.w. Sila nyatakan.
a)
Perang Khandak
b)
Perang Siffin
c)
Fathu (Pembukaan) Makkah
d)
Kewafatan Rasulullah s.a.w
26.
Dalam sebuah hadis (Sunan Tirmizi), diriwayatkan cara dan jenis makanan mengikut turutan keutamaan yang biasa dilakukan oleh Rasulullah s.a.w ketika berbuka puasa. Sila pilih turutan keutamaan makanan tersebut.
a)
Tamar – air – rutob
b)
Air – tamar – rutob
c)
Rutob – tamar – air
d)
Rutob – air – tamar
27.
Dalam mazhab Syafie, hukum mengerjakan solat tarawih secara 4 rakaat dengan 1 salam adalah (Al-Majmuk Syarh al-Muhazzab) :
a)
Harus
b)
Makruh
c)
Sunat
d)
Batal / TIdak Sah
28.
Hukum Solat Witir menurut mazhab Syafi’e ialah :
a)
Sunat Ghair Muakkad
b)
Sunat Muakkad
c)
Harus
d)
Fardu Kifayah
29.
Daripada Abu Hurairah r.a, “Kekasihku (Rasulullah S.A.W) berwasiat kepadaku supaya melakukan tiga perkara iaitu: Berpuasa tiga hari pada setiap bulan, dua rakaat Dhuha dan melakukan _____________ sebelum tidur.” (al-Bukhari). Isikan tempat kosong.
a)
Solat Isyak berjemaah
b)
Solat tarawih berjemaah
c)
Solat Ba’diah Isyak
d)
Solat witir
30.
Apakah hukum qadha solat tarawih (yang tidak dapat dilaksanakan pada malam itu) yang dilakukan pada malam yang lain menurut mazhab Syafi’e? (Mughni al-Muhtaj)
a)
Harus
b)
Wajib
c)
Makruh
d)
Haram
31.
Ahmad bermusafir pulang ke kampung. Semasa dalam perjalanan, beliau melaksanakan solat maghrib dan isyak secara jamak taqdim (dalam waktu maghrib). Sejurus selepas selesai solat fardhu itu, beliau melaksanakan solat tarawih walaupun masih lagi dalam waktu maghrib. Apakah hukum Ahmad melaksanakan solat tarawih itu?
a)
Makruh
b)
Tidak sah
c)
Haram
d)
Sah
32.
Manakah senario berikut dalam amalan bersahur pada Ramadan menjadi waktu sahur paling afdhal dan dianjurkan oleh sunnah?
a)
Bersahur pada waktu pertengahan malam
b)
Bersahur sejurus usai solat tarawih pada pukul 10.00 malam
c)
Bersahur setengah jam sebelum waktu subuh
d)
Bersahur setelah usai bertahajud pada pukul 4.30 pagi
33.
Zaid telah menyangka bahawa waktu maghrib telah pun masuk, lalu beliau pun berbuka puasa. Namun sejurus setelah berbuka, beliau tersedar bahawa masih ada 10 minit lagi sebelum masuk waktu maghrib sebenar. Apakah kedudukan puasa Zaid pada hari itu menurut mazhab Syafi’e?
a)
Batal dan perlu diganti
b)
Tidak batal
c)
Tidak batal tetapi sunat diganti
d)
Dimaafkan dan puasa tersebut adalah dikira sah
34.
Antara amalan yang dilazimi oleh Rasullulah s.a.w ketika bulan Ramadan ialah beriktikaf. Apakah maksud iktikaf seperti yang diamalkan oleh baginda?
a)
Memberi makan kepada orang ramai ketika waktu sahur dan iftar
b)
Menetap di dalam masjid secara berterusan sehingga 1 Syawwal dengan tujuan qurbah (mendekatkan diri kepada Allah)
c)
Datang ke masjid untuk membersihkan dan menghias masjid
d)
Datang ke masjid daripada rumah tiap-tiap selepas berbuka (iftar) untuk bersolat tarawih dan witir
35.
Sila pilih perkara yang bukan menjadi rukun iktikaf
a)
Masjid
b)
Orang yang beriktikaf
c)
Menetap
d)
Berwudhuk
36.
Cara melaksanakan iktikaf yang paling utama (mengikut petunjuk sunnah Rasulullah s.a.w) ialah; (Al-Nawawi : al-Majmuk Syarah al-Muhazzab)
a)
Masuk ke dalam masjid sebelum terbenamnya matahari pada malam 21 Ramadhan dan dia keluar setelah selesai solat sunat Aidil Fitri
b)
Masuk ke dalam masjid sebelum terbenamnya matahari pada malam 21 Ramadhan dan dia keluar setelah terbenamnya matahari terakhir Ramadan
c)
Masuk ke masjid setelah berbuka puasa tiap hari, menetap dalam masjid sehingga selesai solat subuh keesokan harinya
d)
Masuk ke masjid pada tiap-tiap pertengahan malam, menetap dalam masjid sehingga selesai qiamullail, dan kembali ke rumah untuk bersahur.
37.
Hukum iktikaf dalam bulan Ramadan ialah :
a)
Harus
b)
Sunat Muakkad
c)
Fardu Kifayah
d)
Fardu Ain
38.
Terdapat amalan Rasulullah s.a.w ketika menyambut 1 Syawwal yang menjadi sunnah untuk diikuti oleh umat baginda. Sila pilih amalan di bawah yang bukan merupakan sunnah Rasulullah s.a.w.
a)
Pergi menunaikan solat sunat Aidil Fitri dengan berjalan kaki dan balik semula melalui jalan yang lain
b)
Menjamah sedikit makanan sebelum pergi bersolat sunat Aidilfitri
c)
Melakukan solat sunat dhuha sebelum mengimamkan solat sunat Idul Fitri
d)
Melakukan solat sunat Aidil Fitri di musolla (kawasan lapang)
39.
Hukum Solat Sunat Aidil Fitri menurut mazhab Syafi’e adalah :
a)
Sunat Ghair Muakkad
b)
Sunat Muakkad
c)
Harus
d)
Fardu Kifayah
40.
Apakah hukum berpuasa pada 1 Syawwal?
a)
Sunat
b)
Makruh
c)
Haram
d)
Harus
41.
Solat sunat hari raya dilakukan sebanyak dua rakaat. Pada rakaat pertama ,selepas takbiratul ihram, disunatkan untuk bertakbir sebanyak ____ kali. Pada rakaat kedua pula disunatkan untuk bertakbir tambahan sebanyak ____ kali.
a)
1 &1
b)
8 & 6
c)
7 & 5
d)
5 & 3
42.
Jika seseorang menambah atau mengurangkan takbir tambahan dalam solat sunat Aidilfitri, beliau hendaklah; (al-Iqna’)
a)
Melakukan Sujud Sahwi sebelum memberi salam
b)
Memulakan kembali solat
c)
Tidak mengapa dan meneruskan solat seperti biasa
d)
Membaca doa istighfar selepas membaca tahiyatul akhir
43.
Penambahan takbir selepas takbiratul ihram dalam solat Aidilfitri merupakan ___________ . (Al-Iqna’)
a)
Sunat Hai’ah
b)
Sunat Ab’adh
c)
Rukun
d)
Syarat sah solat
44.
Nilai zakat fitrah asas Negeri Sembilan bagi tahun 2022M / 1443H ini ialah :
a)
RM 10
b)
RM 9
c)
RM 7
d)
RM 8
45.
Manakah antara berikut, bukan syarat sah bagi zakat fitrah?
a)
Akad ijab dan kabul.
b)
Berniat
c)
Mempunyai hak pemilikan terhadap harta
d)
Berlaku penyerahan dan penerimaan barang
46.
Seorang bayi (daripada pasangan Islam) telah dilahirkan pada waktu malam, iaitu setelah terbenam matahari terakhir Ramadan. Apakah hukum berkaitan pembayaran zakat fitrah oleh wali bayi tersebut?
a)
Wajib zakat fitrah
b)
Makruh zakat fitrah
c)
Tidak wajib zakat fitrah
d)
Haram zakat fitrah
47.
Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan, contohnya pada waktu isyak, apakah hukum kewajipan zakat fitrah ke atas beliau?
a)
wajib
b)
tidak wajib
c)
makruh
d)
haram
48.
_______________adalah pemberian makanan kepada seorang miskin untuk setiap hari puasa yang ditinggalkan. Sila isi tempat kosong dengan perkataan yang betul.
a)
Kafarah
b)
Fidyah
c)
Qadha
d)
Diat
49.
Kadar fidyah yang dikenakan mengikut mazhab Syafi’e ialah secupak makanan asasi/ kebiasaan penduduk negeri setempat. Ketetapan kadar fidyah yang difatwakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, kadar secupak itu bersamaan seperempat gantang iaitu ______
a)
688 gram
b)
2000 gram
c)
325 gram
d)
1050 gram
50.
Aminah sedang berpuasa qadha (ganti) Ramadan pada bulan Syawwal. Kemudian seorang rakannya mengajak beliau makan tengahari. Apakah hukumnya (menurut mazhab Syafi’e) jika Aminah menturuti rakannya lalu membatalkan puasa qadha hari tersebut dengan tiada keuzuran syarie?
a)
Sunat
b)
Makruh
c)
Haram
d)
Harus
Reset
