wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Act 447&PPE 1994- PJE A0 - Q2

Total questions: 10

Worksheet time: 30mins

Name
Class
Date
1.

Bilakah tarikh kuatkuasa bagi Akta A 1501

a)

1 September 1990

b)

22 Ogos 1990

c)

27 September 2001

d)

1 Januari 2016

2.

Dengan berkuatkuasanya Akta Bekalan Elektrik(Pindaan) 2015, Akta Bekalan Elektrik 1990 telah........

a)

dimasuhkan

b)

digantung pemakaiannya sehingga suatu akta baru diwartakan

c)

dipinda menjadi Akta Bekalan Elektrik 2015

d)

dipinda beberapa seksyen serta sub-seksyen dan masih terus berkuatkuasa .

3.

Siapakah yang bertanggungjawab mengambil langkah awasan yang secukupnya untuk mencegah pepasangan atau kelengkapan daripada terhidup secara tidak sengaja semasa kerja penyelenggaraan elektrik dijalankan.

a)

Pihak pengurusan

b)

Pihak pemunya dan orang kompeten

c)

Orang kompeten

d)

Pemegang lesen

4.

Berapakah fee yang perlu dibayar  untuk proses permohonan, peperiksaan dan pembaharuan bagi kekompetenan penjaga jentera elektrik voltan rendah selama satu tahun.

a)

RM190.00

b)

RM160.00

c)

RM170.00

d)

RM110.00

5.

Mana-mana cantuman, sambungan atau penamatan elektrik hendaklah dibina dan dibuat bagi memenuhi maksudnya berkenaan dengan.........

I. Kekonduksian penebatan

II. kekuatan mekanik

III. perlindungan mekaniknya

IV. kekutuban

a)

I DAN II

b)

II, III DAN IV

c)

I, II DAN III

d)

I, II, III DAN IV

6.

Papan suis haruslah mempunyai ciri-ciri yang berikut, pilih kenyataan yang BETUL.

 

i. semua bahagian yang mungkin dikehendaki dilaraskan atau dikendalikan hendaklah mudah diakses

ii. pengaliran tiap-tiap konduktor hendaklah boleh dikesan dan gambarajah sambungan-sambungan yang dilukis dengan jelas hendaklah dipamerkan berdekatan dengan papan suis itu

iii. sesuatu konduktor, disusun untuk sambungan kepada sistem yang sama, hendaklah disamakan dengan baik dan boleh dibezakan

iv. sesuatu konduktor bersalut hendaklah ditempatkan atau dilindungi bagi mencegah bahaya daripada sentuhan tak sengaja.

a)

i dan ii

b)

i, ii, dan iii sahaja

c)

i, ii,dan iv sahaja

d)

i, ii, iii dan iv

7.

Mana-mana orang yang terlibat dalam kerja yang berkaitan dengan mana-mana pepasangan atau kelengkapan hendaklah dilindungi secukupnya daripada bahaya Siapakah yang bertanggungjawab memberi perlindungan itu.

i. pemegang lesen

ii. pemunya

iii. pengurusan atau penghuni pepasangan

iv .pengkhidmat atau ejennya

a)

i, ii dan iii

b)

i, ii, dan iv

c)

i, ii, iii dan iv

d)

ii, iii dan iv

8.

Apabila Orang kompeten didapati melakukan "salah laku serius'' yang dimaksudkan dibawah peraturan-peraturan elektrik 1994 ianya boleh diambil tindakan berikut.

a)

mengendors atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan berkaitan

b)

menggantung atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan berkaitan

c)

mengenakan denda mengikut akta dan peraturan berkaitan

d)

mengendors, menggantung atau membatalkan mana-mana Perakuan Kekompetenan yang dikeluarkan di bawah Peraturan-Peraturan berkaitan

9.

Apabila berlaku sebarang kemalangan atau kebakaran yang menyebabkan kehilangan nyawa dalam pepasangan /logi/kelengkapan elektrik_________ perlu melaporkan kepada suruhanjaya.

a)

Pemunya dan pemegang lesen

b)

Pemegang lesen dan pihak berkuasa

c)

Pemunya dan pihak pengurusan

d)

Pemunya dan pihak berkuasa

10.

Khidmat orang kompeten diperlukan didalam kerja-kerja yang dinyatakan di bawah ini pilih yang BETUL....

i.Menukar kedudukan papan agihan fius pada jarak kurang dari 2 meter dari tempat asal.

ii.Menambah pendawaiaan  untuk soket alir keluar ditempat kediaman

iii.Mengganti lampu filamen yang telah rosak di restoran

iv.Menukar fius yang rosak di papan suis agihan rumah kediaman.

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iv

c)

i, iii dan iv

d)

i, ii, iii dan iv