wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ekonomi Bab 1 Tingkatan 5

Total questions: 30

Worksheet time: 15mins

Name
Class
Date
1.

Dasar fiskal merupakan satu dasar kerajaan untuk mengatasi masalah ...

a)

inflasi

b)

pengangguran

c)

kegawatan ekonomi

d)

pengangguran dan inflasi

2.

Bagaimanakah kerajaan menggunakan dasar fiskal dalam mengatasi masalah inflasi?

a)

Menurunkan kadar cukai

b)

Menaikkan kadar cukai

c)

Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

d)

Meningkatkan perbelanjaan kerajaan

3.

Apakah yang dimaksudkan dengan cukai langsung kerajaan?

a)

Sejenis cukai yang dikenakan ke atas barang dan perkhidmatan

b)

Sejenis cukai yang dikenakan ke atas setiap individu dalam negara

c)

Sejenis cukai yang bebannya boleh dipindahkan kepada orang lain

d)

Sejenis cukai yang bebannya tidak boleh dipindahkan kepada orang lain

4.

Sumbangan terbesar hasil negara adalah melalui

a)

cukai langsung

b)

hasil bukan cukai

c)

cukai tak langsung

d)

cukai pendapatan syarikat

5.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hasil cukai langsung kerajaan?

a)

Duti setem

b)

Cukai pintu

c)

Duti eksport

d)

Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

6.

Antara yang berikut, yang manakah berkaitan dengan hasil cukai langsung kerajaan?

a)

Duti setem

b)

Cukai pintu

c)

Duti eksport

d)

Cukai barang dan perkhidmatan (GST)

7.

antara yang berikut, yang manakah adalah berkaitan dengan cukai tak langsung?

a)

Jamie membayar duti atas barang yang dibeli dari Jerman

b)

Alice membayar cukai 6% atas barangan yang dibeli di Pasar Raya Giant

c)

Camelia membayar cukai pendapatan individu sebanyak RM 1 000 setiap tahun

d)

Suzana membayar cukai di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Kuala Terengganu

8.

Apakah tujuan utama kerajaan mengutip hasil cukai?

a)

Membiayai projek pembangunan negara

b)

Membuat pelaburan di luar negara

c)

Menggalakkan Import dalam kalangan pengeluar

d)

Mengagih semula ketidakseimbangan agihan pendapatan dalam kalangan masyarakat

9.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan cukai berkadar malar?

a)

Bentuk cukai yang boleh dipindahkan kepada orang lain

b)

Bentuk cukai yang kadarnya tetap walaupun pendapatan berubah

c)

Bentuk cukai yang kadarnya semakin menurun apabila pendapatan bertambah

d)

Bentukcukai yang mempunyai kadar yang semakin naik mengikut pendapatan

10.

Perbelanjaan kerajaan manakah yang merupakan perbelanjaan pembangunan?

a)

Penyelenggaraan jalan raya

b)

Pembayaran gaji kakitangan awam

c)

Pemberian Bantuan Awal Persekolahan

d)

Pembelian kenderaan oleh Angkatan Tentera Malaysia

11.

Belanjawan manakah akan digunakan oleh kerajaan semasa negara menghadapi masalah inflasi?

a)

Belanjawan defisit

b)

Belanjawan negara

c)

Belanjawan lebihan

d)

Belanjawan seimbang

12.

Apakah ciri barang tersebut?

a)

dikenakan bayaran

b)

mempunyai persaingan

c)

tiada pengecualian penggunaan

d)

keluaran bersama oleh kerajaan dan pihak swasta

13.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri barang sosial?

a)

memberi manfaat kepada golongan masyarakat yang tertentu

b)

ada pengecualian penggunaan

c)

kos pengeluaran ditanggung oleh kerajaan

d)

dikeluarkan oleh pihak swasta.

14.

Apakah kesan pelaksanaan monopoli semulajadi kerajaan terhadap ekonomi negara?

a)

harga barang naik

b)

kuantiti keluaran berkurang

c)

kebajikan masyarakat berkurang

d)

kecekapan dalam penggunaan sumber

15.

Situasi manakah yang betul tentang deflasi?

a)

tingkat harga umum naik berterusan

b)

pendapatan negara bertambah

c)

keuntungan firma bertambah

d)

peluang pekerjaan berkurang

16.

Apakah kesan subsidi oleh kerajaan kepada pengeluar tempatan?

a)

meningkatkan kos pengeluaran

b)

menambahkan tingkat keluaran

c)

mengurangkankan daya saing

d)

menaikkan harga barang di pasaran

17.

Pernyataan manakah yang benar tentang pengenaan cukai oleh kerajaan ?

a)

menurunkan kos pengeluaran

b)

menambahkan jumlah penawaran barang

c)

menaikkan harga barang di pasaran

d)

peningkatan eksternaliti negatif

18.

Antara yang berikut, indikator makroekonomi yang manakah digunakan untuk mengukur pencapaian kegiatan ekonomi sebuah negara?

a)

faedah sosial

b)

kos pengeluaran

c)

pendapatan negara

d)

guna tenaga penuh

19.

Antara yang berikut, yang manakah kesan imbangan pembayaran defisit?

a)

nilai mata wang tempatan semakin meningkat

b)

kegiatan ekonomi dalam negara semakin pesat

c)

rizab pertukaran asing di bank pusat berkurang

d)

nilai eksport barang tempatan semakin bertambah

20.

Bilakah sesebuah negara boleh dikatakan mencapai guna tenaga penuh ?

a)

imbangan pembayaran yang positif

b)

kadar pengangguran kurang daripada 4%

c)

eksport meningkat sebanyak RM100 juta setahun

d)

kadar pertumbuhan ekonomi negara meningkat sebanyak 3%

21.

Mengapakah kerajaan memberi subsidi kepada petani ?

a)

untuk menampung kenaikan kos dalam pengeluaran

b)

untuk meningkatkan permintaan beras di pasaran

c)

untuk menguatkuasa undang-undang

d)

untuk memaksimumkan kebajikan masyarakat

22.

Bagaimanakah pelaksanaan cukai oleh kerajaan dapat mengawal selia pengeluar ?

a)

mengurangkan modal pengeluar

b)

mengawal harga barang yang dijual

c)

mengawal kadar pencemaran dalam pengeluaran

d)

mengawal kualiti barang yang dikeluarkan.

23.

Mengapakah pihak swasta kurang memainkan peranan dalam menyediakan barang awam dan barang sosial ?

a)

melibatkan ramai orang pekerja

b)

mengurangkan permintaan barang di pasaran

c)

melibatkan kos penyediaan yang tinggi

d)

dikenakan cukai pendapatan syarikat yang tinggi,

24.

Suatu unit ekonomi yang menjalankan kegiatan ekonomi dengan matlamat untuk meningkatkan kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

a)

Kerajaan

b)

Monopoli semula jadi

c)

Makroekonomi

25.

Barang yang dapat digunakan oleh seseorang individu tanpa mengurangkan faedah pengguna individu lain (non rivalous) dan tidak boleh menghalang individu lain daripada menggunakannya (non excludable).

a)

Barang sosial

b)

Guna tenaga penuh

c)

Barang awam

26.

Barang atau perkhidmatan yang membawa manfaat terbesar kepada semua masyarakat.

a)

Barang sosial

b)

Barang awam

c)

Barang mewah

27.

pengeluaran barang atau perkhidmatan dibenarkan untuk dikeluarkan oleh firma berkaitan kerajaan.

a)

Pertumbuhan ekonomi

b)

Makroekonomi

c)

Monopoli semula jadi

28.

Kajian mengenai ekonomi secara menyeluruh dalam isu umum seperti pendapatan atau keluaran negara, guna tenaga dan masalah pengangguran.

a)

Makroekonomi

b)

Dasar harga maksimum

c)

Dasar harga minimum

29.

Kadar pengangguran di sesebuah negara berada pada paras yang rendah iaitu kurang daripada 4%.

a)

Tahun dasar

b)

Guna tenaga penuh

c)

Indek harga pengguna (IHP)

30.

Peningkatan jumlah keluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah negara pada sesuatu tahun berbanding dengan tahun sebelumnya.

a)

Eksternaliti negatif

b)

Makroekonomi

c)

Pertumbuhan ekonomi