wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Halal Competency Quiz

Total questions: 15

Worksheet time: 11mins

Name
Class
Date
1.

Apakah maksud perkataan 'Halal'?

a)

Dilarang

b)

Ditegah

c)

Dibenarkan

d)

Digalakkan

2.

Yang mana satu merupakan 4 sumber hukum Syariah?

a)

Sunnah/Hadith

b)

Al-Quran

c)

Jamak

d)

Ijmak

e)

Qiyas

3.

Apakah maksud 'Halalan Toyyiban'?

a)

Halal dan tidak bersih

b)

Halal dan baik

c)

Organik dan semulajadi

d)

Baik dan murah

4.

'Pengharaman sesuatu perkara adalah kerana ia membawa kepada keburukan atau kemudaratan'. Menurut prinsip ini, kenapakah arak dianggap sebagai suatu yang haram? (Pilih semua jawapan yang berkenaan)

a)

Kerana arak ialah memabukkan dan membuatkan peminumnya hilang kewarasan.

b)

Kerana arak boleh membawa kepada gejala dan masalah sosial

c)

Kerana harga arak terlalu mahal

d)

Kerana arak diproses dalam kilang yang tidak bersih

5.

Yang manakah antara situasi berikut boleh dikira sebagai keadaan darurat? (Pilih semua jawapan yang berkenaan)

a)

Seorang Muslim melancong ke negara majoriti bukan Islam dan dihidangkan dengan pilihan makanan halal dan tidak halal.

b)

Seorang Muslim yang mengidap penyakit kronik dan satu-satunya ubat untuk merawat penyakit tersebut mengandungi unsur yang tidak Halal.

c)

Seorang Muslim yang berada dalam keadaan kebuluran dan sumber makanan yang ada ialah yang tidak diketahui status halalnya.

d)

Seorang Muslim yang diajak makan bersama rakan-rakan bukan Islam di sebuah restoran yang tidak halal.

6.

Di antara berikut, yang manakah haiwan yang HARAM untuk dimakan?

a)

Ketam nipah

b)

Belangkas

c)

Landak

d)

Burung hantu

7.

Yang mana di antara berikut BENAR bagi penyembelihan halal?

a)

Semua spesis haiwan akan menjadi halal selepas disembelih

b)

Urat halkum dan mari' perlu diputuskan.

c)

Penyembelihan halal boleh dilakukan oleh sesiapa saja tanpa mengira agamanya.

d)

Sekiranya haiwan tersebut telah mati dalam perjalanan ke rumah sembelih, dagingnya masih boleh diproses sebagai daging halal.

8.

Yang mana satu di antara berikut merupakan Najs Mughallazah?

a)

Air kencing bayi lelaki yang berusia kurang dari 2 tahun, yang minum susu ibunya sahaja.

b)

Darah ayam

c)

Darah khinzir

d)

Najis kucing

9.

Salah satu bahan kritikal dalam industri Halal ialah 'whey protein' oleh kerana enzim yang digunakan mungkin dari sumber tidak halal.

a)

Benar

b)

Salah

10.

Hukum bagi alkohol yang terhasil dari proses penapaian ialah:

a)

Haram dan najis

b)

Halal dan najis

c)

Haram tapi bukan najis

d)

Halal dan bukan najis

11.

Perundangan berkaitan Halal adalah termaktub dalam _________.

a)

Akta Makanan 1983

b)

Akta Perihal Dagangan 2011

c)

Akta Halal 1999

d)

Akta Haiwan 1953

12.

Yang manakah antara berikut BUKAN definisi produk Halal?

a)

Produk tidak boleh mengandungi unsur najs berdasarkan hukum Syariah dan fatwa

b)

Produk mestilah tidak memabukkan

c)

Produk boleh diproses menggunakan peralatan yang sama dengan produk tidak halal

d)

Produk tidak boleh mengandungi unsur manusia.

13.

Di antara berikut, yang mana TIDAK BOLEH dipersijilkan Halal?

a)

Pencuci muka

b)

Sarung tangan getah (latex)

c)

Minyak gamat

d)

Mesin basuh

14.

Yang manakah TIDAK termasuk dalam elemen Sistem Kawalan Halal Dalaman (IHCS)?

a)

Sistem Jaminan Kualiti

b)

Polisi Halal

c)

Kebolehkesanan (Traceability)

d)

Kawalan Bahan Mentah (Raw Material Control)

15.

Sistem Jaminan Halal adalah wajib dilaksanakan untuk syarikat pengeluaran kategori ____ dan ____ sahaja (nilai perolehan tahunan melebihi RM15 juta).

a)

Kecil dan Mikro

b)

Mikro dan Sederhana

c)

Sederhana dan Besar

d)

Kecil dan Besar