wayground logo

Free Printable Worksheets

NEW

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Kuiz Perniagaan Tingkatan 4

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan tujuan perniagaan kepada peniaga?

a)

Mewujudkan nilai faedah kepada pengguna

b)

Mengagihkan barang daripada pengeluar kepada pengguna

c)

Menjual barangan dan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan

d)

Menawarkan barang atau perkhidmatan untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna

2.

Apakah kelebihan koperasi berbanding Syarikat Berhad?

a)

Kewujudan perniagaan kekal

b)

Tidak dikenakan cukai pendapatan

c)

Modal bertambah melalui jualan saham

d)

Liabiliti terhad kepada modal yang dilaburkan sahaja

3.

Perniagaan manakah diklasifikasikan sebagai bersaiz kecil?

a)

Hospital kerajaan

b)

Loji Penapis minyak

c)

Kedai gunting rambut

d)

Kilang pembuatan pakaian

4.

Maklumat di bawah berkaitan perkembangan sektor perniagaan di Malaysia

1. Sektor kedua menjadi penyumbang kepada ekonomi negara

2. Galakan eksport dan mengurangkan kebergantungan barang import

Pernyataan manakah merujuk kepada situasi di atas?

a)

Era selepas merdeka

b)

Era 1990-an

c)

Menjelang abad ke-21

d)

Pada masa kini

5.

Manakah bukan kaedah perniagaan Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)?

a)

Secara percuma

b)

Jualan pada harga kos

c)

Belian pada harga di bawah kos

d)

Jualan pada harga di bawah kos

6.

Maklumat di bawah berkaitan sejenis rakan kongsi

# Menanggung liabiliti tidak terhad dan berhak menguruskan perniagaan.

Apakah Jenis rakan kongsi di atas?

a)

Rakan kongsi biasa

b)

Rakan kongsi nominal

c)

Rakan kongsi aktif

d)

Rakan kongsi lelap

7.

Pernyataan manakah merupakan tujuan penubuhan Kedai Runcit Sham?

a)

Menyediakan perkhidmatan secara percuma

b)

Memaksimumkan keuntungan

c)

Menawarkan perkhidmatan pada harga kos

d)

Menawarkan perkhidmatan di bawah harga kos

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri sejenis milikan perniagaan

* Modal diperoleh daripada simpanan

*pemilik sendiri Pemilik sendiri yang mengurus

perniagaan

Apakah jenis milikan perniagaan tersebut ?

a)

Milikan Tunggal

b)

Perkongsian

c)

Syarikat

d)

Koperasi

9.

Maklumat di bawah ini berkaitan dengan satu bentuk perniagaan

· Perniagaan dikendalikan mengikut sistem piawaian yang ditetapkan oleh pemegang hak sesuatu jenama

· Peniaga tidak boleh melakukan sebarang inovasi tanpa kebenaran pemegang hak

a)

Kontrak Pengeluaran

b)

Usaha sama

c)

Syarikat Sendirian berhad

d)

Francais

10.

Antara berikut, pilih kelebihan kepada peniaga yang menjalankan perniagaan secara usaha sama.

I Dapat berkongsi kepakaran dan modal

II Semua aset akan diserapkan dalam perniagaan baru

III Risiko perniagan dapat dikongsi bersama

IV Dapat meningkatkan pengeluaran

a)

I, II dan III

b)

I, II dan IV

c)

I, III dan IV

d)

II, III dan IV

11.

Dibawah menunjukkan Konsep Asas Perniagaan , kecuali __________.

a)

Pertukaran nilai

b)

Keuntungan perniagaan

c)

Kontrak perniagaan

d)

Jual beli

12.

Barang merupakan ..............

a)

sesuatu berbentuk fizikal

b)

sesuatu berbentuk mental

c)

sesuatu berbentuk konkrit

d)

sesuatu berbentuk abstrak

13.

Perkhidmatan merupakan ........

a)

aktiviti yang berfaedah kepada pengguna dan peniaga

b)

aktiviti yang berfaedah kepada semua orang

c)

aktiviti yang berfaedah kepada pengguna

d)

aktiviti yang berfaedah kepada penjual

14.

Antara kepentingan keuntungan kepada perniagaan ialah ,

a)

untuk menentukan saham

b)

untuk melabur

c)

mengukur tahap prestasi dan hala tuju

d)

untuk pengetahuan sahaja

15.

Pernyataan manakah benar tentang Organisasi Bukan Bermotifkan Untung (OBBU)?

a)

Didaftarkan dengan Pertubuhan Pendaftaran Malaysia (ROS)

b)

Aktiviti mengeluarkan barangan dan perkhidmatan

c)

Matlamat untuk memaksimumkan keuntungan

d)

Sumber pembiayaan daripada pemilik dan pinjaman

16.

Manakah benar tentang objektif Organisasi Bermotifkan Untung (OBU)?

a)

Menjaga kebajikan ahli

b)

Mengajak masyarakat melakukan kerja-kerja kebajikan

c)

Memenuhi keperluan dan kehendak

d)

Memberi perkhidmatan secara sukarela

17.

Antara berikut, manakah perniagaan milikan tunggal?

a)

Koperasi Melati Bersatu

b)

Firma guaman Tan dan Gon

c)

Kedai gunting rambut Yoyo

d)

Syarikat Taulan Indah Berhad

18.

Pernyataan manakah yang benar tentang sektor utama?

a)

Aktiviti pemprosesan bahan mentah

b)

Mengeksploitasi hasil sumber kekayaan bumi

c)

Dikenali juga sebagai sektor sekunder

d)

Perkhidmatan sukarela termasuk dalam sektor itu

19.

Manakah yang merupakan cabaran perniagaan bersaiz kecil?

a)

Masalah aliran tunai

b)

Sukar menyediakan latihan

c)

Peningkatan kemajuan teknologi

d)

Undang-undnag dan peraturan kerajaan

20.

Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja tetap adalah faktor penentuan saiz perniagaan

a)

Tidak

b)

Ya

c)

Tidak Pasti

d)

Meragukan

21.

Antara yang berikut yang manakah merupakan konsep asas perniagaan?

a)

Bonus

b)

Pertukaran Nilai

c)

Kebajikan ahli

22.
Manakah yang merupakan tahap pasaran antarabangsa.
a)
Skala tempatan
b)
Mars
c)
Skala zon
23.
Keuntungan sesebuah perniagaan dikira berdasarkan?
a)
Jumlah kos + Jumlah hasil
b)
Jumlah jualan - Jumlah kos
24.

Pernyataan manakah yang berkaitan dengan organisasi bermotifkan untung (OBU)

a)

Menghasilkan barang dan perkhimatan kepada pengguna untuk mendapatkan untung.

b)

Menyediakan perkhidmatan secara percuma atau sukarela.

25.
Apakah yang dimaksudkan dengan jualan pada harga kos?
a)
Penjual menjual barang melebihi harga kos sebenar.
b)
Penjual menjual barang pada harga diskaun.
26.
Akta manakah yang menguatkuasakan perjanjian yang dibuat antara penjual dengan pembeli?
a)
Akta Kontrak 1950
b)
Akta Kawalan Bekalan 1973
27.
Puan Firda menubuhkan sebuah perniagaan runcit dibantu oleh dua orang anaknya.Apakah jenis milikan perniagaan yang dipilih oleh Puan Firda?
a)
Milikan tunggal
b)
Perkongsian
28.
Antar berikut yang manakah menunjukkan perniagaan syarikat persendirian?
a)
CINDY CHONG SDN.BHD
b)
PETRONAS BERHAD
29.
Antar berikut yang manakah menunjukkan perniagaan perkongsian?
a)
Klinik Dr. Ho dan Hiew
b)
KEDAI TELEKOM ALT BHD
30.
Pentadbiran sebuah syarikat sendirian berhad dikawal dan diuruskan oleh
a)
pekerja syarikat
b)
ahli lembaga pengarah
31.
Apakah kelebihan Syarikat Awam Berhad berbanding Syarikat Sendirian Berhad?
a)
Syer bebas dijual kepada orang ramai untuk menambah modal
b)
Pemegang syer menanggung liabilitI terhad tidak terhad
32.
Antara rakan kongsi berikut yang manakah nenyumbang modal sahaja dan tidak aktif dalam aktiviti perniagaan
a)
Rakan kongsi lelap
b)
Rakan kongsi nominal
33.
. Kriteria manakah yang menentukan saiz sesuatu perniagaan.
a)
Jumlah Modal pusingan
b)
Jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja
34.
Aktiviti manakah merupakan sektor ketiga?
a)
Perkhidmatan
b)
Perternakan
35.
Aktiviti manakah merupakan sektor pertama?
a)
Perkhidmatan
b)
Perternakan
36.

Antara berikut BUKAN faktor dalaman mempengaruhi perubahan Visi, Misi dan Objektif perniagaan?

a)

sumber manusia

b)

kewangan

c)

Teknologi

37.

Antara berikut BUKAN faktor dalaman mempengaruhi perubahan Visi, Misi dan Objektif perniagaan?

a)

sumber manusia

b)

kewangan

c)

Teknologi

38.

Apakah ciri lain bagi Syarikat Sdn. Bhd.?

a)

Setiap ahli hanya mempunyai satu undi untuk memilih setiap ahli lembaga

b)

Hal ehwal kewangan syarikat perlu diumumkan kepada orang ramai

c)

Bilangan ahli di antara dua hingga lima puluh orang

d)

Liabiliti tidak terhad

39.

Apakah peranan kerajaan pusat dalam menangani isu-isu perniagaan?

a)

Menggubal undang-undang berkaitan perniagaan

b)

Menguruskan urusan berkaitan lesen perniagaan di kawasan perumahan

c)

Menguruskan urusan berkaitan cukai pintu premis perniagaan

d)

Menubuhkan perbadanan perniagaan negeri

40.

Antara yang berikut, yang manakah aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh sektor primer?

a)

Pengilangan dan pembuatan

b)

Perkhidmatan Awam

c)

Pembalakan

d)

Pembinaan