WorksheetsKuiz Peribahasa
Total questions: 20
Worksheet time: 13mins
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Bagai Bulan Dipagari Bintang"
Bulan dipagar oleh bintang
Orang yang selalu gelisah
Kecantikan seorang perempuan yang tiada bandingnya
Membesarkan diri sendiri
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Bagai Tikus Membaiki Labu"
Mahu sesuatu tidak pada tempatnya
Membaiki barang tetapi tak tahu cara, lalu menjadi lebih rosak
Mengerjakan sesuatu perkara dengan mudah
Lakukan suatu perbuatan yang salah
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi"
Orang yang beri nasihat, tetapi diri sendiri tidak membetulkan sebagai yang dinasihatkannya
Menaruh sayang kepada seseorang
Mengharapkan untuk memperoleh barang yang dikehendaki
Peribadi anak selalu dipengaruhi oleh ibu bapa dirinya
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Jangan Bermain Di Air Keruh"
Jangan ditiru perbuatan yang buruk
Tindakan yang tidak sempurna
Jangan senang percaya dengan perkataan orang
Jangan mencari perlindungan pada orang hebat yang jahat
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Air Beriak Tanda Tak Dalam"
Cakap besar di belakang-belakang sahaja
Banyak bercakap tanda tiada ilmu
Perkara yang mustahil berlaku
Retak halus yang cuma di luar saja
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Jika Ada Kemenyan Sebesar Lutut Pun, Jika Tidak Dibakar Tidak Akan Berbau"
kepandaian hendaklah diajar kepada orangg lain, kerana jika disimpan akan hilang begitu saja
Sungguhpun cara hidup seseorang itu mempunyai kesamaan, tetapi kehendak dan fikiran adalah berlainan
Hilang tempat berlindung atau bergantung
Kerana keburukan yang sedikit jadi semua kebaikan pun rosak
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Alang-alang berminyak biar licin"
Membuat kerja yang sia-sia
Dapat kesenangan dalam cara yang mudah
Digunakan apabila terdapat keperluan, selepas itu ditinggalkan
Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Jari Kudung Dimasukkan Cincin"
Meskipun telah jauh berpisah, tetapi tiada lupa pada yang ditinggalkan
Memberi sesuatu yang baik sepatutnya pada tempat yang sesuai
Membuat perkara tidak pada tempatnya
Gagal untuk dapat keuntungan
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Kecil Jangan Disangka Anak, Besar Jangan Disangka Bapa"
Pengetahuan itu bukan pasti pada orang tua-tua saja, orang muda-muda ada juga
Walaupun kecil tetapi berani
Membuat sesuatu yang melampaui batas
Dua orang yang seolah-olah rupanya
Pilih maksud yang betul bagi peribahasa berikut:
"Pipit Sama Pipit, Enggang Sama Enggang"
Tidak tahu yang mana satu dapat dipilih
Sesuatu perkara yang bagus ditengok
Pengelasan orang mematuhi pangkat dan darjat
Bersama-sama dalam membuat sesuatu kerja
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan:
"Muka pucat kerana menghidap penyakit"
Seperti ayam berak kapur
Separuh mati
Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong
Ibarat negeri berubah rasam, ibarat tahun berubah musim
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan:
"Walaupun tempat tinggal adalah jauh tetapi sentiasa diingati di hati"
Ibarat rumput yang sudah kering, ditimpa hujan segar kembali
Seperti rusa masuk kampung
Hilang di mata di hati jangan
Sirih pulang ke gagang
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan:
"Orang yang jahat boleh dilihat pada tingkah laku dan perkataannya"
Ukur mata dengan telinga
Umpama kayu lempung belum ditolak condong sendiri
Membuka pekung di dada
Ubur-ubur airnya hitam
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan:
"Tidak ada pengalaman"
Macam betung seruas
Masih berbau pupuk jerangau
Lurus akal
Laksana burung diam dalam sangkar
Pilih peribahasa yang sesuai dengan maksud yang diberikan:
"Gadis gemuk yang tidak disukai orang"
Laksana cempedak mambung, pulur saja jual tak laku
Laksana layang-layang melawan angin
Lain mangkuk lain cawan
Harap ke mulut besar cakap, kerja suatu tak boleh cekap
Nyatakan peribahasa bagi maksud yang diberikan:
"Tolong menolong di antara satu sama lain"
(a)
Nyatakan peribahasa bagi maksud yang diberikan:
"Tempat orang mudah mendapat rezeki, di situlah banyak orang berkumpul"
(a)
Nyatakan peribahasa bagi maksud yang diberikan:
"Selalu bertengkar"
(a)
Nyatakan peribahasa bagi maksud yang diberikan:
"Anak menurut baka, kelakuan dan lain-lain dari bapanya"
(a)
Nyatakan peribahasa bagi maksud yang diberikan:
"Menurut adat atau peraturan di tempat yang kita diami atau tinggal"
(a)
