Font size
WorksheetsUjian pertengahan calon komuni dan penguatan2023
Total questions: 51
Worksheet time: 33mins
1. Apakah Maksud Kredo/Credo?
A. Pengakuan Iman-yakni pernyataan mengenai suatu kepercayaan-Aku Percaya.
B. Mereka percaya kepada satu Allah
C. Tuhan itu satu tapi tiga peribadi
D. Semua jawaban di atas betul.
2. Apakah sumber Doa aku percaya dan ada berapa butir di dalamnya?
A. Bersumber dari Alkitab dan mempunyai 12 butir dengan makna masing-masing
B. Bersumber dari katikism gereja katolik dan Alkitab dan mempunyai 10 butir.
C. Daripada tradisi lisan orang dulu-dulu dan kanon gereja
D. Dibuat- buat oleh para Bishop.
3. Siapakah peribadi kedua dalam Tritunggal Maha Kudus?
A. Allah Bapa pencipta langit dan bumi
B. Yesus Kristus sebagai Allah Putra
C. Roh Kudus
D. Mana- Mana di atas adalah betul
4. Yang manakah di bawa menunjukkan kepada keboleh percayaan Alkitab?
I. Elakkan dari depositori tercemar
ii. Ketaatan terhadap Alkitab
iii. Penyebaran Alkitab ke serata dunia.
iv. Bimbingan Roh Kudus
A. i, ii, iii sahaja betul
B. i & ii sahaja
C. iii & iv
D. Semua Jawaban di atas betul.
5. Berikut adalah manuskrip-manuskrip dari sebelum Muhammad mengesahkan konsistensi alkitab, kecuali?
A. Naskah Laut Mati - Wadi Qumran – 1947
B. Codex Sinaiticus- Naskah manuskrip lengkap Perjanjian Baru yang berasal dari abad ke 4.
C. Codex Alexandrinus -Naskah Alkitab bahasa Yunani dari abad ke-5
D. Sejarah peradaban negara Barat.
6. Apakah itu Doa?
A. Berbalas pantun dengan orang –orang Kudus
B. Senarai panjang permohonan kepada Tuhan
C. Memohon rahmat dan cinta kasih daripada tuhan dan berbicara kepada tuhan.
D. Bercakap-cakap dengan Allah dan Mengarahkan hati dan fikaran kita kepada Dia.
7. Dalam Doa – Komunikasi itu haruslah meliputi 4 aspek iaitu:-
A. Jiwa , Roh, Hati & Tubuh - Yang merupakan jawaban seluruh pribadi kita Terhadap
persahabatan pribadi kita dengan Allah.
B. Tangan, kaki, Jiwa dan Badan
C. Jiwa , Roh, Hati & Tubuh - Yang merupakan jawaban separuh pribadi kita Terhadap
permusuhan kita dengan Allah.
D. Rohani, fizikal, jiwa, rasa dan perasaan.
8. Apakah kunci utama doa?
A. Kepanjangan Doa
B. Pilihan kata-kata doa yang cantik dan menarik di dengar
C. Iman & Hati – Jika hati jauh dari Allah, Doa tidak bererti/makna.
D. kelajuan semasa berdoa
9. Bilakah Yesus Bangkit dari kubur?
A. 50 hari selepas hari pentakosta
B. Pada Khamis Putih
C. Tiga hari selepas dikuburkan
D. Pada Jumaat Agung
10. Bilakah Hari Jadi gereja?
A. Hari Krismas
B. Hari Paskah
C. Hari Khamis Putih
D. Hari Pentakosta – Roh penolong dicurahkan ke atas rasul Yesus.
11. Maksud KATOLIK adalah?
A."keseluruhan". Gereja Katolik - merangkul semua orang tanpa batas maupun ekslusivitas
B. Yang memelihara kebenaran
C. Agama yang bersatu dan menyekutu
D. katolik itu hanya untuk golongan tertetu terutama yang kudus sahaja.
12. Senaraikan 4 sifat gereja:-
(a)
13. Berikut Adalah termasuk dalam 12 butir doa Aku Percaya kecuali?
A. Pengampunan Dosa, Kebangkitan Badan dan Kehidupan kekal
B. Aku Percaya pada Roh Kudus
C. Aku Percaya pada Allah Bapa
D. Percaya kepada diri sendiri dan roh –roh halus
14. Apakah maksud “INKARNASI” dalam kontex ajaran agama Kristian?
(a)
15. Berikut adalah nubuat-nubuat tentang Mesias yang telah digenapi oleh yesus, kecuali?
A. Immanuel
B. Penasihat Bijaksana, Allah yang Perkasa, Bapa yang Kekal, Raja Damai
C. Hamba yang menderita
D. Yang akan membelah Laut Merah
16. Sila Seneraikan satu contoh yang mengambarkan ketuhanan Yesus?
(a)
17. Apakah persidangan gereja yang telah mengesahkan ketuhanan Yesus dan menentang Ajaraan Bidaah?
A. Persidangan council of Nicaea, Asia Minor. (325 M)
B. Tahun 363, Konsili Laodekia, Asia Kecil.
C. Tahun 382, Konsili Roma
D. 393, Konsili Hippo; 397 dan 419, Konsili Kartago, Afrika Utara.
18.Hati adalah rumah/tempat perjanjian…Allah dengan kita bila kita berdoa..
A. Betul
B. Salah
19. 4 bentuk dasar doa adalah ……..?
A. Penyembahan, penyesalan, kesyukuran dan permohonan.
B. Penyembahan, penyesalan, ketepatan dan permohonan.
C. pengorbanan, penyesalan, kesyukuran dan permohonan.
D. Hanya A dan B betul
20. Doa boleh dinyatakan secara …?
A. Vokal sahaja
B. Mental Sahaja
C. Nanyian dan teriakan
D. Vokal - diucapkan/dinyanyikan atau Mental - Meditasi / renungan
21. Mengapakah/ apakah beza Ekaristi/ Misa Kudus dengan jenis jenis doa yang lain?
(a)
22. Berikut adalah sikap kita bila berdoa, kecuali?
A. Pertobatan hati ditekankan
B. Berdamai dan mengampuni dengan sesama-ikhlas
C. Hati yang murni dan ada kerendaha hati dihadapan Allah
D. Hati yang ragu ragu tapi kelajuan dan kekerapan lebih penting
23. Contoh doa yang sempurna….?
A. Doa Aku Percaya
B. Doa Salam Maria
C. Doa Bapa Kami
D. Doa Tobat
24. Berikut adalah antara bermacam jenis doa kecuali?
A. Ekaristi , Doa rasmi Gereja-Divine Office
B. Doa Rosary
C. Doa kerahiman
D. Semua diatas salah
25. Kesan DOA pada kita…?
i. Boleh memurnikan si pendoa yang selalu berdoa.
ii. Memperolehi kekuatan
iii. Dilindungi dari godaan, bahaya, kejahatan
iv. Tahu mana yang baik dan tidak baik-dalam membuat keputusan
A. i sahaja
B. i, ii, dan iii sahaja yang betul
C. iv salah
D. Semua di atas adalah jawabannya.
26. Bagaimana kah kita memperolehi anugerah doa?
A. Hanya dengan menanti dengan sabar
B. Dengan cuba- cuba
C. Melalui kehidupan DOA
D. Hanya A betul
27. Perintah Allah yang pertama Adalah….?
A. Peliharalah hari sabat
C. Aku adalah Tuhan Allahmu: engkau tidak mempunyai raja dan kawan yang asing di hadapan-ku.
C. Aku adalah Tuhan Allahmu: engkau tidak mempunyai Tuhan-Tuhan yang asing di hadapan-ku.
D. Hormatilah ayahmu dan ibumu
28.JANGAN MEMBUNUH adalah perintah Allah yang ke…?
A. 6
B. 8
C. 5
D. 10
29. Dosa menghutang duit dari kawan dan tidak membayarnya adalah di bawah perintah ….?
A. Jangan Membunuh
C. Jangan mencuri
B. Janganlah engkau mengingini barang jiranmu
D. Berpuasalah dan berpantanglah pada hari yang ditentukan
30. Kita juga mempunyai 5 perintah gereja. Perintah Gereja yang pertama adalah…?
A. Berpuasalah dan berpantanglah pada hari yang ditentukan
B. Sambutlah tubuh Yesus pada masa paskah.
C. Rayakan hari raya yang disamakan dengan hari minggu
D. Ikutilah perayaan ekaristi pada hari minggu dan hari raya yang diwajibkan dan janganlah
melakukan pekerjaan yang dilarang pada hari itu.
31.Berikuta adalah kebiasaan-kebiasaan yang harus kita terapkan dalam diri dan dalam keluarga Kristian kita kecuali:-
A. Berhimpun pada hari minggu untuk merayakan ekaristi, membaca kitab suci
B. Melaksanakan ibadat harian (doa gereja), berdoa bersama dalam keluarga
C. Berdoa secara peribadi, terlibat dalam pelayanan gereja,komuniti dan masyarakat.
D. Mengumpat dan menyebarkan berita yang tidak benar
32. Seneraikan 2 sebab Mengapa kita Menghadiri Misa / Ibadat sabda setiap minggu?
(a)
33.Ada berapa Bahagian dalam Misa Kudus?
A. 4 bahagian -Upacara Pembukaan,Liturgi Sabda, Liturgi Ekaristi (dalam Ibadat Sabda ini tidak
ada), Upacara Penutup
B. 5 Bahagian - Upacara Pembukaan,Liturgi Sabda, Liturgi Ekaristi (dalam misa kudus ini tidak
ada), liturgi lagu Upacara Penutup
C. 3 Bahagian - Upacara Pembukaan,Liturgi Sabda, Upacara Penutup
D. Semua di atas salah.
34. Apakah maksud menarah lonceng mengarah ke atas…?
A. Tidak mempunyai maksud apa-apa
B. Menunjukkan bahawa Tuhan itu ada di atas sahaja
C. Supaya bunyi lonceng itu kuat kedengaran
D. Suara umat di dalam Misa Kudus dibawa naik ke surga
35. Billa kita masuk ke dalam gereja kita haruslah membuat tanda salib sambil menghadap …?
A. Meja altari: Kita adalah anak-anak Tuhan menghormati Yesus yang menjemput kita ke
Perjamuan Ekaristi / Komuni Suci
B. Kerusi dan Meja
C. Menghadap Father / Sister
D. Menghadap tabernakel tempat di mana hostia Kudus di simpan atau menghadap mana mana
salib.
36. Upacara Tobat: Saya mengaku kepada Allah yang mahakuasa,dan………………………
.( Kita mahu mengakui akan dosa - dosa kita.. ..). Ini termasuk dalam bahagian mana?
A. Liturgi Sabada
B. Liturgi Ekaristi
C. Upacara Pembukaan
D. Upacara Penutup
37. Pembacaan pertama dalam Liturgi Sabda biasanya dipetik dari…?
A. Mazmur
B. Kitab Wahyu
C. Perjanjian Lama
D. Perjanjian Baru
38. Dalam Liturgi Sabda bila padri mengatakan" Inilah injil yesus kristus menurut injil… (Matius, Markus, Lukas & Yohanes). Semua umat harus lah membuat…
A. Tanda salib yang besar
B. Pura- pura tidak dengar
C. Tanda salib pada dahi , mulut dan dada mohon berkat tuhan agar memberkati minda, mulut
dan hati agar kita boleh memahami, mewartakan dan menyimpan sabda /injil di dalam hati
sambal berdoa “Di muliakanlah Tuhan”
D.Tunduk Hormat pada Padri sambil tanda salib
39. Pembacaan Injil di kemuncak Liturgi Sabda biasanya di petik dari……?
A. Dipetik dari Perjanjian Baru (Kisah Para Rasul, 13 surat Paulus, 8 surat-surat Katolik letters,
Buku Wahyu)
B. Dipetik dari Buku-buku Injil (Matius, Markus, Lukas & Yohanes).
C. Dipetik dari Buku-buku Injil (Matius, Maria, Yudas & Yohanes).
D. Injil dalam Perjanjian Lama
40. Di dalam Liturgi Ekaristi bilakah kita akan mendokan Doa Aku Percaya….?
A. Selepas doa Tobat
B. Sebelum penyambutan
C. Di antara pembacaan injil dan pembacaan pertama
D. Selepas Homili dan sebelum Doa Umat
41. Berikut adalah cara menyambut tubuh dan darah kristus yang betul?
A. Menyambut sambil lewa
B. Menyembut menggunakan tangan/mulut dengan penuh iman/ kepercayaan bahawa ia benar
benar Tubuh dan darah Tuhan Kita Yesus Kristua
C. Menyambut kerana kawan pergi menyambut
D. Ia hanyalah makanan biasa….tidak ada yang istimewa.
42.Siapakah dia 3 peribadi di dalam Tritunggal Mahakudus?
A. Bapa, Maria dan Roh Kudus
B. Allah Bapa, Allah Putra dan Allah Roh Kudus.
C. Bapa, Anak dan Mama
D. Semua di atas betul
43. Tiga peribadi dalam Tritunggal Maha Kudus yang berbeza tetapi mempunyai taraf keilahian yang sama ….?
A. Betul
B. Salah
44. Mengapakah tidak mustahil bagi Tuhan mempunyai satu kodrat ilahi dan 3 peribadi- Bapa,Putra dan Roh Kudus?
(a)
45 .Apakah maksud Alkitab?
A. Berasal dari bahsa Arab yg bermaksud “buku yang mulia/agung”.“Biblia” (Yunani & Latin)
ertinya “buku dan buku-buku.”
B. Tulisan tulisan sejarah penyelamatan tentang Tuhan dan Manusia
C. Sejarah awal bagaimana dunia diciptakan
D.Tulisan- tulisan bersejarah orang orang kudus
46. Siapakah penulis Alkitab?
A. Yesus
B. Rasul Rasul Yesus yang terawal
C. Orang orang Kudus yang suka menulis
D. Ditulis oleh berbagai-bagai pengarang
47 .Berapakah jumlah buku yang terkandung dalam seluruh Alkitab
(a)
48. Kitab taurat (Pentateukh) adalah terdiri daripada di bawa kecuali…?
A. Kejadian
B. Keluaran
C. Imamat
D. Injil
49. Bila kita membuka alkitab buku yang pertama SEKALI adalah …?
A. Injil Markus
B. Kejadian
C. Ulangan
D. Wahyu
50. Empat Injil dalam perjanjian baru adalah ….?
A. Injil Matius, Injil Markus, Injil Lukas Dan Injil Yohanes
B. Injil Matius, Injil Amos, Injil Lukas Dan Injil Moses
C. Injil Paulus ,injil Maria, Injil Barnabas dan Injil Thomas
D. Injil tiktok, Injil Face book , Injil Yohanes dan Injil Lukas
51. Apakah yang membezakan Alkitab Katolik dan alkitab Protestant?
A. Protokanonik
B. Proton sag
C. Deutrokanonika
D. Kanonika
