wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPM SET 2

Total questions: 40

Worksheet time: 20mins

Name
Class
Date
1.

Raja di Kerajaan Alam Melayu mendapat penghormatan yang tinggi daripada rakyat. Mengapakah raja mendapat penghormatan tersebut?

a)

Merupakan tonggak utama kerajaan

b)

Menjadi perantara dengan pembesar

c)

Mengelakkan pencerobohan kuasa luar

d)

Memelihara kebajikan di kawasan pegangan

2.

Pembesar Berempat di Kesultanan Melayu Melaka telah memperoleh kawasan pegangan. Bagaimanakah kawasan pegangan tersebut diperoleh?

a)

Peluasan kuasa

b)

Pengurniaan sultan

c)

Hubungan diplomatik

d)

Hubungan perdagangan

3.

Apakah DUA faktor Revolusi Keagungan tercetus di England?

a)

Menegakkan kedaulatan parlimen

b)

Menentang birokrasi Barat

c)

Menuntut kemerdekaan negara

d)

Menuntut hak asasi rakyat

4.

Apakah tuntutan yang dikemukakan oleh Jose Rizal kepada Sepanyol dalam Gerakan Propaganda di Filipina?

a)

Pemulihan sistem pemerintahan beraja

b)

Persediaan ke arah berkerajaan sendiri

c)

Pendidikan untuk mengubah nasib rakyat

d)

Persamaan hak dengan bangsa Sepanyol

5.

Apakah faktor pemangkin tercetusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914?

a)

Peluasan pengaruh Itali di Habsyah

b)

Perbezaan ideologi politik dan keagamaan

c)

Pembunuhan pewaris takhta Austria-Hungary

d)

Penubuhan negara blok baharu di Barat

6.

Pentadbiran tentera Jepun telah menggabungkan Sarawak, Sabah dan Brunei di bawah satu unit pentadbiran. Apakah gelaran bagi pentadbiran tersebut?

a)

Syonan-to

b)

Kita Boruneo

c)

Orde baharu

d)

Nippon Seishin

7.

Antara berikut, yang manakah DUA sebab British menubuhkan British Military Administration (BMA)?

a)

Memberi latihan kepimpinan

b)

Melaksanakan ekonomi kawalan

c)

Memulihkan kepercayaan rakyat

d)

Mengembalikan keamanan

8.

Persidangan Kongres Melayu Pertama telah berlangsung pada 1 hingga 4 Mac 1946 di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur. Apakah perkara yang dipersetujui daripada kongres tersebut?

a)

Penubuhan UMNO

b)

Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

c)

Pemasyhuran Kemerdekaan

d)

Pemberian kewarganegaraan

9.

Mengapakah golongan bukan Melayu melalui AMCJA menentang penubuhan Jawatankuasa Kerja?

a)

Tidak demokratik

b)

Tiada kesepakatan

c)

Tiada perundingan

d)

Tiada matlamat yang jelas

10.

Apakah ciri-ciri Rakyat Raja berdasarkan Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Golongan Raja-raja Melayu

b)

Waris Kesultanan Melayu Melaka

c)

Rakyat biasa yang mendapat perkenan raja

d)

Orang Melayu dan orang Asli yang lahir di negeri Melayu

11.

Mengapakah Undang-Undang Darurat dikuatkuasakan ke seluruh Tanah Melayu pada 18 Jun 1948?

a)

Melakukan penjajahan baharu

b)

Menghapuskan pengaruh Jepun

c)

Membanteras ancaman komunis

d)

Menangkap kumpulan antiBritish

12.

Apakah kebaikan penggunaan kad pengenalan semasa Zaman Darurat?

a)

Mengeratkan perpaduan antara kaum

b)

Meningkatkan pertambahan penduduk

c)

Membezakan orang awam dengan komunis

d)

Memudahkan urusan dengan pihak kerajaan

13.

Apakah isu yang berjaya diselesaikan oleh CLC yang melibatkan isu pertikaian antara kaum di Tanah Melayu?

a)

Keistimewaan semua kaum

b)

Kemajuan sektor perdagangan

c)

Kedudukan ekonomi kaum lain

d)

Kewarganegaraan bukan Melayu

14.

Pakatan PUTERA-AMCJA telah melahirkan Manifesto Perlembagaan Rakyat. Apakah kandungan manifesto tersebut?

a)

Penambahan anggota portfolio

b)

Pengamalan sistem demokrasi

c)

Penubuhan perkhidmatan awam

d)

Penerimaan satu kewarganegaraan

15.

Antara berikut, yang manakah DUA peranan Jawatankuasa Pilihan Raya?

a)

Memilih calon pilihan raya

b)

Memantau kawasan pilihan raya

c)

Mengkaji pengurusan pilihan raya

d)

Membuat cadangan proses pilihan raya

16.

Bagaimanakah kuasa Pesuruhjaya Tinggi dikurangkan selepas pelantikan kabinet pertama?

a)

Melalui Majlis Raja-Raja

b)

Membatalkan kuasa veto

c)

Penguatkuasaan Parlimen Malaya

d)

Permohonan kepada Ratu England

17.

Mengapakah Perjanjian Pertahanan dan Bantuan Bersama dipersetujui antara British dengan perwakilan Persekutuan Tanah Melayu di London?

a)

Menamatkan ancaman komunis

b)

Memberikan bantuan pertahanan

c)

Mengukuhkan kuasa pentadbiran

d)

Menganjurkan latihan ketenteraan

18.

Apakah tuntutan Raja-raja Melayu dalam memorandum bertulis kepada Suruhanjaya Reid?

a)

Mengetuai hal ehwal agama Islam

b)

Menubuhkan Majlis Raja-raja Melayu

c)

Melindungi kedudukan istimewa orang Melayu

d)

Menyatukan semua negeri-negeri Melayu

19.

Mengapakah kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Persediaan Fizikal sebagai persediaan sambutan pemasyhuran kemerdekaan negara?

a)

Menyebarkan risalah kepada penduduk

b)

Menyediakan pelbagai kemudahan asas

c)

Menerima cadangan atur cara sambutan

d)

Mewujudkan identiti negara yang merdeka

20.

Apakah yang dimainkan pada setiap kali ketibaan para pembesar negara semasa upacara sambutan kemerdekaan kali pertama?

a)

Nafiri

b)

Nobat

c)

Gamelan

d)

Rebana ubi

21.

Apakah maksud sovereignty berhubung dengan takrif kedaulatan dalam bahasa Inggeris?

a)

Negara berkuasa penuh dalam pentadbiran

b)

Negara bersatu menentang penceroboh luar

c)

Negara berhak menentukan sempadan negeri

d)

Negara yang bebas dan merdeka

22.

Mengapakah rakyat perlu menghormati lambang-lambang negara?

a)

Membina sahsiah dan keperibadian mulia

b)

Memupuk perasaan cinta akan negara

c)

Membentuk perpaduan rakyat berbilang kaum

d)

Mengekalkan amalan sistem demokrasi

23.

Apakah peranan Gabenor dalam Majlis Undangan Sabah?

a)

Menetapkan dasar negeri

b)

Memajukan ekonomi negeri

c)

Menggubal undang-undang

d)

Menubuhkan jabatan-jabatan

24.

Mengapakah perlembagaan negara mengalami pindaan pada tahun 1963 dan 1965?

a)

Menyesuaikan peruntukan negeri baharu

b)

Mengikut perubahan politik semasa

c)

Memenuhi permintaan daripada rakyat

d)

Mengelakkan campur tangan kuasa luar

25.

Apakah perkara yang dibincangkan oleh Durbar dengan pihak British semasa persidangan Raja-raja Melayu diadakan?

a)

Pilihan raya negeri

b)

Undang-undang Islam

c)

Hal ehwal pentadbiran

d)

Kerakyatan yang sama

26.

Bagaimanakah keahlian Dewan Rakyat dipilih?

a)

Diperkenan oleh Majlis Raja-Raja

b)

Dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

c)

Diluluskan oleh Perlembagaan Persekutuan

d)

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong

27.

Malaysia adalah sebuah negara Persekutuan. Apakah maksud Persekutuan?

a)

Pemerintahan secara demokrasi

b)

Penyatuan beberapa buah negeri

c)

Pembentukan Kabinet Pertama

d)

Pentadbiran oleh Jemaah Menteri

28.

Apakah sumbangan Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan dalam usaha membantu pembangunan sosioekonomi negara?

a)

Memberi modal

b)

Membuka agensi

c)

Menyediakan tanah

29.

Mengapakah Barisan Sosialis Singapura menentang cadangan pembentukan Malaysia?

a)

Penjajahan bentuk baharu

b)

Percubaan mengeksploitasi sumber ekonomi

c)

Pakatan meluaskan pengaruh politik

d)

Perkongsian kuasa antara negeri

30.

Apakah aspek utama yang dibincangkan dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)?

a)

Pembentukan ke arah kerjasama pelbagai parti politik

b)

Penyelesaian pertikaian antara Malaysia dan Indonesia

c)

Menghalang Singapura dan Brunei keluar dari Malaysia

d)

Memberi jaminan hak dan kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah

31.

Stephen Kalong Ningkan kembali menjadi Ketua Menteri Sarawak pada bulan September 1966. Bagaimanakah reaksi ahli Council Negri terhadap pelantikan tersebut?

a)

Memberi sokongan yang baik

b)

Mengadakan demonstrasi secara aman

c)

Melaksanakan undi tidak percaya

d)

Mengugut supaya meletakkan jawatan

32.

Mengapakah semua berita daripada pihak media massa ditapis semasa pengisytiharan darurat ekoran Tragedi 13 Mei 1969?

a)

Memastikan kesahihannya

b)

Melindungi petugas media

c)

Menghalang pengaruh luar

d)

Mengurangkan ketegangan

33.

Bagaimanakah kerajaan mewujudkan integrasi antara negeri selepas peristiwa 13 Mei 1969?

a)

Membuka petempatan khas

b)

Mengurangkan kemasukan imigran

c)

Memperluas kawasan pertanian

d)

Menyelaraskan perkhidmatan awam

34.

Apakah matlamat utama pembentukan Dasar Kebudayaan Kebangsaan?

a)

Meningkatkan ekonomi melalui pelancongan

b)

Mengukuhkan kerjasama antara kaum

c)

Memelihara keperibadian kebangsaan

d)

Mempelbagaikan aktiviti kemasyarakatan

35.

Antara berikut, yang manakah DUA tindakan FELDA membantu penduduk luar bandar?

a)

Membuka sektor perniagaan dan perdagangan

b)

Membangunkan kemudahan asas seperti koperasi

c)

Memberi tanah seluas 10 ekar untuk diusahakan

d)

Mengesan pelaksanaan rancangan pembangunan

36.

Mengapakah kawasan perindustrian baharu seperti Taman Teknologi Perindustrian dibuka?

a)

Menjalankan kajian terhadap dasar perindustrian negara

b)

Menjadi pusat penyelidikan dan pembangunan industri

c)

Menjadi pusat penyelarasan pembangunan perindustrian

d)

Merupakan kaedah pengesanan pencapaian industri negara

37.

Mengapakah keperluan nasional menjadi asas penggubalan dasar luar negara?

a)

Menjaga kedaulatan negara

b)

Menghindari perbalahan etnik

c)

Memperkuat pertahanan negara

d)

Meluaskan kegiatan perdagangan

38.

ASEAN telah mewujudkan kerjasama dalam bidang kebudayaan. Bagaimanakah kerjasama tersebut dilaksanakan?

a)

Pertukaran pelajar antara negara anggota

b)

Pengisytiharan Tahun Melawat ASEAN

c)

Pembinaan Pusat Kebudayaan ASEAN

d)

Penubuhan Tabung Kebudayaan ASEAN

39.

Kawasan manakah yang terlibat dalam isu tuntutan sempadan antara Malaysia dan Singapura?

a)

Ligitan

b)

Pulau Sipadan

c)

Pulau Batu Putih

d)

Kepulauan Spratly

40.

Agenda 21 merupakan satu dokumen umum yang penting dalam perihal alam sekitar. Apakah kandungan dokumen tersebut?

a)

Pemuliharaan alam sekitar

b)

Pelan industri pelancongan

c)

Pengurusan aktiviti manusia

d)

Pengawalan ekosistem dunia