NEW
Font size
WorksheetsKuiz Alkitab Edisi Ke-22 Kitab Hakim-Hakim Bab 13-21
Total questions: 25
Worksheet time: 13mins
Siapakah nama orang Zora keturunan Dan yang dipilih Tuhan untuk membebaskan orang Israel dari tangan orang Filistin?
a. Manoah
b. Mikel
c. Manasey
Akibat daripada ketidaktaatan orang Israel kepada Tuhan mereka telah diserahkan kepada orang Filistin selama 40 tahun. Adakah pernyataan ini benar?
a. Benar
b. Salah
Ketika malaikat Tuhan datang menemui isteri Manoah apakah pesan malaikat kepada dia.
I Tidak boleh memakan daging babi
II Tidak boleh minum anggur
III Tidak boleh minum minuman yang memabukkan
a. I dan II
b. II dan III
c. I dan III
Siapakah nama anak Manoah?
a. Samuel
b. Simon
c. Simson
Apakah peristiwa yang telah berlaku di Timna?
a. Simson telah mengalahkan seekor singa
b. Simson telah mengalahkan seekor harimau
c. Simson telah mengalahkan seekor badak sumbu
Ketika Simson mengunjungi isterinya apakah haiwan yang dibawanya?
a. Seekor anak domba
b. Seekor anak kambing
c. Seekor anak merpati
Simson memiliki kekuatan yang luarbiasa namun dia memiliki kelemahan. Apakah kelemahannya?
a. Misainya terkena pisau cukur
b. Janggutnya terkena pisau cukur
c. Rambutnya terkena pisau cukur
Berapakah jumlah anjing hutan yang telah ditangkap oleh Simson?
a. dua ratus ekor
b. tiga ratus ekor
c. empat ratus ekor
Simson telah mengikat ekor anjing hutan yang ditangkapnya secara berdua-dua dan mengikat sebuah suluh. Apakah tanaman orang Filistin yang terbakar oleh anjing hutan yang diikat suluh?
a. Tanaman padi
b. Tanaman Jagung
c. Tanaman gandum
Selepas orang Filistin datang ke wilayah Yehuda dan berkhemah di situ. Apakah nama kota yang telah diserang oleh mereka?
a. Kota Yerusalem
b. Kota Lehi
c. Kota Betania
Siapakah nama wanita Filistin yang telah menyebabkan Simson jatuh hati?
a. Deborah
b. Delaila
c. Delila
Berapakah jumlah wang yang telah diberikan kepada Delila sehingga dia mengkhianati Simson?
a. seribu seratus wang perak
b. seribu dua ratus wang perak
c. seribu tiga ratus wang perak
Berapa kalikah Simson telah mempermain-mainkan Delila dengan memberi maklumat yang salah tentang kelemahannya?
a. dua kali
b. tiga kali
c. empat kali
Di manakah Simson diikat setelah dia tangkap oleh orang-orang Filistin?
a. di tiang-tiang
b. di dinding istana
c. di tembok kota
Kekuatan sebenar Simson terletak pada rambutnya yang panjang. Adakah pernyataan ini benar?
a. Benar
b. Salah
Berapakah ramai orang Filistin yang melihat Simson ketika dia dituntun keluar dari penjara oleh seorang anak?
a. tiga ribu orang
b. lima ribu orang
c. tujuh ribu orang
Manakah tiang yang telah dirangkul oleh Simson sehingga menyebabkan bangunan tersebut runtuh dan membunuh semua yang hadir di situ?
a. tiang seri
b. tiang tengah
c. tiang tepi
Di manakah jenazah Simson telah dikebumikan ?
a. Zora-Esytaol
b. Zora-Yehuda
c. Zora-Timna
Berapakah jumlah jalinan rambut yang terikat di kepala Simson?
a. tiga jalinan
b. lima jalinan
c. tujuh jalinan
Selepas ditangkap oleh orang Filistin di manakah dia telah dibawa?
a. Gaza
b. Timna
c. Zora
Apakah maksud nama Manoah?
a. rehat/diam
b. rehat/tidur
c. rehat/mati
Apakah maksud nama Simson?
a. lelaki matahari
b. lelaki bulan
c. lelaki bintang
Berapakah jumlah orang Israel yang dibunuh oleh tentera Benyamin di Kota Gibea?
a. 20 000
b. 21 000
c. 22 000
Apakah maksud nama Benyamin?
a. anak yang dikasihi
b. anak yang hilang
c. anak yang manja
Di manakah orang-orang Israel telah bersumpah kepada Tuhan?
a. Yabesh-Gilead
b. Betel
c. Mizpa
