Font size
WorksheetsPengajian Am 1 2022 (INTELEK 1)
Total questions: 50
Worksheet time: 25mins
Yang manakah yang menjadikan Malaysia Negara Berdaulat?
(ada 2 pilihan jawapan)
Penduduk yang berbilang kaum
Parti politik yang memimpin negara
Keupayaan mengawal hal ehwal luar negara
Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kestabilan negara
Yang manakah peristiwa yang menyebabkan seorang wakil rakyat mengambil tindakan meletak jawatan?
Dipenjara melebihi 2 tahun
Dituduh terlibat dalam perakuan rasuah
Hilang kepercayaan daripada Perdana Menteri
Rakan-rakan parlimen tidak menyokong beliau
Yang manakah pindaan Perlembagaan Persekutuan yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja?
Jemaah Menteri
Bahasa Kebangsaan
Keanggotaan Parlimen
Bahagian Pilihan Raya Persekutuan
Yang manakah yang menunjukkan Malaysia ialah sebuah negara berdaulat?
(ada 2 pilihan jawapan)
Sistem pentadbiran yang telus
Bebas daripada pegaruh dan tekanan kuasa asing
Identiti kebangsaan yang berteraskan Rukun Negara
Kepimpinan negara yang berwawasan dan berkarisma
Dewan Undangan Negeri dikira tempoh genap usianya selama lima tahun dari tarikh
writ pilihan raya dikeluarkan
keputusan pilihan raya diwartakan
persidangan pertama Dewan Undangan Negeri
Menteri Besar atau Ketua Menteri mengangkat sumpah
Yang manakah penyataan yang menunjukkan Malaysia sebuah negara yang berdaulat?
Penduduk mempunyai jati diri yang tinggi
Negara diiktiraf oleh komuniti antarabangsa
Kuasa politik berdasarkan tolak ansur pelbagai unsur
Ekonomi negara dikongsi bersama oleh pelbagai kaum
Yang manakah pernyataan yang menepati konsep ketertinggian Perlembagaan Persekutuan?
Perlembagaan tidak boleh dipinda
Parlimen berkuasa mentafsir peruntukan perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan menjadi punca semua jenis undang-undang.
Mahkamah tidak berkuasa untuk membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak mengikut budi bicara dalam pelantikan jawatan?
Peguam Negara
Perdana Menteri
Ahli Suruhanjaya
Ketua Hakim Negara
Yang manakah fungsi SuruhanJaya Pilihan Raya?
Membuat Kajian dan persempadanan kawasan pilihan raya
Mengawal keselamatan dalam tempoh pilihan raya
Meluluskan pensempadanan kawasan pilihan raya
Mengadili petisyen pilihan raya
Yang manakah ciri Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat?
Perkhidmatan kerajaan yang sistematik
Pentadbiran berlandaskan Perlembagaan
Pemimpin yang berjiwa rakyat
Penduduk yang berbilang kaum
Yang manakah kepentingan pembentukan Malaysia kepada negeri Sabah dan Sarawak?
Mengurangkan perbelanjaan pentadbiran
Menyeragamkan pentadbiran
Menamatkan pertelingkahan kaum
Mempercepatkan kemerdekaan
Antara yang berikut, yang manakah mencerminkan keistimewaan seorang Ahli Dewan Rakyat?
l. Ahli Dewan Rakyat sahaja yang boleh dipilih untuk mengangotai Kabinet
ll. Ahli Dewan Rakyat sahaja yang berhak untuk melantik menjadi Perdana Menteri
lll. Ahli Dewan Rakyat sahaja yang mempunyai kata pemutus terhadap Rang Undang-Undang kewangan
lV. Ahli Dewan Rakyat sahaja tidak boleh didakwa atas apa-apa yang dikatakan semasa prosiding di dalam Parlimen
l dan ll
l dan IV
ll dan lll
lll dan lV
Seorang Menteri Besar yang baharu boleh dilantik tanpa perlu membubarkan Dewan Undangan Negeri dengan syarat
Seorang wakil rakyat itu mempunyai sifat kepimpinan dan keperibadian yang boleh dicontohi
Seorang wakil rakyat itu telah menawarkan dirinya kepada kepada Ketua Negeri untuk dilantik menjadi Menteri Besar yang baharu
Seorang wakil rakyat menasihati Ketua Negeri untuk melantik mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar yang baharu
Seorang wakil rakyat itu pada hemat Ketua Negeri mendapat kepercayaan sebilangan besar Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang manakah antara berikut merupakan fungsi Majlis Raja-Raja?
Memberi pengampunan kepada Raja sesebuah negeri
Memperkenan upacara agama dalam Persekutuan
Memilih Yang di-Pertua Negeri
Memberi dasar-dasar pentadbiran negara
Yang manakah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan?
Kebudayaan dan sukan
Keselamatan dalam negeri
Kutu rayau dan penjaja beredar
Kesihatan awam dan pencegahan penyakit
Yang manakah merupakan bidang kuasa Dewan Negara terhadap Rang Undang-Undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakvat?
Menolak sesuatu Rang Undang-Undang untuk dibahaskan
Mewartakan sesuatu Rang Undang-Undang yang telah dibahaskan sebagai Warta Kerajaan
Mengesahkan sesuatu Rang Undang-Undang yang telah diluluskan
Menangguhkan kelulusan sesuatu Rang Undang-Undang
Antara berikut, yang manakah merupakan perkara yang perlu dirujuk terlebih dahulu oleh Kerajaan Tempatan kepada Kerajaan Negeri sebelum dilaksanakan?
l. Melantik ahli-ahli majlis dalam organisasi Kerajaan Tempatan.
ll. Mengeluarkan lesen terhadap premis-premis perdagangan atau perniagaan.
lll. Memperkenalkan dasar-dasar baharu yang akan dilaksanakan oleh Kerajaan Tempatan.
lV. Menentukan jumlah nilai kutipan cukai yang perlu dikenakan kepada penduduk di sesebuah Kerajaan Tempatan.
lll dan lV
l dan ll
l dan lll
ll dan lV
Apakah inisiatif kerajaan dalam menyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi mencapai status negara berpendapatan tinggi?
Memantapkan semua agensi pusat dan negeri.
Memperkasakan pendidikan teknik dan vokasional.
Meningkatkan bayaran bonus kepada penjawat awam.
Menyatukan program latihan dan kemahiran bagi sektor awam dan swasta.
Yang manakah merupakan hasil Kerajaan Persekutuan
Cukai taksiran
Cukai petroleum
Cukai tanah
Cukai perlombongan
Yang manakah prinsip tadbir urus yang baik
Beretika
Ketelusan
Pematuhan
Amanah
Nyatakan dua ciri-ciri prinsip tadbir urus baik.
Efektif dan ketelusan
Pematuhan dan prestasi
Prestasi dan daya saing
Efisien dan fleksibiliti
Padanan berikut adalah benar berkaitan prinsip tadbir urus baik kecuali...
Efektif dan efisien ~ Memastikan sistem penyampaian adalah sistematik
Ketelusan ~ Menitikberatkan perkongsian maklumat yang telus
Akauntabiliti dan integriti ~ Memberi penjelasan dalam setiap tindakan
Integriti ~ Berintegriti dalam melaksanakan tugas
Padanan berikut adalah benar berkaitan prinsip tadbir urus baik kecuali...
Efektif dan efisien ~ Memastikan sistem penyampaian adalah sistematik
Ketelusan ~ Menitikberatkan perkongsian maklumat yang telus
Akauntabiliti dan integriti ~ Memberi penjelasan dalam setiap tindakan
Integriti ~ Berintegriti dalam melaksanakan tugas
Berikut merupakan cara-cara daya saing diukur kecuali...
Prestasi ekonomi
Kecekapan kerajaan
Pemantauan prestasi
Kemudahan infrastruktur
Apakah kebaikan teknologi maklumat dan komunikasi (TMK)?
Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif
Mewujudkan pengurusan maklumat yang kreatif
Penggunaan ICT dalam penyampaian perkhidmatan
Membangunkan modal insan
Berikut merupakan kesan sekiranya sistem penyampaian awam lemah kecuali...
Usaha pembangunan negeri terjejas
Tekanan dan banyak aduan dalam komuniti
Meningkatkan kos operasi yang mahal
Membangunkan budaya kerja berkualiti
Sekiranya pekerja menerima gaji yang rendah, apakah kesan terhadap pekerja tersebut?
Kurang motivasi dan menjejaskan prestasi kerja
Menjalankan tugas dengan lebih efisien
Pengeluaran terhad
Ketidakstabilan politik
Dalam meniti era globalisasi, pasti ada cabaran dalam beberapa aspek, antaranya ialah
Kedaulatan negara terjejas
Sistem pendidikan akan terus berkembang maju dengan adanya jaringan internet
Fungsi pengurusan negara berdaya saing
Mudah mendapat pengiktirafan antarabangsa
Apakah antara aspek yang dilihat dalam sistem penyampaian awam?
Pemantapan sistem dan prosedur kerja
Prestasi ekonomi
Kecekapan kerajaan
Kemudahan infrastruktur
Lambat atasi masalah yang timbul merupakan kesan daripada...
Kurang motivasi
Teknologi rendah
Sistem penyampaian awam yang lemah
Kegawatan ekonomi dalam dan luar negara
Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dilantik oleh ....
YDPA
Timbalan Menteri
Perdana Menteri
Hakim
Berapakah umur yang layak untuk mengundi?
25
30
17
18
Antara berikut, faktor yang manakah TIDAK berkaitan dengan keputusan untuk mengadakan semula pilihan raya?
Sogokan, peras ugut atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya.
Perbuatan rasuah
Ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihanraya oleh mana-mana pihak.
Cuaca yang tidak mengizinkan semasa pilihanraya berlangsung.
Berikut beberapa orang yang dibenarkan berada semasa proses pengiraan undi dijalankan , KECUALI...
Ahli dan pegawai SPR
Calon, wakil dan ejen mengira undi yang dilantik.
Pegawai yang dilantik SPR
Sanak saudara calon
Kempen pilihanraya melibatkan seperti berikut KECUALI ....
Borang kempen
Pengedaran risalah dan surat
Ceramah tertutup dan ceramah umum
Poster dan kempen dari rumah ke rumah
Bagi negara yang mengamalkan demokrasi, kerajaan dibentuk berdasarkan
Kemenangan majoriti dalam pilihanraya
Sokongan rakyat
Pemilihan daripada pihak SPR
Pemilihan YDPA
calon yang memenangi kerusi Parlimen akan dipilih menjadi ahli
Dewan Undangan Negeri
Dewan Negara
Dewan Rakyat
Yang dipertua Dewan Rakyat
Yang manakah BETUL tentang Ahli SPR
Dilantik oleh YDPA tanpa pengaruh mana- mana pihak
Merupakan dalam kalangan pegawai kerajaan
Bersifat Natural
Berkuasa dalam proses pilihanraya
Yang manakah fungsi Suruhanjaya Pilihan Raya?
Mendengar petisyen pilihan raya
Menyemak sempadan pilihan raya
Meminda undang-undang pilihan raya
Mendakwa calon yang melanggar peraturan pilihan raya
Yang manakah pengundi yang berhak untuk mengundi sebagai pengundi pos
Pegawai pilihan raya yang menjalankan tugas pada hari mengundi
Pegawai perkhidmatan awam yang bekerja pada hari mengundi
Pesalah yang menjalani hukuman penjara pada hari mengundi
Pasakit yang terlantar di hospital pada hari mengundi
Yang manakah yang benar tentang anggota Suruhanjaya Pilihan Raya?
Lantikannya oleh Perdana Menteri
Saraannya di bawah peruntukan Parlimen
Pemecatannya dibuat oleh Jemaah Menteri
Terma jawatannya ditentukan oleh Ketua Setiausaha Negara
Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan mengandungi:
• Senarai Persekutuan
• Senarai Negeri
• Senarai Bersama
Perkara di atas merujuk kepada struktur pentadbiran yang berdasarkan
penurunan kuasa
pemusatan kuasa
pengasingan kuasa
pembahagian kuasa
Yang manakah tugas badan kehakiman?
Meluluskan undang-undang negara
Menggubal undang-undang negara
Melaksanakan undang-undang negara
Menentukan kesahan undang-undang negara
Yang manakah ciri konsep asas sebuah negara?
I. Raja yang berdaulat
II. Penduduk yang tetap
III. Sistem ekonomi yang kukuh
IV. Sistem kerajaan yang teratur
I dan II
I dan III
II dan IV
III dan IV
Yang manakah pernyataan yang merujuk kepada kebebasan diri menurut Perlembagaan Persekutuan
Semua orang dilayan sama rata di sisi undang-undang negara
Seseorang yang ditangkap perlu diberitahu sebab-sebab ia ditangkap
Setiap warganegara Malaysia bebas bergerak ke seluruh Persekutuan
Setiap individu yang dibebaskan daripada kesalahan tidak boleh dibicarakan semula
Elemen penting dalam sistem pemerintahan di Malaysia
Demokrasi Berparlimen
Sultan/NYDP
Ketua Negara
Perdana Menteri
Ketua Negara ialah
Yang di Pertuan Negeri
Perdana Menteri
Yang Di Pertuan Agong
Menteri Besar
