wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Implikasi dan Cabaran Akta Pendidikan 1996

Total questions: 15

Worksheet time: 8mins

Name
Class
Date
1.

Pernyataan yang manakah yang benar mengenai Kurikulum Kebangsaan ? :

i) Ditubuhkan bagi menampung bilangan pelajar layak menyambung pelajaran yang semakin bertambah.

ii) Membantu memperkembangkan potensi murid dan melahirkan insan yang sempurna

iii) Melahirkan individu yang terkawal, berpengetahuan, beretika, berakhlak, menghormati dan menyayangi negara.

iv) Membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri, keluarga dan masyarakat dan negara

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

2.

"Ditubuhkan bagi menampung bilangan layak menyambung pelajaran yang semakin bertambah. Kurangkan aliran wang keluar"

Pernyataan tersebut merujuk kepada kesan ...

a)

Pendidikan lebih terkawal

b)

Pendidikan swasta

c)

Kurikulum Kebangsaan

d)

Pendidikan teknik dipertingkat

3.

PERMATA, KEMAS , PASTI

Pusat pendidikan tersebut merupakan contoh kepada...

a)

Pendidikan prasekolah/ awal kanak-kanak

b)

Pendidikan teknik dipertingkat

c)

Pendidikan khas ditumpukan

d)

Kurikulum kebangsaan

4.

Pernyataan dibawah adalah benar mengenai Pendidikan teknik dipertingkat kecuali

i) Membantu tingkatkan potensi diri keyakinan diri, kemahiran diri dan keupayaan berdikari

ii) Mengadakan program berkembar kursus peringkat diploma dan ijazah dengan institusi-institusi pendidikan tinggi sama ada dalam dan luar negara.

iii)Cenderung kepada pendidikan sains dan teknologi bagi memenuhi tenaga kerja dalam industri.

iv) Membantu memperkembangkan potensi murid dan melahirkan insan yang sempurna

a)

i sahaja

b)

i dan ii

c)

iii dan iv

d)

i dan iv

5.

"Membantu mengeratkan hubungan dan komunikasi antara kaum Melayu, Cina, India dan bumiputra lain"

pernyataan ini merujuk kepada kesan ...

a)

Kurikulum kebangsaan

b)

Pendidikan lebih terawal

c)

Pendidikan prasekolah/ awal kanak-kanak

d)

Pendidikan khas ditumpukan

6.

Antara pernyataan yang berikut yang manakah benar bagi mengatasi isu 'Pendidikan Suatu Perniagaan' :

i) Kawalan yuran di institusi pendidikan swasta

ii) Perluaskan pendidikan percuma

iii) Mengurangkan penghantaran pelajar keluar negara

iv) Bangunkan wakaf pendidikan

a)

i dan ii

b)

i,ii dan iii

c)

i,ii dan iv

d)

ii,iii dan iv

7.

Berikut merupakan pernyataan bagi kesan negatif dari aspek Penswastaan Pendidikan kecuali...

a)

Standard kurikulum tidak sama

b)

Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda telah meminggirkan martabat bahasa kebangsaan

c)

Taraf pendidikan yang berbeza dan menduduki jenis peperiksaan berbeza

d)

Pendidikan bukan sepenuhnya di bawah kerajaan kecuali sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan

8.

Apakah langkah bagi mengatasi isu Pengangguran kesan daripada Akta Pendidikan 1996?

a)

Perluaskan peranan kerajaan dan majikan membangunkan pendidikan percuma

b)

Mengembangkan ekonomi Malaysia

c)

Bangunkan wakaf pendidikan

d)

Memperbanyakkan program pendidikan kursus pragraduan

9.

Berikut merupakan pernyataan mengenai isu Brain Drian kecuali :

i) Sekolah antarabangsa & sekolah ekspatriat mengekalkan penggunaan bahasa asing di Malaysia

ii) Penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa ibunda telah meminggirkan martabat bahasa kebangsaan

iii) Penghijrahan rakyat yang berpendidikan tinggi, berbakat dan berkemahiran kerana kekurangan kerja, tawaran gaji yang menarik dan suasana kerja yang lebih baik

iv) Malaysia kehilangan tenaga kerja mahir

a)

i dan ii

b)

ii dan iii

c)

ii dan iv

d)

iii dan iv

10.

Berikut merupakan langkah mengatasi isu Brain Drain kecuali...

a)

Perkenalkan subjek silang budaya

b)

Mengurangkan penghantaran pelajar keluar negara

c)

Mengembangkan ekonomi Malaysia

d)

Menyediakan peluang pekerjaan yang sesuai

11.

Pernyataan yang manakah benar bagi mengatasi Cabaran Pengurusan Sumber Manusia?

a)

Rakyat masih mengharapkan pendidikan sebagai alat untuk mendapatkan pekerjaan dan jawatan

b)

Tekanan belajar atau stress daripada para belia dalam belajar menjadi isu utama

c)

Masih menghantar pelajar-pelajar keluar negara

d)

Bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa rasmi dalam urusan pentadbiran

12.

Berikut merupakan langkah mengatasi Cabaran Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia kecuali...

a)

Wajibkan merujuk DBP dalam urusan istilah yang tepat

b)

Menyemak dan menggubal kurikulum/program

c)

Paksikan kepada keunikan masyarakat dan ekonomi Malaysia

d)

Memaksimakan kepakaran rakyat Malaysia

13.

"Graduan dihinggapi penyakit 'diploma desease"

Pernyataan berikut merujuk kepada cabaran...

a)

Isu Perpaduan Kaum

b)

Sumber Kewangan

c)

Perubahan Minda Rakyat Malaysia

d)

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia

14.

Berikut merupakan langkah mengatasi Cabaran Isu Perpaduan Kaum kecuali...

a)

Perkenalkan kurikulum keinsanan

b)

Menerapkan mata peajaran pelbagai budaya

c)

Hapuskan monopoli sesuatu kaum

d)

Memaksimakan kepakaran rakyat Malaysia

15.

Penekanan daam aspek pembinaan insan melalui penerapan nilai murni dan pemahaman konsep keagamaan dalam diri generasi muda supaya mencapai matlamat

Pernyataan berikut merujuk kepada langkah mengatasi cabaran ...

a)

Isu Perpaduan Kaum

b)

Pengurusan Sumber Manusia

c)

Perubahan Minda Rakyat

d)

Menjadikan Malaysia Pusat Kecemerlangan Pendidikan Bertaraf Dunia