Wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

SEJARAH SPMC JOHOR (KOTA TINGGI) 2022

Total questions: 40

Worksheet time: 40mins

Name
Class
Date
1.

Senarai berikut berkaitan ciri negara bangsa Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

·         Nobat

·         Regalia

·         Cap mohor

Apakah ciri tersebut?

a)

Lambang kebesaran

b)

Undang-undang

c)

Kedaulatan

d)

Kerajaan

2.

Rajah berikut berkaitan pembahagian masyarakat kerajaan Kesultanan Melayu Melaka.

Apakah peranan X?

a)

Mewujudkan perpaduan

b)

Menjaga kebajikan

c)

Menjadi perantara

d)

Menyumbang tenaga kerja

3.

Semangat nasionalisme awal di Filipina digerakkan oleh golongan berpendidikan seperti Jose Rizal.

Bagaimanakah golongan ini menentang penjajah Sepanyol?

a)

Melancarkan gerakan propaganda

b)

Mengamalkan dasar kekerasan

c)

Mengambil alih pentadbiran

d)

Melaksanakan perang gerila

4.

Gambar berikut merupakan institusi pendidikan terkenal di negara kita iaitu Maktab Melayu Kuala Kangsar.

Mengapakah institusi tersebut ditubuhkan?

a)

Memperjuangkan agama

b)

Melatih pentadbir kerajaan

c)

Melindungi kaum bumiputera

d)

Merangsang perkembangan budaya

5.

Kuasa imperialis Barat saling bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan menjelang Perang Dunia Pertama.

Apakah punca persaingan tersebut?

a)

Menyebarkan agama

b)

Mendapatkan bahan mentah

c)

Mengembangkan idea politik

d)

Menguji kekuatan tentera

6.

Maklumat berikut berkaitan dengan dasar ekonomi Jepun ketika memerintah negara kita.

·         Rancangan Pengeluaran Lima Tahun

·         Pembangunan industri tempatan

Apakah sebab dasar tersebut diperkenalkan?

a)

Kemelesetan ekonomi

b)

Keperluan eksport negara

c)

Kehendak maharaja Jepun

d)

Keinginan menjadi negara maju

7.

Gambar menunjukkan tentera Jepun menyerahkan pentadbiran Tanah Melayu kepada British Military Administration (BMA).

Bagaimanakah BMA mengembalikan keamanan Tanah Melayu?

I          Membubarkan MPAJA

II         Membanteras kegiatan jenayah

III        Mengampunkan anggota komunis

IV        Menyerang saki baki tentera Jepun

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

8.

Orang Melayu menentang Malayan Union dengan mengganggap Malayan Union sebagai "Hari Kematian".

Bagaimanakah mereka menunjukkan penentangan tersebut?

a)

Memakai songkok lilitan putih

b)

Meniupkan semangat jihad

c)

Memboikot kuasa Barat

d)

Mengangkat senjata

9.

Pernyataan berikut berkaitan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu 1948.

Pegawai Tinggi British seperti Sir Edward Gent dan Malcolm MacDonald menyokong konsep persekutuan yang diperkenalkan di Tanah Melayu.

Apakah faktor sokongan tersebut?

a)

Memperkenalkan jawatan Yang di-Pertuan Agong

b)

Memberi keistimewaan kepada kaum Bumiputera

c)

Mempertahankan kedudukan pembesar Melayu 

d)

Mewujudkan kemajuan ekonomi

10.

Encik Tan lahir dan dibesarkan di luar negeri, ayahnya pula seorang rakyat British.

Bagaimanakah beliau layak menjadi warganegara Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Warisan

b)

Pendaftaran

c)

Adat istiadat tempatan

d)

Kuat kuasa undang-undang

11.

Gambar menunjukkan keganasan komunis di Tanah Melayu.

Mengapakah komunis bertindak sedemikian?

a)

Menggugat proses kemerdekaan

b)

Melumpuhkan aktiviti ekonomi

c)

Melindungi penduduk pedalaman

d)

Memecahbelah penduduk tempatan

12.

Gambar menunjukkan pasukan keselamatan Tanah Melayu iaitu Auxiliary Police.

Apakah tugas mereka dalam usaha memerangi ancaman komunis?

a)

Memusnahkan kubu pertahanan

b)

Mempertahankan bandar dan kampung

c)

Mengesan tempat persembunyian musuh

d)

Membuat penyusupan dalam organisasi pengganas

13.

Sistem Ahli merupakan buah fikiran yang dicetuskan oleh Sir Henry Gurney dan Dato’ Onn Jaa’far.

Apakah kepentingan Sistem Ahli?

a)

Mengukuhkan ekonomi negara

b)

Mengembalikan kekuatan tentera

c)

Membalas dendam kezaliman musuh

d)

Melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran

14.

Pernyataan berikut berkaitan perjuangan parti politik yang mencetuskan idea negara merdeka.

Memperjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya.

Apakah parti tersebut ?

a)

Hizbul Muslimin

b)

Parti Islam Se-Tanah Melayu

c)

Parti Kebangsaan Melayu Melaya

d)

United Malays National Organisation

15.

Apakah syarat yang diperlukan untuk menjadi calon Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) 1955.

I          Wang mencukupi untuk berkempen

II         Pengetahuan Bahasa Melayu

III        Berumur 21 tahun ke atas

IV        Mampu menyediakan manifesto

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

16.

Mengapakah Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) perlu dibentuk selepas Pilihan Raya 1955?

a)

Menggubal undang-undang pentadbiran persekutuan

b)

Menjatuhkan hukuman kepada pesalah

c)

Memilih wakil Majlis Raja-Raja

d)

Mengesahkan jawatan Yang di-Pertuan Agong

17.

Suruhanjaya Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk selepas mendapat persetujuan Raja-raja Melayu.

Apakah tugas suruhanjaya tersebut?

a)

Merangka perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka

b)

Mengemukakan memorandum kepada raja-raja Melayu

c)

Memberi kuasa mutlak kepada penduduk untuk mentadbir

d)

Meninjau pendapat penduduk tentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu

18.

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu telah ditandatangani pada 5 Ogos 1957.

Mengapakah perjanjian tersebut penting kepada negara kita?

a)

Menentukan bakal pemimpin negara

b)

Mewujudkan pakatan murni pelbagai kaum

c)

Meneruskan sistem pentadbiran bercorak Barat

d)

Menjadi asas kepada pembentukan perlembagaan

19.

Mengapakah peristiwa Pemasyhuran Kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 berjalan dengan lancar dan sistematik?

a)

Kos perbelanjaan yang optimum

b)

Bantuan kerajaan British

c)

Sokongan bekas pentadbir

d)

Peranan Jawatankuasa Sambutan

20.

Bagaimanakah kemerdekaan negara kita memberi kesan positif kepada politik dan ekonomi negara?

I Pengamalan sistem Raja berpelembagaan

II Pengenalan Rancangan Buku Merah

III Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

IV Penyediaan kemudahan asas yang lebih sistematik

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

21.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri negara yang berdaulat.

• X

• Sempadan

• Perundangan

• Pemerintahan

Apakah X?

a)

Rakyat

b)

Ketua negara

c)

Lambang negara

d)

Kerajaan

22.

Malaysia mengamalkan sikap bersahabat dengan banyak negara di peringkat antarabangsa.

Mengapakah Malaysia mengamalkan sikap tersebut?

a)

Menguasai sistem ekonomi dunia

b)

Menunjukkan kekuatan kepada kuasa besar

c)

Menerima pengiktirafan antarabangsa

d)

Memiliki tentera yang berdisiplin

23.

Apakah tujuan British memperkenalkan Charter of Justice di Negeri-negeri Selat?

a)

Mengukuhkan perpaduan

b)

Menunjukkan kekuatannya

c)

Melindungi penduduk asal

d)

Menghapuskan kuasa raja

24.

Situasi berikut mungkin berlaku di Tanah Melayu pada abad ke-19.

“James dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1846. Bapanya, Thomas berasal dari Melaka manakala ibunya Jane dari Pulau Pinang”

Apakah kategori kewarganegaraan James berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948?

a)

Rakyat raja

b)

Kerakyatan British

c)

Anugerah naturalisasi

d)

Melalui pendaftaran

25.

Majlis Raja-Raja ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu dibentuk menggantikan Malayan Union.

Mengapakah Majlis Raja-Raja di tubuhkan?

a)

Membincangkan undang-undang berkaitan agama Islam

b)

Melaksanakan hal ehwal pentadbiran Kerajaan Persekutuan

c)

Mendapatkan penerangan tentang dasar Kerajaan Persekutuan

d)

Menasihati Pesuruhjaya Tinggi British

26.

Penyataan berikut berkaitan hak asasi dalam Perlembagaan Persekutuan.

Mengapakah kebebasan asasi tersebut tidak bersifat mutlak?

a)

Tertakluk kepada Akta Parlimen

b)

Perkenan Yang di-Pertuan Agong

c)

Terikat kelulusan Dewan Undangan Negeri

d)

Tapisan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia

27.

Maklumat berikut berkaitan dengan kuasa kerajaan negeri bagi Sarawak dan Sabah.

• Senarai negeri

• Senarai bersama

• Peruntukan tambahan

Mengapakah peruntukan tambahan diberikan kepada negeri tersebut?

a)

Mengelak penggubalan undang-undang baharu

b)

Menyesuaikan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Malaysia

c)

Memudahkan pengurusan kawasan tempatan di Sabah dan Sarawak

d)

Membentuk kerajaan pusat yang kuat dan berwibawa

28.

Maklumat berikut berkaitan dengan kerjasama sosioekonomi kerajaan Pusat dan Kerajaan

Negeri melalui pembangunan koridor wilayah.

Mengapakah kerjasama tersebut diperkenalkan?

a)

Meningkatkan hubungan luar negara

b)

Mewujudkan kuasa autonomi istimewa wilayah terlibat

c)

Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah

d)

Memastikan perancangan kerajaan mempengaruhi pemikiran rakyat

29.

Apakah cadangan Tunku Abdul Rahman terhadap idea Pembentukan Malaysia?

a)

Menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia

b)

Mengasingkan Singapura dalam pembentukan Malaysia

c)

Mengutamakan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia

d)

Menggabungkan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura dan Brunei

30.

Jadual berikut mengenai siri lawatan pemimpin untuk merealisasikan pembentukan Malaysia.

Mengapakah siri lawatan tersebut diadakan?

a)

Kemampuan mengekalkan kuasa

b)

Kecekapan membangunkan wilayah

c)

Kesepakatan menyelesaikan masalah

d)

Kebijaksanaan mempengaruhi negeri lain

31.

Apakah faktor yang mendorong pemisahan Singapura daripada Malaysia?

I Dipengaruhi negara jiran

II Hak sama rata untuk semua kaum

III Pembukaan pasaran bersama

IV Kemelesetan ekonomi

a)

I dan II

b)

I dan IV

c)

II dan III

d)

III dan IV

32.

Dialog berikut menggambarkan situasi ancaman komunis di Sarawak.

A : Tuan, komunis mula membunuh orang awam di negeri ini.

B : Ya, benar. kerajaan Malaysia telah berusaha mengatasi ancaman tersebut.

Apakah usaha yang dilakukan oleh kerajaan Malaysia dalam mengatasi ancaman tersebut?

a)

Akta Keselamatan Dalam Negeri

b)

Perjanjian Sempadan

c)

Operasi Hammer

d)

Majlis Gerakan Negara

33.

Slogan berikut dilancarkan pada tahun 1960 untuk mengukuhkan martabat Bahasa Melayu.

Bagaimanakah Bahasa Melayu dapat dimartabatkan sebagai bahasa rasmi dan bahasa ilmu?

a)

Pengenalan Dasar Kebudayaan Kebangsaan

b)

Penubuhan Dewan Bahasa dan Pustaka

c)

Penubuhan institusi pengajian tinggi swasta

d)

Pengenalan institusi pendidikan antarabangsa

34.

Gambar berikut berkaitan dengan Sukan Malaysia (SUKMA).

Apakah tujuan sukan tersebut diadakan?

a)

Memantapkan ekonomi negara

b)

Memperkukuh perpaduan rakyat

c)

Memajukan industri pelancongan

d)

Mengimbangi ekonomi antara kaum

35.

Logo berikut berkaitan agensi kerajaan dalam bidang pertanian.

Bagaimanakah agensi tersebut membantu petani?

a)

Pembukaan tanah

b)

Penubuhan koperasi

c)

Penyelidikan biji benih

d)

Pengukuhan harga padi

36.

Apakah matlamat kerajaan memperkenalkan Dasar Pembangunan Nasional pada tahun 1991?

a)

Menyeragamkan sistem kewangan negara

b)

Menyekat kemasukan imigran ke negara kita

c)

Memperkukuhkan pasukan keselamatan negara

d)

Mencapai perpaduan negara melalui agihan kekayaan

37.

Apakah tujuan Malaysia melaksanakan dasar luar?

a)

Menguasai negara serantau

b)

Memperkuatkan pasukan tentera

c)

Melindungi kepentingan nasional

d)

Menyaingi kuasa besar dunia

38.

Gambar berikut adalah logo Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Apakah matlamat penubuhan PBB?

a)

Mengekalkan keamanan dan kestabilan dunia

b)

Mencampuri urusan politik negara miskin

c)

Menetapkan dasar negara-negara ahli

d)

Memaksa bantuan negara maju kepada negara mundur

39.

Logo berikut adalah milik pertubuhan serantau di Asia Tenggara.

Apakah moto pertubuhan tersebut?

a)

Kemajuan

b)

Kehebatan

c)

Keamanan

d)

Kekuasaan

40.

Pulau Batu Putih menjadi rebutan antara Malaysia dengan Singapura.

Bagaimanakah masalah tersebut diselesaikan?

a)

Perundingan dalam ASEAN

b)

Perbincangan secara diplomatik

c)

Perjanjian garis sempadan baharu

d)

Perbicaraan Mahkamah Antarabangsa