NEW
Font size
S
M
L
XL
WorksheetsKUIZ KFIS'23 SET 1
Total questions: 20
Worksheet time: 14mins
Name
Class
Date
1.
Apakah yang dimaksudkan dengan philosophy?
a)
Cintakan keamanan
b)
Cintakan alam sekitar
c)
Cintakan nilai-nilai moral
d)
Cintakan ilmu pengetahuan
2.
Manakah antara pernyataan berikut yang SALAH mengenai falsafah?
a)
Berfikir secara kritikal
b)
Berfikir secara menyeluruh
c)
Berfikir dengan menggunakan emosi
d)
Berfikir dengan teliti dan komprehensif
3.
Apakah pengertian yang paling TEPAT mengenai ‘Love of Wisdom’ dalam falsafah?
a)
Kecintaan terhadap ilmu fizik dan metafizik
b)
Usaha membentuk peraturan hidup bermasyarakat
c)
Kecintaan terhadap hikmah dalam mendapatkan kebenaran
d)
Perjuangan untuk mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat
4.
Apakah persamaan elemen yang terkandung di dalam prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?
a)
Kekuatan ilmu pengetahuan
b)
Kepercayaan kepada Tuhan
c)
Kehidupan seimbang dan harmonis
d)
Keharmonian dan kemakmuran keluarga
5.
Apakah maksud prinsip Kesetiaan Kepada Raja dan Negara?
a)
Perlembagaan sebagai sumber perundangan tertinggi yang harus dihormati
b)
Berpegang kepada budaya hidup beragama agar dapat memanfaatkan orang lain
c)
Kehidupan bermasyarakat yang saling hormat menghormati antara satu sama lain
d)
Berteraskan kepada sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan
6.
Apakah cabang ilmu falsafah yang sesuai untuk membincangkan elemen 'Kesopanan dan Kesusilaan’ dalam Rukun Negara?
a)
Falsafah Etika
b)
Falsafah Politik
c)
Falsafah Metafizik
d)
Falsafah Perundangan
7.
Manakah antara berikut merupakan bidang perbahasan dalam metafizik?
a)
Kewujudan air
b)
Kewujudan cahaya
c)
Kewujudan gas oksigen
d)
Kewujudan orang bunian
8.
Apakah kategori ilmu falsafah yang sesuai untuk membincangkan peribahasa "melentur buluh biarlah dari rebungnya"?
a)
Aksiologi
b)
Ontologi
c)
Metafizik
d)
Epistemologi
9.
Apakah fungsi kaedah logik induktif?
a)
Membuat rumusan kajian yang bersifat umum kepada khusus
b)
Membuat rumusan kajian yang bersifat khusus kepada umum
c)
Mengenal pasti hipotesis yang paling relevan dalam situasi tertentu
d)
Mengenal pasti tindakan yang paling munasabah dalam situasi tertentu
10.
Apakah istilah bagi kaedah berfikir secara logik dalam cabang falsafah Islam?
a)
Ilmu fiqh
b)
Ilmu nahu
c)
Ilmu hisab
d)
Ilmu mantik
11.
Mat Kilau dituduh sebagai pemberontak dan penderhaka kepada sultan. Dakwaan ini digunakan untuk mengaburi rakyat akan perjuangannya untuk membebaskan tanahair.
Apakah jenis falasi bagi pernyataan di atas?
a)
Kejahilan
b)
Amfiboli
c)
Ad Hominem
d)
Menagih Simpati
12.
Berikut merupakan peranan manusia sebagai khalifah di muka bumi, KECUALI;
a)
Menjaga agama
b)
Memakmurkan bumi
c)
Menjaga masyarakat
d)
Melakukan amar makruf sahaja
13.
Pilih padanan yang TEPAT mengenai konsep ketuhanan?
a)
Ateisme – Tuhan hanya satu
b)
Politeisme – Tuhan lebih dari satu
c)
Agnostisisme – Menafikan kewujudan tuhan
d)
Monoteisme – Tidak mampu memahami tuhan
14.
Satu bidang falsafah yang mengkaji asal usul,proses, dan struktur alam semesta.
Apakah istilah yang PALING TEPAT menggambarkan pernyataan di atas
a)
Ontologi
b)
Kosmologi
c)
Ekologi
d)
Causality
15.
Apakah maksud Epistemologi dari sudut etimologi?
a)
Teori Kejadian Alam
b)
Teori Empirikal
c)
Teori Ilmu Pengetahuan
d)
Teori Nilai
16.
Kaum Bajau Samah dari daerah Kota Belud dan Tuaran dikenali sebagai 'koboi Timur' kerana kemahiran dan kecekapan mereka menunggang kuda yang tiada tolok tandingnya. Kemahiran ini diperolehi oleh generasi terdahulu dan diwarisi sehinggalah sekarang.
Berdasarkan pernyataan di atas, sumber perolehan ilmu yang paling TEPAT ialah:
a)
Ilmu Hudhuri
b)
Intuisi
c)
Hikmah
d)
Kearifan tempatan
17.
UiTM Cawangan Sabah terletak di daerah Kota Kinabalu, Sabah”.
Manakah teori kebenaran yang tepat dengan pernyataan di atas?
a)
Teori Koherensi
b)
Teori pragmatik
c)
Agama dan tradisi
d)
Teori Korespondensi
18.
En Richard berpandangan bahawa pancaindera merupakan satu-satunya sumber ilmu yang sahih.
Manakah antara berikut aliran falsafah yang berkaitan dengan pandangan Encik Richard di atas?
a)
Sekularisme
b)
Empirisisme
c)
Materialisme
d)
Modenisme
19.
Manakah antara berikut merupakan matlamat penciptaan manusia menurut agama Buddha?
a)
Menjadi penebus dosa
b)
Mencapai tahap nirvana
c)
Melahirkan sebuah kehidupan baru yang berulang
d)
Mencapai tahap manusia yang sempurna dan teragung
20.
Berikut merupakan pernyataan yang benar berkaitan dengan aliran falsafah materialisme, KECUALI:
a)
Tidak mempercayai perkara ghaib
b)
Menggalakkan kesepaduan sains dan agama
c)
Pancaindera satu-satunya alat untuk mendapatkan ilmu
d)
Segala yang wujud berasal dari satu sumber iaitu material
Reset
