NEW
Font size
WorksheetsBahasa Seni Visual
Total questions: 51
Worksheet time: 26mins
Garisan merupakan unsur penting dalam penghasilan __________
rupa dan catan
warna dan rupa
bentuk dan lakaran
lakaran dan lukisan
Apakah kesan garisan yang dihasilkan oleh media arang?
Garisan halus
Garisan kasar
Garisan putih
Garisan nipis
Apakah fungsi garisan berdasarkan gambar tersebut?
Menimbulkan rupa
Menimbulkan jalinan
Menimbulkan bentuk
Menimbulkan pergerakan
Berdasarkan contoh-contoh berikut, yang manakah garisan pada alam semula jadi?
Tulang ikan
Kipas tangan
Corak baju batik
Lingkaran ubat nyamuk
Garisan melintang boleh memberikan kesan perasaan ________
stabil
marah
tenang
gembira
Apakah jenis rupa yang bersifat bebas dan tidak mempunyai sudut?
Rupa positif
Rupa negatif
Rupa organik
Rupa geometri
Apakah jenis rupa dalam rajah tersebut?
Rupa bebas
Rupa organik
Rupa tipografi
Rupa geometri
Huruf yang diolah daripada rupa dikenali sebagai
abjad
tulisan
tipografi
rupa positif
Apakah jenis-jenis bentuk yang terdapat di sekeliling kita?
Catan dan lukisan
Konkrit dan ilusi
Konkrit dan arca
Catan dan ilusi
Bentuk ilusi bermaksud _______
bentuk 2D yang hanya boleh dilihat tetapi kesannya tidak dapat disentuh
bentuk 3D yang boleh dilihat dan dapat disentuh
bentuk yang hanya boleh disentuh
bentuk 3D yang boleh dilihat sahaja
Manakah antara berikut, teknik untuk menghasilkan bentuk ilusi?
I Teknik kolaj
II Teknik lorekan
III Teknik ton warna
IV Teknik lipat dan potong
I, II dan III
I, II dan IV
I, III dan IV
II, III dan IV
Kraf origami ialah contoh bentuk yang menggunakan teknik ____
potongan
anyaman
lorekan
lipatan
Manakah antara beikut merupakan contoh bentuk alam semula jadi?
Ukiran kayu
Tembikar
Rumah
Batu
Apakah maksud jalinan?
Karya seni yang ada nilai keindahan
Objek yang boleh dilihat dan disentuh
Kesan yang wujud pada objek alam semula jadi sahaja
Sifat permukaan yang boleh dilihat dan disentuh melaui deria
Manakah antara objek berikut yang menunjukkan jalinan tampak?
Kulit kayu
Tapak kasut
Buah durian
Buah tembikai
Apakah fungsi jalinan yang terdapat pada badan kuda belang?
Penyamaran daripada
pemangsa
Memudahkan mencari makanan
Kelihatan lebih cantik
Pertahanan diri
Mengapakah jalinan sangat penting pada tayar kenderaan?
Memberi kesan cengkaman
Memberi keesan keindahan
Menambah kelajuan
Memudahkan bergerak
Manakah antara ruang yang berikut yang menunjukkan jenis ruang fizikal?
Ruang rata
Ruang cetek
Ruang nyata
Ruang dalam
Apakah fungsi unsur ruang?
Menampakkan jarak antara objek
Objek dihasilkan berwarna-warni
Memastikan objek sentiasa kontra
Semua objek jelas dan tidak kabur
Apakah elemen yang dapat dikaitkan dengan ruang dan perspektif?
Saiz dan warna
Bentuk dan imbangan
Warna dan pergerakan
Ruang terbuka dan tertutup
Pilih teknik yang dapat digunakan untuk menghasilkan unsur ruang.
Kontra bentuk
Warna harmoni
Imej terang dan kabur
Irama dan pergerakan
Manakah antara berikut merupakan warna sekunder?
Biru
Hijau
Merah
Kuning
Apakah warna yang terhasil daripada campuran warna merah dan biru?
Ungu
Jingga
Kelabu
Merah kebiruan
Apakah warna yang dapat dihasilkan oleh kunyit?
Biru
Merah
Hitam
Kuning
Apakah warna yang terhasil melalui campuran warna merah dan jingga?
Merah kejinggaan
Kuning kejinggaan
Merah kekuningan
Kuning kemerahan
Apakah definisi harmoni?
Tindak balas tampak dalam alam dan karya seni yang menyepadukan unsur-unsur
Jarak antara objek yang wujud di dalam alam nyata dan karya seni visual
Sesuatu objek yang mempunyai struktur jisim dan isi padu
Tindak balas cahaya ke atas sesuatu permukaan
Manakah antara berikut merupakan kesan daripada gabungan unsur-unsur dalam elemen rekaan?
Kecelaruan
Kekeliruan
Keselesaan
Keresahan
Apakah ciri-ciri harmoni yang boleh dilihat pada bangunan?
Harmoni daripada aspek garisan
Harmoni daripada aspek jalinan
Harmoni daripada aspek hiasan
Harmoni daripada aspek motif
Manakah antara berikut merupakan fungsi harmoni dalam sesebuat gubahan karya seni visual?
Meningkatkan nilai estetik
Meningkatkan kualiti gubahan
Meningkatkan prinsip harmoni
meningkatkan ciri-ciri harmoni
Pernyataan yang manakah benar mengenai kontra?
Kontra wujud apabila unsur seni digunakan secara bertentangan antara satu sama lain
Kontra merupakan tindak balas tampak yang menyepadukan unsur-unsur
Kontra menimbulkan kesan keselesaan dalam karya seni visual
Kontra juga dikaitkan dengan kesatuan
Pilih teknik penghasilan kontra.
Penggunaan rupa yang sama
Penggunaan arah yang sama
Penggunaan saiz yang berbeza
Penggunaan bentuk yang sama
Mengapakah perkataan pada papan tanda jalan raya menggunakan warna kontra?
Keindahan
Menarik perhatian
Tujuan keselamatan
Mewujudkan kepelbagaian
Pernyataan yang manakah boleh dikaitkan dengan penegasan?
Penumpuan unsur seni atau imej yang kelihatan lebih ketara
Keadaan unsur seni yang dapat dilihat dalam keadaan seimbang
Susunan unsur-unsur seni yang menunjukkan pergerakan
Penyatuan unsur-unsur seni yang menimbulkan kesan harmoni
Ciri yang manakah dapat mewujudkan penegasan?
Warna yang kontra
Garisan yang sama
Bentuk yang sama
Rupa yang sama
Apakah fungsi penegasan dalam penghasilan poster?
Menyeimbangkan sesuatu keadaan
Menimbulkan tumpuan dan fokus
Menyepadukan unsur-unsur seni
Mewujudkan kesan keseragaman
Teknik yang manakah digunakan untuk menghasilkan penegasan?
Elemen yang kontra
Warna yang harmoni
Bentuk yang seimbang
Unsur garisan yang sama
Apakah fungsi penegasan buah rambutan yang berwarna merah pada pohonnya?
Kelihatan cantik
Menarik perhatian
Mengelakkan kebosanan
Menimbulkan kepelbagaian
Kepelbagaian warna dapat dilihat pada
sebiji epal
segugus kunci
sebatang pokok
sebuah taman bunga
Pernyataan manakah mewakili fungsi prinsip kepelbagaian?
Mengelakkan kebosanan
Mengurangkan daya tarikan
Pengulangan dalam gubahan
Mengalihkan fokus pemerhati
Bagaimanakah kepelbagaian dapat diwujudkan dalam karya seni visual?
Unsur seni yang rencam
Tiada unsur seni garisan
Kesan jalinan yang terang dan jelas
Penggunaan rupa organik yang sama
Manakah antara berikut merupakan jenis imbangan tidak simetri?
Sebuah buku
Kapal terbang
Sebatang pokok
Gasing tradisional
Apakah garisan yang mebahagikan dua bahagian sesuatu objek?
Garisan menegak
Garisan beralun
Garisan paksi
Garisan tebal
Manakah antara berikut merupakan fungsi imbangan?
Mewujudkan pergerakan
Mewujudkan penumpuan
Menampakkan kelainan
Mewujudkan kestabilan
Apakah fungsi imbangan pada cermin mata?
Keselesaan pengguna
Kelihatan cantik
Mudah dipakai
Lebih ringan
Apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan dalam karya seni visual?
Gabungan tajuk dan mesej yang sama
Unsur seni yang berulang-ulang
Penggunaan unsur seni yang pelbagai
Elemen seni yang disusun dengan sepadan
Pernyataan yang manakah betul tentang prinsip kesatuan dalam karya?
Rupa yang pelbagai akan menonjolkan kesan prinsip kesatuan
Kesatuan dapat dihasilkan melalui unsur warna dan jalinan
Warna yang kontra akan mewujudkan kesan prinsip kesatuan yang sempurna
Gubahan bahagian kiri dan kanan yang seimbang akan menimbulkan prinsip kesatuan
Apakah yang dimaksudkan dengan irama dan pergerakan?
Hasil karya yang seimbang
Nilai ton warna yang berubah-ubah
Kepelbagaian unsur seni dan prinsip rekaan dalam karya
Kesan pergerakan yang wujud daripada pegulangan visual
Manakah antara berikut berikut merupakan jenis irama?
Irama rawak
Irama teratur
Irama selingan
Irama bersimpang-siur
Manakah pernyataan yang betul tentang fungsi prinsip irama dan pergerakan?
Menjadikan pergerakan kelihatan tidak tersusun atau sekata
Menjadikan karya seni lebih realistik
Memberi kesan statik pada rupa
Menimbulkan kebosanan
Manakah antara berikut merupakan teknik untuk mewujudkan prinsip irama dan pergerakan?
Olahan saiz bentuk yang sama
Olahan garisan yang berulang
Olahan warna yang sekata
Olahan rupa yang sama
Mengapakah aksi dalam komik menggunakan banyak prinsip irama dan pergerakan?
Memudahkan jalan cerita
Menonjolkan watak utama
Memaparkan prinsip kepelbagaian
Meninggalkan kesan aksi yang lebih mendalam
