wayground logo

Free Printable Worksheets

Font size

S
M
L
XL
Worksheets

Ulangkaji 6 Perniagaan SPM

Total questions: 25

Worksheet time: 13mins

Name
Class
Date
1.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri-ciri bentuk pemilikan perniagaan


Hal ehwal syarikat dirahsiakan

Tidak bebas pindah milik syer

Liabiliti terhad


Apakah bentuk pemilikan tersebut?

a)

Syarikat sendirian berhad

b)

Syarikat awam berhad

c)

Milikan tunggal

d)

Koperasi

2.

Rajah berkaitan dengan sektor perniagaan


Apakah bidang pekerjaan yang boleh dikategorikan dalam sektor X?

a)

Guru

b)

Buruh binaan

c)

Penternak ayam

d)

Pemilik Salon Rambut

3.

Rajah berkaitan dengan sejenis perniagaan


Pernyataan manakah yang menerangkan perniagaan di atas?

a)

Berskala globa

b)

Perniagaaan bersaiz sederhana

c)

Terlibat dalam sektor kedua

d)

Menyediakan perkhidmatan langsung

4.

Maklumat berikut berkaitan dengan suatu jenis gaya pengurusan.


Ahmad merupakan seorang majikan di Syarikat BKK Sdn Bhd . Beliau memberi kebebasan kepada pekerja untuk membuat keputusan dalam tugas.


Apakah jenis gaya pengurusan yang dilaksanakan oleh Ahmad?

a)

sokongan

b)

autokratik

c)

demokratik

d)

laissez-faire

5.

Antara yang berikut, manakah menerangkan objektif dengan tepat?

a)

Menjadi satu ketetapan dalam melakukan aktiviti perniagaan

b)

Merupakan pembentukan maklumat yang lebih khusus

c)

Menjadi garis panduan dalam pengurusan organisasi

d)

Mengariskan sebab kewujudan sesebuah organisasi

6.

Pernyataan manakah merupakan tujuan bahagian fungsian pentadbiran?

a)

Merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal demi mencapai matlamat organisasi.

b)

Menyelaras aktiviti organisasi bagi mencapai matlamat organisasi

c)

Menjalankan aktiviti sokongan untuk seluruh organisasi

d)

Merancang kewangan organisasi perniagaan

7.

Gambar menunjukkan satu aktiviti dalam sektor perniagaan. Apakah sektor tersebut?

a)

Sektor Primer

b)

Sektor Tertier

c)

Sektor Sekunder

d)

Sektor Domestik

8.

Maklumat berikut berkaitan dengan ciri objektif dalam perniagaan.


Pacific Aero Products Co., sebuah syarikat pengeluar kapal terbang berjenama Boeing menggunakan carta gantt untuk merancang pelaksanaan aktiviti pembinaan kapal terbangnya.


Apakah ciri objektif tersebut?

a)

Spesifik (specific)

b)

Munasabah (realistic)

c)

Boleh dicapai (attainable)

d)

Jangka masa (time frame)

9.

Maklumat yang berikut berkaitan dengan salah satu bahagian fungsian dalam organisasi


Menyediakan dokumen syarikat.

Menguruskan, menyimpan, dan menerima rekod.

Mengendalikan mesyuarat syarikat.


Apakah bahagian fungsian berkenaan?

a)

Kewangan

b)

Pentadbiran

c)

Sumber Manusia

d)

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT)

10.

Mengapakah pelanggan sangat penting kepada sesebuah perniagaan?

a)

Membekalkan perkhidmatan

b)

Menyokong aktiviti perniagaan

c)

Memberi pendapatan kepada pasaran

d)

Membeli produk yang dihasilkan dalam perniagaan

11.

Maklumat berikut berkaitan dengan aspek penglelolaan sumber manusia.


Encik Amir merupaka seorang Pengurus Sumber Manusia sebuah syarikat telekomunikasi mengagihkan sumber manusia ke dalam jabatan kewangan, pengeluaran dan pemasaran. Jabatan ini juga menyediakan tempat kerja yang kondusif.


Apakah aspek tersebut?

a)

Penyelesaian masalah

b)

Peningkatan pengalaman

c)

Penghargaan dan hukuman

d)

Penempatan pekerja dan penyediaan fasiliti

12.

Maklumat berikut berkaitan sejenis penjabatan.


Syarikat MS Multimedia Sdn Bhd telah mengelompokkan aktiviti kerja yang saling berkaitan dan spesifik dalam satu jabatan.


Apakah jenis penjabatan di atas?

a)

Matriks

b)

Produk

c)

Fungsian

d)

Sempadan

13.

Apakah tujuan Syarikat Digital Durian mempatenkan produk animasi “Didi & Friends”?

a)

Menjadikan idea reka cipta tulen

b)

Menentukan idea reka cipta dihargai

c)

Menunjukkan idea reka cipta boleh dikongsi

d)

Memastikan idea reka cipta adalah hak milik mereka

14.

Antara yang berikut, yang manakah merupakan sumber pembiayaan dalaman?

a)

Bantuan modal dari agensi kerajaan

b)

Pinjam Ahlong

c)

Modal daripada keuntungan

d)

Bank dan institusi kewangan

15.

Pembiayaan hutang oleh institusi kewangan terhadap invois dikenal sebagai

a)

Pajakan

b)

Sewa beli

c)

Pemfaktoran

d)

Pinjaman

16.

Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan Kilang Kek Sinaran?

a)

Para pelabur

b)

Pihak pengurusan

c)

Bank Perdana Berhad

d)

Pembekal Bahan Membuat Kek

17.

Maklumat berikut berkaitan dengan analisis nisbah penentuan harga jualan.


Puan Nabila memaklumkan bahawa perniagaannya menambahkan sebanyak 20% pada kosnya untuk mendapatkan harga jualan.


Apakah analisis nisbah yang Puan Nabila gunakan?

a)

Untung tokokan

b)

Margin untung kasar

c)

Pulangan atas modal

d)

Kadar ganti pusing stok

18.

Pernyataan manakah yang menerangkan ciri-ciri kreatif?

a)

Zikri mencipta satu perisian baharu.

b)

Pak Din telah mengubahsuai basikalnya bergerak menggunakan bateri.

c)

Sarah tetap tidak berputus asa walaupun pernah gagal dalam perniagaan.

d)

Mok Cun mencari pasaran baharu di Negeri China.

19.

Mengapakah senarai bahan mentah perlu disediakan dengan teliti dalam Rancangan Operasi?

a)

Memudahkan kerja

b)

Mempercepatkan proses

c)

Mengelakkan berlaku pembaziran

d)

Memastikan stok bahan mencukupi

20.

Hasil kreativiti atau ciptaan seseorang dikenali sebagai harta…

a)

modal

b)

intelek

c)

perkongsian

d)

persendirian

21.

Siapakah yang menggunakan maklumat dalam penyata kewangan sebagai rujukan semasa mengawal dan merancang aktiviti perniagaan Kilang Kek Sinaran?

a)

Para pelabur

b)

Pihak pengurusan

c)

Bank Perdana Berhad

d)

Pembekal Bahan Membuat Kek

22.

Bagaimanakah kerajaan mengatasi masalah pengangguran bermusim?

a)

Mengehadkan penggunaan mesin moden untuk proses tertentu

b)

Melaksanakan dasar fiskal untuk mengekang kemelesatan ekonomi

c)

Memberi insentif kepada peniaga yang membenarkan pekerja terus bekerja

d)

Membuat perancangan ekonomi sesuai dengan trend perubahan ekonomi semasa

23.

Apakah halangan dalaman yang boleh membantutkan pencapaian wawasan?

a)

Ekonomi semasa

b)

Kemahiran teknikal

c)

Kemudahan infrastuktur

d)

Penguatkuasaan undang – undang

24.

Mengapakah penggunaan teknologi maklumat penting dalam urusan perniagaan?

a)

Meningkatkan persaingan perniagaan

b)

Memudahkan pelanggan mencuba barang

c)

Memaksimumkan keuntungan perniagaan

d)

Mewujudkan hubungan dan jaringan yang luas

25.

Apakah contoh kos berubah?

a)

Harga jentera

b)

Sewa kilang

c)

Premium insurans

d)

Bayaran bahan mentah